thumbnail

Friday, October 28, 2016

ToysDirect.My : Mainan Pendidikan Untuk Kanak-Kanak Dengan Harga Yang Murah & Berkualiti!


Korang mak-mak, bapak-bapak mesti alami masalah macam aku. Nak beli barang mainan kene fikir 80 juta kali! Tapi kalau korang bangsa mak bapak kaya memang takkan fikir 80 juta kali macam kita orang nie..he..he..he..

Kalau tengok kat luar sana, barang mainan kanak-kanak yang untuk pendidikan rangsangan bagi anak jadi bijok pandai tu kemain la mahal. Nak pegang pun seram. Ala contoh macam flashcard, lego, pasir kinetik tu la..macam-macam benda lagi la. Kalau korang google memang melambak keluar gambar barang mainan pendidikan kanak-kanak. Almaklum zaman sekarang bukan zaman setakat main je, zaman sekarang ni kene didik anak bermain sambil belajar. Sambil main sambil anak berfikir secara kreatif.

Nak beli yang murah takut pulak tak berkualiti, kejap je dah rosak. Tu belum lagi amik kira anak duk gigit-gigit ke duk hisap-hisap ke..ehhh ntah chamical ape dalam tu mana kita nak tahu kan. Nak beli yang maha mahal takde lah dia nak menjaganya. Kata budak kan? Main sehari dua lepas tu dah tak usik dah mainan tu. Hmmm..hmmm..banyak kali dah kene nie! Tapi ni aku nak bagitau korang, sebab aku pun baru tahu khenn..hehehe.. ToysDirect adalah web yang mana menjual barangan mainan kanak-kanak dalam harga yang ehhh murah giler dari kat luar sana dan jenis yang selamat punyer.


Toysdirect.my ditubuhkan sejak 2014 dan sudah berkhidmat kepada masyarakat selama 2 tahun. Fokus utama mereka adalah pada alat permainan untuk pendidikan, bahan Montessori dan buku. Harga dekat Toysdirect.my pun sangat berpatutan dan berharga mampu milik. Kita mak-mak bapak-bapak pun kene bijak berbelanja betul tak? Di ToysDirect.my bermacam-macam pilihan mainan pendidikan ada! Hoih..kat ToysDirect ni kemain rambang mata nak pilih! Kalau boleh semua nyer nak beli. Ha..ha..ha..macam aku adalah sangat target nak beli Kinetik Sand tu! Aduhaiii..geram je aku tengok!


Kinetik Sand idaman hati Syakirah Irneena! 

Dia memang gilerkan benda alah nie. Hari-hari dia tengok kat Youtube mende alah nie. 


Aaaaa...ini kalau dia tengok mau menejrit-jerit nak!

Kinetik Sand ni bagus, almaklum zaman sekarang kat mana nak bawak anak main pasir? Nak pegi pantai pun pantai jauh! Ha..ha..ha...kita main pasir moden je la ye nak. Yang bagusnyer Kinetik Sand ni takde toksik so tak membahayakan anak kalau-kalau termasuk ke dalam mulut, tak bahaya pada kulit dan jari. Okey sapa sudi nak hadiahkan pada Syakirah mok? Kekekeke...best ni oii..semua pun boleh join main sama =) RM58 je uolls!~ 

3D Fishing Game

Nampak? 3D Fishing game yang bagus untuk minda & mata anak-anak! Canggih hoihh mainan sekarang nie. Warna dah la menarik giler..budak-budak suka la macam nie. 

Eh..banyak la mainan yang best-best kat ToysDirect.my ni sampai rase ehhh kenapa zaman dulu takde mainan macam nie? Ehhh best nyer...ehhh nak beli yang ni la nanti! Ha..ha..ha..mak yang over excited pilih mainan anak! Dah la best-best super murah pulak tu! Korang tak menyesal la kalau beli kat sini. Mainan tahan lasak. Selain dari mainan, ToysDirect.my ade jugak jual peralatan lain selain dari mainan pendidikan.

Wooden Table 4 Chairs Set

Menarikkan?? Huwa...best nyer la hai!! Ni pun masuk dalam wishlist aku! Senang hoihh 3 ketul budak tu buat kerja sekolah. Sekarang ni harap buat kerja sekolah atas kotak A4 je. Huhuuu..bukan tak nak beli meja tapi belum err..errr..belum ade peruntukan kat situ lagi. Mungkin tahun depan kot lepas setel hal rumah. Ehh..macam-macam barangan untuk kanak-kanak la ade kat ToysDirect.my ni! Kene selak satu per satu page lah. 

Kene pulak ade kategori Best Selling laju-laju je terjah! Semua stok mainan di sini ada Ready stock atau PRE-ORDER. Untuk barangan ready stock, barangan akan dihantar dalam tempoh 1-3 hari selepas bayaran diterima. Untuk barangan pre-order, jangkaan waktu ketibaan akan menjadi kira-kira 4 hingga 6 minggu selepas tarikh pembayaran. Koleksi Parcel boleh sama ada oleh POS LAJU / POS DOMESTIK / SELF COLLECT.

Untuk SELF COLLECT, sila potong (tolak) bayaran pos dari jumlah ditimbang. Boleh mengambil barangan boleh didapati di bawah lokasi.

1) Kepong Tmn Bukit Maluri / Desa ParkCity (Hari Time)
2) Desa Sri Hartamas (hari bekerja 10:00)
3) Bandar Utama Centerpoint (Sabtu 11:00-12:15)
4) Jalan Kapar, KLANG (waktu pejabat sahaja)

Untuk koleksi Jalan Kapar, sila maklumkan 2 hari lebih awal.


Okey, sapa yang nak poskan Kinetik Sand kat Syakirah pm personal aku bagi alamat tau. Ha..ha..ha... =) salam jumaat koranggggg~

Tuesday, October 25, 2016

Lama Tak Sembang


Lama kot tak sembang. Bukan takde cerita tapi rasa macam tak boleh nak diceritakan. Almaklum dah tua-tua ni banyak benda simpan sendiri je. Kalau dulu punyer tak menyabar nak bagitau seantero dunia semua bende. Pftt..bila fikir-fikir alahaiiii bodoh nyer aku dulu. Ha..ha..ha..

Banyak jugak status / post aku kat FB dah aku delete. Day by day aku delete, gambar pun dah banyak lock (kunci only me) ntah la korang..kenapa ntah macam dah tak best nak share. Kadang sebab aku terfikir sebenarnya aku ni kawan dengan siapa ntah kat FB sana. Ramai aku tak kenal dari aku kenal baik. Korang paham tak?

Hujung minggu aku takde pegi mana, lepak rumah je 2 hari sebab Eady kerja Syahmi ade persembahan kat Putrajaya sempena Hari Alam Sekitar haritu. Budak-budak pun takde buat apa main gaduh main gaduh baca buku sebab minggu-minggu exam ni sambung menyambung peperiksaannya.

Main je budak-budak nie.

Syahmi baru baik dari gegata haritu, ada 3 hari jugak la nak baik. Semalam (isnin) Sufiya pulak kene! Hmmm..hmm..miang ke ntah kenapa ke aku pun tak tahu. Hari ni dia tak sekolah kebangsaan, aku bawak dia duduk office sebab ade aircond. Petang kene sekolah agama sebab masih lagi dalam minggu peperiksaan.

Malam karang nak bawak tengok wayang, Eady menang 4 tiket percuma cerita Trolls. Hehehe..aku masukkan nama dia dalam contest Sinar.FM. Bila dia dapat sms dari Sinar.Fm dia pun pelik. Aku memang nak bawak sangat budak-budak ni tengok cerita tu, lagi-lagi adik mok tu. Asyik cakap nak tengok cerita rambut, cerita rambut. Trolls tu kan rambut dia pacak berwarna-warni ;)

Blog job dah makin "sejuk" je start hujung tahun ni. Tak tau nape, tapi takpelah atleast aku boleh fokus kat anak-anak nak exam sebelum nak cuti panjang nie. Oh cakap pasal cuti, tak sabar nak tunggu 30 November ni. Mak abah Eady nak datang sini! Nak turun Melaka & Johor. Abah nak jumpa adik beradik dia semua ;) tak sabar aku nak jalan dengan mak abah. Kereta sewa macam dah setel je.

Aku amik cuti dari 30 Nov sampai 18 December! Amik kauuu dekat 3 minggu lebih. Bos aku jerit-jerit cakap "kau niiii cuti macam nak pegi haji!!" Ha..ha..ha..bukan apa, mak abah balik Labuan 05 December so kita orang ikut balik sama. Cuti sambung menyambung pastu naik keje 1 hari aku akan cuti lagi 2 hari nak ikut Eady pegi closing akaun pulak. Total aku cuti ialah 22 hari. Yup, mungkin hati aku dah start cuti kot sebab tu semua benda aku malas nak buat. Ha..ha..ha..

Thursday, October 20, 2016

Rezeki



Rezeki pertama, kasut contest dah dapat! Cantik sangat sampai Eady pun puji cantik warna dia. Lagi cantik dari kasut 1st yang aku menang. Biasa la lumrah manusia kan, dah dapat yang cantik masih lagi cari cantik yang lain. Tak pernah puas.

Rezeki kedua, susah aku nak gambarkan perasaan aku bila dapat orang yang aku nak sangat ketemu. Dari awal ceramah aku berdoa dapatkanlah aku jumpa dia tapi biasalah ramai orang kan jadi aku cuma balik ke office dengan rasa kecewa.

Tengahari aku nak ke sekolah Syahmi aku ternampak kelibat orang yang aku impikan nak jumpa! Orang yang aku impikan nak peluk. Terus meremang bulu roma aku pegi dekat pada dia. Bagi salam dan minta izin nak amik gambar. Terkelu lidah nak minta peluk. He..he..he..
Susah nak gambarkan rasa tu. Masa bergambar tu pun bergenang-genang airmata aku. Lepas kak Fynn minta izin nak pegi, dia siap ucap "terima kasih banyak..terima kasih sebab sayang kokping" aku tengok je kereta dia jalan sambil lap air mata. Susah..susah sangat nak gambarkan perasaan tu. Hmm..hmm..

Petang aku tengok dia balas DM aku kat IG. Cerita di IG biar aku simpan untuk diri aku dan diri kak Fynn sahaja. Yang pasti aku dah jumpa jawapan yang aku cari. Syukur.


Wednesday, October 19, 2016

Laypark Corner Samudera | Masakan Melayu & Western


Laypark Corner @ Samudera

Kau pernah tak makan kat satu tempat tu semua makanan dia sedap? Mesti jarang jumpa kan? Kalau kedai tu killer dia western maka western je sedap yang tak berapa nak western mesti so-so je macam tu jugak la sebalik nyer.

Tapi aku nak bagitau korang lah, setakat ni aku dah 5 kali makan kat Laypark Corner Samudera semua nyer adalah SEDAP! SEDAP GILER semua nyer pun. Macam biasa la otak dah set, ala kedai ni kalau Chicken Chop je killer dia maka Chicken Chop je la sedapppppp..yang lain mesti biase-biase je.

Semalam dating bertiga (sapa lagi kalau tak dengan Eady & Dik Mok tu!) aku ni dah kelaparan amat-amat! Ye la dah pukul 8.30 tak makan dari lunch kot. Dari rumah dah cakap "hari ni b nak try masak asam pedas pari kat sana (Laypark)" Eady tanye "sedap ke?? Abang tak nak, abang nak Chicken Chop dia je"  sampai sana aku order : Nasi putih  + telur dadar + masak asam pedas pari (ni memang set dia) pastu untuk Eady dah tentulah Chicken Chop & untuk Syakirah aku orderkan Nasi Lemak Ayam Goreng Rempah.

Nasi Goreng Ayam Rempah : RM6

Set Nasi & Ikan Masak Asam Pedas

Korang tahu apa pandangan aku masa 1st sekali hirup asam pedas ni? Masya Allah sedap nyerrrrrrrr....! Serius aku dengan Eady 1st rasa sambil pandang sesama sendiri. Ha..ha..ha..rasa dia semua cukup rasa. Masam dia paling aku suka! Aaaaaa..sedap nyer la haiiii..taip ni sambil telan-telan air liur okeyyyyyy!! Aaaaaaaa...SEDAP NYER LA HAIII~

Aku makan dengan Eady sambil bercakap-cakap sedap nyer sedap nyer hahaha..macam orang tak pernah makan masak asam pedas pulak kita orang semalam! Korang kene tahu kat KL ni kemain payah nak dapat masak asam pedas yang sedapppp..kalau ade cair la rase tak cukup la, tapi yang ni serius aku bagi 15/10 bintang..haaaaa...sedap giler punyer pasal.

Chicken Chop RM7 (gambar ulang tayang)

Tuuu..tuu TEH AIS KAW! (gambar ulang tayang)

Tu TEH AIS KAW killer air kat sana. Pegi sana order air tu confirm korang jatuh cinta, tapi cinta aku tetap kekal kat IKAN PARI MASAK ASAM PEDAS tu..kekekekeke..aku paling suka makan masak asam pedas tapi aku jarangggggggggggggg makan sebab aku masih tak jumpe yang sedap. Jadi sekarang aku dah tahu kat mana nak cari kalau mengidam masak asam pedas SEDAP. Tak payah susah-susah pegi Melaka dah nak cari Asam Pedas, pegi je Laypark Corner Samudera dah cukup! Eh korang tahu tak, pagi-pagi panaskan kuah asam pedas makan cicah roti..ya Allah sedap nyer sampai pejam mata!

Nasi lemak pun sedapppp, sambal & ayam sedap tapi bagi aku Chicken Chop dah jatuh no.2 sebab Ikan Pari Masak Asam Pedas ni paling WIN kat tekak aku. Ha..ha..ha..siap cakap petang ni boleh tak nak tapau..Eady pandang je aku. Tau tak Eady cakap ape.. "B abang syak la kan, makanan lain mesti sedap jugak! Apa kata kita datang sini setiap minggu kita try satu per satu makanan dia!" Hoiiii kata nak diet..canne niiii..ha..ha..ha...

Dah la sedap murah pulak tu..tak dapat aku nak tolong diri kalau pegi makan kat sini! Ha..ha..ha..korang mesti try insya Allah confirm tak menyesal!


Tuesday, October 18, 2016

Gegata + Exam + Penat


Nak meluah rasa pulak kat sini. Semalam memang hectic sangat. Penat dari kat office sampai ke pukul 4 pagi tadi. Hal office biase la, hal peminjam hal pemiutang tu boleh handle lagi tapi bab nak kene hadap "monyet" setiap hari tu berat sikit la.

Peminjam yang mendesak tu biasa, peminjam yang letak telefon masa kita bincang pasal hutan tu biasa tapi nak handle manusia berperangai asyik meroyan ni payah nak handle. Sekarang aku cuma doa kuat-kuat cepat la dia bertukar tuan atau cepatlah aku bercuti! Nak away dari tengok muka dia. Okey next.




Tu ha semalam aku tengah OT sekali Eady whatsapp "Syahmi kene gatal-gatal balik dari sekolah agama tadi" apa lagi terus kemas handbeg tutup pc balik terus. Masa tu baru 5.30 anak-anak kat taska nak amik beg sekolah pagi. Bila jumpe Syahmi muka dah macam udang kene bakar!

Tergaru sana sini...hmmm..ni confirm kene gegata ni! Apa lagi dari cadang nak balik masak lemak telur dan sayur kacang buncis terus ke klinik Pusrawi kat Jalan Ipoh tu. Sah, gegata. Kat gambar tu sikit je tapi bila dah balik nah kauuuu penuh sampai takde ruang yang tak gatal! Haishhh pening kepala.

Tengah-tengah mandikan Syahmi sekali Syakirah meraung-raung "Sakit!sakit!sakit!" sambil tunjuk dalam hidung. Ada dalam kereta dia cakap "adik masukkan getah dalam hidung" aku dengan Eady ingat dia jolok sikit je. Sekali bila Eady suruh dia hembus hingus nah kauuuuuu getah rambut plastik yang terkeluar!! Haiiiii la anakkkk....urut dada mak kau ni dah la abang tergaru-garu! Dah setel aku sambung mandikan Syahmi lepas tu aku tepekkan pulak calamine lotion banyak-banyak. Sambil tu minta tolong Eady masakkan mee goreng je lah.

Tengah selesaikan Syahmi tengok Sufiya tengah menangis dalam bilik. Dah kenapa pulak niiiii...dia cakap sakit perut. Bila tanya makan ape, sekali dia cakap makan nasi goreng pagi tadi punyer! Cepat-cepat aku buka bekas bau Allah..basi! Hmmmmm..terus migrain. Suruh makan mee sikit pastu cepat-cepat bagi ubat demam/tahan sakit & ubat angin. Sapu pulak minyak angin kat perut sambil jetir-jerit cakpa "jangan la menggaru Syahmiiiii!" Aaaaa..dik mok pun meragammm semua benda tak kene semua benda nak nangis. 

Okey dia punyer meragam sampai pukul 4 pagi. Semua benda tak kene. Salah cakap nangis, nak suruh amik air nangis, nak suruh mandi nangis. Hai la dik. Bangun pagi ni, Sufiya dah okey sikit pagi tadi aku bagi Oat campur Susu Tamar Koko, Syahmi still gatal-gatal tapi semua kene pegi sekolah sebab minggu ni minggu exam. Hmmm..langsung tak study dia orang semalam. Pagi ni Syakirah still meragam sampai aku nak pakai tudung pun dia nak berdukung.

Monday, October 17, 2016

Macam Lama Je Tak Update Blog!


Orang lain punya birthday orang lain yang happy giler~

Lama nyer tak update blog! Nak masuk seminggu kot. Ade je ni ha cuma takde benda nak cerita. Nak singgah rumah korang pun tak berapa nak sempat. Busy dengan insentif50 Mara, busy dengan kursus ISO, busy dengan anak-anak tusyen so penat sikit. Petang tak sekolah agama tapi aku yang maha penat! Ambil pukul 1 hantar kat taska tunggu pulak dia orang makan bersiap pastu hantar balik ke sekolah untuk tusyen. Petang pukul 4.30 amik balik dari tusyen pastu hantar pulak ke taska semula sebab aku kerja sampai pukul 6. OT la kata nak cari duit lebih untuk mak abah mertua nak datang nie. 

Nak cover kerja nanti nak cuti lama. Pegi balik tu jalan kaki yeeee..al fenat! Balik keje pukul 6, sampai rumah dalam 6.30 6.40 masak pulak macam biasa. Lepas maghrib baru boleh nak makan. Nampak tak penat tu? 

Kene pulak sekarang ni kerja dengan manusia yang aku panggil monyet. Payah nak cerita pasal monyet nan sekor nie. Doa je la kuat-kuat biar monyet ditukarkan kepada tuan lain. Bila waktu menebeng kat "pokok" lain kemain sihat. Kalau "bergayut" kat dahan kemain gelak-gelak sengih macam orang sihat. Pftt..malas cakap pasal monyet.

Tu gambar atas tu aku cuma bawak dia orang makan KFC je pun. Saje belanja makan biar lagi berkat duit gaji. Tak mewah pun tapi cukup semua (Alhamdulillah!~) Cakap pasal rezeki ni last week frust jugak terpaksa tolak 2 job blog. 1 pasal tak boleh nak komit, 1 lagi sebab clash dengan produk lain. Walaupun boleh je terima tapi aku tak nak ade konflik diri dikemudian hari. Frust juga tapi redho je la apa nak buat kan ;)

Gambar ni Eady yang pilih untuk masuk contest ;)

Rupanya ada hikmah redha ni, sebelum habis minggu lepas aku dapat whatsapp dari 1 client yang bagitau aku menang contest lipstik dia (yang ni aku review kemudian ye). Menang 3 lagi lipstik & duit RM 100. Juga, semalam Medshoe Malaysia tag aku kat FB bagitahu aku menang contest selfie bersama kasut Medshoe ! Menang lagi sepasang kasut Medshoe bernilai RM 199 dan juga duit RM 100. Rezeki kan? Niat aku masuk contest tu untuk dapatkan kasut tu untuk bagi kakak aku. He..he..he..aku ni kan bangsa pakai kasut tak reti nak bertukar-tukar so memang dah niat dari awal! Kalau aku menang kasut ni aku nak bagi kat kakak aku ;) Alhamdulillah menang jugak.

Hari minggu takde pegi mana. Eady kerja sabtu ahad. Budak-budak pun tusyen lagi pun cikgu tusyen ade buat solat hajat kat rumah dia untuk anak-anak ni nak amik periksa akhir tahun start hari nie., jadi aku lepak rumah dengan dik mok je. Main masak-masak makan-makan pastu komplen nape tak kurus lagi! Pfftttt~ punyer busy punyer penat sampai nak pegi umah ibu pun aku tak sempat. :( Dah 2 minggu kot tak jumpe. Takat whatsapp je hari-hari. Hmmm..

Tuesday, October 11, 2016

Selamat Hari Lahir Buat Anak Yang Kerap Buat Aku Urut Dada, Picit Kepala, Tadah Tangan Minta Doa Sabar Banyak-Banyak!


Nah kau tajuk tak berhagak-hagak! Ha..ha..ha..tapi ini lah yang selalu aku buat kalau "menghadap" Sufiya Irdina Suhaidi yang unik sikit nie. Almaklum anak no.2 ni kan manjang unik, manjang buat hal sendiri, manjang buat sesukahati, yang berani, yang degil, yang lasak, yang kental, yang berdarah selamba, yang berjiwa memberontak...yang segala yang lah ada!

Phiewww..kenapa terasa macam cakap pasal diri sendiri je nih?(!) Ha..ha..ha..almaklum mama dia pun kan no.2. Terasa macam handle diri sendiri okeh! Rasa nak picit-picit je kepala batu dia tu. Ha..ha..ha..Eady cakap ape tau, buatlah kat kepala sendiri. Macam mana anak tu macam tu la sebiji perangai b. Huarghhh...urut dada mak kau nak!

Status IG /FB

Sambungan

Kalau ikutkan bersepah cerita nak diceritakan. Muka yeeee nampak suci murni bersih baik giler tapi disebalik nyer..tahap berani yang aku pun takut nak fikirkan. Debik budak laki sukahati dia jek. Buat muka keras masa orang marah pun selambe badak je, ni yang aku geram sangat! Tu belum kira semalam aku amukan puaka kat umah sebab dia hilangkan buku aktiviti BM dia.

Gambar ni adik mok yang amik!!

Bila tanye dia cakap "ntah..kakak pun tak tahu.." pastu sambung tengok tv! Huarghhh..mak kau bertukar jadi hijau okeh! Habis punggah kotak buku 1 rumah cari tapi tetap takde. Huarghh..tu belum kira semalam aku memberus baju dia sambil nangis kegeraman. Penuh minyak lauk kat baju dan tudung. Korang tahu tak minyak kalau dah melekat kat baju susah nak hilang?? Nangis-nangis berus baju dia pastu aku rendam dengan sabun cap kapak tu, aku amik air sembahyang aku solat pastu aku duduk dalam bilik. Aku tak nak marah dia.

Punyer stress, punyer marah sampai aku lupa harini hari special dia. Amarah dah kuasai diri aku. Hmmm..aku geram sangat. Hari ni nak periksa dia tengok tv, buku nak kene hantar tapi buku ntah kemana..haishhh urut dada betul lah. Tadi, dia nak turun kereta aku cakap "happy birthday kakak..jawab periksa elok-elok tau..baca bismillah banyak-banyak, nanti petang mama bawak pegi makan tau.." tetibe mama dia touching sebak macam nak nangis tapi yang anak "okeyyyyy..bye mama!!" selamba jek blah..huarghh..mak is so stress & touching! Ha..ha..ha..

Selamat Hari Lahir Kesayangan ;)

Selamat Hari lahir buat kesayangan mama abah, moga terus membesar sihat kuat dan bijak juga menjadi anak solehah (walaupun liat tang suruh solat!) Tak kisah la kakak, buat masa ni kakak enjoy je lah masa kanak-kanak kakak tu walaupun semput nyawa mama nak tahan sabar. Mama abah sentiasa doakan yang terbaik buat kakak, abang & adik ;) Korang doakan dia ye, moga terus membesar sihat, solehah dan berjaya.

Macam ni la atuk kau handle mama dari kecik sampai besar nie ha..ha..ha..ha..dah ade laki pun atuk pening kepala. Kah..kah..kah..~

Monday, October 10, 2016

Percutian Singkat di Teluk Penyabong Resort, Mersing Johor


Serius ini percutian paling singkat dan paling pelik buat aku dan Eady! Ha..ha..ha..kenapa? Jap nak cerita tapi korang kene tahu entry ni bakal jadi entry paling panjang sebab aku malas nak pecah-pecahkan entry. Sebab apa tak nak pecahkan? Sebab aku bercuti pun 2H1M malam jek takkan aku nak pecahkan entry..lagi pun nak bagitau awal-awal entry ni penuh gambar! So maafkan aku kalau pc korang loading lambat sikit ;)

Okey kisah dia macam nie, aku kan baru beberapa bulan duduk kuarters office aku kan. Kat situ ada komuniti, ade badan kebajikan..masalah nyer aku Eady tak pernah pun join..kekekek..almaklum orang bandar kan pegi keje balik keje jerr..kalau selisih baru la sembang bertegur, itu pun jarang! Kenal tu kenal la jugak tapi ye lah jarang join apa-apa majlis.

Pastu nak jadi cerita, ade sekali tu ketua (kot?) call Eady cakap komuniti apartment nak buat familyday. Dia call tanya nak join tak. Pastu Eady tanye aku nak join tak..aku macam ehhhh pelik nyerrr nak join orang yang kita kenal tapi tak kenal..kekekeke..

Pastu Eady cakap, pegi Mersing B tak nak ke..kita tak pernah pegi Mersing! Aku pun okey laaa walaupun berat hati. Ha..ha..ha..ye la pegi bukan dengan kawan-kawan dah tu dengan orang yang boleh kira 1st time nak kenal 1st time nak jumpe dalam bas tu nanti. Tak ke pelik?(!)

Okey pendek cerita, gerak hari jumaat malam 07hb Okt pukul 12 malam. Petang tu balik kerja baru kemas beg baju tak ke giler?? Ha..ha..ha..siap OT dulu petang tu. Kau mampu?? Jenuh la tak bagi budak-budak tidur sebab nak tunggu bas punyer pasal. 12 malam kauuuu baru gerak! Mula-mula aku takut! Ye laaa aku tak pernah naik bas waktu malam tau..confirm tak boleh tidur nie. Sekali dah naik bas baru tahu, driver kita orang adalah seorang USTAZ. Macam pelik je..kekekeke..siap baca doa-doa macam-macam minta perjalanan selamat pergi selamat balik.

Terus mampu tidur dalam bas kauuu..ha..ha..ha..walaupun tidur-tidur ayam siap pening kepala. Ye la tak biasa. Singgah makan pukul 3 pagi la..pelik plak aku. Ha..ha..ha..tapi aku tak makan la sebab aku tunggu budak-budak tidur dalam bas. Pendek cerita lagi lepas singgah solat subuh direct ke Jetty Penyabong Mersing. Wahhh teruja kemain. Ye la..rindu kot dengan laut dan pantai! Buka mata nampak mata saujana memandang tak ke teruja?

Jetty Penyabong Mersing

Bot nelayan & bot bawak orang pegi mancing

Suka giler okey view macam ni!

Masing-masing tak mandi..kekekeke..

Selfie dengan obor-obor!

The view

Tak lama pun lepak kat jeti ni, baru pukul 8 pagi tapi panas berdeting. Just ronda-ronda sekejap tengok orang bawak naik ikan. Jalan-jalan terus naik bas balik. Nak check-in resort tak boleh lagi. So lepas tu lepak area resort je. Yang penat nyer aku lah jadi penunggu budak-budak mandi kolam dari pukul 9 pagi sampai 12 tengahari. Giler rentung anak-anak! Haishh..dah mandi 3 jam pun ade budak mengamuk meraung-raung tak nak naik dari kolam. Padahal mak dia nak masuk bilik dah sebab pukul 1 dapat kunci bilik.


Tu tempat makan plus pejabat check-in

Jalan menghala ke villa (family rooom)

Pool igauan budak yang tengah menjenguk tuh. Dalam tau pool dewasa tu, 4-6 kaki.

Tu bilik standard. ade 2 tingkat.Yang macam rumah tu la family room.

Tempat dia biasa-biasa, dalam kampung kan. Jadi sunyi luas bersih. Aku suka sebab staff dia pun macam keluarga kita. Takde rasa macam pekerja pulak. Makan pun sedap ala-ala makanan rumah. 

Kami dapat family room. Bilik biasa je tak expect lebih pun.

Biasa-biasa je.

Kisah pelik tak habis lagi tau. Kumpulan yang aku join ni lebih separuh semua otai-otai tau...ha..ha..ha..pangkat-pangkat mak-mak bapak-bapak siap ade atuk lagi tauuu...pasangan muda ada 2 orang termasuk aku pastu ade 2 budak bujang. Ha..ha..ha..budak kecik ade la dalam 10 orang selebihnya semua atuk, mak,bapak..feeling bercuti dengan orang tua kau tahu?

Lagi pelik aku Eady bercuti ni tak keluarkan duti 1 sen pun kecuali duit jajan jek. Ha..ha..ha..dari sarapan pagi sampai makan balik semua dibayar. Pastu bas, villa, baju semua pun ditanggung. Aku setiap kali borak dengan Eady kita orang mesti gelak-gelak sebab rasa bercuti paling kelakar dan mewah. Gambar bersama dia orang aku tak dapat lagi. Kalau dah ada aku share nanti tau. Petang tu ade game! So korang bayangkan lah game dengan otai macam mana?? Semput kauuu sebagai lebih muda nak cover dia orang..kekekek..gambar game semua takde sampai malam pun takde gambar sebab nyer aku memang tak bawak hp dah mase ni dah tak peduli pun! Tinggalkan je kat dalam bilik. Ala-ala bercuti taknak hadap hp gitu.

Ade lagi pelik okeh.

Hadiah cabutan bertuah!

Dah la 1st time jumpe semua, 1st time bercuti bersama, 1st time main game sama..pastu malam ade BBQ, Cabutan Bertuah & sesi bagi hadiah untuk game petang tu. Tak semua dapat hadiah cabutan bertuah tapi paling pelik nama aku Eady Sufiya Syakirah dicabut sebagai cabutan bertuah. Ha..ha..ha..aku Eady Sufiya dapat perfume RM60 sebotol, Syakirah dapat hadiah botol air hispter cuma Syahmi je tak bertuah malam tu. Makanan tu semua adalah dari hamper yang atuk-atuk tu tak nak maka cucu-cucu la dapat. Kekekeke..

Dah la bercuti free, hadiah pulak yang gempak dapat. Kita orang asyik tergelak je bila kenang-kenang. Tak pernah dibuat orang, tapi kita orang gigih buat. Anak-anak pun semua happy sampai rentung hangus mandi kolam berkali-kali tak kira matahari. Sabar je la aku!

Terus feeling bercinta! Kekeke..

One happy family at home ;)

Okey dah habis kisah percutian pelik aku dan Eady. Percutian free, makan ditanggung sekeluarga semua pun free termasuk hadiah cabutan bertuah! Yang penting anak-anak pun happy dapat naik bas besar. Ha..ha..ha..paling epik adik mok la tak nak tidur dalam bas sebab excited giler dapat naik bas. Almaklum 1stime dia naik bas. Pukul 3 pagi baru tidur budak tu. Sabar je la aku.

So lepas ni takde dah bercuti sampai ke hujung bulan 11 nanti. Bulan 12 setengah bulan aku cuti. Wehuuu..tak sabar nak balik Labuan! Eh kau ade setiap kali berhenti solat berjemaah satu bas dan driver jadi imam? Haaaa..kita orang ade! Ha..ha...ha...

Friday, October 07, 2016

Vitas Organic Soymilk Powder Sesuai Untuk Menurunkan Kolestrol & Uric Asid!

Vitas Organic Soy Milk Powder


Kalau korang ingat entry aku pada 19.08.2016 yang aku cerita pasal Eady sakit kaki tu pastu aku kene pegi macam-macam klinik & hospital kan? Yee..Eady dapat ubat gout dan ubat kolestrol sebab asid uric & kolestrol dia tinggi menggila cuma masalah besar dia sintom gout tu takde! Dan, diarahkan check darah balik selepas 3 bulan. 

Okey fine..setelah 2 minggu on ubat hospital tak nampak pun jalan penyelesaian. So aku diperkenalkan dengan Vitas Organic SoyMilk Powder ni. Penerangan kat kata tin dapat reduce kolestrol so pemahaman aku if kolestrol dah cantik confrim urik asid pun akan turun (kalau aku salah tolong betulkan ye..). Ohye tidak.. Vitas OrganicSoymilk hanya boleh tolong turun kolesterol bukan uric acid tapi orang yang high uric acid boleh minum Vitas Organic Soymilk kerana ia dibuat dari kacang soya kupas kulit. Tak ada purine.

Vitas Organic Soy Milk Powder

APA ITU KOLESTEROL ? Kolesterol adalah unsur lemak yang dibuat oleh hati dan diedarkan ke seluruh badan. Ia membolehkan badan kita untuk membuat vitamin D dan hormon dan membentuk asid hempedu.

MENGAPA KOLESTEROL TINGGI BERBAHAYA ? Paras kolesterol tinggi adalah salah satu daripada sebab risiko utama untuk penyakit jantung, strok, dan penyakit arteri periferal. Jentera melibatkan kolesterol dalam tiga penyakit di atas adalah berbeza; pengumpulan plak dalam arteri mengurangkan aliran darah menjejaskan peranan sel-sel dan organ-organ yang membekalkan saluran darah.

Reduce Kolestrol

Yang buat aku tertarik sangat dengan Vitas Organic Soy Milk Powder ni sebab ia mempunyai 2 fungsi menarik iaitu :

1. Sterol   tumbuhan   yang   mana   berkesan mengurangkan kolesterol adalah bahan yang berlaku secara semula jadi dalam jumlah yang kecil dalam banyak bijirin, sayur-sayuran , buah-buahan , kekacang , kacang , dan benih. Ia mempunyai struktur molekul yang sama seperti kolesterol. Sterol tumbuhan mencegah kolesterol sebenar menyerap ke dalam darah

2. HIGH PROTEIN SOY / Susu Soya Berprotien Tinggi dalam Vitas ORGANIC Soy Milk Powder.

Halal tau!

Kelebihan Vitas Organic Soy Milk yang menambah minat aku untuk bagi Eady cuba adalah sebab :

1. Prebiotik - Inulin ditambah sebagai prebiotik . Bantuan untuk pertumbuhan bakteria baik dalam usus
2. Meningkatkan tahap gula dalam darah. Ini kerana ia mengandungi serat larut yang tinggi. Tambahan pula, Vitas Organic Soymilk Powder adalah kurang manis.
3. Mampu Menurunkan Berat Badan - serat kandungan tinggi dalam Vitas Organic susu soya membantu dalam mengekalkan berat badan yang sihat
4. Sangat sesuai untuk orang yang ada asid urik tinggi
5. Mempunyai rasa yang sedap dan  tidak sama seperti susu tepung yang ada dipasaran. 

Nampak tak yang aku merahkan tu? Yeee..yang aku merahkan tulah antara sebab aku suka sangat dan tertarik giler dengan Susu Soya Tepung Vitas Organic ni! Sesungguhnya aku dah penat cari produk yang mampu bantu aku untuk kurang atau hilangkan sakit Eady, akhirnya aku rasa aku dah ketemu jawapannya. 

Ye, mungkin Eady memang sesuai dengan Vitas Organic Soy Milk Powder ni dan korang juga boleh cuba, atleast kita berusaha betul tak? Dan alhamdulillah sekarang dah dekat sebulan Eady dah tak sakit kaki, dah tak jalan dengkut & dah tak solat duduk. Syukur..

Hujung bulan ni kami nak ke hospital/klinik untuk buat ujian darah nak tengok result okey ke tak. Tapi kalau ikut pandangan aku yang hidup dengan dia setiap hari boleh nampak la dia dah benar-benar sihat dari sakit kaki tu. Even aku tanya ada sakit sikit -sikit tak, dia cakap LANGSUNG  TAK. Oh ye..sesuai juga untuk orang yang vegetarian sebab kandungan dia semua dari tumbuh-tumbuhan.

Cara penyediaan

Cara penyediaan - hanya tambah satu sudu Vitas Organic Soymilk Powder kedalam secawan air suam (60 celcius)

Maklumat penting

+ Tidak disyorkan kepada wanita mengandung atau yang sedang menyusukan anak.
+ Tidak sesuai untuk kanak-kanak dibawah umur 5 tahun
+ Pesakit yang sedang megambil ubat untuk turunkan kolestrol sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. 

Macam Eady start minum ni lepas dah habis ubat doktor, kami decide malas nak pegi hospital/klinik lagi so terus on susu soya Vitas Organic ni.

Untuk tengok testimoni pesakit yang dah okey boleh klik sini :

Kiri akhir bulan 8, kanan 06.07.2016

Nampak tak sebulan punyer perubahan? Yang penting kene istiqomah, diet yang betul dan senaman setiap hari, atleast senaman ringan pun kene buat. Semua kene seiring baru boleh nampak kesan tu lebih cepat berkesan. Kat pasaran luar memang korang susah nak jumpa Vitas Organic Soymilk Powder ni sebab ia sendiri pun dah ada pelanggan tetap walaupun tanpa diwar-warkan di tv atau radio. Eh kat mana nak beli?? Korang boleh beli kat Lazada, 11street.my and http://www.joypremix.com 


Discount RM 10 = VITAS ORGANIC SOYMILK (1TIN)  *not applicable for 2 tin package
Promo Code : Valid from 7.9.2016 ( 12pm )  till 31.10.2016 ( 11am)

Korang juga boleh gunakan CODE VITASWAN10 untuk dapatkan diskaun tu. Sekurang-kurangnya kita mencuba ye dak? :) Promo code ini hanya boleh digunakan pada pembelian di www.joypremix.com untuk 10 pelanggan pertama sahaja.

Thursday, October 06, 2016

Teh Tarik Place & Laypark Corner


Benda sedap harus dishare ye dak? Walaupun takat share gambar jer..he..he..he...okey ni aku gabungkan je dedua dalam 1 entry okeh. Bukan ape nak pecah jadi 1 entry macam pendek sangat pulak. Gmbar pun takat 2 ketul jer.

Teh Tarik Place

Nasi Goreng Kampung + Nescafe Tarik

Mee Goreng Mamak + Teh Tarik

Teh Tarik Place ni tak payah nak cerita sangat kot. Ramai tahu makan kat sini sedap gilos. Biase mee goreng mamak dia yang sedap nak mati tapi masa hari kejadian Nasi Goreng Kampung dia yang sedap giler! Ha..ha..ha..nasi goreng kampung tu Eady yang order tapi macam biasa laaaa orang lain punyer order lagi sedapppppp dari yang kita order..kenapa ntahhhh..

Kecek-kecek dengan Eady la nasi goreng tu. Sedap sebab berebut ke sedap sebab orang punyer ke ntah tapi memang sedap lah! Pedas tepat pada tekak. Sedap sedap pedas..nyums~

Total RM25 

Laypark Corner Samudera 

Seafood Aglio Olio

Chicken Chop SEDAPPPP!!

Aaaa..sedap nyerrr..minggu tak dapat pegi makan!!

Laypark Corner Samudera ni kepunyaan Mummy Qausar a.k.a Mek Jah, suami dan ipar kalau tak silap aku. Family bisnes la nie. Ade sekali tu aku pegi saje je tak cakap dengan Mek Jah awal-awal, konon suprise la kan sekali dah makan kat situ lagi bapak suprise! Hoiiiih...sedap nyer Chicken Chop diaaaa..dah la bapak murahhhhhh pastu gu kan dengan Teh Ais Kawww...huwaaa..last week pegi sekali Mek Jah tak buka kedai! Siap kempunan kempunan bagai! Huarghh..

Aku review ni bukan sebab dia kawan tau tapi aku bagitau sebab chicken chop & seafood aglio olio tu sedap dan yang paling penting MURAH gilerrrrrrrrr. Korang tau tak, Eady tu sampai bape kali ajak pegi makan. Last week pegi makan Mek Jah takde, dia kursus dan kalau korang nak tahu kita orang order chicken chop tu 2 padahal aku makan benda lain. Ha..ha..ha..Eady makan sorang tak cukup. Chicken Chop tu dah la besar rangup pulak pastu sos dia ntah..lain dari lain. Nak kata panas black papper sangat pun tak tapi sedap lahhh..

Teh Ais Kaw memang kaw kaw sedapppp..1st time aku rasa Teh Ais yang Kaw sedap cukup rasa. Ntah macam mana nak terangkan ntah aku pun tak pandai. Gambar tu gelap sebab malam kan, lagi pun ni konsep warung. 

Laypark Corner Samudera berada belakang Giant Taman Samudera, betul-betul kat parking lot kedai Perodua kat belakang Gaint tu. Kalau lagi senang kalau korang cari Casmaria Apartment mesti nampak Perodua so kat situ la.

Total damage aku tak ingat tapi tak sampai 30 ke ngam-ngam 30 macam tu la. Puas lah Teh Ais Kaw cup bapak besar, Chocolate Oreo cup kecik tapi tetap besar, Chicken Cho sedap 2, Seafood Aglio Olio so kira murah la kan? Tertanjat order Teh Ais Kaw  RM 5 datang cup BAPAK BBESAR boleh share 3 orang..ha..ha..ha...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang