thumbnail

Wednesday, November 30, 2016

Selamat Bercuti Korang!


Ehh..korang ke aku yang bercuti ni? Kekekeke~ time ni mungkin aku dah on the way ke KLIA amik mak abah mertua dengan adik ipar atau dah ada pun kat Melaka, kami terus nak ke Melaka dan Johor. Tidur 2 malam kat Segamat.

Jadi aku away jauh dari pc dan mungkin tak dan kot nak BW guna hp, harap maklum dan dimaklumkan terlebih awal. Aku tinggalkan korang dengan baju raya kami tahun depan. Ha..ha..ha..cousin kita orang kawin so tema dia Peach, maka tahun depan terus jadi baju raya la. Jimat!




Gambar awal semua nyer senonoh sikit, lepas sejam korang tak tengok Syakirah mengarok! Ha..ha..ha..dari pagi meragam tak nak pakai dress, dia cakap dia boy! Y___Y gigih pujuk suruh pakai last-last ntah apa abah dia umpan ntah baru nak pakai. Grrrr~

Ni la penganti nyer.

Sesudah ijabkabulkan buat ke-10 tahun. Ha..ha..ha..

Selamat Hari Raya korang...ehh??

Selamat Bercuti koranggg, tak kira kat mana korang bercuti sila jaga diri, jaga keluarga, moga semua perjalanan pergi dan balik korang dilindungi ALLAH SWT. Aku bakal bermusafir dan harap segala doa-doa aku dimakbulkan ALLAH SWT. Aamiin~

MAHA 2016 MAEPS Serdang - JUS QALBI AL-EHSAN


1 Disember hingga 11 Disember 2016 merupakan pameran MAHA 2016. Apa yang menarik di MAHA 2016, MAEPS Serdang ini? Korang jangan lepaskan peluang ke MAHA 2016 Booth D18, HALL C (International Hall) MAEPS, Serdang Selangor.

Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia atau lebih dikenali sebagai MAHA 2016 kini kembali bersempena tepat pada cuti sekolah tahun ini. Pameran MAHA 2016 akan diadakan di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang, Selangor mulai dari 1 Disember sehingga 11 Disember 2016. Pameran ini akan disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak.


SEBAB APA HARUS KE BOOTH D18, HALL C (International Hall) MAEPS, SERDANG SELANGOR? SEBAB ADA JUALAN JUS QALBI AL EHSAN!!

Sementara offer, boleh belikan untuk yang tersayang, mak, abah. Sebagai hadiahkan buat mereka sebotol satu Jus Al Ehsan. Alhamdulillah mereka dah pekena sebotol, nampak efeknya. Semasa program MAHA 2016 ini berlangsung. Ada harga istimewa potongan DISKAUN sehingga RM73. Banyak tu RM73. Rugi tak grab ! Dan, selain itu ada banyak VOUCHER potongan diskaun untuk pembelian lain.


KENAPA PERLU JUS QALBI AL-EHSAN?

Ada banyak kelebihan dan kebaikan Jus Qalbi Al-Ehsan.

FAKTA !!! SETIAP 1 JAM 6 ORANG RAKYAT MALAYSIA KENA SERANGAN JANTUNG DAN STROK

KOLESTROL tinggi memang masalah yang amat ditakuti kerana ia boleh menyebabkan penyakit jantung, stroke dan sebagainya tanpa kita sedari.. Ingat, orang yang kurus juga berisiko mempunyai kolesterol tinggi jika tidak mengawal pemakanan mereka..

TANDA-TANDA KOLESTROL TINGGI

Sering berasa kebas-kebas pada kaki.
Timbul bintik-bintik putih (biji kolesterol) pada bahagian bawah mata, kawasan muka atau leher yang disebabkan oleh kadar trigliserida yang tinggi.
Mudah letih, penat dan cepat mengantuk.
Sering berasa sakit kepala.
Arteri yang semakin sempit akan membuatkan aliran darah ke otak berkurangan, sehingga menyebabkan rasa sakit pada kepala.
Kaki membengkak akibat pembuluh darah semakin sempit. Kaki merupakan bahagian yang paling sedikit mendapat darah.
Senak dada sebelah kiri apabila pembuluh darah pada bahagian jantung mula tersumbat.
Ini menunjukkan kadar kolestrol terlampau tinggi. 

Jadi, jika ada mempunyai tanda-tanda seperti ini. Jom cepat lakukan pemeriksaan doktor dengan segera. Sebaiknya lakukan lab Ujian Kolesterol untuk memeriksa tahap kolestrol anda. Kawal KOLESTEROL... baru sihat!





Jangan lupa tunjukkan VOUCHER ini juga ketika ke Booth Jus Qalbi Al-Ehsan di D18, HALL C (International Hall) MAEPS, Serdang Selangor. *sila mark no booth ni tauuu ;)

Keterangan lanjut boleh layari atau hubungi :

Telefon / Whatsapp : 018-373 9021 / 017-730 0366 / 012-6460421
Ig @qalbialehsan : www.instagram.com/qalbialehsan

Kepada para ibu bapa yang tidak tahu untuk pergi ke mana-mana pada bulan hadapan, inilah kesempatan yang terbaik untuk membawa anak-anak berjalan-jalan sewaktu cuti sekolah.

Tuesday, November 29, 2016

Buat Cermin Mata Semurah RM99, Termasuk Kaca!


Eh tibe-tibe ade entry lagi! Ha..ha..ha..ha..semangat ni korang jangan kacau ;) kejap lagi silap-silap ada entry lagi! Nak cuti tapi TERrajin pulak buat entry.

Nama kedai ni ZenOne.

ZenOne , tak nampak pulak nama kedai nyer..ha..ha..ha..actually aku tahu pasal kedai spek ni dari kawan -kawan kat FB, dan kalau ikutkan BERLAMBAK kedai spek yang offer murah-murah yang penting kau kene rajin tawaf Times Square tu. Aku memang tak daya laaa dengan Syakirah meragam, dengan masing-masing penat baru balik dari kenduri (entry kenduri esok okey)

Amik nama kedai tu terus tuju je senang. Korang kalau rajin pegi kat level lain pun ade banyak dan kat Sg. Wang pun ade offer lagi murah tapi ni yang ni paling best kot aku rasa! Lagi pun design dia banyak yang cantik compare kedai lain. Untuk lelaki punyer pun banyak pilihan.

ZenOne Optic

ZenOne ni offer paling best aku rasa! RM99 termasuk glass walaupun power ko tinggi! Kecuali power 800 ke atas laaa..macam Eady power dia 4.75 harga tetap sama RM99 frame + glass. Yang paling best frame dia anti patah! Ala-ala getah kot, anti calar siap orang tu demo pusingkan frame tu tak patah. Lagi best setiap frame ade ada waranty 2 tahun tau! Best-best-best..

Waranty la kot-kot anak ko pulas jugak ke tahap tertinggi sampai frame tak betul tu memang boleh tukar baru, just datang balik bawak ic je ;) best kan? Frame jangan cakap lah ada beratus-ratus korang boleh pilih sampai tahap rambang gilerrrr nak pilih. Punyer banyak.

Serius murah!

Bingkai Flexi, jom kita try kepak..kekeke..

Ramai tak tahu kot Eady rabun dari bujang lagi, almaklum orang duduk kampung kan..buat kerja sekolah pakai lilin je so cepat rabun la dia tu. Dia cerita masa duduk Batu Pahat rumah dalam kebun getah mane ade elektrik. Spek sebelum ni dah dekat 6 tahun kot tak berganti sampai tahap kabur-kabur dah kaca dia. Hu..hu..hu...

Pencuri hati saya..ehh ;)

Tak berganti la sebab setiap kali buat spek habis dekat 800 lebih hoii..tak kosa la akuuu..kekeke..lepas dapat tahu ade tempat buat spek murah memang laju je la ajak pegi buat! Nak balik kampung ni kang nak drive malam-malam, satu lagi takkan nak pakai contact lense dari pagi sampai tengah malam ye dak?

Kalau korang nak ke Times Square tu terus amik parking kat aras 5 so senang nak cari kedai ni, sebab kedai ni tersorok sikit kat belah-belah belakang. Kene pusing mencari sikit la tapi tak susah pun. Park je belah EAST WING, memang dekat je dengna pintu keluar masuk parking. Tingkat 3 pun ade tapi aku tak pegi ke sana pun. Sejam je spek dah siap lagi hebat kan? Pegi makan pun lebih sejam..ha..ha..ha..

Ringan, tahan lasak, bingkai flexi, ada waranti, kaca nipis, siap cepat, pilihan banyak dan paling penting harga murah! So korang nak apa lagi? ;)

Friday, November 25, 2016

Akhirnya Aku Dah Boleh Bercuti Dengan Tenang!


Alhamdulillah

Alhamdulillah

SYAHMI IRSYAD | Alhamdulillah setiap tahum masih mengekalkan kecemerlangan dia. Syahmi ni tak payah cakap la, rajin kemain..mendengar cakap pun ye jugak. Takde masalah sangat dia ni. Sekarang sibuk dengan band sekolah dia tu. Nasib baik band pun band jugak tapi belajar masih pandai.

Alhamdulillah no.1 di kedua-dua sekolah. Kat sekolah kebangsaan dia sapu 4 mata pelajaran terbaik, nilam terbaik dan anugerah kem solat? Ntah bila berkem-kem nyer ntah..ha..ha..ha..tau tau dah amik hadiah dan sijil jerrr.. Sekolah agama pun syukur sangat sebab dia lebih minta pada sekolah agama. No.1 dan dia sapu 6 mata pelajaran terbaik! Sayang nyer tak dapat pegi naik pentas sebab majlis nyer serentak dengan sekolah kebangsaan. Jadi Eady & Sufiya lah wakil pegi amikkan kat sekolah agama.

Alhamdulillah

Alhamdulillah!

SUFIYA IRDINA | Hohohooo..kalau cerita pasal yang ni nak gelak pun ada nak urut dada pun ada. Boleh jadi karangan lah kalau cerita pasal SUFIYA IRDINA ni. Macam biasa la anak no.2 kan special lebih dari awal sekolah dengan malas nyer dengan tak buat kerja sekolah nyer dengan kene denda hari-hari tu belum masuk part baju sekolah kasut sekolah macam belacan..ha..ha..ha...alih-alih periksa no. 1 di sekolah kebangsaan & no.2 di sekolah agama??

Mak kau tanjat nak! Ha..ha..ha..dah la no.1 pastu sapu habis 4 mata pelajaran terbaik! Huihhh abah dia pun terkejut. Kelmarin dia pegi majlis sekolah agama dengan Eady jadi dia naik pentas dan wakilkan sekali amikkan hadiah Syahmi. Ntah..budak ni memang pelik sikit, malas no.1! Kalau solat isyak tu lajuuuuu je terus masuk bilik tutup lampu tutup muka tido! Sanggup tu sebab semata tak nak buat kerja skoleha T____T ikut sapa la kau ni nak..? Ha..ha..ha...

Apa pun tahniah anak-anak. Entry ni bukan nak riak ke hape tapi entry ni aku simpan untuk kenangan aku dan anak-anak je. Mana tahu boleh jadi sumber inspirasi kat korang ke? Mana kita nak tahu ye dak..


3 budak sihat

Hari ni, isnin, selasa je hari aku kerja! Jadi aku memang busy sangat minggu-minggu lepas & mingu-minggu ni. Sorry la koranggg lama giler dah kot aku tak BW ke rumah korang. Hujung tahun macam ni la aku, sangat busy sebelum bercuti. Ni nak bawa mak abah mertua berjalan lagi aku tak jumpe pc tak sempat nak blogging bagai. Harap korang paham tau. Sorry sangat.

Dah boleh bercuti dengan tenang dah!

3 anak sihat ;) alhamdulillah~

Jadi aku tinggalkan entry ni kat korang dengan gambar 3 budak sihat. Kalau-kalau korang rindu buka entry ni dan tengok budak 3 ketul nie tau. So, dah boleh tarik nafas dan ucapkan alhamdulillah sebab aku dah boleh bercuti dengan tenang, semua urusan dah selesai termasuk blog job & kes manusia tu..ehhhh..?! Hihihiii~ ;)

Thursday, November 24, 2016

Amalan Wajib Dilakukan Ketika Hamil


AMALAN WAJIB DILAKUKAN KETIKA HAMIL | Mentang-mentang aku dah ade anak 3, kerap jugak aku jadi rujukan orang lain bab-bab mengandung dan beranak nie. Kalau ikutkan aku tak banyak sangat amalan dan tak banyak pantang larang masa pregnant, main redah je tapi masih dalam kawalan.

Kalau ikutkan amalan masa mengandung aku mudah je..makan je vitamen yang doktor bekalkan, makan benda-benda berkhasiat (yang mana aku tak amalkan pun..kekeke..sayur pun tak makan!) dan makan je apa saja. Nak kata bab makan apa saja tu penat sikit lah, sebab waktu aku pregnant paling payah aku nak minum susu! Ya Allah aku ialah orang yang tak minum susu segar tak kira la warna apa, yang perasa coklat je tahan sikit lah nak telan.

Orang kata minum susu kambing setiap hari masa pregnant sangat bagus untuk ibu dan anak dalam perut. Masalah nyer dulu mana ade susu kambing yang sedap yang tak hamis. Minum susu biase pun nak muntah terbelahak ini kan pulak susu kambing?? Memang tak laaaa...sudah nyer sepanjang mengandung 3 ketul budak tu kerja aku minum nescafe siang malam! Ha..ha..ha..sebab tu HB aku sentiasa rendah woiiii~

Bercakap pasal susu kambing ni, ikut sunnah nabi pun ramai yang tahu kan kebaikan dia adalah tersangat WIN. Masa pregnant kalau minum susu kambing setiap hari insya Allah anak takkan kuning (jaundice) dan sepanjang mengandung ibu sentiasa cergas dan cerdas. Susah ibu mengandung nak sakit-sakit urat, sakit-sakit tarik mengkarung dan anak yang dilahirkan pun akan cergas dan cerdas. Kalau korang google kebaikan susu kambing memang tersusunlah.


Puan Yati pengasas susu kambing Lazz

Yakini Khasiat Semulajadi LAZZ

SUSU KAMBING KURMA MADU | Ramai yang tahu satu amalan yang baik ketika hamil untuk elakkan anak kene kuning masa lahir ialah seawal 4 bulan kehamilan start minum air susu kambing yang dicampurkan bersama kurma & madu. Insya Allah, petua ini akan hilangkan demam kuning untuk bayi yang bakal dilahirkan tapi macam yang ramai juga tahu tak semua orang boleh minum susu kambing termasuk aku! 

Dengan Lazz Susu Kambing Kurma paling mudah, tak perlu nak campur-campur rendam-rendam..hanya gunting sachet, bancuh dan terus minum tanpa ada rasa nak muntah sebab rasa Lazz Susu Kambing Kurma ni aku pasti ramai yang boleh minum termasuk aku yang tekak anti susu lagi-lagi susu kambing. Huhuhu..kalau bercakap bab anak kuning ni mesti ramai dah tahu yang ketiga-tiga anak aku ialah prolong jaundice! Setiap seorang kuning (jaundice) sampai 40-44 hari okeyyy..

Serius sampai tahap fed up nak hadap kuning anak nie tapi apa boleh buat sabar je lah. Masa dalam pantang aku dipaksa minum susu kambing asli konon bila menyusukan anak kuning akan kurang. Huwaa..nangis-nangis sampai muntah-muntah nak telan! So bila aku dapat tahu pasal Lazz Susu Kambing Kurma ni aku teruja sangat walaupun aku dah tak mengandung! Ya ALLAH korangggg kalau la time tu ade susu kambing LAZZ ni memang aku bedal setiap hari hoih!

1st time! 1st time aku minum susu cair plus susu kambing TANPA MUNTAHSedap sedap lemak manis takde bau hamis kambing pun. Jadi aku teruja sangat nak share dengan korang supaya tak jadi, tak kene macam aku. Anak prolong jaundice sampai tahap kau pun penat masa dalam pantang. Dah la sakit c-zer, anak pulak kuning, kene kerap menyususkan dah tu bila nak rehat? Badan pun penat.

Didatangkan dengan 3 perasa

SUSU KAMBING KURMA MADU | Ibu hamil digalakkan minum Lazz Susu Kambing Kurma ni kerana ia juga membekalkan nutrisi yang penuh buat ibu dan anak dalam kandungan, dapat mengelakkan dari ibu hamil sembelit. Hah bercakap pasal sembelit ni boleh dikatakan 80% semua ibu hamil mengalami masalah ini kan?

LAZZ SUSU KAMBING KURMA sangat baik bagi membantu dalam menambah darah (HB) pada ibu hamil yang mengalami masalah HB rendah! Yang ni aku setiap bulan atas pagar, asal pegi check-up je kene amik ubat tambah darah. Dah la tak sedappp..huhuu..kalau lah ade LAZZ susu kambing ni masa dulu memang hari-hari aku bedal tau! Tak payah makan ubat or vitamen tak sedap tu. Selain tu dapat mengurangkan pedih ulu hati dan mengurangkan loya semasa awal-awal pregnant.

LAZZ SUSU KAMBING KURMA juga membekalkan tenaga semasa bersalin. Hah koranggg lepas minum air selusuh korang bedal Lazz ni sure ade tenaga nak teran! Untung nyer koranggg tauuu..aku ni kalau lah mengandung lagi (kalau ALLAH SWT bagi aku rezeki lagi!) confirm Lazz Susu Kambing Kurma aku bedal berkotak-kotak sampai bersalin.

3 perasa - ASLI, KURMA, COFFEE

SUSU KAMBING KURMA MADUtidak mengandungi gula tambahan, tiada mineral sintetik, tiada krimer tenusu dan tiada soya serta jagung! So, ibu hamil  yang mengalami masalah kencing manis ketika hamil diyakini boleh minum Lazz Susu Kambing Kurma ni.

Produk bumiputera muslim dan 100% organik! Diformulasikan daripada susu kambing dan kurma tanpa bau hanyir atau hamis. Huhuhu..jeles nyer aku dengan korang..kenapa masa aku mengandung dulu takde LAZZ SUSU KAMBING KURMA ni?? Tak adil nyaaaaa..

Pilihan hati aku dah tentulah LAZZ SUSU KAMBING COFFEE! Yupppp bagi penggemar coffee tegar ini masa nyer aku bertukar produk kepada produk sunnah! Bagus untuk diri aku sendiri. Orang lelaki pun boleh bedal Lazz Susu Kambing Coffee ni tau.

Sesi penerangan dari Puan Yati


SUSU KAMBING KURMA MADU Kalau korang nak tahu jugak, bukan takat ibu hamil je boleh minum LAZZ susu kambing ni. Sebenar nyer LAZZ susu kambing diadakan dijadikan untuk kebaikan 1 keluarga! Dari mak ayah anak-anak malah atuk nenek pun boleh minum. Boleh dikatakan minuman satu family dan harus ada didalam setiap keluarga.

LAZZ SUSU KAMBING ASLI, LAZZ SUSU KAMBING KURMA, LAZZ SUSU KAMBING COFFEE setiap satu perasa dihasilkan dengan setiap kebaikkan bagi setiap peminum. Boleh jugak dijadikan sebagai set ikhtiar untuk mendapatkan zuriat. Testimoni kejayaan pasangan yang dah berjaya hamil dengan bantuan LAZZ susu kambing boleh semak kat web tau, setakat ni LAZZ susu kambing dah berjaya membantu 118 pasangan sehingga Oktober 2016 dengan SET IKHTIAR LAZZ (Susu Kambing Asli + Susu Kambing Kurma). Kat FB aku pun ade yang komen adik dia tunggu dah 4 tahun, last-last dengan usaha minum Set Ikhtiar LAZZ ni terus berjaya lekat. Alhamdulillah~

Bukti salah sorang adik pengguna telah berjaya dengan usaha minum Lazz Susu Kambing Kurma

Selain itu, baik untuk ibu berpantang & ibu menyusu, baik juga untuk anak-anak dan warga emas. Cuma aku sekarang fokus pada kebaikan LAZZ susu kambing kurma pada yang sedang hamil, yang sedang mengandung. Aku fokus bab ni sebab ramai sangat duk tanya-tanya apa aku buat apa aku amalkan setiap kali mengandung. So amalan aku tak banyak sangat tapi aku nak share untuk korang biar korang tak jadi macam aku.

Korang dah boleh dianggap bertuah sangat sebab ade LAZZ SUSU KAMBING KURMA MADU yang penuh khasiat dan kebaikkan nie. Best nyer korangggg~

Lazz Susu Kambing Kurma

www.lazzsusukambing.com
Lazz Susu Kambing Kurma

Dengan harga :

Lazz Susu Kambing Asli & Lazz Susu Kambing Kurma : RM 45.90 | RM 50 (SS) - 1 kotak - setiap kotak mengandungi 500 gram serbuk dengan bancuhan sehingga 26 mug.

Lazz Susu Kambing Cafe/Coffee : RM 35.90 | RM 40 (SS) - mempunyai 20 sachet disetiap kotak.

Syarikat LAZZ Ain Marketing Sdn Bhd ada dipasaran sejak 10 Januari 2015 dan dilihat terus meningkat permintaannya kerana telah ramai yakin dengan kebaikan LAZZ SUSU KAMBING. Setakat ini Lazz mempunyai lebih 600 ejen di seluruh negara juga di Brunei & Singapura. Lazz juga boleh didapati di lebih 1000 outlet farmasi kedai barangan Muslim dan kedai runcit di seluruh negara.

Lebih lanjut :

LAZZ Ain Marketing Sdn Bhd
G, 334 Jln Bdr Senawang 1
Pusat Bandar Senawang
70450 Seremban
Negeri Sembilan

Hotline : +6013-3083354
FB : Lazz Susu Kambing
IG : Lazz Susu Kambing HQ


Lazz Susu Kambing Kurma

Anak-anak pun bahagia dapat minum LAZZ susu kambing! Korang bila lagi?

Friday, November 18, 2016

Rambut Lebih Kemas Dan Terurus Dengan Clash Super Edition Pomade


Korang tahu tak POMADE? Aku mula-mula tak tahu kemende la mende alah nie! Pomad pomad kemendeee..rupa nyer gel rambut ! Dah la hari isnin aku naik keje tetibe budak office aku bagi "nah kak..bagi husband akak try!" Eh kauuu macam tahu-tahu je akak baru sembang-sembang dengan Eady pasal Pomade nie!

Aku pernah juga tanya Eady tak nak ke try Pomade pastu dia cakap nanti lah tunggu minyak rambut abang abis dulu. So aku pun okey..terus lupa dah. Ha..ha..ha..

Pomade Super Clash

Clash Super Edition Pomade | 

☆☆☆KELEBIHAN CLASH SUPER EDITION POMADE☆☆☆

# Pomade Paling Besar Di Pasaran
# WATERBASED POMADE
# Sesuai untuk menggagakan rambut moden seperti uppercut, undercut, moden slickback
# Lasting effect dari pagi sampai ke malam.
# Senang dibasuh dengan sekali cucian
# Suci untuk dibawa solat, Tiada unsur lemak dan minyak.
# Rambut akan nampak lebih terurus dan kelihatan lembab
# Lebih mudah untuk membentuk gaya rambut yang anda idamkan
# Meluruskan rambut yang kerinting
# Bertahan selama seharian tanpa berubah bentuk
# RedBull Perfume scent yang semestinya wangi dan harum semerbak
# Bau yang akan menyenangkan
# Boleh dibawa solat tanpa bahan2 terlarang

Waterbased Pomade

Clash Super Edition Pomade | Eady cakap kalau waterbased ni dia jenis tak minyak. Makna dia kalau kepala kau berpeluh sekali pun takde nyer minyak rambut tu nak meleleh sekali kat tengkok. Dia cakap lagi kalau gel tu biasa buat rambut jadi keras kejung mampus tak bergerak rambut kau kalau kene angin sekali pun, tapi yang Pomade ni tak berapa keras rambut tapi rambut elok terletak nampak macam tak pakai minyak rambut la.

Korang abaikan bilik air aku tau!

Bertambah kacak suami aku lepas guna POMADE ni..kekeke..

Yang kenal Eady mesti tahu macam mana Eady jaga rambut! Ha..ha..ha..menjadi KEPANTANGAN dia kalau korang usik rambut dia lepas dia dah set rambut! Pantanggggggg giler..jangan la korang usik, marah dia nanti! Even aku pun tak dibenarkan sentuh apa tah lagi anak-anak pun tak dibenarkan sentuh rambut abah kalau dah siap. Dari bujang sampai kawin anak dah 3 pun rambut ialah aset dia. Kalau tunggu dia menyiapkan rambut kalah aku yang pakai tudung bawal tiup-tiup tak jadi nie. Ha..ha..ha...

Jadi, nak bagi dia try Pomade ni awal-awal aku whatsapp dulu tanya nak pakai tak kalau tak nak aku tak nak terima Pomade nie. Pastu dia cakap boleh jugak lagi pun memang dah lama nak try! Okey nice~

Apa yang dia bagitau aku, Pomade ni wangi, tesktur lembut, rambut tak kejung yang penting tak berminyak! Dia paling tak suka minyak rambut yang berminyak sebab susah nak cuci masa nak solat. Kemain berminyak tengkuk nanti dia cakap, tapi dengan SUPER CLASH POMADE ni senang nak urus, senang nak solat, senang nak bersiap balik. Huh..kalau dia bersikat lepas solat nangis kau nak tunggu..ha..ha..ha..oh laki ku sayang~

Korang kalau nak try dan aku rase budak-budak lelaki remaja tu kalau baru-baru nak kenal minyak rambut elok try ni dulu. Jenis senang nak urus la POMANDE ni. Murah pun bapak murah, harga mampu milik walaupun budak remaja nak beli. Botol besar so dah jimat banyak.

Sapa nak beli, nak order boleh :

Whatsapp 013-6300797 
WeChat ID : Awang Ramli 
Intagram : Peon_Pomade
Facebook : Peon Pomade

Ada COD area Kuala Lumpur, Selayang, Batu Caves, Ampang ehhh banyak tempat lagi so korang boleh terjah IG & FB Clash Super Edition Pomade ni. Confirm tak menyesal lepas dah try!

Thursday, November 17, 2016

IJM LAND SEREMBAN 2 "A Great Place To Live" - Pengunjung IJM LAND Di Ceriakan Dengan Karnival Fiesta Magika!


IJM LAND SEREMBAN 2 "A Great Place To Live"

Minggu lepas bertempat di IJM LAND Seremban 2 para pengunjung IJM LAND diceriakan dengan karnival bertemakan tema "Fiesta Magica, A Journey Through Fairy Tales & Happy Trails". Pelbagai aktiviti menarik disediakan yang bertemakan magik, fairy tales dan kisah dongeng. 

Ramai kan?

Kemuncak karnival ini ialah hadiah cabutan bertuah bernilai sehingga RM20,000, terutama bagi pengunjung yang ada, pembeli IJM Land Seremban 2, Seremban 2 Heights, dengan iPhone 7+ sebagai Hadiah Utama. Meriah kan? 

Sambil bergembira ada juga yang meluangkan masa untuk menderma darah!

Terima kasih encik ;)

Pertandingan kostum bertemakan Fairy Tales juga diadakan.

Para Pemenang

Photo Kredit to : AfzalSukaSuki

Malam lagi cantik tau!

IJM LAND SEREMBAN 2 "A Great Place To Live" | Karnival ini diadakan untuk menarik pengunjung melihat projek IJM LAND SDN. BHD bagi memperlihatkan IJM LAND Seremban 2 adalah satu perbandaran yang ideal, lengkap dengan kemudahan. IJM LAND Sdn Bhd juga menyasarkan pasangan muda dan juga yang bekeluarga bagi menikmati kehidupan dalam persekitaran yang selamat dan berlokasi strategik. Dengan slogan "A Great Place To Live" dilihat sebagai slogan yang tepat untuk menzahirkan keadaan IJM LAND Seremban 2 ini. 

Jadi, bagi menarik lagi para pengunjung untuk terus berkunjung ke IJM LAND Seremban 2 ini satu contest telah diadakan dengan hadiah bernilai RM3000 untuk para pememang. Magical Moment Photo Contest diadakan dari 13 November sehingga 18 Disember. So korang..apa lagi? Jom singgah ke IJM LAND Seremban 2 untuk amik-amik gambar, lagipun prop Fairy Tales ni memang dijadikan untuk korang bergambar kat sana! Bila lagi? Kalau korang nak tahu ade kereta kuda Cinderella kat sana! Anak-anak mesti suka kalau pegi sini! Eh aku pun suka kot kalau singgah sini. He..he..he..jom korang. Aku nak pegi bawa anak-anak.

Untuk maklumat lanjut mengenai IJM Land dan Seremban 2 perkembangan, sila layari www.seremban2.com.my

Jus Qalbi Al-Ehsan : Salah Satu Cara Untuk Kurangkan Kolestrol


Jus Qalbi Al-Ehsan

Sejak-sejak haritu Eady sakit kaki tu macam-macam benda aku cari untuk kurangkan sakit dia tu. Kejap doktor cakap gout, kejap cakap sakit kaki saraf..ntah..tapi check darah untuk overall memang asid uric & kolestrol tinggi, cuma doktor tak sahkan gout la. Ntah aku pun tak paham..ha..ha..ha..

Tapi apa aku buat ialah mencari satu alternatif untuk kurangkan kolestrol dan asid uric dia tuh! Selain dari senaman (yang kene paksa) aku juga cari alternatif makanan sunnah untuk kurangkan kolestrol dia tu. Takut hoihh kang buat nyer skait jantung ke hape ke..nauzubillahiminzalik~ Cari-cari akhir nyer ketemu dengan Jus Qalbi Al-Ehsan nie. 

Salah satu alternatif kurangkan berat badan juga

Apakah tanda-tanda seseorang itu mempunyai kolesterol tinggi dalam badan ?

> Sering kebas-kebas pada kaki.
> Timbul bintik-bintik putih di bahagian bawah mata dan muka.
> Mudah letih, penat dan cepat mengantuk.
> Sering berasa sakit kepala. Arteri yang semakin sempit menyebabkan aliran darah ke otak berkurangan menyebabkan sakit kepala.
> Kaki membengkak akibat pembuluh darah semakin sempit.
> Berasa senak di bahagian kiri dada.

100% asli tanpa bahan pengawet!

JUS QALBI AL-EHSAN diformulasikan daripada 5 bahan asli semulajadi (Cuka Epal, Bawang Putih, Madu, Halia dan Lemon) dan dihasilkan tanpa tambahan bahan pengawet tiruan, dan terbukti mampu menurunkan kadar kolestrol dalam tubuh badan dan membaik pulih serta merangsang sistem peredaran darah, serta mengurangkan risiko yang berkaitan dengan jantung, jika diamalkan secara berterusan. 

JUS QALBI AL-EHSAN sangat berkesan untuk membantu dalam menghapuskan masalah jantung tersumbat, asma, tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, resdung, gout, kencing manis, strok, kebas anggota badan dan sembelit. Cara pengambilan sesudu pada waktu pagi (sebelum sarapan) dan sesudu lagi sebelum tidur, pastikan guna sudu plastik je sebab besi keluli boleh menghilangkan khasiat madu.


Agen Pelansingan Badan Semulajadi Terbaik!

JUS QALBI AL-EHSAN | rasa dia Eady cakap macam cuka! Ha..ha..ha..dia cakap masam-masam macam cuka epal. Gitulah tapi dia kata sedappp..ntah aku pun tak paham. Ha..ha...ha..tapi nampak lah bangun pagi dia dah tak kebas kaki!! Hohooooo...kalau tidak bangun pagi je nak kene urut tapak kaki dia dulu. Hmm..hmmm...sekarang alhamdulillah nampak sungguh dah kurang 1 part.

Nak kene terus menerus consume baru nampak kesan yang lagi mendalam agak nyer kan. So korang kalau nak cuba boleh terjah : 

Instagram : Qalbi Al Ehsan 

Jus Qalbi Al-Ehsan 250ml = RM 79 (Semenanjung) RM89 (Sabah/Sarawak)
Jus Qalbi Al-Ehsan 500ml = RM 149 (Semenanjung) RM159 (Sabah/Sarawak)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang