thumbnail

Tuesday, January 24, 2017

IMPIAN RM 2017


IMPIAN 2017 ? Hmm...takde impian lain melainkan membahagiakan orang lain untuk kegembiraan sendiri. Yup, dah besar dah tua ni takde benda lain nak sangat cuma nak cari jalan kegembiraan dan kebahagiaan sahaja. Jadi menjadi impian aku untuk menggembirakan kesayangan aku ni. Eady, suami aku yang banyak berkorban jiwa dan rasa. Susah nak terangkan betapa susahnya dia nak survive dengan aku dan dengan yang lain. Betapa terseksanya dia nak survive di sepanjang perjalanan nak dapatkan rasa tenang ketika ini. Hmm..hmm..

Haloh haloh haloh..musim perayaan adalah musim kegembiraan buat semua, jadi kalaulah IMPIAN RM 2017 ini dapat memberi sedikit kegembiraan buat dia, aku sanggup berikan melebihi keinginan aku sendiri. Ye lah orang perempuan kan, kalau diberi peluang bershopping secara percuma memang panjang list yang ade dalam kepala tapi biarlah aku bagi laluan pada dia yang dah lama TAK PERNAH TERIMA apa-apa dari aku :( sobs!~ Berikan aku peluang untuk sedekahkan sedikit rasa gembira dan bahagia pada dia.

Ha..ha..ha..nah tetibe jadi cerita sedih pulak dah, tapi ye..aku ni kalau betul-betul diberi peluang untuk ber-shopping percuma aku takkan beli untuk aku (eheks..tipulah takkan takde! Mesti ade sekurang-kurangnya 1 untuk kenangan aku sendiri~) kebiasaannya aku memang akan pilih (beli) untuk Eady atau anak-anak. Biase la dah jadi mak-mak ni mesti akan lebihkan orang lain dari diri sendiri..ye dak? Ehhhh...nak senang nak adil aku pilih macam ni lah..pilih barangan yang boleh diguna sama dan akan meninggalkan kenangan terbaik buat kami.

http://www.lazada.com.my/cny-red-hot-sale/
Lazada CNY Red Hot Sale

LAZADA CNY RED HOT SALE | Okey lah okey lahhhh...kalau ikutkan hati ni boleh je aku pilih Handbeg Furla, Jam Fossil, Perfume Estee Lauder tapi apa orang kata kalau ikut hati nanti mati! Jadi, ramai dah tahu (kot!) Insya Allah tahun 2018 if rumah kami siap (aamin~) semua barang rumah aku nak kene beli! Huwaaa..takut nyer nak fikirkan betapa banyak nyer nak guna duit untuk beli barang rumahhh nanti *seram* jadi mungkin ini peluang aku boleh jadikan LAZADA IMPIAN RM 2017 ni sebagai hadiah impian 2017 untuk kami sendiri!

Ye lah 2018 tak lama mana weh, ini pun dah nak habis Januari pastu tetibe dah raya dah tengah tahun tup tup habis tahun 2017. Huwaa..berdebar nyer bila fikir bab duit nie, apa pun nahhhhh inilah antara (nya) 5 barangan utama yang sentiasa ada dalam bucket list aku! Korang boleh panggil ia sebagai IMPIAN RM 2017 aku~ (sebenarnya kalau ikutkan list aku panjang lagi...kekekekee~) :

http://www.lazada.com.my/casa-nice-beige-white-queen-bed-frame-with-goodnite-spinahealth-8inch-queen-posture-i-spring-mattress-10957325.html

http://www.lazada.com.my/casa-nice-beige-white-queen-bed-frame-with-goodnite-spinahealth-8inch-queen-posture-i-spring-mattress-10957325.html

Barangan pertama (1) dalam fikiran aku sentiasa dah tentu lah : KATIL! Yaww..selama ni hari-hari tidur bawah tau korang, sakit-sakit badan hakak..ha..ha..ha..so dah tentulah KATIL menjadi impian utama kami. Memang katil tilam adalah target utama kami nak dapatkan bila masuk rumah tu nanti. Tidur nyenyak itu nikmat okehhhh ;) Aku nak set katil ni (satu) sebab tengah offer bapak lah murah, (2) sebab ade free tilam so dah super jimat disitu! (tiga) aku pilih sebab warna dia putih. Kalau korang nak tahu warna putih adalah tema pilihan kami bagi bilik tidur utama nanti, memang dah kene sangat offer [link] LAZADA CNY RED HOT SALE nih~

http://www.lazada.com.my/vivo-bed-white-5-ft-18034019.html

http://www.lazada.com.my/vivo-bed-white-5-ft-18034019.html
2. VIVO BED - WHITE - 5 FT - RM 399 x 2 item : RM 798 - normal price RM 699

Barangan kedua (2) tetap juga KATIL! Hahha ini untuk Sufiya Syakirah. Kata semua nak kene beli baru so untuk anak-anak terus pilih katil besar sikit dari single. Almaklum tak lama lagi masing-masing pun dah besar, dan alang-alang beli (pilih) kita pilih yang terbaik dan pilihan untuk jangka masa panjang penggunaannya. Untuk pilihan kedua ni aku nak pilih 2 katil yang sama terus, untuk 2 bilik tengah. Masih lagi memilih putih sebagai warna utama untuk dedua anak dara.


3. MF DESIGN LOUIS FABRIC QUEEN DIVAN BED (GREY) - RM 299 - normal price RM 499

Barangan yang ketiga (3) dah tentulah : KATIL jugak! Ha..ha..ha..yang ni untuk anak bujang nan sorang tu lah~ Dia kan sorang, so warna aku pilih Grey sebagai tema warna untuk Syahmi sebab nampak sikit kelakian dia. Warna hitam macam common sangat, yang penting warna Grey ni nampak mahal dan senang nak dimatchkan dengan warna lain. Reason pilih katil Queen juga adalah sama seperti aku pilihkan untuk Sufiya Syakirah, pemilihan untuk penggunaan jangka masa yang panjang. Ingat mampu sangat ke nak tukar katil setiap 5-6 tahun? Kekekeke..memang tak la..pakai la sampai reput atau pun patah kerr.. ;)


4. ESPRIT Men's ES104031001 Calibre Chronograph Watch  - RM 342 - normal price RM 581

Yawwww..ini tetibe TERmasuk dalam bucket list sebab memang dah niat aku kalau ade rezeki lebih aku nak hadiahkan Eady jam. Birthday dia bulan February ni, dan aku memang ade niat nak gantikan jam dia yang hilang kat tandas surau masa dia solat! Huhuu..dia amik wuduk pastu tertinggal, abis solat tengok jam pun dah ghaib! SEDIHHHHH tauuu tapi nak kata ape..takde rezeki, jam tu pun aku hadiahkan pada dia 6 tahun lepas :(

Ehhh kenapa ade bucket list nie?? Haaaa..meh nak cerita, sempena perayaan Chinese New Year ni [link] LAZADA CNY RED HOT SALE bermurah hati nak hadiahkan 5 barangan pilihan hati kepada yang bertuah, yang mana kesemua barangan mestilah bernilai hanya RM 2017 sahaja. Harap ade tuah aku untuk tahun 2017 ni! Nak katil .. nak katil.. nak katil~ 

Grand total : RM 578 + RM 399 + RM399 + RM 299 + RM 342 : RM 2017 ~ yesss...boleh menang nie..kekekekeke~ [harga semua barangan sentiasa berubah-ubah tau]. Korang doakan aku bertuah dipilih oleh LAZADA tau. #muahciked korang~

Reason paling kuat yang aku rasa melayakkan aku menang adelah kerana :

1. Aku nak masuk rumah baru bersama barang baru yang dihadiahkan oleh LAZADA supaya sepanjang hayat aku boleh bercerita pada anak-anak dan cucu.

2. Aku nak jimatkan duit suami supaya kami takdelah bergaduh pasal duit, pasal tak cukup duit nak beli barang (pindah & masuk rumah baru kene guna banyak duit woih~)

3. Aku nak ade kenangan manis bersama LAZADA apabila masuk rumah baru tu.

4. Last sebab aku sayang LAZADA walaupun orang komplen barang rosak barang tak sampai tapi setakat ni tak pernah lagi LAZADA memberi persepsi buruk pada aku! Aku memang suka dan sayang LAZADA~



25 comments:

Mrs Puex said...

semoga iwa dapat menang katil katil katil..

doakan kita jugak ye.. tengah buat karangan dan pilihan harga jugak ni.. pening nak tepatkan dengan jumpah ngam2..

hahhaaa..

Raihanah Ahmad said...

wah lazada pun ada jual katil rupanya. cantik lak tu

Sobri Mansor said...

Saya doakan semoga berjaya. Berbaloi kalau dapat katil beso menang cabaran. ye dak...

Kakzakie Purvit said...

Harap impian menjadi kenyataan - putih memang cantik nampak bersih
Cuma adik mok tu kenalah jaga sikit - nampak cantik dia yg lebih nanti:)

Kakcik Nur said...

Semoga harapan/impian Izwa akan jadi kenyataan.

Aamiin...

Nieyl said...

Semoga impian menjadi kenyataan...

Nadia Johari said...

Semoga berjaya

Cik Kumbang said...

amin amin amin
semoga impian RM2017 menjadi kenyataan (^_^)

Nik Khazami Nik aziz said...

woahhh good luck.. nyenyak tidur kalau menang..

jemput singgah: Kerja dari Rumah dengan iLancee

mama tisya said...

good luck..katil baru syok tu

Warisan Petani said...

Semoga impian RM 2017 menjadi kenyataan.
Aamiin.

Azian Elias said...

Senyum lebar Abg Eddy kita yee..

sal ya said...

Pindah rumah baru memang banyak guna duit. Bertabahlah ye..

Blog Akak Kembang said...

Smg dipermudahkan . Tak sbr nak tgk umah baru

Julia Johari said...

Aummmmmmmmm katil...memang aummmm design dan harga tu...moga kak izwa menang contest ni...dik juju on the way nak karang

CikLily Putih said...

wah borong katil nampak!! hehehe

eima said...

good luck ... semoga murah rezeki .. nk join juga la

Emarieys said...

good luck izwa
semoga impianmu terlaksana

eh kiter pun ada impian yang sama..

Inani Hazwani said...

InshaAllah mudah mudahan ada rezeki kak Izwa. Amin 😊

Fiza Rahman said...

Good luck.

aRz MoHa said...

semoga dimurahkan rezeki kak izwa moga impian tercapai...nanti nak masuk rumah baru kan...

adianiez AIDA said...

gud luck ekk idzwa.
moga impian jadik kenyataan.
nak masuk umah baru memang menyeramkan poket kita.
aida ni hah, umah da siap setahun yg lepas.
skit skit buat.
skit skit beli brg.
bagi penuh umah.
sib baik umah kecik skang ni umah sendiri jugak.
boleh la bernafas berselang dgn tak boleh bernafas :)

LYAfrina said...

aamin...
mudahan ada rezeki awak..
sape tahu kan???

hainom OKje said...

Moga Impian menjadi kenyataan Izwa...

Kira Sakura said...

good luck kak. bestnya kalau dapat semua ni. tapi katil2 tu memang cantik sgt

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang