thumbnail

Monday, January 30, 2017

Kau Ingat Senang Jadi Mak Bapa?

Kau ingat senang jadi mak bapak?



0-12 bulan : Kalau kau rasa jaga baby tu susah kau silap. Jaga baby paling senang (kot?), cukup makan cukup susu tidurlah dia cuma susah part kembong, manja (melekap macam anak panda) atau waktu main dia ikut zone US. 😎

Saat paling mencabar bila dia dah pandai berjalan, memunggah, menyepah dah 1 hal nak kene selesaikan semua benda dari pagi sampai malam. Ini part yang kau sentiasa kene monitor dia 24/7 ! Kalau tak ade je benda pelik dia buat termasuk tabur bedak 1 rumah atau gunting rambut kau masa kau tertidur. 😏

2-3 tahun : saat paling menduga sebab inilah saat keemasan tantrum dia! Berguling depan kedai, meraung tak nak jalan, melalak dalam mall. Menjerit-jerit tak dapat naik kereta mainan.. eh macam-macam hal lah time-time ni πŸ˜‚

4-5 tahun : saat buat perangai! Buat perangai tak nak mandi tak nak makan tak nak pakai baju tak nak jalan tak nak segala benda semata tak nak pegi skool (taska). Ulang setiap pagi selama setahun sambil ulang no.1 untuk adik dia.


5-6 tahun : saat kecemerlangan. Okey tahap ni boleh tarik nafas lega sikit sebab dia dah ade kawan boleh nyanyi-nyanyi balik sekolah (tadika) tapi kau jangan lupa ulangan dari atas untuk part adik dia pulak..kah..kah..kah.. 😜

7 tahun : ini nasib..dapat yang pergi sekolah balik sekolah okey alhamdulillah tapi dapat yang pergi wangi balik belacan padahal baru hari isnin kau urut je lah dada kau laki bini. Ha..ha..ha.. πŸ˜‚πŸ˜‚

8-12 tahun : tak banyak masalah di sekolah kecuali part susah nya nak suruh buat kerja sekolah! Rasa macam menyanyi hari-hari duk ulang suara 😭 kalau yang no.1 perangai cemerlang dari darjah 1 tapi yang no.2 kau kene sabar tahap langit ke-7 dengan perangai #ikutsukaakulahnakbuatketak πŸ˜­πŸ˜… Tu belum masuk part hari-hari hilang pensil, hari-hari hilang pemadam, hari-hari hilang buku! πŸ’†

Ohye sambil "menyanyi" sambil ulang dari part baby sampai ke bawah untuk adik-adik dia. Kah..kah..kah..

Kau ingat senang jadi mak bapak?

13-17 tahun : cabaran remaja kita sambung lain kali okey ✌

Sebenarnya jadi mak ayah ni best tau, so korang yang belum jadi mak ayah tu aku doakan 1 hari nanti jika diizinkan Allah SWT korang akan dapat rasa macam ni juga, cepat & lambat hanya Allah je yang tahu. Pada yang tak tahu erti kekuasaan Allah SWT tu baik kau diam jangan tanya-tanya orang bila nak ade anak.

Ohye..ini patut jadi entry blog tapi malas pulak nak post ke sana so selamat pagi good morning korangggg 😘😘

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Nah sebelum orang lain claim ini post dia meh sini aku share..kekeke..nampak tak tarikh 21 Jan jam 7.44 a.m tu? Haaaa tu tengah duduk pagi hari kat hall umah tengah memikir ape nak buat start dari nak sediakan sarapan. Tak sangka pulak post merepek ni pun ramai orang copy paste kat wall masing-masing T__T

Biase la aku kan suka mengomel. Ha..ha..ha..banyak sangat nak pikir nyer pun. Kene pulak sekarang memang fasa Syakirah tengah tantrum dan Sufiya hari-hari hilang pensel! Pening okey tu belum kira ulang suara suruh buat kerja sekolah. Sekali cakap sekali jalan selagi tak ulang 80 kali selagi tu kerja sekolah tak siap. Sabar je lah aku kan anak-anak ni tapi takde dia orang sunyi tauuuuuuu...pening jugak bila rumah sunyi. Kekekekee~

Tu ha kat rumah tu budak Syakirah dah demam dari hari khamis (aku EL khamis jumaat) ntah kenapa tetibe pulak demam. Dah tu start jumaat malam dia batuk sampai muntah pulak dah. Membawa sampai ke malam tadi. Asal batuk teruk je muntah. Batuk macam gatal tekak tu. Dah bawa ke klinik doktor cakap demam biasa, just bagi ubat batuk selsema yang mengantuk sikit nak bagi dia rest. Demam dah takde dah. Harap hari ni dah baik. Esok nak kerja wey..dah 2 hari EL, kene pulak aku punyer teammate dedua cuti. Bising pulak bos aku nanti.


Demam nak besar lagi kot! Mulut pun bijak sangat ni macam-macam benda dia cerita setiap hari bila balik dari taska. Orang dah masuk kelas baru kan, dah start belajar baca buku so lagi lah becok nyer ;) malam-malam je ajak sembang sampai tertidur. Masalah nyer penat nak tunggu dia penat! Ha..ha..ha..

Tu ha semalam melepet je satu hari kat umah, tidur je. Sian pulak tengok. Dah jadi satu masalah nak kene duduk je sebelah dia letak tangan kat badan T_____T kalau tak dia tersedar terus mengamuk. Sabar je lah aku masak pun lari-lari! Nasib baik abang kakak tusyen so sunyi sikit rumah dapat la dia tidur rehat lama sikit. Nasib baik jugak ade pes kari aku beli dari kakak kat office ni. Dapat jugak masak laju-laju untuk Eady, Syahmi, Sufiya sambil tu tenggek periuk masak bubur pulak untuk Syakirah. Kene jadi supermak dua tiga hari nie.

Manja lah sangat!

Tu tengok la tu, nak duduk tengok tv pun nak macam tu..grrr..manja sangat nih! Tu demam on off tu. Harap cepat la baik dik, sunyi pulak rumah takde kawan gaduh. Kekekeke..kalau tak bergaduh cakap je dengan dia. Biase dia pun jerit-jerit gaduh dengan abang kakak tapi ni dah tak sihat sunyi la jugak rumah. Tu la jadi mak bapa ni kan 1001 benda nak kene fikir nak bagi semua sempurna pada anak-anak. Harap-harap anak-anak semua membesar sihat dan soleh solehah je. 

Demam pun solat jangan tinggal

Baru la elok benar pakai telekung! Kalau tak hari-hari solat pakai kopiah. Sabar je lah aku dengan yang sorang ni. Asyik claim dia sama abang Syahmi. Ha..ha..ha..punyer tak nak geng dengan kakak so tak nak jadi girl. Macam-macam hal! Tu ha yang imam nyer pun kemain nak berlengan pendek. Grrr...anak-anak! ;)


21 comments:

Zakie Purvit said...

Rencah jadi mak-ayah gitulah. Biar kita sibuk mengurus semua yg sihat. Kalau ada satu aje yg tak sihat dah tak senang hati kan.

Nasib baik semua suka sekolah. Kalau yg jenis nak bertunggu lagi haru.

Cepat sihat ye dik😊

aRz MoHa said...

macam-macam karenah anak-anak...bila dah ada anak baru tahu betapa besar pengorbanan mak ayah yang dah membesarkan kita....


bila waktu buat perangai sabar jela

Kakcik Nur said...

Anak - merekalah racun merekalah penawar.

Agak-agaknya, kita ini anak yang macam mana kepada orang tua kita, kan?

Muhammad Faiz Mohamed Saaid said...

bertabahlah wahai ibu dan ayah

1001petua.com said...

p/s : hi.. sy dtg untuk blogwalking n sy dh follow blog awk ni.. :D lau sudi.. silalah follow balik blog sy ye..nk minx tolong sikit boleh? Boleh tlg check x sama ada blog bru sy ni www.1001petua.com berat atau ringan ye.. Mksud sy.. cpat atau lmbt loading.. tq..

Kamsiah Yusoff said...

sesungguhnya amanah Allah amat berat utk dipikul..kerana kita akan ditanya kelak apa yg telah buat dgn amanahNYA itu..

HeNRieTTa JoSe said...

part yang last tu...sejuk perut ibu mengandung....

Radhiah Izzati said...

Jasmeen yang baru 4 tahun pon macam macam karenah. nak kawal marah tu bukan senang.. huhu..

Inani Hazwani said...

Heheh. Setiap peringkat umur ada cabaran anak anak ni kan. Moga cemerlang semua anak anak kak Izwa dan jadi qurratul a'yun (sesejuk mata memandang) Amin.


Siannya adik. Moga dah sembuh hendaknya 😊

el said...

anak iols yg kecik tu xtau lahhh mmg betul tu jaga bb lagi senang kut jaga bebudak umur 1-2 tahun ni..perangaii ya Allah mmg naik hangin je lah...tp tulah kenalah sabau nak jaga budak2 ni..semua budak sama je lah..bak kata mil iols..nama pun budak2 biarkanlah hahahahaha

adianiez AIDA said...

alahai... moga anak2 idzwa semua nyer sihat2 belaka la skang ni ekk.
ari tu ijat tetiba selsema batuk.
aduhai,lemah nyerla otot2 aida. yes bukan senang nak menjaga anak tak sihat.
cecepat double kan qaseh junior.
cuaca pun tak tentu arah kan skang, idzwa.
jap panas.
jap sejuk.
jap medium. hu hu hu sian anak2 kita.
selamat dah ijat. tak demam selsema lagi.
tapi tu la, ibu nyer ni plak yg start sakit tekak! dugaan. dugaan...

Fiza Rahman said...

TU yang risau bila anak demam on and off. GWS dik mok.

Raihanah Ahmad said...

asam garam jadi mak pak. hihi

LYAfrina said...

gitulah cabaran nk besarkan anak kan..kecik perangai lain..dh besar perangai lain.. tp itu semua akn jd kenangan terindah bila anak2 dh dewasa nanti..

moga dik mok cpt sembuh ye..mmg ssh hati bila ank x sihat..asya pom bru2 ni x sihat..kul 3 pg jenguk emergency room.. susah hati fikir kat ank.. nak buat kerja pom x tenang... teringat kat anak..

wahida said...

anak aku si junior tu pun baru kebah demam...melepet je dengan mama dia sampai tak bagi aku bangun...huhu...

harap anak ko cepat sembuh...

adarnadzmie said...



musim sakit kot anak2 kita semua ni...
mggu lepas anak akak pun batuk selsema bagai...

Blog Akak Kembang said...

makin besar makin mencabar menjaga anak2 ni ... semga diberi kesabaran tahap gaban buat mak2 ni kan...hehehehe

hainom OKje said...

Kalau dah nama mak bapak, selagi kita belum mati, selagi tulah kita akan fikir pasal anak weyh Izwa... so bertabah ajelah.

Kesiannya .....budak nak besar gitulah, kena upah demam

Khir Khalid said...

Bila anak dah remaja, dengan kengkawan dia pun kita kena berkawan. Kdg2 rasa kita terlebih remaja pulak drp diaorg.. adehh :D

Julia Johari said...

Sejuk hati tgk anak2 sis solat...aminnnn

Kira Sakura said...

bila dah ada yang no.2 rasa macam tak nak lagi yang no.3 hahahahaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang