thumbnail

Wednesday, February 22, 2017

#JomSambungBelajar di Karnival Pendidikan Mara 2017

(KPM) KARNIVAL PENDIDIKAN MARA 2017

#jomsambungbelajar

Buat julung kalinya aku nak sharekan benda ni. Almaklum selama ni tak ambil endah pun bab-bab ni tapi disebabkan aku ade adik lelaki dan ade jugak sepupu yang baru habis belajar jadi tak salah rasanya nak share benda baik ni. Kadang orang tak tahu pun pasal Karnival Pendidikan MARA (KPM) sedangkan karnival ni dilaung-laungkan setiap tahun. Karnival Pendidikan MARA (KPM) lah paling mudah sebab semua IPMa, IPTA & IPTS duduk di bawah satu bumbung sepanjang karnival berlangsung. Senang nak buat pilihan orang kata.

So, kalau korang nak tahu lebih kurang 3 hari lagi Karnival Pendidikan MARA 2017 (KPM) akan bermula! Tempat pertama sebagai pembuka karnival akan diadakan di Kangar, Perlis pada 25-26 Februari 2017 ini, seterusnya akan bergerak ke seluruh Malaysia bagi memberi peluang semua anak muda memilih tempat dan juga kursus belajar! Mak ayah pun boleh datang sama dengan anak-anak untuk memeriahkan Karnival Pendidikan MARA 2017 (KPM) ini.

RALAT : Perubahan tarikh KPM 2017 bagi lokasi KELANTAN adalah pada 4 - 5 Mac 2017 dan KUALA LUMPUR adalah pada 7 - 8 Mac 2017.

Perkongsian yang baik untuk pelajar lepasan SPM, STPM, Matrikulasi dan Diploma yang masih buntu untuk memilih atau membuat keputusan ke mana hala tuju selepas tamat belajar diperingkat masing-masing : 

& Peluang pendidikan di IPMa, IPTA & IPTS
& Yuran PERCUMA di IPMa terpilih
& Kaunseling pendidikan & kerjaya
& Permohonan terus & temuduga terbuka
& (selain dari itu) semakan baki tunggakan pinjaman MARA juga boleh dibuat disana.

Sedikit infoKPM mula diperkenalkan pada tahun 2000 sempena Sambutan 50 Tahun RIDA - MARA sebagai platform pemasaran bagi menyalurkan maklumat peluang pendidikan yang ditawarkan oleh Institusi Pendidikan MARA (IPMa), Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) tajaan MARA dan Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA). 

Di Karnival Pendidikan MARA 2017 (KPM) juga terdapat banyak aktiviti menarik antaranya :  

& Pertandingan Kereta Tamiya
& Food Truck
& Best Photo Group@Photo Booth
& Simulasi Kemahiran
& Usahawan Kemahiran
& Cabutan Bertuah
& Bengkel Wartawan Kadet
& Penebusan Hadiah Utusan/Mingguan

Almaklum kita tak nak juga karnival ni so serius sampai boring pulak orang nak datang..ha..ha..ha..yo lah yang nak datang nyer 1 keluarga kalau dah abang kakak nyer sibuk cari kursus nak sambung belajar yang adik nak buat ape? Takkan nak meragam ye dak sebab tu korang kene datang Karnival Pendidikan MARA 2017 sebab ia nyer adalah sangat meriah setiap tahun!



Nampak tak kemeriahan nyer?? Ramai..setiap tahun ramai tapi ada jugak yang tak tahu! Bila dah habis karnival nanti orang akan cakap laaa tak tahu pun ade KARNIVAL PENDIDIKAN MARA! Kalau dapat pegi senang sikit nak pilih sebab kat satu kawasan je..jalan-jalan penat rehat duduk dulu pastu sambung pilih kolej dan kursus then boleh terus decide dan hantar semua permohonan! Senang dan mudahhhhh sangat nak mohon sambung belajar di Karnival Pendidikan MARA ni! Yang penting datang bawak semua dokumen complete siap-siap, yang mana perlu disahkan benar tu readykan semua. Fotostat semua dokumen banyak-banyak, sahkan benar dulu then get ready pen tinggal pegi Karnival Pendidikan MARA pusing-pusing pilih decide dengan parent then isi borang terus.

Karnival Pendidikan MARA 2017 ini akan berlangsung pada jam 10 pagi hingga 6 petang di semua lokasi. Untuk lebih lanjut boleh terjah ke :


Boleh share entry ni, boleh war-warkan pada adik-beradik saudara-saudari juga kawan-kawan yang mana tengah mencari tempat nak sambung belajar! Kiranya KARNIVAL PENDIDIKAN MARA 2017 ni wajib diterjah dan wajib di masukkan dalam kalendar korang tauu.. sapa nak bagi datang karnival menang cabutan bertuah? Rezeki kita sapa tahu kannnn..sambil-sambil tu boleh layan Food Truck..perghh..best okey keluaran usahawan MARA sendiri ;) so apa lagi jom beramai-ramai!

#jomsambungbelajar #KarnivalPendidikanMara2017 #KPM #KPM2017 #MARA #MajlisAmanahRakyat #menjunjungamanahrakyat #sharingiscaring #sharingisloving

15 comments:

Kakzakie Purvit said...

Inilah yg anak dara kakak inform pada kakak.
Mereka cepat dpt info sebab ramai kawan dlm group whatsapp kan..

Kakzakie Purvit said...

Tarikh 18-19 March di Plaza Angsana JB dekat dgn rumah kakak bolehlah anak kakak tengok nanti.

Norhayati Mohd Isa said...

Senang skrg.. info meluas..
Hendak dgn tak nak jer sambung belajar tu ye idzwa..
Elok utk yg lepas SPM ni...

Kira Sakura said...

best pulak tengok senarai aktiviti nya. Nampak macam menarik. takla tertumpu carnival pelajaran je kan

Mommy Muhaimin said...

Saya sekali jer join masa tingkatan 5 dulu. Rasa teringin nak pergi lagi.

Latest, http://lynk.my/55oX

JMR said...

nak kena bawa Dayyan pergi karnival ni..dh blh pilih nk smbung belajar kt mana nnt ni

Raihanah Ahmad said...

mara masih terbaik dari aspek pendidikan dan sponsoring

Nieyl said...

Bagus juga buat karnival mcnie..
bukan sahaja anak²,mak ayah adik² kecik pun boleh dtg memeriahkan nya

hainom OKje said...

Nanti nak tunggu yg kat KL jelah....

Fiza Rahman said...

Yang nak sambung belajar tu boleh lah meriahkan lagi majlis.

dorsett pink said...

good event untuk adik2 yang nak sambung belajar lepas habis spm

LYAfrina said...

bagus event camni utk pendedahan pd bakal pelajar

Khir Khalid said...

Program mcm ni mmg menarik... sgt bagus. Klu kt kl ada kelapangan mmg akan pergi.

Amelia Syuhada said...

Salam, sis. Tumpang tanya. What documents should I bring to the event ?

Farahin Fadzil said...

What document do we need to bring along ? And nk dptkn pengesahan dari siapa ye ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang