thumbnail

Monday, February 13, 2017

Rezeki Dari ALLAH SWT.


Fossil Handbeg straight from Japan

Hasil dari duit blog sebenar nyer. Pada mulanya aku rasa macam nak pakai sendiri, last-last aku decide bagi kat kakak aku lah! Ye lah dah lama aku tak bagi dia apa-apa, birthday dia pun aku takde bagi apa so aku rasa apa salah nyer aku bagi benda mahal sekali pada dia. Alhamdulillah dia suka ;) Handbeg ni harga kat sini RM700 lebih kalau tak silap aku tapi direct dari Japan dalam RM500 je cuma kene tunggu sebulan lah. Lepas ni nak dapatkan untuk Eady & adik lelaki aku pulak.

Rezeki lain straight dari Aussie & juga direct dari penulis novel itu sendiri!

Yang ni pada mulanya aku kirim perfume Midnight Fantasy tu kat kawan aku yang bekerja sambil bercuti kat Aussie. Ala kalau korang ingat entry aku Malika Confinement Care tu la, dah melebarkan sayap dia sampai ke Aussie korang tauuu...fuhhh tumpang bangga aku! Dia kata perfuma kat sana murah giler-giler..bayangkan perfume original yang kat sini 2 ratus lebih kat sana bawah seratus jek! Laju-laju aku whatsapp dia cakap nak 1 gaji nanti aku bayar..he..he..he..

Sekali bila dia balik sini dia cakap "babe..aku bagi je kau tak payah bayar.." aku rase macam ehhh..jangan ar macam ni..nanti aku bayar lah. Dia cakap takyah babe aku bagi..terus sebak pulak aku rasa! Sebab aku dah lama tak berperfume original ni..ha..ha..ha..ye la zaman anak nak membesar ni kadang nak beli beras pun tercungap. Serius tak tipu. Jadi bila orang hadiahkan benda yang memang aku nak lagi la aku rasa terharu giler..TQ babe..aku doakan bisnes kau maju jaya lagi. Aamiin~

2nd, hari tu kan ade orang tu war-warkan lah novel dia yang ke-3 nak keluar so dalam hati dah cakap gaji ni nak beli lah sebab ade diskaun kalau beli online/direct. Korang bayangkan eh..jari aku ni tengah nak menaip kat pm FB tu sekali tuptup dalam masa yang sama orang tu pm kau! Aku likeee..ehhhhhhhh macam mana boleh tau aku pun nak pm niiiii...tertanjat sangat! Terus aku cakap "kak..orang baruuuuu je nak pm akak pasal novel! Alih-alih akak pm orang minta alamat! Macam ada talian hayat la kita.." he..he..he..kak Hanis Azla pun gelak (send icon gelak tu)

Alhamdulillah, kadang-kadang kita tak sangka rezeki kita datang dalam bentuk apa. Ada orang punyai wang ringgit yang banyak tapi macam aku, syukur Alhamdulillah aku punyai kawan-kawan yang sangat baik! Mungkin ramai nampak aku tak ramai kawan sebab biasa kat office pun aku menyendiri, makan sorang, lunch sorang, beli barang sorang tapi kalau korang nak tahu disekeliling aku terdapat kawan-kawan yang baik, sangat baik ;)

Sinopsis Bukan Teman Pengganti by Hanis Azla.

19 comments:

adianiez AIDA said...

Alhamdulilllah.
Rezeki murah...
Menarik plak semua nyer :-)

Mrs Puex said...

alaaa..rugi tak kirim haritu..hahahhahaaa
eyh kagum plak kite updet entry hari ahad..
sesuatu sgt nih..hahahaha

luqman zakaria said...

Rezeki tuh! hehe
tapi betul la akak cakap tuh..
kita tak tahu rezeki tuh datang dalam bentuk apa.

Raihanah Ahmad said...

wah rezeki murah la izwa

Nieyl said...

Alhamdulillah....
Rezeki...siapa sangka kan..

mama tisya said...

kalo dh rezeki tk ke mana...perfume britney kita suka

Kakzakie Purvit said...

Kalau Allah nak bagi rezeki memang diluar jangkaan kita
Alhamdulillah... izwa bagi kakak bag, org lain bagi perfume dan novel itulah memberi tak rugi sebab pasti Allah akan gandakan pemberian itu.

Noor Azlan said...

Alhamdulillah nampak hasil menulis blog.

HeNRieTTa JoSe said...

tahniah....bestkan bila kita diingati dan dhargai....

Inani Hazwani said...

Wahhh. Alhamdulillah murah rezeki kak Izwa 😊

Mas Zull said...

assalamualaikum izwa...alhamdullilah rezeki tu...dia dtg x kira dimana jua...:)

Kakcik Nur said...

Alhamdulillah. Kalau dah memang rezeki, tak ke mana ia lari... :)

IK Tia said...

ha betul tu. rezeki bukan dalam bentuk duit je. hehe

Blog Akak Kembang said...

Berbagi bahagia besar ganjarannya ...

LYAfrina said...

Alhamdulillah... Rezeki

Fiza Rahman said...

Alhamdulillah... murah rezeki.

Radhiah Izzati said...

Alhamdulillah.. Rezeki.. nak jugak.. huhu

Kira Sakura said...

paham kak. boleh paham. kadang tengah memerut pun termenung fikir mana lagi nak pusing pusing duit buat nak beli barang rumah yang basic. kalau yang tak basic boleh lagi buat tutup mata tunggu gaji baru beli. huuuuuu. huwaaaaaa

alhamdulilah tula orang kata kadang rezeki ni bukan dalam bentuk duit je. rezeki kawan yang ramai. rezeki orang hadiah dekat kita pun rezeki jugak kan

Norhayati Mohd Isa said...

Alhamdulillah..
Murah rezeki idzwa..
Dapat pulak hadiah lain ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang