thumbnail

Friday, March 31, 2017

NIEVE - Make Up Jadi Mudah & Flawless Dalam 3 Minit Sahaja!

NIEVE - Make Up Jadi Mudah & Flawless Dalam 3 Minit Sahaja!

NIEVE DD CUSHION - Make Up Jadi Mudah & Flawless Dalam 3 Minit Sahaja!

NIEVE DD CUSHION | Sejenis base make up yang menjimatkan masa mudahkan kau bersiap! Aku lepas kenal NIEVE ni rase lagi cepat aku bersiap. Dah la super jimat. JIMAT sungguh la sebab ini 4 in 1 tau : FOUNDATION + CONCEALER + POWDER + SKIN CARE dah tak payah nak beli satu-satu item loose. Kalu ikutkan mula-mula pakai rasa macam susah sikit (mungkin sebab tak biasa!) nak pakai dia kene dap-dap-dap kan kat muka tak boleh sapu.

Ala orang yang biasa pakai bb cream, cc cream atau dd cream tau la cara pemakaian bb/cc/dd cream nih! Memang sejenis fondation yang tak boleh disapu nanti bercapuk. Bila dap-da-dap tu dia jadi rata dan serap ke kulit sebab tu nampak licin je muka. Ha gitu~ sebelum tu korang baca je dulu semua gambar yang aku letak nie.

6 sebab kenapa perlu memiliki NIEVE DD Cushion

6 sebab kenapa perlu memiliki NIEVE DD Cushion :

1. Texture yang sangat ringan
2. Natural look dan flawless (ni betul sangat nih..nampak macam tak pakai ape!)
3. Tahan dari pagi sampai ke petang. (ni lagi sangat betul sebab aku dah try buat!)
4. Tidak bercapuk ketika berpeluh (ni pun betul okehhh..aku dah try 2 minggu tau pakai dari pagi sampai petang - masa tak solat laaaaa...)
5. Tidak berminyak walaupun panas terik (setujuuuu....dah cuba jugak!)
6. Tutup bekas-bekas jerawat dengan sempurna (ni lagi sangat betul..kekeke..flawless giler muka..licin lican macam takde masalah kulit muka!)

Bahan menjadikan NIEVE DD Cushion adalah yang terbaik!

Perbezaan BB / CC / DD Cream (baru baru tahu info ni!)

NIEVE DD CUSHION | Aku dulu pun tak faham ape perbezaan bb / cc / dd cream ni tapi aku memang pakai ni semua ! Dari bb cream ke cc cream sekarang aku pakai dd cream ! PALING aku berkenan sangat dengan NIEVE DD CUSHION ni sebab dia membaiki fine lines & wrinkles aku ! Yawww...muka aku takde jerawat tapi wrinkles ade sebab faktor keturunan ! Pakai NIEVE DD Cushion ni bukan setakat cantik kan muka tapi membantu membaiki kulit tau siap ade SPF untuk menghalang UV lagi tu. So takde la aku risau sangat sebab almaklum tenghari kan lari amik anak. Boleh nampak lain la muka bila pakai DD Cuchion NIEVE ni. 

Best DD Cushion In Malaysia okey!

Tanpa NIEVE DD CUSHION

Dengan NIEVE DD CUSHION

NIEVE DD CUSHION | Tak berapa nampak perbezaan? Memang la sebab dalam gambar lain kat luar baru nampak bukti nyer. Siapa yang dah tengok muka aku boleh la nampak perbezaan licin dan bersih nyer tu. Ntah macam mana nak cakap ntah tapi bila pakai muka rasa macam licin kemain sangat. Kalau pagi sampai petang (kalau tak solat okeh!) memang tak berminyak, tak melekit. 

Biasa CC Cream kalau kau sapu (terlap) muka memang akan keluar (bercop) kene tangan, kene tudung kat tepi-tepi tu tapi NIEVE DD CUSHION ni tak. Kalau sapu muka pun dia licin je. Paling mudah nak cuci jugak ni sebab NIEVE DD CUSHION mesra wuduk & HALAL ! Ha ade juga tanya halal ke tidak? Soalan yang bagus sebenar nyer ;) 


Buatan Malaysia dan HALAL !

NIEVE DD CUSHION | Kalau ikutkan mula-mula memang susah sangat nak pakai NIEVE DD CUSHION nih! Ha..ha..ha..bangsa tak reti sabar ni kemain payah nak dap-dap-dap- kan ke muka ! Sebab jenis pakai macam manja-manja gituww...dap..dapp..dapppp..alaaaa haiii..kekekeke~ tapi bila lama-lama dah power kau dap-dap-dap kan kemain laju rata je sendiri kat muka :) sebab tu aku dah pakai..dah biasa men-dap-dap, dah rasi baru boleh cerita dengan korang ! Alaaa mesti ade yang cakap "orang bayar boleh la cerita best-best jek!" Ehhh..silap derrr..yang ni bukan review berbayar okeh! Yang ni personal review (walaupun ade orang cakap bodoh nyer kauuuuuuuuu reviewkan fre-free jek!) Y_____Y sapa yang bodoh ntah.

Aku ni jenis kalau nak review tak kisah la berbayar ke tak as long benda tu aku cuba dan aku tahu benda tu elok untuk dikongsi ! Yuppp..aku jenis kalau nak review aku kene cuba dulu, try dulu seminggu dua baru boleh share. Aku tak nak share dosa berat sangat nak bawak ke "sana" nanti, sapa yang cakap bodoh tu TERIMA KASIH aku ucapkan ;) *matilahtetibaemo* kekekekeee~

So korang kalau nak cuba boleh saja ke :

IG - @nievebeautyconsultant
IG - @aikeshamsul

Ini tokey rajin sangat COD barang sebab dia TERPALING suka dap-dap-dap kan muka orang ! Ha..ha..ha...sejenis orang yang suka orang lain cantik Aike Shamsul ni ;) korang terjah-terjah la ade benda best kat IG dia ;) Oh ye dia jugaklah tokey kereta Starex yang aku sewa haritu! Ala lupa la tu..ha sapa nak sewa kereta around KL / NILAI / KLIA boleh terjah entry ni.

Monday, March 27, 2017

D.I.V.A


Big Diva & Lil Diva

Banyak nak sembang tapi malas nak taip, canne tu? Kekekeke..tu ha budak meragam sebab takde geng! Almaklum cikgu pinjam abang kakak dia 2 hari so takde orang dia nak buli lah..so boringlah dia, bila dah b oring macam-macam hal lah.

Gambar sabtu lepas nak pegi kenduri, pegi macam-macam tempat! Yang paling best tempat collect baucer hotel 2H1M bernilai RM500 dan dapat ikan fresh dari Laut China Selatan ! Ikan besarrrr..sepupu aku pegi mancing kat sana, so dia suruh datang amik. Suka betul aku ;)

Tak fikir lagi nak pegi hotel mana, lagipun baucer valid 6 bulan so tunggu hal rumah setel dulu! Macam-macam hal lah pasal rumah ni, S&P kene buat baru lah, surat offer loan kene betulkan lah..sakit jiwa aku tapi aku tetap kene bertabah. Anggap benda ni dugaan kecil aku untuk dapatkan rumah anak-anak. Ye rumah anak-anak. Korang doakan ye, moga hari ni selesai semua dokumentation & SnP baru tu. Lpeas tu just tinggal surat & kunci je.


Tuesday, March 21, 2017

UNBOXING LAZADA SUPRISE BOX : Lazada Tipu Harga !?

LAZADA SUPRISE BOX !

Aku adalah antara beberapa blogger yang terima hadiah dari LAZADA MALAYSIA sempena Lazada nak sambut birthday yang ke-5 ! Pelik kan? Dia yang sambut birthday kita pulak yang dapat hadiah. He..he..he...TQ Lazada~ #muahciked

So aku antara yang dapat barang lain dari lain. Aku tengok blogger lain dapat makanan la, rice cooker la, handbeg la..ade sedikit jeles disitu..kekeke..tapi bila unboxing box sendiri terus rasa wahhhh..ni set dari Korea ni! MAHAL niiiii! Aku tau sebab aku pernah pakai duluuuuu! Lepas tu dah tak pakai sebab setiap satu barang ni mahal weeehhhh termasuk la CC Cream tu. Tu antara CC Cream terpaling favourite aku! Tekstur dia lembut wangi dan buat muka kau tak berminyak langsung. Serapan dia terus jadi macam kau tak pakai CC Cream pun.

PURE BEAUTY Skin Care Set

Terharu sekejap ! Like ehhh macam mana Lazada tau aku memang pernah pakai set ni?? Ehh..macam mana Lazada tau aku suka set ni?? Suprise giler sebab tak pernah jangka nak dapat set mahal macam nie. Kalau mampu pun beli asing-asing itu pun tak complete. Hu..hu..hu..TQ again Lazada ;)

Pure Beauty Skin Care Set

1. PURE BEAUTY Pink Pore Essence 30ml - RM 72.90
2. PURE BEAUTY Pink Pore Foam Cleanser 125ml - RM 39.90
3. PURE BEAUTY Pink Pore Toner 250ml - RM 39.90
4. PURE BEAUTY 1st Intense Treatment Essence 150ml - RM 119.90

PURE BEAUTY - CC CREAM

5. PURE BEAUTY CC Cream SPF30 PA++ Natural 40ml - RM 49.90

 
6. PURE BEAUTY Pink Skin So Fresh Essence Water 200ml - RM 39.90
7. PURE BEAUTY So Light Dewy Lotion 50ml - RM 45.90
8. PURE BEAUTY So Glow Essence 30ml - RM 49.90

Grand Total untuk set ini ialah : RM 458.20 !

Kenapa Lazada kenapa?? Kenapa tipu akuuu..kenapa dalam e-mail cakap hadiah barangan dalam harga sehingga RM 400 tapi bila dah dapat hadiah dapat tahu harga dia lebih dari yang diberitahu ?? Terharu nih terharu~ Ha..ha..ha...aku dah cakap wehhh..set ni mahal tapi sangat elok untuk kulit kita orang Asia ! Tak caya korang pegi Watson tengok. Baca kat setiap kotak memang original from Korea dan memang dibuat di sana~ 

Tapi kalau korang nak set macam ni korang boleh beli kat LAZADA online sebab Lazada rajin buat sale! Serius kalau sale Lazada memang berbaloi-baloi lah beli set penjagaan muka macam ni! Murah dan jimat. SERIUS cakap lah, sale Lazada tak pernah mengecewakan. Sekarang Lazada dan Watson bekerjasama nak bagi baucer kalau korang beli produk ni. Wahh..dah la jimat ade pulak baucer code. Boleh terjah nanti okey~

Stiker Deko dari anak-anak untuk Lazada Malysia !

Korang nak tahu tak ? Sempena Lazada nak sambut birthday yang ke-5 ni, Lazada akan buat sale giler-giler dari 22hb hingga 24 Mar ni ! Korang bersiap sedia lah sebab dijangka sale luar jangkaan. Time ni korang boleh rembat PURE BEAUTY SKIN CARE set nih! Confirm murah dari biasa. Aku sendiri tak sabar nak tunggu sebab aku ade 2-3 barang memang nak rembat dari Lazada ni! Siap sediakan poket je lah..kekeke..

Aku suka beli kat Lazada sebab dia hantar barang sampai kat tangan kita sendiri ! Takde transit ke mail pusat tu tauuuu..syok ! Order hari ni, terus make payment esok terus dapat barang...best best best~ Boleh check it out barangan ni di : LAZADA MALAYSIA. 

5th Birthday Suprise : 22-24 Mar "Deal You Won't Believe!"
HAPPY 5th BIRTHDAY LAZADA !!


Friday, March 17, 2017

Lazada Birthday Blogger Contest

Lazada Birthday Blogger Contest

Happy Birthday Lazada!

HAPPY 5TH BIRTHDAY LAZADA! | Wowwweeee..Lazada buat contest untuk blogger ! Sempena birthday Lazada yang ke-5. Wehuuu..happy BESTday Lazada Malaysia~ Nak masuk contest ni senang jek, jawap soalan & senaraikan 3 barangan idaman korang je. Mudah giler. Ha? Macam mana nak join..ok ok..klik sini tau ! Jom kita pakat join beramai-ramai, untung-untung ade rezeki korang atau aku, sapa tahu kan ;) Ehemm..kalau ikut senarai lebih dari 3 tapi kita ikutlah syarat kene letak paling 3 yang di-IDAM-kan. But 1st kene bagitau apa yang terpaling  korang suka tentang Lazada Malaysia ni.

1. What do you love about Lazada Malaysia? Apa yang anda suka tentang Lazada Malaysia? 

- Paling suka?? TERpaling suka membeli belah dengan Lazada ni sebab senantiasa ade sale! Ha..ha..ha..sapa tak suka sale cepat bagitau aku! Aku paling suka sebab biase Lazada buat sale giler-giler, murah amat! Dan paling best Lazada ni servis penghantaran dia pantas. Hari ni kau shopping esok sampai dah kat lobby office! Wahhh siap call bagitau barang dah ade kat bawah datang la collect. Nampak tak? Tak perlu tunggu lamaaaaaa...paling best dah la sampai kat tapak tangan terus, kadang tu kos penghantaran pun tak perlu bayar!

- 2nd things aku suka pasal Lazada ni sebab nak shopping semua benda ada! Heh dari sekecik benda pelekat sampai sebesar almari ade tauuuuu..pendek kata mak ayah je takde jual..kekekeke..sempoi wehhh..tak payah berpanas tak perlu berhujan nak shopping dah. Tak payah nak nak bersusah bersiap, naik kereta nak kene cari parking bagai nak pegi mall. Kau sebut je nak barang apa semua ada!! Klik klik hujung jari je dah la tu semua keterangan barangan akan diterangkan dalam setiap gambar rajah! Mudah, jelas, simple jerr..

- 3rd things aku suka ialah cara pembayaran yang senang. Guna lah debit ke, cash on delivery semua ade! 

- 4rd things cara pembelian semudah abcd jerrr...taip kat search apa korang nak cari atau nak mudah korang boleh pilih kategori je semua dah disiapkan list dalam tu, klik kat gambar, baca, masuk basket dan make payment! Esok tunggu dah sampai! Senang kannnnnnn...yeayy~

- 5th kalau barang rosak nak return pun mudah! Semua dihujung jari jerr...best best best~

2. Top three Product picks from Lazada Malaysia (your three favorite products). Tiga BARANGAN IDAMAN dari Produk dari Lazada Malaysia (tiga produk kegemaran anda)

Hah yang ni terpaling semangat nak list kan! Ha..ha..ha..kemain gigih nak senaraikannn..kalau boleh nak letak 10 tapi apakan daya nak 3 je kan. So nahhh..yang tetap dan sentiasa menjadi pilihan aku ialah KATIL, KATIL & SOFA. Dari entry lepas kot asyik la katil, katil, katil..ha..ha..ha..penting woih katil untuk orang tak berkatil nie. So, dah tentu no.1 yang TERpaling diidamkan ialah KATIL! 

1. ARDEN DIVAN BEDROOM SET

Arden Divan Bedroom Set

Arden Divan Bedroom Set

Yawww..terus idam set bilik tidur kauuuu..ehemm nak masuk rumah baru (rumah pun tak nampak bayang lagi tapi dah naik ke tingkat 17 dah..insya Allah tahun depan dapat kunci.) nak masuk rumah baru nak set bilik tidur baru uuuu..nak fefeling pengantin sangat. Tengok kemain mengidam kauuu izwa. Ha..ha..ha... ye la wehhh..bape lama dah tidur bawah je nih. Nak pulak la yang empuk.


2. I HOME 536 MARTINI DIVAN QUEEN BED

I HOME 536 MARTINI DIVAN QUEEN BED

I HOME 536 MARTINI DIVAN QUEEN BED

No.2 pun tetap lah katil! Untuk anak-anak la pulak. Wahhhh best nyerrr kalau dapat sorang satu katil queen! Heaven okehhhh~ Oh yeee..tema bakal rumah kami ialah moden dan minimal. Warna pilihan dah tentu hitam/putih atau putih grey jek. Wahh kau kemain impian. Korang jangan lupa aminkan tau~

 3. KATES 1+2+3 SOFA SET
Kates 1+2+3 Sofa Set

Kates 1+2+3 Sofa Set

Untuk set ruang tamu dah tentulah nak sofa bewarna selamat! Hitam nampak mewah, esklusif dan senang nak jaga. Cantik kan? Ni la LAZADA MALAYSIA asyik goda aku dengan barang cantik jek. Jenuh nak selak dari page ke page lain sampai leka la.


3. How do you think Lazada Malaysia can improve? Apa Yang Boleh Dipertingkatkan Lagi LAZADA MALAYSIA?

Hmmm..hmmm..apa ye? Oh ye..barangan yang tiada dalam stok perlu di-highlightkan! Sebab bila kita dah klik nak make payment baru tahu ooooo barang ni kene tunggu lagi 2 minggu baru ade stok..sobs! Hilang kejap keterujaan. Kalau ade tanda/pemberitahuan dihighlightkan kita takde la sibuk-sibuk nak klik kat gambar barang tu betul tak? 

Selain dari tu, ruangan komen lah. Ruangan komen perlu diperkemaskan, dipercantikkan nampak macam ruangan sendiri. Paham ke ni? Ini komen diletak dalam 1 page yang sama kene scroll down tengok dia macam bersambung dengan segala disription barang tuh sendiri. Atleast kalau kotak komen di warnakan dengan warna lain boleh nampak perbezaan kot. Senang orang nak baca.

Kenapa komen lebih pasal ruangan komen ni?? Aku la kan, kalau nak beli satu-satu barang tu aku akan baca komen terlebih dahulu! Kalau semua komen nampak ok cantik bintang pun banyak baru aku beli. Kalau tengok komen takat satu dua je aku akan hold dulu la beli.

4. What is your birthday wish to Lazada Malaysia? Apakah ucapan selamat hari lahir anda untuk Lazada Malaysia?

Seperti manusia lain aku akan ucapkan TAHNIAH buat LAZADA MALAYSIA kerana berjaya mengharungi 5 tahun pertama dan menjadi terkenal dalam usaha 5 tahun ini. SELAMAT HARI LAHIR KE-5 yang bakal menjelma buat LAZADA MALAYSIA! Aku akan doakan semoga LAZADA MALAYSIA terus berjaya dan menjadi penanda aras bahawa semua kemahuan dapat dituruti bersama harga yang sangat menjangkau luar fikiran orang. Moga LAZADA MALAYSIA berada di nombor 1 pencarian disetiap orang. Fikir shopping fikir LAZADA! Wahhh gitu~

So korang yang naik join sempat lagi ni sebab tarikh tamat Lazada Contest pada 23.03.2017 tau! Klik sini kalau nak join. Cepat cari idea so kita boleh menang bersama-sama ;) Dah buat entry jangan lupa e-mail ke Lazada : contest@lazada.com.my

Wednesday, March 15, 2017

CHEWIES Malaysia Book Of Records - Largest Participation In An Immunity-Boosting Gummies

CHEWIES Malaysia Book Of Records - Largest Participation In An Immunity-Boosting Gummies

CHEWIES Event

CHEWIES GUMMIES | Sabtu lepas 11.03.2017 kami sekeluarga berpeluang join event Chewies mencipta rekod Malaysia Book Of Records dalam penyertaan "Paling Ramai Pengambilan Pastil Penggalak Imuniti" di Sunway Lagoon. Seramai lebih 30 buah sekolah disekitar Lembah Klang dijemput bagi menyertai CHEWIES dalam mencipta rekod ini. 




CHEWIES GUMMIES | setiap peserta diberi beg goodie yang mempunyai pelbagai barangan CHEWIES GUMMIES dan kami juga diberikan sebotol Chewies untuk persediaan memakan CHEWIES serentak dalam memecah rekod pengambilan pastil penggalak imunity teramai! Oh ye dalam goodie pack tu jugak ade beg kalis air untuk kami bermandi manda di Sunway Lagoon selepas event. Wahh sangat tauuu..i likeeeee~ selain dari tu terdapat baucer bagi pembelian Chewies Gummies di farmasai terpilih juga fridge magnet icon Chewies Gummies.


CHEWIES GUMMIES | macam biasa la kan kalau ada acara kanak-kanak confirm akan ada persembahan yang menarik! Yaaaa....dari clown yang kelakar, pengacara Superman yang sporting last sekali tarian chicken dance bersama maskot Chewies! Fun..satu Amphiteatre lah bergema dengan sorakan kanak-kanak yang bahagia ;)

Dari kiri : Mr. Chang Hon Chung (Sales & Marketing Manager), Mr. Ayman Izzaz (Asst. Manager Analyst, Research & Marketing MBOR), Mr. Javed Ghulam Muhammad (CEO of AJ Research & Pharma Sdn. Bhd.), and Josephine Cheah (Product Manager, Consumer Health AJ Research & Pharma).

CHEWIES GUMMIES | Menurut Javed Ghulam "cubaan Malaysia Book Of Rekod ini merupakan satu cara untuk mendidik ibu bapa mengenai cara melindungi anak-anak dan diri mereka dari kuman dengan membina sistem imun yang kuat kerana ia lebih baik mengukuhkan pertahanan tubuh mereka daripada merawatnya ketika sakit. Jadi untuk mencapainya kita perlu melengkapkan rutin harian mereka dengan penggalak sistem imun ini"


CHEWIES GUMMIES | Chewies Immunolicious (pastil) dengan Wellmune - sejenis gluco polysaccharice diperolehi daripada penapisan yis yang cukup baik yang bertindak sebagai penggalak sistem imun semulajadi unutk kanak-kanak dan dewasa dimilik oleh AJRP dan boleh didapati dengan perasa Mega-Mango, Super-Strawberry & Ultra-Orange.

Tahniah Chewies Gummies!

TAHNIAH CHEWIES kerana seramai 1958 orang telah berjaya mengambil dan memakan Chewies beramai-ramai serentak dalam mencipta sejarah dalam Malaysia Book Of Records! Tahniah tahniah tahniah~ Dan sebagai ganjaran kerana sekeluarga diberi tiket percuma untuk bersuka ria di taman tema Sunway Lagoon. ;) 1st time okey Eady & anak-anak masuk Sunway Lagoon nih!

Orang kuat Chewies - Nabilah & Su-Ling : Terima kasih kerana bagi kami peluang terlibat dalam mencipta rekod Malaysia Book Of Rekod dan sebab bagi kami tiket free masuk Sunway Lagoon! Wehuu...anak-anak seronok sangat. Entry Sunway Lagoon kemudian ya. :)

Monday, March 06, 2017

Perangai Budak 3 tahun 7 bulan!


Balik-balik cerita pasal dia..balik-balik cerita pasal dia..he..he..he..minta ampun ye korang sebab dia je la penghibur dan pemening kepala kita orang. Abang kakak pun terpaksa ikut je apa kehendak dia. Kadang geram kene marah jugak dengan aku..takde ampun lah walaupun awak tu bongsu awak tu manja mama.

Ni paling aku marah!

Budak ni paling malas berjalan kalau korang nak tahuuuuuu..sikit-sikit nak dukung, sikit-sikit nak dukung! Grrr...tu Syahmi dukung sebab Eady takde so dia merayu kat Syahmi suruh dukung dia. Syahmi pun biaselah layan je lah adik gemuk dia sorang tu. Kat rumah pun sama apa adik nak bangun duduk bangun duduk kejap pegi dapur la kejap nak air la kejap nak kencing la Syahmi je yang rajin melayan dia. Syahmi pun dengan dia tak pernah nak marah pun, tapi jangan Sufiya..hahaha..kalau suruh Sufiya memang dia jerit "Syahmiiii adik nak minum..." Ha..ha..ha..yang tu pun banyak akal gak tuh!

Sabtu ni ade event nak kene pinjam stroller kat kakak aku, kalau tak mau patah pinggan Eady nak dukung dia nanti. Dah la tempat event tu besar ya hamat!

Bab makan paling win!

Bab makan tak pernah malas. Ikut sapa ntah! (Kofkofkof..terbatuk pulak..ha..ha..ha..) kemain sarapan pagi tak nak roti canai! Nak pulut kuning dengan sambal telur puyuh. Dia ni memang selera besar ni. Bagilah ape pun semua nyer makan termasuk sayur! Hu..hu..hu..tak macam mak dia tapi jangan korang bagi benda hitam macam masak kicap ke, ayam goreng hitam ke, telur dadar terhangus ke..asal ade hitam memang dia tak nak makan. Kemain memilih.

Mulut becok ya rabbi..pot pet pot pet pot pet tak berhenti-henti sampai kita pulak kering air liur nak menjawab nyer..tak jawab kene marah. Ha..ha..ha..mak enon garang niii..sekarang kalau kita solat atau mengaji laju je dia menempek. Semangat lain machiam.

video
Boboiboy baca al-fatihah!

video
Ni makmum baca lagi kuat dari imam!! Ha..ha..ha..

Jenuh la aku menahan gelak dengan budak nie, sebab tu aku jarang solat dengan dia orang ni. Karang aku gelak tak pun aku tak kusyuk sebab sibuk menahan geram. Ha..ha..ha..cuba la korang dengar! Rasa nak cubit sangat mulut dia tuh. Eeeee...geram sangat sebab comel giler! Ha..ha..ha..puji anak sendiri! ;)

Hiburan dari budak 3 tahun 7 bulan. Dia dah siap mintak kek boboiboy nak tiup lilin nak happy besday to u kat sekolah. Demand tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang