thumbnail

Tuesday, April 11, 2017

Kisah Random


Lama tak sembang, asyik review je khenn...lambat sangat idea nak datang sebab masalah penat. Last week sibuk pindah office dah setting sana pasang pc sana sini wiring berterabur, inernet takde, networking takde so macam-macma hal lah ! Sambil tu hal anak-anak lagi. 

Dengan Syahmi sibuk latihan ukulele dia, now upgrade main gitar pulak dah sebab pemain gitar utama nak direhatkan supaya boleh fokus pada UPSR. Korang nak tahu tak kenapa aku beria-ia sokong sangat Syahmi dengan band dia tu. Meh sini nak story..actually band ini ditubuhkan untuk memberi perhatian pada murid-murid yang bermasalah. Bukan masalah besar sangat la tapi melibatkan kehadiran ke sekolah, kedatangan lewat, ponteng and so on. Bukan budak-budak tu yang bermasalah sebenar nyer tapi melibatkan family background ade orang susah, ada lah masalah-masalah lain yang membuatkan budak-budak ni ... hmm .. paham-paham lah ye, so cikgu ambil inisiatif tubuhkan band ni bagi budak-budak ni ade aktiviti yang diaorang suka untuk tarik ke sekolah. Gitu-gitu lah sikit-sikit tapi bukan semua ye yang bermasalah dalam band tu.

Gitar pertama dia yang dibeli dari LAZADA BIRTHDAY SALE !

Kalau ikutkan kat luar harga gitar ni tak masuk beg tu semua RM 200 lebih campur tolak aksesori semua makan RM 300 lebih jugak la tapi dengan Lazada Birthday Sale haritu gitar ni berharga RM 97 jerrr termasuk semua aksesori dan penghantaran ! Giler kan?? Kecoh kat office aku masa aku dapat parcel besar..ha..ha..ha..kan aku terkenal dengan antara yang selalu terima parcel !

Sekarang gigih laaaa dia belajar kod gitar bagai sambil tu berlatih ukulele sekali sebab last persembahan pada 25hb ni (ntah berapa kali last ntahhhhh...) kali ni nak main kat perpustakaan negara depan menteri ape ntah. Dan jugak tengah sibuk hafal Juzuk Amma (30 surah yeeee..) sebab nak lawan antara sekolah-sekolah pada 19hb ni. Nampak tak aku yang busy?? Aku busy kerah dia buat itu buat ini..ehh takde lah kerah sebenar nyer tapi lebih kepada ingatkan. Syahmi ni tak payah paksa semua dia buat sendiri sebab dia minat. Jangan kan Sufiya..malas nak citer kang urut dada..ha..ha..ha..

Nampak tak dia pulak mengajar adik-adik dia T__T

Tu gitar Syakirah pun aku beli kat Lazada. Serius gitar betul tapi saiz junior. Maka memekak-mekaklah rumah aku dan aku lah yang terpaksa buat-buat tuli walaupunnnnn..ha..ha..ha..kata sokong anak walaupun hati membara . Malam pun bising heh..nasib baik jiran-jiran jenis sama bising..ha..ha..ha..so takde masalah sangat. Main-main jugak mengaji, hafazan jalan jugak tau. Sejam main, sejam mengaji dan solat sama-sama.

BRS Band

Korang boleh search kat FB tengok group BRS Band ni. Tengah mencari dana untuk beli gitar bass, almaklum sekolah kecil dana tak besar mana. Dana yang ada guna untuk sekolah so BRS Band ni tak berapa nak dapat lah. Tengah struggle cari RM 600 je pun untuk beli gitar bass bersaiz junior. Sian budak-budak nie..semangat tapi takde jalan nak dapat dana :( Kebanyakkan alat muzik cikgu-cikgu yang punya, ukulele je dapat sumbangan dari TM Global kalau tak silap aku.

Boleh transform jadi iman masa abah takde.

Aku baru tahu sebenar nyer yang kat sekolah agama dia biase kedepan untuk bacakan doa semasa perhimpunan. Serius tak tahu menahu pun pasal ni, sebab Syahmi n terkenal dengan sifat pemalu dan tertutup dia. Kurang keyakinan diri pun ye jugak. Sufiya la cerita kat aku so aku like wahh suprise nyer sebab ye lah anak kita kan, nak minta dia pegi bayar duit air kat kaunter pun termalu-malu keras kejung kat depan kaunter tu .. canne ?

Event sabtu lepas.

Sekali sekala kita layan je kehendak anak-anak.

Kebanyakkan rezeki datang dari mereka dan untuk mereka jugak, so kita bahagiakan dia orang maka kebahagiaan datang pada kita balik. Sabtu ni ingat nak bawak dia orang tengok wayang. Tengoklah macam mana. 

Budak Diva !

Perangai tu menurun sapa ntah T__T ha..ha..ha..tu dia mengacau aku nak berposing sorang okeh ! Geram je aku..dia datang tiru apa aku buat pastu gelak-gelakkan aku. Sabar je lah mok. Abang kakak tukang gelak jek. 

Family Photo.

Giler aku nampak tembam ! Serius wehhh aku ni hari-hari masak kat umah dah tu hari-harilah makan jek..letih tengok badan sendiri :( bukan gemuk sangat tapi dah berat dan tak fit ! Naik tangga setingkat pun mengah. Benci sangat.

Cukuplah kot cerita random aku, pada korang-korang kalau aku tak sempat ke "rumah" korang sorry ye. Aku busy sebab teammate tiga-tiga takde..sorang family prob, sorang pregnancy prob, sorang anak chicken pop (bak kata Syakirah) so unit aku tinggal aku dan bos je. Terpaksa cover semua. Dah la tengah musim blacklist maka bertambah busy lah aku. Mana nak jawab call, mana nak jawab e-mail, mana nak jumpa peminjam yang datang, mana nak buat pemutihan lepas orang bayar, mana tengahari nak lari amik Sufiya Syahmi balik sekolah. Kadang makan pun tak sempat sebab tu cover makan 40 kali ganda kat umah. Bila gemuk nak salahkan sapa? Ha..ha..ha...

Punya busy nak pegi bayar duit lawyer & sign SnP baru pun tak sempat lagi ni weh..orang HR nak bape kali remind dah nie. Huwaa...penat nyerrr.

21 comments:

Nieyl said...

Walaupun penat..hasilnya..Alhamdulillah...
wahhh...pandai syahmi...bagus²..klu de minat kita dorong...
study pun kena seimbang ya syahmi..aunty nieyl doakan semua anak² mama izwa ini berjaya dunia dan akhirat..Ameen...

Nurzakiah Hanum said...

ini namanya penat ada hasil

Mimie_Zatun said...

musician hebat anak-anak berbakat. (^_^)

Adam said...

Oh, begitu rupanya

Julia Johari said...

Budak diva tu makin hari makin geram dibuatnya tau hahahah dia penyeri keluarga tau sis...alhamdulilah...seronok gk dia!

Adam said...

Satu kegiatan yg baik. Pada saya memang membina.

HeNRieTTa JoSe said...

busy sangat ni...moga dapat la dana utk skulah tu...bila xde dana mmg kebanyakan cikgu akan beli guna duit sendiri, pengorbanan seorang pendidik...hamboi adik mok, usik mama yea...makin kiut budak sorg tu...

Falsya said...

Nantu mommyyyyyy..😍..sejuk perut mama ngandungkan syahmi..tp dikmok tuh mmg bikin ar..bikin kegeraman sesgt tau..cheeky nau muka die tuh..hahaha..

Pssst psstttt..mau eyeliner x?..kite jual murah rege kasih sayang besan..hahahaha..mau x kak?..sbb kite ade 4 eyeliner..hehe..

Mia Kassim said...

Moga Syahmi success selalu ... boleh cubit sikit budak mok tu .. geram pulak akak tengok.

Ann said...

sejuknyeee hati abg tu mcm dh abg2 sgt la..insyaAllah adik2 beruntung ada abg cmtu kan.mga terus maju ke depan abg..u can do it!

alaa adik tu..kemain dieee..penyeri sgt2:)

Mas Zull said...

assalamualaikum izwa...kalau ada bakat eloklah diasah dr kecil ni mana tahu besar boleh jadi ahli muzik kat istana budaya ke kn...support hobi anak2...
** Mama Maszull

ain.ya.nun. said...

Hai wa! =)

I pun lama tak blogwalking

Inani Hazwani said...

Dik mok tu pun macam pro aje kan pegang gitar tu. Hahaha! Goodluck Syahmi, aktif ni dekat sekolah, macam macam join :)

Kakcik Nur said...

Bagusnya Abang Syahmi. InsyaAllah akan menjadi pemimpin yang disegani nanti... :)

dorsett pink said...

walaupun cerita random pun menarik jugak

Fiza Rahman said...

Bertuah dapat anak macam syahmi. Aku geram dengan diva kecik tu ☺☺

Siti Yang Menaip said...

wow sronoknya dah ade gitar.. dulu ada gak tapi blajar tak habis sebab da masuk hostel. tengok reput dah hehe..

alia farhan Said said...

Bestnya dia pndai main gitar..
Teringin nak hntar anak p kelas piano

Khir Khalid said...

Wahhh bestnya gitar baru... baguslah kan. Didikan skrng kena balance, gitar adalah satu minat yg cool! :) :)

Kira Sakura said...

busynya mama triple S ni hihihihi. tapi betul kan mak mana la bangga bila tengok anak naik pentas. anak ke depan. bangga sebab kebolehan dorang satu. satu lagi bila tengok dia berani tu.

dikmok tiru mama dia ke? hahahaha mesti sakit hati lepas kena gelak tu kan? :p

PAk RUDI DI SEMARANG said...

Assalamualaikum wr.wb mohon maaf kepada teman teman jika postingan saya mengganggu anda namun apa yang saya tulis ini adalah kisah nyata dari saya dan kini saya sangat berterimah kasih banyak kepada Mbah Rawa Gumpala atas bantuan pesugihan putihnya tampa tumbal yang sebesar 15m kini kehidupa saya bersama keluarga sudah sangat jauh lebih baik dari sebelumnya,,saya sekaran bisa menjalanka usaha saya lagi seperti dahulu dan mudah mudahan usaha saya ini bisa sukses kembali dan bermanfaat juga bagi orang lain,,ini semua berkat bantuan Mbah Rawa Gumpala dan ucapa beliau tidak bisa diragukan lagi,bagi teman teman yang ingin dibantuh seperti saya dengan pesugihan putih bisa anda hubungi di no 085 316 106 111 jangan anda ragu untuk menghubuni beliau karna saya sudah membuktikannya sendiri,karna Mbah tidak sama seperti dukun yang lain yang menghabiskan uang saja dan tidak ada bukti sedankan kalau beliau semuanya terbukti nyata dan sangat dipercay,,ini unkapan kisah nyata dari saya pak Rudi di semarang.Untuk lebih lenkapnya silahkan buka blok Mbah di 🐣PESUGIHAN PUTIH TANPA TUMBAL🐣

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang