thumbnail

Friday, April 14, 2017

Pemeriksaan Mata Percuma Di Klinik Optometri UKM & Keputusan Yang Sangat Memeranjatkan Aku !


Entry ni bakal menjadi entry terpanjang. 

Banyak nak kongsi KESUSAHAN hati aku ni. Macam post aku last week kat FB, ade aku tanya kat mana nak check mata anak yang asyik cakap tak nampak depan masa dalam kelas. Ramai komen suruh pegi jumpe doktor yang diiktiraf berbanding pegi kedai spek mata. Sorry bukan nak kata kedai spek mata tak bagus (kalau ikutkan dah 2 kali aku pegi kedai spek tapi dia orang lebih kepada marketing) dan aku ni mak yang cerewet kalau kene bab anak-anak ni so aku nak keputusan yang betul-betul memuaskan hati aku.

Kalau ikutkan aku ni masih dalam mood men-deny anak aku rabun sebab tu aku amik masa yang lama untuk ambil keputusan nak bawak dia pegi check mata ! Ye ye aku bukan mak yang baik, yang pentingkan diri dan abaikan keperluan anak . Aku sebenarnya tak suka anak aku ber-spek. Entah kenapa aku rasa budak kecik tak patut pakai spek. Sepatutnya bebas dari rabun ni semua (aku tak kata anak orang lain yang rabun okeh, aku cakap kat diri dan anak aku je..so jangan salah faham kat sini ! )

Dari tahun lepas dia cakap dia tak berapa nampak, tapi aku diamkan aje..aku cuma minta cikgu / ustazah letak dia kat meja depan (sanggup tuuuu semata tak nak anak pakai spek..teruk punya mak !! ) then kadang dia ade jugak cakap dia pening kepala tapi aku like dengar je la tindakan takde buat apa. Hmmm..terukkan aku jadi mak ?

Last-last ade satu komen yang termelekat kat hati aku sampai buat aku sebak dan sedih. Dia emak yang sama macam aku men-deny dan mengabaikan apa anak cakap iaitu tak nampak masa dalam kelas. Aku rasa macam itu satu petanda aku sepatutnya bertindak supaya aku tak jadi macam tu :( laju-laju aku google kat mana klinik / hospital patut aku tuju. Denggg..aku jumpa tempat yang dekat dengan aku dan yang penting ia adalah PERCUMA. Yayy..bab percuma tu satu hal lah, yang paling aku suka tempat ni check mata secara detail. Yes..detail-sedetail-detailnya sampai makan masa 2 jam lebih !


Sebelum datang korang kene call seminggu sebelum tau, sebab konsep klinik ni ialah semua perlu buat temujanji terlebih dahulu dan tiada walk-in. Klinik Optometri UKM - Fakulti Sains Kesihatan ni sebenarnya adalah pusat latihan kepada pelajar tahun akhir sebelum diiktiraf menjadi doktor, TAPI korang jangan risau semua ujian yang dilakukan dibawah seliaan pensyarah dan optometris yang bertauliah (doktor betul laaa..) . Pendek kata datang sini macam bahan ujikaji tapi yang aku suka ialah diuji secara detail ! (win-win situation,  takde siapa yang rugi pun).

Sebelum ujian bermula, macam biasalah kene daftar kat kaunter dulu untuk rekod , kemudian dibawa ke bilik ujian yang mana kat sini akan dimulakan dengan segala pertanyaan, segala persoalan bermula dengan sejak bila rasa tak selesa, sejak bila rasa kabur, mata nampak macam mana..bla bla bla..sejarah keluarga, sejarah kelahiran..bla bla bla..semua akan dicatat dalam fail untuk rekod dan untuk menjadi bahan latihan merekalah. Ini standard lah kan, kat mana-mana hospital pun akan buat macam ni untuk track sejarah kejadian.

Ada la Syahmi cerita masa baca quran bila dah lama baca makin lama semua ayat bersambung-sambung jadi terpaksa tunduk ke bawah sikit (rapatkan muka) nak baca quran tu, masa dalam kelas duduk depan tapi tepi tingkat kalau tak nampak cikgu tulis dia akan beralih ke meja orang lain. Kalau ikutkan Syahmi ni bukan kaki gajet sangat pun, hp ipad pun sehari tak sampai sejam pun tengok. Dia ni suka baca semua benda ! Suka baca buku la surat khabar la dah tu baca tak kira kat mana. Dalam kereta la, kat rumah, masa baring la lampu pun bukan kira gelap ke terang ke kalau dia rasa dia nak baca dia duduk la membaca. Tu aku geram sangat tu. 

Ujian 1-2-3-4

Ujian 5-6-7-8

Ujian 9-10-11-12

Kalau ikut aku kira hampir 12 ujian dilakukan ! Segala ujian dibuat termasuk rabun, rabun warna, ukuran anak mata, allergic mata, bulu mata ntah apa-apa lagi aku pun tak tahu sangat tapi yang pasti aku suka semua ujian dibuat. Giler kan...aku suka sebab detail dan keputusannya boleh dikatakan tepat. Puas hati aku walaupun hati aku gelisah, terkejut dan tidak dapat terima kenyataan :(

Keputusan akhir yang diberikan ialah :

> Mata kanan rabun jauh (power -150, silau 50)
> Mata kiri rabun dekat ! (power +25, silau 100)

Malah yang paling aku terkejut ialah otot mata kiri sedikit lemah dan perlukan latihan mata kalau tidak mata kiri akan juling kekal ! Boleh jadi juling kekal okey. Serius aku terperanjat sangat :(

Doktor pelatih pun macam pelik kenapa ada rabun dekat yang sepatutnya hanya orang tua sahaja yang akan dapat rabun ni tapi setelah diuji, mata kiri rabun dekat kerana hanya mata kanan dia sahaja digunakan sepenuhnya jadi mata kiri jadi sedikit malas dan juga kerana mempunyai masalah otot mata. Korang rasa kalau pegi kedai spek ade ke dapat keputusan macam ni ? Boleh ke korang tahu otot mata anak kita lemah ? Aku pegi kedai spek dia cuma cakap kedua-dua mata rabun 100 & 150 padahal .. ?

Setelah semua ujian selesai, doktor pelatih bersama optometris yang bertauliah tu akan duduk sama terangkan dan bagi apa solution yang perlu aku buat untuk bantu anak. Latihan mata perlu dilakukan untuk bagi kuatkan otot mata kiri. Dia cakap jangan risau sangat sebab masih mild lagi, sikit sangat kejadian dia cuma aku kene pantau supaya tak menjadi lebih teruk (masalah nyer aku ni mak giler tak susah hati ? giler tak risau ?) Macam-macam benda masuk serentak dalam otak. Dengan nak kene buat spek terus, dengan nak kene buat latihan mata anak sehari 2 kali (sekali buat mesti 5 set, tak faham takpe kejap lagi korang akan faham.)

NOTA : buat spek semua kene bayar macam biasa, takde harga budak sekolah ke ape tapi ada kedai spek disediakan kat dalam fakulti ni dan di jaga oleh doktor pelatih juga, kiranya ni spek yang disediakan oleh doktor la - macam Syahmi bingkai & kaca RM 280 terbang duit belanja makan mak kauuu nak ! 7 hari bekerja akan siap, sebelum datang sediakan duit atau guna debit pun boleh. Kalau tak nak buat kat sini pun takpe.. tiada paksaan.) - tapi pendapat personal aku baik buat kat sini terus sebab lense yang disediakan adalah dibawah program doktor.

Latihan kuatkan otot mata

Yang lagi 2 tu menyibuk je

Kalau ikut doktor terangkan, Syahmi ni tak boleh fokus pada 1 tempat / benda lama-lama akan menyebabkan mata kiri Syahmi lari ke kiri dengan sendiri tanpa dia sendiri sedar (sebab mata tu dah letih) . Dalam pada doktor tanya "puan sedar tak, atau puan ade sedar tak anak mata dia selalu lari masa tengok tv atau pernah tak nampak mata dia macam nak terkeluar ?" Hoh ? Terus aku terdiam sebab sumpah memang aku tak sedar ! Aku mak yang teruk ke ni .. hmm .. benda macam ni pun aku tak boleh sedar ??

Doktor cakap latihan otot ni perlu di buat pagi dan petang, sekali buat 5 kali pandang mata pensil tu dari jauh tarik sehingga dekat ke muka (sejengkal dari muka) , pastikan mata tak bergerak ke lain selain dari tumpu pada mata pensil tu je. Semasa latihan dibuat pastikan puan tengok je mata anak, if bergerak tegur dia ingatkan dia pandang mata pensil je. 

Dia juga ada pesan "pastikan selepas 15-20 minit anak tengok dekat, kene ingatkan dia tengok jauh pula untuk rehatkan mata tu .. tengok benda jauh supaya anak mata & otot mata dia tak stress.." nampak senang latihannya tapi korang ingat sempat ke nak buat ? Ingat ke nak buat setiap hari selama 5 bulan sebelum next appointment ? Huarghh.. mak is so stress u know, but i have to do it demi anak kan .. fuh fuh tiupkan semangat.

Syahmi dan Kakak Aliah cantik - Doktor Aliah satu hari nanti ;)

Doktor Pelatih Klinik Optometri kat sini semuanya lembut-lembut dan santun . Kalau tengok dari pemerhatian aku dia orang ni tahu cara nak tarik perhatian budak-budak supaya tak boring dengan semua ujian dibuat ! Ye la kauuuu 2 jam lebih kot tapi selama menunggu tak terasa waktu pun sebab kita pun ralit tengok apa mende dia buat lepas satu satu lepas satu satu..

Dah tukar baju lepas check mata

Yang aku paling marah ialah mamat ni paling gembira bila doktor cakap "confirm ye puan anak puan kene pakai spek !" Dia punyer senyum mengundang asap keluar dari telinga aku jek ! Sakit je hati aku tengok dia senyum . Y___Y punya dia happy sebab dia ade bagitahu aku yang kawan-kawan dia cakap "sapa pakai spek akan bertambah hensem" grrrr...sapa kawan dia ni meh nak sekeh ! Geram jeeeee aku .. haishh ..

Oh ye semua orang boleh lakukan ujian kat sini yang penting kene pastikan temujanji dibuat lebih awal. Jangan haraplah kau nak walk-in. Memang tak ye. Tak perlu apa-apa surat refer dari sekolah / klinik / hospital. Ada 3 sesi diadakan iaitu 8.30 pagi, 10.30 pagi dan 2 petang. Bagi aku sedang-sedang elok pukul 10.30 pagi tu sebab kalau pukul 8 jalan jem korang tau la kan Chow Kit - Kg.Baru tu, kalau petang takut hujan bagai ntah habis pukul berapa pulak. Parking free & banyak, kafe pun dekat sangat. Buka isnin sampai jumaat je. Oh kat mana? Kat CHOW KIT je tempat dia ! Dekat je uolls~ Nak cari pun senang sebab fakulti ni kat tepi jalan antara Chow Kit - Kg. Baru.

Klinik Optometri UKM (Link)
Pusat Pengajian Sains Jagaan Kesihatan
Fakulti Sains Kesihatan
Universiti Kebangsaan Malaysia
Jalan Raja Muda Abd Aziz
50300 Kuala Lumpur
+603-9289 7499 / 7443
+603-2694 7621

Bulan 9 follow up lagi untuk check semula otot mata Syahmi dah okey ke tak. Dia bagi masa 4-5 bulan untuk aku latih mata Syahmi tu, harap waktu tu dah okey la kan. Latih kene banyak buat dan doa kene kuat juga ni. Hmm.. hmm..

Korang lepas ni jangan jadi macam aku tau. Bila anak mengadu tu makna nyer memang confirm la ade yang tak kene. Pastikan kurang-kurangkan bagi anak main gajet if main pun bagi cukup pencahayaan nyer. Kerap bawak anak main kat luar lagi bagus untuk sistem badan dan mata anak sebenar nyer, sebab tu orang dulu jarang ada rabun ye dak ? Check selalu ye pasal anak-anak kita ni. Lepas ni nak bagi air carrot lah setiap hari, harap-harap dapat kurangkan power tu. Ha..ha..ha..masih menunggu magic mak dia orang niiii~

27 comments:

Siti Rohaida Yusof said...

fuh...panjang baca ni...yelah..selalu kalau check mata,mesti kena gi kedai optik,padahal perlu ke klinik dulu kan..lebih details ..nasib baik ke sana...

harap appoitment nanti dia oklah kan..

yaya_flanella said...

Shawn pun pakai spec sebaya dia juga huhu bila kita dah rabun ni serius tak best nak pakai spec selalu. Masa mula2 je suka tau. Semoga mata syahmi elok ya rajin2 buat senaman mata tu okay

Nurzakiah Hanum said...

berkarangan kita pg nie
hehe comelnya anak akak

Fiza Rahman said...

Thanks for sharing beb. Baru tau pasal otot mata ni. Makin hensem lah syahmi lpas ni ☺☺

Kakcik Nur said...

Semoga mata Syahmi akan pulih semula penglihatannya selepas 'latihan' yang cukup.

Eh...siapa tak nak dikata handsome kan Syahmi walaupun awak bujang yang pemalu... :)

Nao Mei said...

Gigih habiskan nota ibu lawa nie...semoga baik2 ye dik

Mas Zull said...

assalamualaikum izwa...bila baca entri ni teringat mama dgn cucu mama..selalu juga ckp x nampak...risau juga ni.. nak kena juga bawa jumpa doktor check mata dia...

** Mama Maszull

Mia Kassim said...

Mmg klu boleh kita mak2 ni tak mau anak2 guna spek mata dr kecil lg. Tak nak terima kenyataan yg anak kita rabun. Tapi terpaksa jugalah kan. Cam shumi hari tu asyik komplen tak nampak apa yg cikgu tulis kat depan .. last2 pegi check .. rabun jauh dan power dan tinggi bagi seorg budak. Tak boleh lari dr guna spek. Huhu.

Siti Yang Menaip said...

kena selalu tengok hijau.. insyallah tak ada apa2..

Raihanah Ahmad said...

menarik juga buat pemeriksaan disini, detail juga

aRzMoHa said...

ok komen yang terakhir dulu...orang kata orang berkaca mata ni sweet hahaha

aRzMoHa said...

"dan mereka yang berkaca mata ini mempunyai dua wajah" kitab lelaki berkaca mata hahaha


perghhhh patut la dia seronok pakai spek...

aRzMoHa said...

memang bagus pemeriksaan yang detail...

sepanjang pakai spek ni dan buat pemeriksaan mata tak pernah dengar pasal otot mata ni...melainkan rabun dan silau....

dan yang kedai biasa bagitau nak spek jenama apa? hehe

Cik Rose said...

Bagus ni dia check secara detail. Bab check di kedai cermin mata tu kan, memang Rose pun alami. Pergi 3 kedai, semua bacaan power tu berbeza. Ada yang tinggi, ada yang rendah(dia kata tak perlu pakai spek). Last Rose buat juga sebab memang tak nampak yang jauh-jauh..(rabun jauh :( )

Moga Syahmi rajin buat latihan tu dan bertambah baik :)

Chekgu Azrine said...

tq bg info izwa..sbb anak perempuan yg tgkt 2 dh mengadu dok skt kepala..rasanya ada kena mengena dgn rabun..mak dia blh agak sbb ummi dia pun mcm tu..ni akibat suka main hp dlm gelap..geram je ummi dia..huhu

dorsett pink said...

Ok. Parking jap, nanti sambung baca semula.. Happy a nice day idzwa

Dewi Aja said...
This comment has been removed by a blog administrator.
alia farhan Said said...

Huuuhhh..tak sangka boleh berbeza rabun kan...sebelah jauh..sebelah dekat..ksian dia... mama kena kuat utk train mata si abang...

Adam said...

Saya nak gi check mata lah.
Takutnya.

Terima kasih kongsi ni.

Khir Khalid said...

Klu ikut pandangan saya pun, lebih baik check kat tempat mcm ni.. klu kita dah tahu dari awal sbb rabun dan mmg nak buat spek, boleh je kat kedai spek mana2.. alhamdulillah, atleast dah tahu dari doktor sndiri dan hati pun lega sikit :)

Kira Sakura said...

best pulak tengok Syahmi check mata kat sini. rasa mcm nk pergi check jugak hahahaha. betul la klu kedai dorang bukan check details sampai ke otot mata tu haaa. Akak ada lagi tak latihan yang dokte tu suggest? nak buat jugak la latihan macam syahmi. mana tau kot Rabun kira boleh berkurang. tak suka la dekat rumah kena pakai spek jugak. rimas

Kesuma Angsana said...

Salam Khamis.Menyinggah bila ada kelapangan. N3 pjg tp info menarik. Si Adik pun baru buat cermin mata. Power x tggi mana tpi jenuh bising bagtau bila duduk belakang x nampak cikgu tulis apa. He3. Ikut kan ajelah klu itu yg terbaik utk anak2 terutama untuk pembelajaran kan

hainom OKje said...

Tapi hakak masa kecik dulu, mmg teringin nak pakai spek.... Tambah lagi kawan ada yg pakai spek haha...

Oklah tu, dah check dah senang kan....Tak pe bukan rabun banyak pun

Noriza Rahman said...

Risaunya kalau anak-anak cakap sakikt kepala kan. Yelah kita duk ingat orang tua ja sakit kepala. Kena ambik tahu juga kesihatan mata anak-anak lepas ni. Takut

el said...

suka tgk org laki pakai spek
okbai

PAk RUDI DI SEMARANG said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Falsya said...

Xpe syahmi, mommy terima nantu mommy seadanye..huahuahua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang