thumbnail

Wednesday, May 31, 2017

Sakit Yang Masih Lagi Tidak Tahu Puncanya.


Check-in sehari sebelum puasa.

Berikut kisah nyer aku sendiri pun tak pasti kenapa dengan aku. Kalau ikutkan dah sebulan dua aku macam selalu tak sihat. Bermula dengan keletihan melampau-lampau tahap berdiri mandi pun aku boleh letih ! Keluar dari bilik air nak pakai baju pun aku boleh sesak nafas . Belum kira macam mana payah nyer aku nak naik tingkat 2 rumah aku. Menangis nak sampai ke pintu ! Aku pun tak pasti kenapa dan macam mana ia bermula. Yang aku tahu aku cepat penat dan sesak nafas setiap malam. Ye setiap malam. Setiap jam aku akan bangun duduk untuk cari nafas. Dada sempit giler .. setiap satu jam dari tengah malam sampai pagi macam tu la ulangan nyer sebulan dua .

Seterusnya aku jadi hilang selera makan walaupun aku masak setiap hari tapi aku tak makan. Aku lebih rela duduk rehat dan perhati je. Bila dah tak makan makan perut pun cepat la masuk angin dan ntah aku tak mengaku aku ade gastrik . Tak pernah ade pun, sebab tu aku makin stress .. 4 klinik panel, 1 KK semua cakap aku gastrik .. eee .. masalah nyer tibai ubat gastrik & angin pun langsung tak hilang ape kes ?

Last resort aku pegi ke Homeopathy, baru lah okey sikit sakit perut aku ni ! Tapi balik dari food review kat Restoran Nelayan Gombak tu kaki aku bengkak air besar macam gajah ! Ha..ha..ha..bapak lah besar kaki aku. Aku tunjuk dengan Eady, dia cakap dia dah perasan kaki aku bengkak dah 3 hari T__T ko mampu dah perasan tapi tak cakap apa ? Y__Y *sadisbetullakiakuni*

Keesokkannya lepas je punch kad, aku terus pegi klinik panel bawah office ni .. hulur je kaki doktor picit-picit terus cerita pasal keletihan sebulan dua haritu terus dia cakap jom kita buat ECG ! Nahhhh...graf tak cantik okey. Doktor cakap sepatutnya umur macam ni graf tak macam ni .. terus dia buat surat refer ke hospital terus dan dia suruh aku pegi hospital jam-jam tu jugak .. ehh .. tak boleh la jam-jam ni .. sebab tak abis baca yasin tak makan lagi nie.. ha.. ha.. ha.. perut lapar okey (ni cerita jumaat lepas ye..)

Dalam pukul 10.30 pagi (lepas sejam setel semua makan .. ehh makan .. ) aku terus ke Hospital Ampang. Tunjuk je surat kat kaunter saringan kecemasan terus dia cakap "ikut saya puan .." aku tunggu je, sekali dia suruh aku masuk kat Red Zone. Ehh .. masa ni nak bagitau Eady pun tak sempat sebab dia tengah cari parking & kat Kecemasan takde line telefon. Aku disuruh baring, dan nurse buat ECG lagi ! Ntah beberapa kali aku tak pasti then aku dipindahkan ke Yellow Zone pulak. Kat sana lagi beberapa kali di buat ECG dan X-ray. Masa ni aku pun tak tahu Eady kat mana, dan Eady pun tak tahu aku kat mana.

Last-last dimasukkan ke Wad Pemerhatian, iye kat sini aku yang memerhati orang ! Jenuh aku tengok orang jek .. takde sapa datang kat aku untuk terangkan apa-apa. Ntah berapa jam last-last di-discharge , diminta ambil ubat kat farmasi kecemasan & disuruh amik tarikh jumpa pakar sebab dikatakan graf jantung aku masih lagi tak cantik. Penerangan dari doktor pun takde .. keluar terkulat-kulat macam tu jek .. 

So keputusannya, aku pun tak pasti aku kenapa .. cuma lepas makan ubat hospital ni nampak kurang dah sikit simptom penat aku nie, dan lebihan air bengkak kaki pun kemain banyak nyer sampai sejam sekali pegi bilik air dari 10 malam sampai 4 pagi. Pejam-pejam mata aku pegi bilik air weh .. stress jek. Aku cuma nak tahu aku kenapa, tapi sedih takde doktor nak terangkan, takde advise, takde cakap apa-apa pun ! If takde solution pun aku hanya nak tahu kenapa bengkak air, kenapa penat .. ntah la .. malas pulak nak fikir. Tunggu je la appointment dengan pakar 03.07.2017 nanti. Ye lama lagi wak!

Jangan tanya kenapa aku tak pegi hospital swasta dan jangan tanya persiapan raya aku. Aku cuma nak sihat je yang lain aku tak peduli, aku nak sihat untuk aku berkhidmat untuk Eady, anak-anak dan family. Tu je. 

Tuesday, May 30, 2017

Buffet Ramadan di Restoran Nelayan Titiwangsa @ Gombak


Hai korang .. macam dah lama je tak ke sini . Uhuks ~ iolls tak sihat siap check-in hospital lagi .. hehehe... yang tu aku cerita kemudian okeh ! Ni aku nak cerita pasal Buffet Ramadan Restoran Nelayan Gombak . Ye selama ni korang mesti tahu lokasi Restoran Nelayan di Titiwangsa tu kan, tapi sejak tahun 2012 Restoran Nelayan Titiwangsa telah berpindah lokasi di Gombak lebih tepat di Jalan Gombak Utara dan telah menggunakan nama Restoran Nelayan Titiwangsa @ Gombak

Promosi Buffet Ramadan 2017, Restoran Nelayan Gombak kini menyediakan sajian istimewa dan harga ditawarkan juga adalah sangat murah ! Korang mesti macam aku, asal dengar Restoran Nelayan Titiwangsa je mesti ingat harga dia mahal ! Sebenar nyer TIDAK. Harganya sangat mampu dan berbaloi. Menu Masakan Kampung, hah sapa yang rindu masakan kampung boleh datang sini makan bersama-sama kawan dan keluarga . 

Menu Khas - Daging Gulai kawah Tanjung yang menggunakan rempah asli & berkualiti hanya dari Rempah Tanjung.

Rempah asli - Rempah Tanjong.

Masak Lemak Daging - daging yang sangat lembut !

Roti Jala Magic ! Dimana ia dibuat dari Magic Floor atau tepung magic yang di-gukan dengan kuah kari maveles.

Asam Pedas Ikan

Rendang Ayam yang selalu menjadi mendapat perhatian aku !

Pemanis mulut wajib ada disetiap bulan puasa ;)

Rojak Buah dan Buah-Buahan

Diantara lauk-lauk yang ada di Buffet Ramadan Restoran Nelayan Titiwangsa @ Gombak

Banyak pilihan dengan harga yang sangat berbaloi !

Selain dari Menu Masakan Kampung, disajikan juga Noodle Selection yang terdapat Nyonya Kari Laksa dan aneka pilihan Mee, Meehoon dan Kuey Tiew Sup dilawankan bersama sup kaki ayam dan sup sayur. Bagi hidangan air, Teh Tarik Istimewa dan Cendol disediakan disamping air cordial lain. Ais krim dengan pelbagai perisa juga disediakan sebagai pencuci mulut. Malam tu kami makan bermangkuk aiskrim .. kekeke.. sedap okeh ais krim keladi ! Punya sedap~

Fuhhh .. kalau nak letak senarai semua jenis makanan memang jenuh nak bariskan sebab lebih dari 80-100 jenis juadah hidangan disediakan di Buffet Ramadan Restoran Nelayan Gombak ni. Tunggu apa lagi, boleh lepak-lepak sembang sambil berbuka dengan kawan-kawan atau keluarga.


Harga Buffet Ramadhan Restoran Nelayan Gombak :

Dewasa : RM 49.90
Kanak - Kanak : 50% Diskaun (5 thn - 11 thn)
Warga Emas : 50% Diskaun (61 tahun ke atas)

Percuma bagi kanak-kanak berusia 4 tahun dan ke bawah.

Si pemakan mama yang belum 4 tahun ;)

Sedikit info : 

Restoran Nelayan Gombak juga mempunyai dewan besar yang boleh diadakan Majlis Perkahwinan, Majlis Graduasi, atau apa-apa event yang memerlukan dewan besar yang mampu memuatkan 600 seater dan mampu menampung 1000 ke 1500 orang secara buffet. Ruangan solat dan ruang dewan untuk solat terawih juga disediakan yang mampu menampung sehingga 200 orang pada satu masa. Tandas dan ruangan lobby yang besar juga disediakan.

Sebarang pertanyaan atau tempahan boleh hubungi :

03-6185 8400
013-223 7228
013-296 7228
019-293 1397

FB / IG : Restoran Nelayan Gombak.

Alamat :
Restoran Nelayan Gombak
Batu 8 3/4 Jln Gombak Utara
Kuala Lumpur.

* dinasihatkan menggunakan Waze berbanding Google Map kerana direction di Google Map yang diberikan adalah salah.

Friday, May 26, 2017

PAKEJ 2017 - Malika Confinement Care


Ingat tak dulu aku pernah share pasal MALIKA CONFINEMENT CARE (MCC) pakej. Hari ni aku nak share pakej terbaru MALIKA CONFINEMENT CARE (MCC) untuk tahun 2017. Ye lah dah naik tahun takkan kau tak nak upgrade pakej ye dok?

Pakej 10 Hari

Pakej 7 Hari

Pakej 5 Hari

1. Cover semua area Kuala Lumpur & Selangor
2. Pakej bermula dari hari ke-3 hingga hari ke-30
3. Setiap visit cover antara 3-4 jam 
4. Confinement Lady 100% islam dan melayu.
5. Semua barang-barang dalam pakej disediakan seperti tertera dalam detail pakej.
6. Menawarkan penjagaan ke luar negara (tertakluk terma & syarat)
7. Terdapat juga pakej Urut Prenatal (pregnant massage) & traditional massage, 2 pakej ni hanya di buat dirumah owner MALIKA CONFINEMENT CARE (MCC) sahaja kerana hari biase fokus on pakej orang dalam pantang.

Kalau korang nak tahu, diam tak diam MALIKA CONFINEMENT CARE (MCC) dah 2 tahun beroperasi. Aku pun sedar tak sedar dah 2 tahun deal dengan owner MCC.

Dalam tempoh 2 tahun ni juga, pencapaian MALIKA CONFINEMENT CARE (MCC) boleh dikatakan amat membanggakan ! Aku sentiasa ikuti perkembangan MCC, jadi kalau korang nak tahu dalam tempoh 2 tahun ni, MCC dah sampai ke Melbourne sebanyak 2 kali dan ke Dubai sebanyak 2 kali juga, insya Allah bulan 10/2017 MCC akan ke Melbourne sekali lagi .

CALL / WHATSAPP : 016-207 8091 (NOORISH)

Tuesday, May 23, 2017

TQ FRISO MALAYSIA - Selamat Hari Ibu Buat Semua Yang Bergelar Ibu & Seangkatan Dengannya !


Seperti yang kita tahu, setiap ahad minggu ke dua dalam bulan Mei ialah Hari Ibu. Actually aku tak pernah pun sambut, so takde heran pun jatuh hari ape ke .. kekekeke~ Tapi lepas dapat call dari PR Friso kata nak send something sempena hari ibu ni rasa macam wahhhh..best juga ada orang hargai kita sebagai seorang ibu !

Gigih PR set kan time nak send parcel padahal hari berikutnya adalah hari Sabtu ! Nak suruh rider datang rumah aku takde kat rumah, aku ade event seharian tu. Aku cuma cakap pagi aku ade kat office sampai pukul 11 pagi sebelum aku ke Sunway Putra Mall untuk briefieng blogger. (ni cerita sabtu 13hb okeh ! he..he..he.. ) 

Lucky me, rider sampai kat office pukul 10.30 pagi sebelum aku shoot ke Sunway Putra Mall ! Bila tengok rider keluarkan bunga dari kereta like ... wahhh fresh flower ! 2nd time aku dapat fresh flower kali nie ;) 

TQ FRISO

LOVE, FRISOMUM GOLD

I like it so much !

Terima kasih FRISO Malaysia kerana menghargai aku, dan mummies lain di luar sana. Penghantaran sekecil ini adalah besar nikmat kegembiraan buat kami. Terasa dihargai sangat ! Alhamdulillah .. Selamat Hari Ibu buat semua yang bergelar mommies kat luar sana. Kita ibu kita kuat ! Kita mama kita super power ! Kita adalah tulang belakang keluarga ;) SELAMAT HARI IBU koranggggg~ #muahciked

Tuesday, May 16, 2017

REZEKI ANAK-ANAK : Menang Saguhati FRISO Contest


Macam dah lama je tak update blog. Hmm..kesihatan tidak mengizinkan sampai rasa memanjang nak pitam nak terpengsan jek. Okey kita skip pasal aku. Ni nak cerita pasal rezeki anak-anak 3 ketul tu ;) Alhamdulillah lama kot masuk contest ni, masuk pun macam tak masuk jekk.. ha..ha..ha.. almaklum masa tu sibuk fokus nak bercuti je jadi gigih la aku hangkut 2 tin Friso masuk dalam luggage ke Labuan. 

Sakan bergambar kat sana, anak-anak pun baik bagi kerjasama jadi aku rasa mereka yang layak dapat hadiah ni. Aku target tempat ke-2 tapi takpelah takde rezeki yang tu ;)

Saguhati pun alhamdulillah !

Saguhati je tapi tetap bersyukur sebab yang masuk nyer 50 orang .. No.1-3 dan saguhati 20 orang, sapa nak bagi RM500 oii.. tak bersyukur gak tak tau laaaa.. ha..ha..ha.. ;) ingat nak bawak anak-anak bercuti dengan duit ni. Aku ade baucer hotel RM500 yang tak guna lagi plus ade 1 lagi baucer percutian di Melaka 2H1M yang aku baru dapat last 2 week ! 

Entry bulan 12 ye contest tu..gigih kene siapkan masa bercuti T__T

Tengok la lepas exam ni dan lepas raya ni ke. Oh ye, anak-anak tak tahu lagi pasal nie. Tunggu aku nak suprisekan dia orang. Tak merancang apa-apa lagi ni sebab hal tak sihat nie tak setel lagi. Ambik darah dah dapat result then minggu depan kene amik lagi. Hmm..

Apa pun syukur alhamdulillah~ ;) TAHNIAH juga buat blogger lain yang menang.

Tuesday, May 09, 2017

Ustazah Syakirah Irneena


Alololooo..

Nampak comel je kan ? Tapi korang tak tahu betapa bergaduh nyer aku nak pakai kan dia tudung tuh ! Grrr...orang yang mengaku dia lelaki, siap cakap dah nanti adik nak sekolah kat sekolah abang je tak nak sekolah kakak so korang bayangkan lah macam mana nak minta dia pakai tudung ? Grr...

Ni gambar jumaat lepas, saje cikgu dia minta hari jumaat pakai baju bertema jumaat tak payah pakai baju sekolah. Ustajah tembam .. ha.. ha.. ha..pipi selambak macam ade makanan kat dalam !

Friday, May 05, 2017

Berbuka Puasa Dengan Nasi Arab Sedap Di Alanna's Kicthen


Punya lama tak update blog, buka-buka nah kau terang biji mata ! Bukan tak rindu nak update tapi otak agak tepu dan banyak benda malas nak cerita. Ha..ha..ha..semua pun nak malas .. ape punyer blogger nie. Kof .. kof .. kof ..

Hari rabu lepas balik dari kerja aku dijemput untuk mem-food review (ade ke perkataan ni? kekeke..~) di Alanna's Kitchen di Pandan Indah. Dekat je dengan kawasan aku tinggal dulu (rumah mak aku). Nak cari pun senang sebab signboard nyer dari jauh dah boleh nampak walaupun Alanna's Kitchen ni berada berderetan dengan lot kedai-kedai. 

Alanna's Kitchen

Alanna's Kitchen is a Muslim friendly restaurant that serves Arabic, Western and local Asian food. Favorites on the menu are Arabic Chicken Mandy, Arabic BBQ Chicken and Fried Chicken Chop.All food is a set meal and it comes with a FREE soft drink. The sauces and burger buns are specially home made from scratch. Alanna's Kitchen also offers home made cakes as desserts. (sumber FB : Alanna's Kitchen)

So korang jangan risau kalau tengok tiba-tiba Madam (chinese lady) datang depan jemput korang masuk ! Halal. Semua makanan boleh dikatakan 80% homemade termasuk kek dia ! Aaaaaa..sebut pasal kek dia..allahhhh..nanti lah cerita !

Nasi Arab - set for 4

Nasi Arab - set for 2

Nasi Arab, Kambing & Ayam.

Nasi Arab - set for 2

Nasi Arab, Ayam Grill & Ayam Panggang

Ulang tayang set for 4 !


Apa boleh aku kata aku bukanlah penggemar nasi arab. Serius kalau orang ajak aku pegi makan nasi arab aku like alaaa..makan benda lain tak boleh ke ?? Huwaa..tekak tak bleh telan arrr nasi kosong gitu-gitu je. Nak gu dengan kuah / sup ala-ala arab ?? Huwaa.. not my tekak arr..Eady selalu stress dengan aku if ajak pegi makan nasi arab confirm tak nak.

Kali ni datang tak tahu nak kene food review ape. Diberitahu food review untuk menu berbuka puasa je. Okey lah dekat dan ada masa terluang so kita pergi je lah. Bila dihidangkan .. alaa..nasi arab ? Macam nak menitik air mata ! Okey la sabar izwa sabar .. amik-amik gambar selesai kan tugas kau Izwa. 

Ulang tayang lagi !!

Dah selesai tugas, maka mestilah acara makan bermula kannn..Eady & anak-anak je makan. Banyak kali Eady tanya "B tak nak makan ke..rase lah sikit.." aku cakap "takpe takpe.." dalam pada tu ehh cuit la sikit buat rasa. Rasa kambing la sebab aku memang penggemar kambing. SEKALIIII...ehh sedap nyerrrrr !! Eady cakap sedap kan ?? Setakat ni abang rasa ni yang TERPALING SEDAP . Makan je cakap SEDAP, suap je cakap SEDAP .. ALLAH confirm sedap giler nie .. Ha..ha..ha..

Macam mana nak describe eh..kambing dia diperap, sampai ke tulang dan rasa dia sedap lahhh..dia punyer kelembutan aku cakap kauuuuuu orang bergigi goyang pun boleh kunyah !! Punyer lembut dan sedappppp~ Ayam pun sedappp tapi tak boleh lawan kambing arr..

Rupe nyer kan, kat Alanna's Kitchen ni Nasi Arab & Kambing ni antara menu yang TERlaris sampai kalau kau tak call dulu datang main terjah bakal mengundang air mata arr..sebab kambing ni cepat abis !

Letak sekali lagi ! Ha..ha..ha..

Untuk bulan puasa ni , semua set Nasi Arab ni akan didatangkan bersama air, buah & kurma juga samosa. Murah la kan? Menu sempoi semua ada, cuma satu je la aku tak suka sebab air tu adalah air gas..sobs!~ Ade air Jasmine Tea tapi aku bukan penggemar tea so tak boleh telan. Tapi takpe air kita order lain okey sebab menu ni dah la jimat, boleh dikongsi bersama so top up air takde masalah besar sangat kan ;)

Nak citer jugak..disebabkan makanan ni lah aku benci sangat dengan blogger dak Sally Samsaiman ! I hate uuuu dak Sally Korea ! Benci sangat sebab lambat sangat ajak akak makan kat sini ! He.. he..he..  sedap nyer sampai dah esok nyer pun Eady dan anak-anak still cakap lagiii..

Kalau korang nak tahu, Syahmi buat kerja sekolah dia ade tulis macam ni "makanan di Alanna's Kitchen sangat sedap sekali, saya nak pergi lagi" Ha..ha..ha..nampak tak bukan aku je yang teringat terbayang tapi anak-anak pun ! Syahmi Sufiya Syakirah makan bertambah-tambah .. punya sedap.

Harga.


Aiskrim pun homemade. Kau mampu !

Selain dari Nasi Arab yang sedap nak mati tu, ni ha kek homemade yang dimasak, diadun, dibuat sendiri oleh Madam . Kalau datang sini korang wajib try atleast sepotong kek ! Pun sedapp..aaa sorry la korang..kalau tak sedap aku cakap je tak sedap, atau aku tak blog kan terus ! Tapi kalau sedap sumpah 80 juta kali pun aku cakap sedappppp~

Sungguh, aku nak repeat lagi tapi aku nak bawak ibu sekali. Ibu adalah penggemar Nasi Arab. Oh ye, selain dari nasi arab ade juga menu tomyam semua lah. Pendek kata kalau korang tekak lain-lain boleh sangat makan kat kedai ni sebab semua ada ! Ni menu wajib berbuka puasa, korang jangan lepaskan peluang tau. Call sehari sebelum nak pergi berbuka puasa okeh ! Kalau walk-in memang takde la .. PENUH !


Alamat : 

Alanna Kitchen
8 Jalan Pandan Indah 1/23D
Pandan Indah
55100 Kuala Lumpur.

MADAM : 012-551 8227
Call : 03-92017134

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang