thumbnail

Tuesday, May 30, 2017

Buffet Ramadan di Restoran Nelayan Titiwangsa @ Gombak


Hai korang .. macam dah lama je tak ke sini . Uhuks ~ iolls tak sihat siap check-in hospital lagi .. hehehe... yang tu aku cerita kemudian okeh ! Ni aku nak cerita pasal Buffet Ramadan Restoran Nelayan Gombak . Ye selama ni korang mesti tahu lokasi Restoran Nelayan di Titiwangsa tu kan, tapi sejak tahun 2012 Restoran Nelayan Titiwangsa telah berpindah lokasi di Gombak lebih tepat di Jalan Gombak Utara dan telah menggunakan nama Restoran Nelayan Titiwangsa @ Gombak

Promosi Buffet Ramadan 2017, Restoran Nelayan Gombak kini menyediakan sajian istimewa dan harga ditawarkan juga adalah sangat murah ! Korang mesti macam aku, asal dengar Restoran Nelayan Titiwangsa je mesti ingat harga dia mahal ! Sebenar nyer TIDAK. Harganya sangat mampu dan berbaloi. Menu Masakan Kampung, hah sapa yang rindu masakan kampung boleh datang sini makan bersama-sama kawan dan keluarga . 

Menu Khas - Daging Gulai kawah Tanjung yang menggunakan rempah asli & berkualiti hanya dari Rempah Tanjung.

Rempah asli - Rempah Tanjong.

Masak Lemak Daging - daging yang sangat lembut !

Roti Jala Magic ! Dimana ia dibuat dari Magic Floor atau tepung magic yang di-gukan dengan kuah kari maveles.

Asam Pedas Ikan

Rendang Ayam yang selalu menjadi mendapat perhatian aku !

Pemanis mulut wajib ada disetiap bulan puasa ;)

Rojak Buah dan Buah-Buahan

Diantara lauk-lauk yang ada di Buffet Ramadan Restoran Nelayan Titiwangsa @ Gombak

Banyak pilihan dengan harga yang sangat berbaloi !

Selain dari Menu Masakan Kampung, disajikan juga Noodle Selection yang terdapat Nyonya Kari Laksa dan aneka pilihan Mee, Meehoon dan Kuey Tiew Sup dilawankan bersama sup kaki ayam dan sup sayur. Bagi hidangan air, Teh Tarik Istimewa dan Cendol disediakan disamping air cordial lain. Ais krim dengan pelbagai perisa juga disediakan sebagai pencuci mulut. Malam tu kami makan bermangkuk aiskrim .. kekeke.. sedap okeh ais krim keladi ! Punya sedap~

Fuhhh .. kalau nak letak senarai semua jenis makanan memang jenuh nak bariskan sebab lebih dari 80-100 jenis juadah hidangan disediakan di Buffet Ramadan Restoran Nelayan Gombak ni. Tunggu apa lagi, boleh lepak-lepak sembang sambil berbuka dengan kawan-kawan atau keluarga.


Harga Buffet Ramadhan Restoran Nelayan Gombak :

Dewasa : RM 49.90
Kanak - Kanak : 50% Diskaun (5 thn - 11 thn)
Warga Emas : 50% Diskaun (61 tahun ke atas)

Percuma bagi kanak-kanak berusia 4 tahun dan ke bawah.

Si pemakan mama yang belum 4 tahun ;)

Sedikit info : 

Restoran Nelayan Gombak juga mempunyai dewan besar yang boleh diadakan Majlis Perkahwinan, Majlis Graduasi, atau apa-apa event yang memerlukan dewan besar yang mampu memuatkan 600 seater dan mampu menampung 1000 ke 1500 orang secara buffet. Ruangan solat dan ruang dewan untuk solat terawih juga disediakan yang mampu menampung sehingga 200 orang pada satu masa. Tandas dan ruangan lobby yang besar juga disediakan.

Sebarang pertanyaan atau tempahan boleh hubungi :

03-6185 8400
013-223 7228
013-296 7228
019-293 1397

FB / IG : Restoran Nelayan Gombak.

Alamat :
Restoran Nelayan Gombak
Batu 8 3/4 Jln Gombak Utara
Kuala Lumpur.

* dinasihatkan menggunakan Waze berbanding Google Map kerana direction di Google Map yang diberikan adalah salah.

10 comments:

Nurzakiah Hanum said...

terbaik

Fiza Rahman said...

Lapar tengok lauk pauk tu

Nieyl said...

Suatu petang yg mendung,sambil-sambil menunggu waktu pulang..
diri ini pun menggodek blog kot-kot ada komen sahabat yg nak di balas kunjungannya. Eh..ternampak kak izwa komen,terus publish,blogger femes tu..segera membalas kunjungan, sekali buka blog dia..meleleh air liur ni sebab semuanya gambar makanan..aduhai..dugaan bulan puasa... #mencitau

mama tisya said...

kemain si kecik tu mkn smp hirup2 tu

Kakzakie Purvit said...

Nampak gaya bulan puasa ni adik makin montellah:)

Selamat menjamu selera dik...
Bukann montel sebarang montel kan dik:)

Julia Johari said...

RM49 je seorang, murahnya! Best betul la sebab restoren ni mmg dkt sgt dgn rumah mama julia...kira dkt gak dgn umah juju hahahhaa...kena habaq kt encik abg la...suh dia belanja hehehe

alia farhan Said said...

Murah jugak hrga dia...
Masakan2 tu yg best

Norhayati Mohd Isa said...

Meriah sungguh menu nya idzwa..
Tapi tu lah nak gombak yg jem ya amattt..

Selamat berpuasa idzwa..

Blog Akak Kembang said...

sodap smeua lauk nih

Inani Hazwani said...

Berbaloi kalau berbuka dekat sini sebab murah berbanding buffet ramadhan yang lain :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang