thumbnail

Wednesday, May 31, 2017

Sakit Yang Masih Lagi Tidak Tahu Puncanya.


Check-in sehari sebelum puasa.

Berikut kisah nyer aku sendiri pun tak pasti kenapa dengan aku. Kalau ikutkan dah sebulan dua aku macam selalu tak sihat. Bermula dengan keletihan melampau-lampau tahap berdiri mandi pun aku boleh letih ! Keluar dari bilik air nak pakai baju pun aku boleh sesak nafas . Belum kira macam mana payah nyer aku nak naik tingkat 2 rumah aku. Menangis nak sampai ke pintu ! Aku pun tak pasti kenapa dan macam mana ia bermula. Yang aku tahu aku cepat penat dan sesak nafas setiap malam. Ye setiap malam. Setiap jam aku akan bangun duduk untuk cari nafas. Dada sempit giler .. setiap satu jam dari tengah malam sampai pagi macam tu la ulangan nyer sebulan dua .

Seterusnya aku jadi hilang selera makan walaupun aku masak setiap hari tapi aku tak makan. Aku lebih rela duduk rehat dan perhati je. Bila dah tak makan makan perut pun cepat la masuk angin dan ntah aku tak mengaku aku ade gastrik . Tak pernah ade pun, sebab tu aku makin stress .. 4 klinik panel, 1 KK semua cakap aku gastrik .. eee .. masalah nyer tibai ubat gastrik & angin pun langsung tak hilang ape kes ?

Last resort aku pegi ke Homeopathy, baru lah okey sikit sakit perut aku ni ! Tapi balik dari food review kat Restoran Nelayan Gombak tu kaki aku bengkak air besar macam gajah ! Ha..ha..ha..bapak lah besar kaki aku. Aku tunjuk dengan Eady, dia cakap dia dah perasan kaki aku bengkak dah 3 hari T__T ko mampu dah perasan tapi tak cakap apa ? Y__Y *sadisbetullakiakuni*

Keesokkannya lepas je punch kad, aku terus pegi klinik panel bawah office ni .. hulur je kaki doktor picit-picit terus cerita pasal keletihan sebulan dua haritu terus dia cakap jom kita buat ECG ! Nahhhh...graf tak cantik okey. Doktor cakap sepatutnya umur macam ni graf tak macam ni .. terus dia buat surat refer ke hospital terus dan dia suruh aku pegi hospital jam-jam tu jugak .. ehh .. tak boleh la jam-jam ni .. sebab tak abis baca yasin tak makan lagi nie.. ha.. ha.. ha.. perut lapar okey (ni cerita jumaat lepas ye..)

Dalam pukul 10.30 pagi (lepas sejam setel semua makan .. ehh makan .. ) aku terus ke Hospital Ampang. Tunjuk je surat kat kaunter saringan kecemasan terus dia cakap "ikut saya puan .." aku tunggu je, sekali dia suruh aku masuk kat Red Zone. Ehh .. masa ni nak bagitau Eady pun tak sempat sebab dia tengah cari parking & kat Kecemasan takde line telefon. Aku disuruh baring, dan nurse buat ECG lagi ! Ntah beberapa kali aku tak pasti then aku dipindahkan ke Yellow Zone pulak. Kat sana lagi beberapa kali di buat ECG dan X-ray. Masa ni aku pun tak tahu Eady kat mana, dan Eady pun tak tahu aku kat mana.

Last-last dimasukkan ke Wad Pemerhatian, iye kat sini aku yang memerhati orang ! Jenuh aku tengok orang jek .. takde sapa datang kat aku untuk terangkan apa-apa. Ntah berapa jam last-last di-discharge , diminta ambil ubat kat farmasi kecemasan & disuruh amik tarikh jumpa pakar sebab dikatakan graf jantung aku masih lagi tak cantik. Penerangan dari doktor pun takde .. keluar terkulat-kulat macam tu jek .. 

So keputusannya, aku pun tak pasti aku kenapa .. cuma lepas makan ubat hospital ni nampak kurang dah sikit simptom penat aku nie, dan lebihan air bengkak kaki pun kemain banyak nyer sampai sejam sekali pegi bilik air dari 10 malam sampai 4 pagi. Pejam-pejam mata aku pegi bilik air weh .. stress jek. Aku cuma nak tahu aku kenapa, tapi sedih takde doktor nak terangkan, takde advise, takde cakap apa-apa pun ! If takde solution pun aku hanya nak tahu kenapa bengkak air, kenapa penat .. ntah la .. malas pulak nak fikir. Tunggu je la appointment dengan pakar 03.07.2017 nanti. Ye lama lagi wak!

Jangan tanya kenapa aku tak pegi hospital swasta dan jangan tanya persiapan raya aku. Aku cuma nak sihat je yang lain aku tak peduli, aku nak sihat untuk aku berkhidmat untuk Eady, anak-anak dan family. Tu je. 

34 comments:

Siti Rohaida Yusof said...

tak perlu nak fikir pasal persiapan sebab kesihatan diri tu lebih penting,ada masalah jantung ke? harap semuanya baik2 je tau idzwa...and lagi satu jangan stress sangat...
get well soon ok

Nurzakiah Hanum said...

inshaallah anum doakan akak cepat sembuh

safurara said...

Semoga dipermudahkan segala kak. akk stress kot ni.

Ummi Zarra said...

Semoga awak cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan awak.
Jangan stress dan think positive okeh.

SYANI said...

Arwah suami aku dulu pun camni juga.. doc asyik kata gastrik je.. Pi hospital pun doc kata just ada kuman dalam darah.. Takde pun buat ECG tu pun..Kalau buat maybe boleh detect problem dia lebih awal... Semoga ko cepat sembuh.

Julia Johari said...

Sis banyakkan berehat ye...risau juju!
Baca kisah akak ya Allah sedihnya...tp akak kena kuat ye..insyaAllah julia doakan akak sentiasa sihat...kdg2 sakit tak tahu punca ini lah yg buat kita bertambah down. Allah nak lindung diri akak...baik akak tenang2 ye tak mau fikir bukan2 dah...

Amin

Warisan Petani said...

Semoga dipermudahkan urusan perawatan pn.

FarahGlanzDotCom said...

Sabar yer..moga xada benda serius..i doakan u cepat2 sembuh!

lieyalatif said...

waaaa...mcm kisah aku je wa yg aku sakit ari tu wa...aku pun sampai kene masuk red zon, xxray mlm admit tu jugak buat....rupenye sebab hb aku terlalu low....ade aku blogkan sampai kene admit masuk darah...dari situ tau aku ade fibroid....skrang aku mkn ubat tambah darah sampai le date operate aku bulan 7 nanti.... skrang aku takde dah simptom letih, penat, jantung laju semua ....ko jaga diri tau...kalo lain mcm jek laju2 pi spital...kene alert dgn badan sendiri key...in sha Allah harap takde ape tu....

Fiza Rahman said...

Kesihatan lebih utama. Smoga urusan dipermudahkan olehnya. Take care babe. Jgn buat kerja berat2

Husna Rahman said...

allahu permudahkan urusan akak idzwa.. Hsna yang baca pun rasa xsedap hati wonder macam mana akak masih boleh tenang.. jaga kesihatan baik2..jaga diri bukan untuk dr sendiri je tapi untuk suami dan femeli jugak..moga baik2 saje kak..

p/s: klu sy dah g cekik dah doc tu..macam tak patut je dy tak gtau keadaan sebenar..bukan kita ada hak jugak ke perlu tahu dan faham keadaan kita..so pasni boleh xtra hati2..kan?

el said...

harap tiada yang serius
doakan semoga kau cepat sembuh

Azian Elias said...

Mudah2an tak ada apa2 yg serious... maybe u r too tired..
get well soon yee..

mamapp said...

Syafakillah.. semoga cepat sihat ye

Nieyl said...

InsyaÁllah xde apa²...
moga akak sihat seperti selalu...

Norhayati Mohd Isa said...

Allahu..
Semoga tak ada yg serious ye idzwa..
Akak doakan wa cepat sembuh..
Buat masa ni fikirkan kesihatan diri dulu..

Kakcik Nur said...

Mak doakan semoga Izwa cepat sembuh dari sebarang kesakitan dan Allah SWT mengembalikan kesihatan Izwa seperti sediakala. Aamiin Ya Rabbal Alamiin

Mrs Puex said...

semoga dipermudahkan urusan utk iwa... cepat sihat ye wa.. susah hati tgk iwa masa kat sbb2017 haritu..byk diammmm je.. makan pon tak sentuh langsung..

Cik Rose said...

Moga kesihatan akak bertambah baik.. Jaga diri.. Moga semuanya dipermudahkan.

Jueliza Jamani said...

kompom hang stress ni.. cepat sihat wehh...

dorsett pink said...

Ermmm... Semoga cepat sembuh idzwa.. Doa di bulan ramadhan ni dimakbulkan Allah.

Lynda Che Lah said...

gws kak.
ada kawan di ofis, tgn bengkak.
pastu sakit sgt.
doktor kata ni simptom penat.
so dia cuti dan balut tgn dia.
tak masak tak apa semua.
pastu dia ok.
u need a holiday kak..

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

take care sis, bagi masa rehat untuk diri sendiri tau..jangan stress2..semoga cepat sihat nak raya ni ...

Blog Akak Kembang said...

Aduhai ... berat mata memandang berat lagi bahu memikul kan iwa. Semoga dipermudahkan segala urusan. AKak doakan awak sihat kembali.

noor aziana said...

semoga dipermudahkan urusannya..

Persiapan raya kalau tak dibuat pun tetap beraya.. jaga diri sendiri diutamakan...

Falsya said...

Allahu..kak oiiii..risau la kite..jaga kesihatan tau kak..xyah la pikir persiapan dulu..lagipun baru 1st week puasa..bg sihat betul2 dulu okayh..kalau xlarat rest, jgn dipaksa badan tuh tau..

Kite kan sebenarnye risau bende lain..sebab akak duk cite ade org xpuas hati la ape la..harap2 bukan la..neway, semoga Allah beri kesembuhan dan semoga Allah permudahkan segala2..amin3..

Aziela said...

Allah...Izwa. Dugaan tu dik. Jangan ignore kesihatan badan. Sementara belum confirm apa-apa ni, cuba lah rehat sebanyak mungkin. Masak lauk sup2 jer yg senang2. Supaya awak boleh rehat cepat.

Emarieys said...

Jangan stress-stress..jaga diri baik-baik..semoga tiada yang serius yer.

Inani Hazwani said...

Moga takdek apa apa yang serius kak. Semoga cepat sembuh. Amin :)

syakillaazam said...

Jemput singgah ke blog killa ye 😘😘😘

http://www.syakillaazam.my/tip-kesihatan/mengapa-orang-obesiti-tidak-berasa-kenyang/

Raihanah Ahmad said...

semoga dipermudahkan urusan izwa. harap2 jumpa punca sakit tu.

Ainniah Zulkefli said...

macam problem jantung, sebab repeat ecg banyak kali utk tengok ada changes tak. problem jantung, salah satu komplikasinya kaki bengkak. apa pun, better tanya balik doktor kat hospital tu sebab rekod semua ada sana kan.

semoga cepat sembuh & dipermudahkan urusan ya.

Ainniah Zulkefli said...

macam problem jantung, sebab repeat ecg banyak kali utk tengok ada changes tak. problem jantung, salah satu komplikasinya kaki bengkak. apa pun, better tanya balik doktor kat hospital tu sebab rekod semua ada sana kan.

semoga cepat sembuh & dipermudahkan urusan ya.

Khir Khalid said...

Hari tu tengok juga kat fb, cuma lama tak dpt btul2 duduk berblogwalking.. semoga cepat sembuh dan dipermudahkan semuanya ye Idzwa.. aamiin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang