thumbnail

Wednesday, June 21, 2017

Selamat Hari Raya Tanpa Persiapan Raya !


Nak sembang lah. Entry pun mungkin entry yang terakhir .. ehh baca macam nak mati je kan ? But who know right ? Only ALLAH SWT tahu segalanya ;) but tak nak la cakap pasal mati .. nak cakap entry ni mungkin entry last sampailah lepas raya ! Ha..ha..ha.. mood dah kelaut sangat nie. Pelik la korang ni macam mana la punyer gigih nak update hari-hari dengan mood raya dah dekat ni. Aku yang takde mood raya pun still takde mood nak update blog . Ha..ha..ha.. punyer teruk !

Nampak tangan berbalut tu?

Hari ni ada appointment amik darah kat Hospital Ampang untuk check sakit yang aku sendiri tak tahu kenapa lah .. amik darah je koranggg jumpe pakar nyer nanti 03.07.2017 nanti. Korang doakan aku yang baik-baik aje lah ye, takut pulak dengan keadaan sekarang macam-macam sakit ade kat dunia nie.

Punya susah nak amik darah, punyer susah nak cari urat .. dari tangan kanan langsung tak jumpa urat amik pulak kat lengan kiri .. dah dapat urat nyer darah pulak tak nak keluar .. huhuu.. dapat 1 botol jek ! Padahal kene punuh kan 4 botol .. kene pulak amik kat tangan depan. Jenuh la cucuk sana sini, sampai medical officer tu pun cakap "puannn mana urat nii..saya dah pakai jarum baby ni tau..jarum paling kecikkk sekali .." ha..ha..ha.. nasib lah.

So raya korang macam mana ? Mesti meriah kan sambutan & barangannya. Aku macam biasa takde apa pun. Baju raya aku baju raya Ed baju raya anak-anak sehelai pun takde. Serius takde ! Guna je la baju masa kezen aku kawin last year. Tahun ni memang sendu betul lah persiapan. Malas pun ye takde mood pun ye. Yang ade aku berhabis duit untuk ibu je. Beli daging la, ketupat la, order ketupat palas la, kuah kacang la, kuih raya la, kerepek la, ntah ape-ape lagi .. untuk rumah sendiri sumpah 1 benda pun takde ! Percayalah cakap aku nie. Kita orang macam tak beraya pun.

Korang balik kampung kat mana ? Bila tuuuu .. ? Aku raya Cheras je, pagi raya la balik .. hehehe.. lepas raya malam balik semula . Apa nak buat orang KL gini lah. Tak meriah mana pun. Yang penting makan mesti meriah ! Cakap pasal makan, berat aku turun 5kg uolls ! Bulan puasa ni langsung takde selera nak makan. Jenuh la hari-hari Eady pujuk nak makan apa..siap nak belanja makan la tapi memang tak la..tak tahu kenapa selera langsung takde. Nak mati ke aku ni??

Apa pun SELAMAT HARI RAYA korangggg .. berhati-hati dalam perjalanan pergi dan balik kampung tu ye ! Moga selamat pergi dan selamat kembali, kalau mengantuk stop dan tidur dulu okeh ;)

Monday, June 19, 2017

SAFI SHAYLA Syampu Wanita Bertudung

SAFI SHAYLA SYAMPU WANITA BERTUDUNG #HANYASAFISHAYLAUNTUKSAYA


SAFI SHAYLA Syampu Wanita Bertudung

SAFI SHAYLA Syampu Wanita Bertudung | Rambut adalah mahkota setiap wanita. Metafora ini seringkali dikiaskan kerana setiap helaian rambut yang menawan mampu memberikan keyakinan pada diri. Rambut yang menawan pastinya lahir dari penjagaan yang rapi tidak kira dalam apa jua keadaan. Bagi individu bertudung, penjagaan mahkota ini sememangnya dititikberatkan agar keadaan rambut sentiasa sihat, dan bermaya. 

Memahami keperluan wanita bertudung moden, SAFI Shayla rangkaian jenama syampu khas wanita bertudung telah dilancarkan pada Oktober 2013. Dengan 8 varian diformulasikan dengan Habbatus Sauda yang mempunyai 1001 kebaikan, SAFI Shayla dapat menyelesaikan apa jua masalah rambut yang dialami oleh wanita bertudung. 

Pek Fleksi

SAFI SHAYLA Syampu Wanita Bertudung | Pengguna juga boleh mendapatkan SAFI Shayla di dalam bentuk fleksi. Melihat kepada keadaan ekonomi yang mencabar, penggguna mula mencari produk yang lebih murah dan menjimatkan, pada masa yang sama memberikan nilai dan kualiti yang tinggi. Kebanyakan pengguna mengurangkan kadar perbelanjaan tetapi masih berusaha untuk mendapatkan barangan berkualiti untuk melengkapi keperluan isi rumah.

SAFI Shayla - Kawalan Minyak
Mengawal lebihan minyak serta menyamankan

SAFI Shayla - Hitam Menawan
Menyerlahkan kilauan rambut hitam yang sihat dan lembut

SAFI Shayla - Perapi Rambut
Rambut lembut dan terurus

SAFI SHAYLA Syampu Wanita Bertudung | SAFI Shayla juga mengeluarkan produk perapi rambut dan penyegar kulit kepala agar rambut lebih lembut dan terurus serta kulit kepala segar dan sihat selepas bersyampu.

Walaupun terdapat banyak jenama syampu antarabangsa yang masuk ke dalam pasaran syampu untuk wanita bertudung pada masa ini, SAFI Shayla masih mampu untuk berdiri dan ianya terbukti apabila SAFI Shayla telah memenangi beberapa anugerah seperti Marketing Excellence Awards 2015 dan Effie Award 2016 di mana SAFI Shayla telah merangkul 3 emas dan 1 perak bagi kedua-dua anugerah tersebut. Ini membuktikan bahawa pengguna-pengguna SAFI Shayla mempercayai bahawa rangkaian syampu ini mampu memberi solusi kepada masalah rambut seperti rambut gugur dan gatal kulit kepada yang dihadapi oleh wanita bertudung.. Pengguna-pengguna setia SAFI Shayla juga mengatakan bahawa #HanyaSAFIShaylaUntukSaya .

Sempurnakan Kejelitaanmu

Nak raya-raya ni elok la dapatkan dulu Syampu Safi Shayla ni .. ye lah nak beraya dari pagi sampai malam kan memang kepam lah rambut tu ! Tapi dengan bantuan syampu Safi Shayla tiada lagi masalah bau rambut yang busuk bila buka tudung. Insya Allah sepanjang hari sepanjang masa rambut berbau harum je.

Maklumat  lanjut mengenai jenama SAFI sila layari laman 
Facebook SAFI : www.facebook.com/SAFI.MY
Instagram SAFI : @safimalaysia 
Web SAFI : www.safi.com.my 


Tuesday, June 13, 2017

Resepi Buah Melaka / Onde-Onde Paling Mudah Sesuai Untuk Orang Malas


Nak buat Buah Melaka a.k.a Onde-Onde je pun tapi masalah nyer berminggu baru dapat buat. Huhuu..almaklum orang tak pandai bab kuih macam ni la. Dari beli jenis tepung pun salah sampai ke pewarna pun salah ! Y__Y tapi kita belasah je la sebab yang nak makan pun kita jugak .. muhahaha~

Masalah aku la kan, setiap kali nak buat kuih mesti tersalah beli jenis tepung ! Macam nak buat onde-onde ni aku pegi beli tepung gandum la, tepung beras la, tepung jagung la .. padahal yang nak guna TEPUNG PULUT okeyyyy ! Korang jangan jadi macam aku, pastikan kalau nak buat Buah Melaka a.k.a Onde-Onde mesti guna TEPUNG PULUT. Ingat TEPUNG PULUT !

Bahan-bahan

1. TEPUNG PULUT
2. Gula Melaka
3. Pewarna
4. Daun Pandan (tapi aku takde daun pandan so kita pejam mata jek !)

Ingat .. apa ? Yang nak makan pun kita je .. so yang takde kita buat-buat takde je.

Cara

1. Potong gula melaka jadi dadu
2. Uli TEPUNG PULUT tu dengan air (nak sedap pakai air daun pandan yang di blend)
3. Masukkan pewarna yang korang nak.

Masalah ke-2 aku kat sini, salah beli pewarna ! Pewarna aku tu warna tak pekat lebih kepada macam perasa jek T______T so lantak lah .. pakai jugak la. 

Cara buat

Kerah je buruh kecik yang ade kat rumah tu atau pun golek-golek kat tapak tangan, picit tengah & masukkan gula melaka tu then golek-golek lagi kat tapak tangan supaya jadi bulat macam guli. Rebus dalam air mendidih.

Last,

Bila Buah Melaka a.k.a Onde-Onde dah jadi warna light pink , korang sejukkan dulu sebelum golekkan dalam kelapa parut yang putih. Oh ye, jangan lupa masukkan garam sikit dalam kelapa tu. Kalau tak tak berapa berasa la Onde-Onde tersebut.

Senang je kan ? Senang la weh .. punyer senang sampai jenis tepung pun susah nak ingat !

Friday, June 09, 2017

Syahirah Korean Secrets - Hydra Soft

SYAHIRAH KOREAN SECRETS

“Hey si gadis yang manis!Miliki wajah cantik mulus sekata persis artis Korea sekarang!”

Syahirah Korean Secrets - Hydra Soft

Aku ni la kan bukan penggemar cerita Korea ke drama ke ape semua aku tak tahu tapi aku paling suka pakai produk dari sana ! Sebab nyer produk dari Korea ni dipercayai sesuai dengan kulit kita orang Asia. Macam-macam produk la aku pakai dari sana, macam DD Cream, Lipstik, Compact Powder ntah apa-apa lagi la kebanyakkan dari Korea. Best tauuuu produk Korea ni sebab rasi dengan kulit orang Asia kita ni.

Ala korang yang selalu tengok cerita Korea tu mesti mengidamkan kulit cantik mulus putih macam pelakon dia orang tu kan..aku ni takdelah kenal sangat-sangat mana-mana pelakon Korea tu tapi kalau pegi umah ibu aku mesti Channel Korea je 24 jam .. ha..ha..ha.. so tertengok la jugak .. mulus giler muka dia orang macam tak pernah kene sunburn !

Jom nak memperkenalkan, SYAHIRAH KOREAN SECRETS Hydra Soft rangkaian istimewa sesuai untuk korang gegadis yang menginginkan kulit wajah cantik mulus sekata, yang membantu membekalkan kelembapan agar kulit sihat, ia juga memilki manfaat pencerahan serta mengandungi antioksidan yang tinggi untuk mengurangkan cela dan rengsa pada kulit agar kulit kelihatan cantik mulus sekata secara semulajadi.

Dirumus khas dengan agen penghidratan dari Tri-Flower Essence campuran bunga-bungaan putih iaitu bunga Ginseng, Chamomile dan Teh Hijau, bukan itu sahaja ia juga memilki manfaat pencerahan serta mengandungi antioksidan yang tinggi untuk mengurangkan cela dan rengsa pada kulit.

Syahirah Korean Secrets - Hydra Soft

SYAHIRAH KOREAN SECRETS Hydra Soft ini mengandungi 5 produk hebat iaitu Gel Pembersih Muka, Skrub Muka, Penyegar Tanpa Alkohol, Krim Pelembap Muka serta Krim Kecantikan yang menjadi rejim kecantikan lengkap untuk kulit cantik dan mulus sekata. Penggunaan rona biru aqua cerah sebagai simbolik kelembapan & penghidratan dicalit pallete putih bersih bunga pada rekaan pembungkusan SYAHIRAH KOREAN SECRETS Hydra Soft pasti menyerlahkan rasa segar sesuai dengan manfaatnya yang pasti menyerlahkan sisi “personaliti Korea” yang ada dalam dirimu! 

Rejim lengkap Syahirah Korean Secrets Hydra Soft :


1) Skrub Muka : Diformulasi dengan manik pengelupasan lembut yang membantu menghilangkan kotoran dan sel-sel kulit mati untuk kulit lebih licin.


2) Gel Pembersih Muka : Membantu membersihkan kotoran di samping memelihara kelembapan kulit.


3) Penyegar Tanpa Alkohol : Membantu mengecilkan pori-pori serta memberi kesegaran kepada kulit selepas setiap pembersihan. Ia juga memudahkan penyerapan produk selanjutnya sekali gus menjadikan kulit lebih licin.


4) Krim Pelembap :  Membantu membekalkan kelembapan untuk kulit wajah yang segar berseri.

5) Krim Kecantikan : Sesuai digunakan sebagai asas solekan untuk membantu menutup cela, jeragat serta meratakan tona kulit.

Tetapkan pilihanmu dan dapatkan Syahirah Korean Secrets Hydra Soft sekarang untuk tampil cantik mulus sekata persis gadis Korea! Produk ini boleh didapati di seluruh Malaysia, termasuk pasarraya besar dan pasarraya hiper utama. 

Untuk maklumat lanjut mengenai SYAHIRAH sila layari halaman :

Instagram SYAHIRAH - @syahirahmalaysia.

Thursday, June 08, 2017

Lama Tak Sembang .. Nah Sesi Luahkan Perasaan Terpendam !


Lama tak sembang. Entry lepas pun hari jumaat. Ade je ni ha cuma masa tu tak berapa nak ade. Cara cakap macam kalah menteri ye dok busy nyer tapi sebenar nyer ade banyak urusan nak kene selesaikan. Almaklum kita ni anak tengah kita la yang diharap-harapkan selalu, lagipun aku ni garang (ke tegas??) jadi banyak aku la kene uruskan macam-macam walaupun orang tak suka cara aku.

Bercakap pasal ape ni ? 

Kita start dengan aku dapat offer kerja yang aku minat. Khamis lepas aku dapat call dari bahagian lain offer buat kerja media sosial ni tapi secara rasmi lah, dia orang nampak aku ade kebolehan mengarut kat media sosial kot. Ha..ha..ha..personal call sembang sikit-sikit tanya aku minat tak. Jumaat aku pegi department tu meeting kejap dengan pegawai dan pengarah bahagian tu, dia orang terangkan sikit-sikit. Dia orang tanya aku berminat tak, ofkos la minat kan sebab ni makanan aku walaupun dulu tiket personal cuma sekarang ni atas tiket rasmi pulak. Dalam bangunan yang sama cuma department lain, aku masih lagi 50-50 sebab bila sembang dengan bos sekarang dia macam berat nak lepas kan cuma peluang ni bukan selalu datang. 

Aku rasa macam aku nak amik peluang ni sebab buat satu benda yang kita suka lebih bahagia rase nyer kot. Eh bukan aku tak suka kerja sekarang ! Yang sekarang pun aku suka, jumpe peminjam kene marah dengan peminjam .. kofkofkof .. , aku suka berinteraksi dengan orang tapi dalam masa yang sama aku suka dengan media sosial ni.

Setel khamis jumaat, petang tu pegi makan la konon sambut anniversary tapi korang paham je la kalau pegi makan dengan 3 ketul budak ! Redha je la mak wehhh makan dalam keadaan huru hara .. ha..ha..ha.. tapi itulah bahagia ;) takde nyer sambut special pun, kita orang biase-biase je .. dah tua-tua ni nak hidup biase je .. asalkan tenang semua sihat takde masalah dah cukup buat kami.

Sabtu pulak, hari MENGEMAS RUMAH YANG MACAM KAPAL KARAM SEBAB MAK MERTUA NAK DATANG HARI ISNIN ! Ha..ha..ha.. aku letak capslock sebab kalau korang nak tahu rumah aku punyer la tak berkemas sejak aku sakit haritu tu la .. main letak je main mana dan je .. dengan kain baju nyer dengan habuk nyer dengan lantai tak mop nyer . Jumaat tengahari abah mertua call cakap mak & adik ipar aku nak datang sebab adik ade interview Nurse kat HUKM. Amik kauuuu.. punyer penat la housekeeping dari depan ke seluruh rumah. Mak & adik ipar aku tidur rumah hari isnin selasa, sebab kami yang bawakkan ke HUKM tu. Abis interview hantar ke rumah abang Eady kat Bukit Beruntung.

Kat Gemencheh.

Ahad, aku ke Gemencheh weh .. hantar adik aku kat rumah sewa dia. Adik aku nak lapor diri kerja kat MRSM Gemencheh. Dah kene pegi sana cuci rumah pulakkkk .. pegi bandar cari barang la .. dari pagi sampai petang .. penat bertambah-tambah .. petang tu aku dengan Eady buka puasa dalam kereta je minum air milo Syakirah . Ha..ha..ha.. sampai rumah pukul 9 malam. Rasa macam nak terbalik je badan.

Isnin .. pagi-pagi amik mak mertua & adik ipar dari KLIA, dari KLIA terus ke Kenanga Mall kauuuuuu .. shopping pulak pagi-pagi buta. Kekekeke...pastu balik rumah rehat kejap, petang keluar balik berbuka kat luar sebab pegi Mines pulakkk .. mak adik nak pegi rumah sedara la berkenaan nak interview tu.

Selasa .. Eady je bawak dia orang ke HUKM, pagi tu aku tidur kat rumah dengan Syakirah sebab aku kepenatan yang teramat sangat. Badan pun tak berapa nak sihat. Habis interview baru aku ikut Eady pegi amik dan terus kami ke SOGO (pulak) . Ha..ha..ha..shopping lagi ! Aku takde membeli ape-ape walaupun aku ade berkenan 1 handbeg tuuuuu...aaaaa termimpi-mimpi tau pasal handbeg tuuuu .. macam nak tapi rase macam hmmmm sayang nyer duit . Tak mahal beribu pun baru RM 139 tapi hmmm..tengok lah macam mana ..

So rabu, aku baru kerja ! Naik kerja setelkan pasal surat pertukaran bahagian tu. Lepak office je .. tapiiiiiiii .. balik kerja rumah banjir !!! Banjir 1 halaman rumah banjir .. abis semua barangggggggggggg yang ade kat lantai rumah. Huwaaaa ... orang cuci bangunan sembur dinding tangga semua sebab nak kopek cat lama so air tu masuk rumah ikut bawah pintu & tingkap .. huwaaa .. rase nak menangis sangat !! Tapi buat juga la dengan Eady .. abis setel masak untuk berbuka pulak T_____________T 

I is so penat u know .. huwaaa .. dah la malam-malam aku dah jadi isomnia. Aku tak tahu kenapa sejak dari sakit tu aku susah tidur malam. Pukul 1-2 pagi je aku akan bangun duduk berteleku cari idea macam mana nak tidur balik ! Pusing sana sini bangun duduk cari tempat selesa semua tak jalan. Ade hari sampai 4.30 pagi terus aku tak tidur. Otak stress kot .. ntah !

Tapi, paling penat .. selama ni apa kita buat orang tak nampak pun . Bukan nak tunjuk sangat tapi langsung tak dihargai. Dipersalahkan lagi ade la. Ntah mungkin cara aku yang tak reti nak berselindung perasaan kot ? Bagi aku kalau benda tu salah atau tak kene pada mata aku akan cakap depan-depan. Ye aku ni memang jenis cakap direct, aku bukan bangsa cakap belakang so mungkin orang tak berkenan cara aku, orang nampak aku ni jahat dan aku tak harap pun orang rasa aku ni baik cuma aku nak orang hargai apa aku dah buat untuk semua. Tu je. Satu lagi mungkin sebab air muka aku jenis bukan yang nampak mesra (kot?)

Friday, June 02, 2017

.. Happy 11th Anniversary ..


02.06.2006 - 02.06.2017

"An anniversary is a reminder as to why you love & married this person"
Happy 11th anniversary love.


“Our family is a circle of strength of love with every birth and every union the circle grows.”
“Family is not an important thing, it’s everything.”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang