thumbnail

Thursday, June 08, 2017

Lama Tak Sembang .. Nah Sesi Luahkan Perasaan Terpendam !


Lama tak sembang. Entry lepas pun hari jumaat. Ade je ni ha cuma masa tu tak berapa nak ade. Cara cakap macam kalah menteri ye dok busy nyer tapi sebenar nyer ade banyak urusan nak kene selesaikan. Almaklum kita ni anak tengah kita la yang diharap-harapkan selalu, lagipun aku ni garang (ke tegas??) jadi banyak aku la kene uruskan macam-macam walaupun orang tak suka cara aku.

Bercakap pasal ape ni ? 

Kita start dengan aku dapat offer kerja yang aku minat. Khamis lepas aku dapat call dari bahagian lain offer buat kerja media sosial ni tapi secara rasmi lah, dia orang nampak aku ade kebolehan mengarut kat media sosial kot. Ha..ha..ha..personal call sembang sikit-sikit tanya aku minat tak. Jumaat aku pegi department tu meeting kejap dengan pegawai dan pengarah bahagian tu, dia orang terangkan sikit-sikit. Dia orang tanya aku berminat tak, ofkos la minat kan sebab ni makanan aku walaupun dulu tiket personal cuma sekarang ni atas tiket rasmi pulak. Dalam bangunan yang sama cuma department lain, aku masih lagi 50-50 sebab bila sembang dengan bos sekarang dia macam berat nak lepas kan cuma peluang ni bukan selalu datang. 

Aku rasa macam aku nak amik peluang ni sebab buat satu benda yang kita suka lebih bahagia rase nyer kot. Eh bukan aku tak suka kerja sekarang ! Yang sekarang pun aku suka, jumpe peminjam kene marah dengan peminjam .. kofkofkof .. , aku suka berinteraksi dengan orang tapi dalam masa yang sama aku suka dengan media sosial ni.

Setel khamis jumaat, petang tu pegi makan la konon sambut anniversary tapi korang paham je la kalau pegi makan dengan 3 ketul budak ! Redha je la mak wehhh makan dalam keadaan huru hara .. ha..ha..ha.. tapi itulah bahagia ;) takde nyer sambut special pun, kita orang biase-biase je .. dah tua-tua ni nak hidup biase je .. asalkan tenang semua sihat takde masalah dah cukup buat kami.

Sabtu pulak, hari MENGEMAS RUMAH YANG MACAM KAPAL KARAM SEBAB MAK MERTUA NAK DATANG HARI ISNIN ! Ha..ha..ha.. aku letak capslock sebab kalau korang nak tahu rumah aku punyer la tak berkemas sejak aku sakit haritu tu la .. main letak je main mana dan je .. dengan kain baju nyer dengan habuk nyer dengan lantai tak mop nyer . Jumaat tengahari abah mertua call cakap mak & adik ipar aku nak datang sebab adik ade interview Nurse kat HUKM. Amik kauuuu.. punyer penat la housekeeping dari depan ke seluruh rumah. Mak & adik ipar aku tidur rumah hari isnin selasa, sebab kami yang bawakkan ke HUKM tu. Abis interview hantar ke rumah abang Eady kat Bukit Beruntung.

Kat Gemencheh.

Ahad, aku ke Gemencheh weh .. hantar adik aku kat rumah sewa dia. Adik aku nak lapor diri kerja kat MRSM Gemencheh. Dah kene pegi sana cuci rumah pulakkkk .. pegi bandar cari barang la .. dari pagi sampai petang .. penat bertambah-tambah .. petang tu aku dengan Eady buka puasa dalam kereta je minum air milo Syakirah . Ha..ha..ha.. sampai rumah pukul 9 malam. Rasa macam nak terbalik je badan.

Isnin .. pagi-pagi amik mak mertua & adik ipar dari KLIA, dari KLIA terus ke Kenanga Mall kauuuuuu .. shopping pulak pagi-pagi buta. Kekekeke...pastu balik rumah rehat kejap, petang keluar balik berbuka kat luar sebab pegi Mines pulakkk .. mak adik nak pegi rumah sedara la berkenaan nak interview tu.

Selasa .. Eady je bawak dia orang ke HUKM, pagi tu aku tidur kat rumah dengan Syakirah sebab aku kepenatan yang teramat sangat. Badan pun tak berapa nak sihat. Habis interview baru aku ikut Eady pegi amik dan terus kami ke SOGO (pulak) . Ha..ha..ha..shopping lagi ! Aku takde membeli ape-ape walaupun aku ade berkenan 1 handbeg tuuuuu...aaaaa termimpi-mimpi tau pasal handbeg tuuuu .. macam nak tapi rase macam hmmmm sayang nyer duit . Tak mahal beribu pun baru RM 139 tapi hmmm..tengok lah macam mana ..

So rabu, aku baru kerja ! Naik kerja setelkan pasal surat pertukaran bahagian tu. Lepak office je .. tapiiiiiiii .. balik kerja rumah banjir !!! Banjir 1 halaman rumah banjir .. abis semua barangggggggggggg yang ade kat lantai rumah. Huwaaaa ... orang cuci bangunan sembur dinding tangga semua sebab nak kopek cat lama so air tu masuk rumah ikut bawah pintu & tingkap .. huwaaa .. rase nak menangis sangat !! Tapi buat juga la dengan Eady .. abis setel masak untuk berbuka pulak T_____________T 

I is so penat u know .. huwaaa .. dah la malam-malam aku dah jadi isomnia. Aku tak tahu kenapa sejak dari sakit tu aku susah tidur malam. Pukul 1-2 pagi je aku akan bangun duduk berteleku cari idea macam mana nak tidur balik ! Pusing sana sini bangun duduk cari tempat selesa semua tak jalan. Ade hari sampai 4.30 pagi terus aku tak tidur. Otak stress kot .. ntah !

Tapi, paling penat .. selama ni apa kita buat orang tak nampak pun . Bukan nak tunjuk sangat tapi langsung tak dihargai. Dipersalahkan lagi ade la. Ntah mungkin cara aku yang tak reti nak berselindung perasaan kot ? Bagi aku kalau benda tu salah atau tak kene pada mata aku akan cakap depan-depan. Ye aku ni memang jenis cakap direct, aku bukan bangsa cakap belakang so mungkin orang tak berkenan cara aku, orang nampak aku ni jahat dan aku tak harap pun orang rasa aku ni baik cuma aku nak orang hargai apa aku dah buat untuk semua. Tu je. Satu lagi mungkin sebab air muka aku jenis bukan yang nampak mesra (kot?)

11 comments:

Fiza Rahman said...

Aku yang baca pon terasa kepenatannya. Take care.

Julia Johari said...

Juju baca sambil tahan nafas! Penat ye kak...serius penat ! Byk aktiviti akak...tp besar pahala sambut tetamu mertua elok2...moga akak bertambah rezeki...

Beg apa Rm139 tu...wasuppp plis nak tgk kot tergoda gak hahaha

SYANI said...

Baca pun aku dah penat...kesian ko. Take care & jangan lupa rest..

mama tisya said...

penat juga baca..hehe..tp tuan punya bdn sure lg penat kn...tkpe smoga bertukar bahagian br akan lebih ceria..nk2 melibatkn kj kita minat kn

Nieyl said...

Peh!panjangnyaaaa....
semput baca tau...hihihi

el said...

mak aiii letih tu
bertubi2 keje
tp sempat g sopin hahah
tp tulah sopin salah satu treatment jugak
seronok ada tetamu mai..rezeki bertambah
wpun penat tp seronok tu lebih
tc awak!

Kakcik Nur said...

AllahhuAkbar... mak yang baca pun rasa ikut semput dan penat, apatah lagi Izwa yang menanggungnya...

Nadia Johari said...

banyaknya benda akak buat..

HeNRieTTa JoSe said...

yang membaca pown penat....hehehe...gud luck dengan kerja baru yea...

Khir Khalid said...

Mudah2an ada kebaikan utk semuanya, in shaa Allah... aamiin. All the best :)

Azhafizah Md Nor said...

nampak sangat kesibukan akak ni. banyakkan berehat ye lepas ni. selamat bekerja di tempat suasana yang baru. semoga enjoy kak :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang