thumbnail

Tuesday, June 13, 2017

Resepi Buah Melaka / Onde-Onde Paling Mudah Sesuai Untuk Orang Malas


Nak buat Buah Melaka a.k.a Onde-Onde je pun tapi masalah nyer berminggu baru dapat buat. Huhuu..almaklum orang tak pandai bab kuih macam ni la. Dari beli jenis tepung pun salah sampai ke pewarna pun salah ! Y__Y tapi kita belasah je la sebab yang nak makan pun kita jugak .. muhahaha~

Masalah aku la kan, setiap kali nak buat kuih mesti tersalah beli jenis tepung ! Macam nak buat onde-onde ni aku pegi beli tepung gandum la, tepung beras la, tepung jagung la .. padahal yang nak guna TEPUNG PULUT okeyyyy ! Korang jangan jadi macam aku, pastikan kalau nak buat Buah Melaka a.k.a Onde-Onde mesti guna TEPUNG PULUT. Ingat TEPUNG PULUT !

Bahan-bahan

1. TEPUNG PULUT
2. Gula Melaka
3. Pewarna
4. Daun Pandan (tapi aku takde daun pandan so kita pejam mata jek !)

Ingat .. apa ? Yang nak makan pun kita je .. so yang takde kita buat-buat takde je.

Cara

1. Potong gula melaka jadi dadu
2. Uli TEPUNG PULUT tu dengan air (nak sedap pakai air daun pandan yang di blend)
3. Masukkan pewarna yang korang nak.

Masalah ke-2 aku kat sini, salah beli pewarna ! Pewarna aku tu warna tak pekat lebih kepada macam perasa jek T______T so lantak lah .. pakai jugak la. 

Cara buat

Kerah je buruh kecik yang ade kat rumah tu atau pun golek-golek kat tapak tangan, picit tengah & masukkan gula melaka tu then golek-golek lagi kat tapak tangan supaya jadi bulat macam guli. Rebus dalam air mendidih.

Last,

Bila Buah Melaka a.k.a Onde-Onde dah jadi warna light pink , korang sejukkan dulu sebelum golekkan dalam kelapa parut yang putih. Oh ye, jangan lupa masukkan garam sikit dalam kelapa tu. Kalau tak tak berapa berasa la Onde-Onde tersebut.

Senang je kan ? Senang la weh .. punyer senang sampai jenis tepung pun susah nak ingat !

15 comments:

Siti Rohaida Yusof said...

janji makan rasa buah melakanya kat dalam..masuk mulut pecah kat dalam..uih...nikmat

Khir Khalid said...

Wahh ramainya pembantu hehee.. lama tak makan kuih ni. Ada lagi tak, emel kat saya sikit :D :) :)

LeYa n Otomen Taro said...

Wahhh...sedapnya...
Dah lama tak makan buah melaka ni...
Emmm...boleh la try ni

Inani Hazwani said...

Sedap lah ni ramai chef tolong tu. Heheh :) Nak makan sendiri kan kak, gasaklah buat warna apa pun asal sedap settle. Gituu :D

I am LZ said...

Comel sungguh buruh kecil membantu..
It's okay Izwa, lps ni mesti tak lupa tepung pulut 😁.. Tepung gandum, tepung beras & tepung jagung boleh guna utk tambah rangup bila goreng ikan atau ayam. Letak 1 sudu kecil each tepung masa lumur garam & kunyit. LZ biasa buat camtu..

Nieyl said...

bulan puasa ni nieyl xdan la nak buat apa² kuih pun...
balik keje pun sampai umah kol6.20..
bersilat masak kejar waktu berbuka..

Kak Sue said...

Kak Sue memang suka kuih onde-onde nie, tapi nak buatnya.. is tak dan rasanya. Konon sibuk sangat..ehehe..

JMR said...

bulan puasa ni tak makan lagi onde2..

warna pink ek..habesla si nunu eera melantak nnt

Mar Mansor said...

kecik-kecik dulu suka tolong nak buat kuih ni..ni dah jadi mak orang..malas pulak buat..
JanjiKita

Norhayati Mohd Isa said...

Akak 1st ramadan anak2 dah minta kuih onde2 ni idzwa..

Comel jer tu..
Senang sekali ngap..😆

Adam said...

Lama dah tak makan buah melaka.
Yg jual kat pasar ramadan dah tak sedap. Tak ori

Azhafizah Md Nor said...

kuih buah melaka paling famous masa bulan ramadhan. nak buat pun senang. fiza ni dari hari pertama nak buat tapi tak buat² pun lagi..kat bandar susah nak dapat kelapa parut tu ha..tu yang jadi malas nak buat. huhu
kalau fiza mesti buat warna pink terang gitu..hihi

dorsett pink said...

Kuih ni memnag faveret saya dulu. Tapi sejak saya terkecik makan kuih ni masa tengah dalam pantang bersalinkan FL (tercekik sampai tak boleh bernafas, masa tu ingat mati jer), terus serik tak nak sentuh dah kuih ni... huhu

adianiez AIDA said...

pink pun pink la, izwa.
janji sodap! :)

Julia Johari said...

Sedapnya...rajin anak2 akak buat onde2 heheh jimat boleh mkn banyak2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang