thumbnail

Monday, June 19, 2017

SAFI SHAYLA Syampu Wanita Bertudung

SAFI SHAYLA SYAMPU WANITA BERTUDUNG #HANYASAFISHAYLAUNTUKSAYA


SAFI SHAYLA Syampu Wanita Bertudung

SAFI SHAYLA Syampu Wanita Bertudung | Rambut adalah mahkota setiap wanita. Metafora ini seringkali dikiaskan kerana setiap helaian rambut yang menawan mampu memberikan keyakinan pada diri. Rambut yang menawan pastinya lahir dari penjagaan yang rapi tidak kira dalam apa jua keadaan. Bagi individu bertudung, penjagaan mahkota ini sememangnya dititikberatkan agar keadaan rambut sentiasa sihat, dan bermaya. 

Memahami keperluan wanita bertudung moden, SAFI Shayla rangkaian jenama syampu khas wanita bertudung telah dilancarkan pada Oktober 2013. Dengan 8 varian diformulasikan dengan Habbatus Sauda yang mempunyai 1001 kebaikan, SAFI Shayla dapat menyelesaikan apa jua masalah rambut yang dialami oleh wanita bertudung. 

Pek Fleksi

SAFI SHAYLA Syampu Wanita Bertudung | Pengguna juga boleh mendapatkan SAFI Shayla di dalam bentuk fleksi. Melihat kepada keadaan ekonomi yang mencabar, penggguna mula mencari produk yang lebih murah dan menjimatkan, pada masa yang sama memberikan nilai dan kualiti yang tinggi. Kebanyakan pengguna mengurangkan kadar perbelanjaan tetapi masih berusaha untuk mendapatkan barangan berkualiti untuk melengkapi keperluan isi rumah.

SAFI Shayla - Kawalan Minyak
Mengawal lebihan minyak serta menyamankan

SAFI Shayla - Hitam Menawan
Menyerlahkan kilauan rambut hitam yang sihat dan lembut

SAFI Shayla - Perapi Rambut
Rambut lembut dan terurus

SAFI SHAYLA Syampu Wanita Bertudung | SAFI Shayla juga mengeluarkan produk perapi rambut dan penyegar kulit kepala agar rambut lebih lembut dan terurus serta kulit kepala segar dan sihat selepas bersyampu.

Walaupun terdapat banyak jenama syampu antarabangsa yang masuk ke dalam pasaran syampu untuk wanita bertudung pada masa ini, SAFI Shayla masih mampu untuk berdiri dan ianya terbukti apabila SAFI Shayla telah memenangi beberapa anugerah seperti Marketing Excellence Awards 2015 dan Effie Award 2016 di mana SAFI Shayla telah merangkul 3 emas dan 1 perak bagi kedua-dua anugerah tersebut. Ini membuktikan bahawa pengguna-pengguna SAFI Shayla mempercayai bahawa rangkaian syampu ini mampu memberi solusi kepada masalah rambut seperti rambut gugur dan gatal kulit kepada yang dihadapi oleh wanita bertudung.. Pengguna-pengguna setia SAFI Shayla juga mengatakan bahawa #HanyaSAFIShaylaUntukSaya .

Sempurnakan Kejelitaanmu

Nak raya-raya ni elok la dapatkan dulu Syampu Safi Shayla ni .. ye lah nak beraya dari pagi sampai malam kan memang kepam lah rambut tu ! Tapi dengan bantuan syampu Safi Shayla tiada lagi masalah bau rambut yang busuk bila buka tudung. Insya Allah sepanjang hari sepanjang masa rambut berbau harum je.

Maklumat  lanjut mengenai jenama SAFI sila layari laman 
Facebook SAFI : www.facebook.com/SAFI.MY
Instagram SAFI : @safimalaysia 
Web SAFI : www.safi.com.my 


14 comments:

Nurzakiah Hanum said...

bagusnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

dorsett pink said...

mesti izwa cantik di hari raya nanti sebab pakai syampu shayla ni kan. hehe

adianiez AIDA said...

aida guna utk anak2 dara berdua tu, izwa.
diorang yg pilih shampoo ni.
bau pun harum.
iye le. dari pagi ke ptg bertudung.
pastu rambut kembang.
harus la guna yg wangi :)

Norhayati Mohd Isa said...

Akak guna syafisyahla warna biru..
Wangi sangat.

mama tisya said...

kita pki yg pek biru tu

Amanda Suria said...

Akak dpt pek merah..haih..lom rajin nak buat..copy press release je la erk...

Mia Kassim said...

Menarik yang pek fleksi tu .. jimat.

Julia Johari said...

Juju suka pakai shampoo rambut safi kak...wangi je segar rambut...harga pun tak terlalu mahal...suka la

HeNRieTTa JoSe said...

rietta suka syampoo yang wangi berbau wangi....rasa macam pakai hair perfume...

Nieyl said...

seronoknyaaaaaa....
nieyl biasa sebotol shampoo mampu bertahan 1 bulan je...
sbb rambut panjang..

el said...

best syampu ni..sbb pakai seharian pun rambut still wangi..abe pun love byok haha

I am LZ said...

Saya pun pengguna tegar produk Safi..
Safi Shayla memang best dan serasi dengan saya..

Azhafizah Md Nor said...

tak pernah cuba lagi pakai safi shayla ni. Banyak pilihan juga ye

Ainniah Zulkefli said...

sep skit. kita pun guna syampu shayla. best jgak :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang