thumbnail

Wednesday, July 26, 2017

Cuti Kuarantin


Chicken Pox

Cuti kuarantin 5 hari la kita nampak gaya. Nasib baik kene jumaat malam, jadi sabtu ahad start mereput kat rumah je la sampai lah ke harini hari rabu aku dah sesak kepala sebab tak keluar rumah. Ha..ha..ha..

Masak pun malas apatah lagi makan .. nak harap masak untuk Syakirah je pastu masak petang untuk Kapten & lagi 2 askar balik. Punya boring langsung tak boleh jadi surirumah. Huahuahua..tepu otak.

Setakat ni Syakirah tak meragam pun, demam pun lite-lite je cuma susah aku nak bergerak sebab dia jenis tak boleh aku jauh walau sejengkal. Perghh .. nak mandi punya la payah, asyik ketuk pintu je. +__+



Thursday, July 20, 2017

Selamat Hari Lahir Yang Ke-4!


Syakirah Irneena Suhaidi

Ya dah 4 taHun dah dia! Akal pun bukan main lagi lah. Mulut pun boleh tahan becok nyer, cakap tak pernah pelat langsung. Ragam amukan pun macam biasalah, dengan aku kurang sikit amukan tapi kalau dengan abah dia pantang tak dapat ape dia nak mula la amukan sebab dia tahu abah dia kalah dengan dia. Y__Y

Kejap je masa berlalu dah 4 tahun, dah pandai minta kek Boboiboy. Tak dapat buat potong kek hari ni sebab taska dia ade jamuan raya, tak nak la ganggu majlis orang, kita postpone hari isnin. Kenapa tak esok? Esok abang dia takde, abang dia tidur umah cikgu sebab sabtu ade majlis besar kat YPC.

Kemanjaan semua ni, lagi-lagi dengan maktok dialah. Satu-satunya cucu yang maktok jaga masa sebelum dapat taska. Nak apa-apa minta maktok .. huhuuu..sebab dia tahu kalau minta mama manjang tak dapat. Ha..ha..ha..

Moga membesar sihat, ceria dan jadi anak solehah tu je doa aku dengan Eady untuk semua anak-anak. Tak minta lain cuma biar semua elok-elok belaka untuk anak-anak.

Monday, July 17, 2017

Aktiviti Hujung Minggu


Macam biasa bulan raya kita pergi beraya sakan lah .. sabtu lepas ambil Syahmi kat sekolah (macam biasa la latihan band dia) terus ambil ibu aku bawa ke Shah Alam open house pakcik aku a.k.a adik ibu lah. Jem ya rabbi jenuh la nak sampai ke Shah Alam dari Cheras tu..letih~

Patut masa yang sama aku ada jemputan di 3 rumah lain tapi dah semestinya kewajipan jatuh pada ibu aku la kan..sorry yang menjemput tak kesampaian di rumah korang, almaklum adik ibu datang dari jauh pun ade so confirm lah berlama.

Gadis dan pakwe dia .. kekeke..budak ni la !

Dari Shah Alam ke open house di Cheras pulak, sebelum balik singgah rumah sepupu aku yang buat makan-makan raya juga .. heh seharian kot makan .. balik pun dah malam ade jamuan raya penduduk flat aku pulak .. serius arrr .. memang makan je la, pastu bising gemuk .. ha..ha..ha..

Baju putih PU Razi, baju melayu hitam tu Sir Syahmi la, cikgu sekolah dia la tu.

Jam dengan PU Azmi Hilmi pun layan~

Ahad pagi-pagi hantar Syahmi ke sekolah, sebab Ahad dia ada persembahan di rumah cikgu dia, main band kat open house ko ! Kerlas .. rumah PU Razi lagi.

Dia orang main rehat main rehat buat suka-suka je nak bagi pendedahan supaya lebih yakin dan berani. Petang baru aku ke rumah cikgu kutip Syahmi . Ha..ha..ha..ayat kutip ! Dapat la juga sorang duit raya RM90 hengget .. sapa nak bagi main band dapat juga duit . 19hb, 22hb & 25hb ni ade lagi persembahan di KPM, YPC & TM. Jenuh heh aktiviti kita orang pun kene ikut waktu anak-anak dah sekarang nie.

Tapi takpe, buat masa ni biar anak-anak enjoy dengan zaman dia orang kan ? Kita parent ni support je selagi tak terbabas ! ;) Alhamdulillah setakat ni dah ambil report kad kedua-dua sekolah, periksa semua okey masih rangking atas..sekolah agama pun cemerlang, Sufiya pun sama walaupun sek agama menurun 1 nombor menurun sikit markah but still dalam rangking 1-5. 

Hari ni kelas Sufiya pun ade jamuan raya, tak lama lagi Syakirah pulak masuk 4 tahun pada 20hb ni. Macam-macam nak kene prepare .. saje nak buat goodie pack sikit kat taska. Tak menyempat lagi nak mencari membeli benda-benda nyer sebab aku pun busy terlibat dengan jamuan office pulak.


Cikgu baru je wasap gambar ni!

Bulan raya ni busylah dengan raya di sana sini, badan pun letih bukan sebab apa jem je sana sini dari pagi sampai malam ! Huhuhu..tapi aku makan jaga lagi la .. pulut-pulut semua tak ambil, daging pun makan sikit-sikit je . Aku tak berani lagi sebab doktor suspek aku ade masalah tekanan dalam jantung . Aku pun pelik kenapa boleh jadi macam tu but still belum habis appointment lagi, 19hb ni x-ray paru-paru & ambil darah lagi, 3hb Ogos scan jantung pulak. Ntah la .. penat tapi hadap je la sebab nak baik kan ;)

Nah sedikit video Syahmi dan kawan-kawan band dia ;)
La la la la la .. la la la .. la la la ..


Monday, July 10, 2017

Hujung Minggu Yang Berpeluh !


Hari ni kita orang semua bangun lambat ! Ha..ha..ha..sedar-sedar dah 7.15 pagi hoii .. tanjat gegurl sampai bergegar-gegar jantung . Haishh .. pelik la kenapa alarm tak bunyi sedangkan dah set 5.15 pagi okeh dan diyakini tidak ditutup pagi tadi sebab aku serius langsung tak sedar. Hmmm..hmmm..bangun tengok kat tangan penuh kesan cakar .. hoh .. dah kenapa la pulak tapi bukan nak cerita pasal tu.

Yang aku geram Sufiya dah bangun tapi elok je dia golek-golek atas katil ! Grrr..dia cakap ingat mama nak cuti .. Y___Y urut dada aku dengan dia ni. Haishh .. apa lagi semua pun Charlie Chaplin la .. hahaha..nasib baik semua dah bergosok kalau takkk confirm lewat lagi. Laju-laju wasap cikgu dia orang cakap terlewat then laju-laju masing-masing take turn mandi & bersiap ! Huuuuu .. pagi-pagi dah penat~

Penangan semalam kot ! Ye la semalam lepas ambil dia orang balik tusyen kita orang pegi beriadah kat Taman Layang-Layang Kepong .. wah kauuuu guna perkataan beriadah gitu ! Ha..ha..ha..

Dah lama tak bawa dia orang pegi taman mandi peluh-peluh sikit. Dari bawa main rollerblade sampai ke main layang-layang ! Syakirah la sibuk nak layang-layang Upin Ipin terpaksa abah dia beli juga, jadi yang untung abang dengan kakak dia la! 1st time main layang-layang kauuuu..boleh laaa..

Berjaya la juga naik layang-layang nyer !

Kat taman pun nak dukung .. apa pun tak boleh budak ni!

Sengih lebih perangai pun boleh tahan lebih nyer !

Haishhh rasa nak picit je masing-masing tu !

Geram tau dengan yang sengih lebih tu !

Yang sengih lebih tu perangai pun lebih sangat .. urut dada lebih je dengan dia ! Dari dalam kereta ntah apa ragam turun nampak orang jual belon nak belon nampak orang jual ais krim nak ais krim nampak orang sewa basikal nak basikal nampak orang sewa kereta nak kereta .. pendek kata setiap langkah laaaaaa ade je benda dia nak meragam T_____T

Bukan penat main taman, penat layan ragam dia je .. ha..ha..ha..tapi fun la juga semua pakat-pakat berpeluh semalam. Lepas isyak abis semua dah pengsan senang kerja aku ! Aku je tak boleh nak tidur malam tadi sebab dada sakit & sempit. Duk duduk sandar baring bantal tinggi sampai la dekat pukul 2, mungkin sebab tu aku tak terjaga pagi tadi tapi still pelik kenapa alarm aku tak bunyi .. iskk..iskk..iskk..

Ni 1 hal lagi.

Sekarang tak nak solat dengan abang dah, nak solat dengan kakak jekkk .. pastu telekung nak kakak betulkan, tapi yang geram kalau tak kene gaya dia pulak nak amukan ! Haishhh..macam-macam hal~ Nak amik air wuduk bergaduh, nak solat bergaduh, sejadah nak rebut, telekung nak gaduh .. picit kepala haiii..ha..ha..ha..tapi bila semua dah tidur sunyi giler la pulak!

Dengan Syahmi dah start latihan band dia, so hujung minggu kita orang kalau free pun belah-bleh petang je. Pagi confirm dia kene pegi sekolah berlatih. Ade persembahan raya la lepas ni kat 3 tempat berlainan, so bukan mainlah berlatih nyer. Nah aku letakkan sikit video persembahan dia. Kalau korang boleh buka tengok la kemain heh anak aku .. kekeke~

Kaki tu .. kaki tuuuu~

Alhamdulillah last week ambil report kad dia orang, Syahmi macam biasa prestasi biasa periksa no.1 takde banyak masalah kat sekolah, Sufiya periksa no.2 tapi ulasan cikgu banyak sangat sembang .. kekeke ~ Yang lain okey je ;) Ni je lah hidup aku, busy bab anak-anak dan keluarga kecik aku je. Kalau tak hujung minggu hal anak, nanti kene bawa ibu pulak..kalau tak mereput je dalam rumah sendiri. Pusing-pusing tu je urusan hidup aku but still orang rasa aku ni "agak jahat". SEDIH. 

Apa pun sungguh pun aku salah aku berharap orang datang cakap berdepan dengan aku bukan cakap belakang sebab aku tak mampu nak maafkan orang yang cakap belakang aku. Sorry, tiada maaf bagi kau kau dan kau .. sebab kali aku aku terluka sangat. SANGAT!

Tuesday, July 04, 2017

Syawal 2017 - Yang Biasa-Biasa


Selamat Hari Raya korang ! Wah kemain semangat .. ha.. ha..ha.. almaklum baru kerja hari ni. Semalam cuti pegi appointment doktor pakar tapi tak nak cerita bab tu .. frust ! Nak cerita pasal raya kami yang biasa-biasa ni je. 

Tepi rumah arwah opah kat Kg. Cheras Baru

Acah-acah sweet .. kekeke~ padahal menjemah nak lap ape ntah kat muka eady tu.

Separuh lagi ada dalam rumah !

Tema tahun ni ialah caca merba ! Ha..ha..ha..dah cakap aku tak beli apa pun untuk raya kali ni. Baju Sufiya Syakirah tu nenek dia yang beli masa datang KL hari tu. Beli kat Kenanga murah pulak tu sepasang RM35 je. Jadi la baju untuk dia orang. Baju untuk Syahmi takde la sebab baju melayu tu pun kira baru lagi tu. Aku dengan Eady memang tak membeli apa pun lah.

1st raya lepak rumah ibu & rumah arwah opah aku je. Lepak-lepak dengan pakcik makcik & sepupu sepapat aku. Kita orang semua #teamrayaKL .. hehehe..mana lagi nak pegi. Kejra nyer makan je la dari pagi sampai malam. Takde benda lain la nak buat.



2nd day beraya kat Shah Alam pulak, rumah adik ibu. Adik ibu (yang bongsu) sefamily datang dari Penang raya kat rumah pakcik aku (adik ibu no.3) kat Shah Alam nun. Takde beraya sangat lah pun macam biasa lepak-lepak makan raya je la. Tengok baby baru, sepupu aku bersalin sebelum raya haritu.

2nd day pun tema caca merba gak arr .. ha.. ha.. ha.. tahun ni serius lah malas nak mati takde mood nak beraya sakan.

Birthday Boy cari hadiah!

Raya ke-3 (27.06.2017) tu harijadi Syahmi yang ke-10. Takde celebrate apa pun. Just kitaorang keluar makan, belikan kek kecik & tanya dia nak hadiah apa. Macam biasa lah, setiap tahun buku jugak yang dia nak! Huhuuuu..sekarang dia tengah gila baca buku Lawak Kampus, siap abah dia belikan buku kompilasi yang tebal tuh .. so mengadap je la buku setiap hari budak ni, sama macam Sufiya la buku apa ntah setiap minggu minta nak beli buku.

Raya paling biasa la aku rasa tahun ni. Tak berapa best pun .. kesian kat anak-anak je sebenar nyer takde rasa erti raya yang sebenar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang