thumbnail

Monday, July 17, 2017

Aktiviti Hujung Minggu


Macam biasa bulan raya kita pergi beraya sakan lah .. sabtu lepas ambil Syahmi kat sekolah (macam biasa la latihan band dia) terus ambil ibu aku bawa ke Shah Alam open house pakcik aku a.k.a adik ibu lah. Jem ya rabbi jenuh la nak sampai ke Shah Alam dari Cheras tu..letih~

Patut masa yang sama aku ada jemputan di 3 rumah lain tapi dah semestinya kewajipan jatuh pada ibu aku la kan..sorry yang menjemput tak kesampaian di rumah korang, almaklum adik ibu datang dari jauh pun ade so confirm lah berlama.

Gadis dan pakwe dia .. kekeke..budak ni la !

Dari Shah Alam ke open house di Cheras pulak, sebelum balik singgah rumah sepupu aku yang buat makan-makan raya juga .. heh seharian kot makan .. balik pun dah malam ade jamuan raya penduduk flat aku pulak .. serius arrr .. memang makan je la, pastu bising gemuk .. ha..ha..ha..

Baju putih PU Razi, baju melayu hitam tu Sir Syahmi la, cikgu sekolah dia la tu.

Jam dengan PU Azmi Hilmi pun layan~

Ahad pagi-pagi hantar Syahmi ke sekolah, sebab Ahad dia ada persembahan di rumah cikgu dia, main band kat open house ko ! Kerlas .. rumah PU Razi lagi.

Dia orang main rehat main rehat buat suka-suka je nak bagi pendedahan supaya lebih yakin dan berani. Petang baru aku ke rumah cikgu kutip Syahmi . Ha..ha..ha..ayat kutip ! Dapat la juga sorang duit raya RM90 hengget .. sapa nak bagi main band dapat juga duit . 19hb, 22hb & 25hb ni ade lagi persembahan di KPM, YPC & TM. Jenuh heh aktiviti kita orang pun kene ikut waktu anak-anak dah sekarang nie.

Tapi takpe, buat masa ni biar anak-anak enjoy dengan zaman dia orang kan ? Kita parent ni support je selagi tak terbabas ! ;) Alhamdulillah setakat ni dah ambil report kad kedua-dua sekolah, periksa semua okey masih rangking atas..sekolah agama pun cemerlang, Sufiya pun sama walaupun sek agama menurun 1 nombor menurun sikit markah but still dalam rangking 1-5. 

Hari ni kelas Sufiya pun ade jamuan raya, tak lama lagi Syakirah pulak masuk 4 tahun pada 20hb ni. Macam-macam nak kene prepare .. saje nak buat goodie pack sikit kat taska. Tak menyempat lagi nak mencari membeli benda-benda nyer sebab aku pun busy terlibat dengan jamuan office pulak.


Cikgu baru je wasap gambar ni!

Bulan raya ni busylah dengan raya di sana sini, badan pun letih bukan sebab apa jem je sana sini dari pagi sampai malam ! Huhuhu..tapi aku makan jaga lagi la .. pulut-pulut semua tak ambil, daging pun makan sikit-sikit je . Aku tak berani lagi sebab doktor suspek aku ade masalah tekanan dalam jantung . Aku pun pelik kenapa boleh jadi macam tu but still belum habis appointment lagi, 19hb ni x-ray paru-paru & ambil darah lagi, 3hb Ogos scan jantung pulak. Ntah la .. penat tapi hadap je la sebab nak baik kan ;)

video
Nah sedikit video Syahmi dan kawan-kawan band dia ;)
La la la la la .. la la la .. la la la ..


12 comments:

- dieyana - said...

alahai comelnye budak baju pink, peminin sgt! ;-))

Fiza Rahman said...

Penuh aktiviti.

Nuriesya Nadia said...

Semoga cepat sihat kak. Budak baju pink tu macam minta kena cium je tau.

Noor Azlan said...

Wah kecik2 pandai bergaya dah, fotogenik betul budak2 zaman sekarang.... hihi...

Jueliza Jamani said...

aku pulak aktiviti makan tak abis2.. hahah this week mmg perap dlm rumah jer lah..

hainom OKje said...

Ha a...musim raya ni mmg perut kenyang dgn pelbagai makananlah kan ...
Moga semuanya baik baik aje ye Izwa

Julia Johari said...

Semoga kak izwa tak ada apa2 masalah kesihatan yg serius...risau gak bab makanan kan kdg2 jd penyumbang juga...utk abg syahmi well done adik, pandai isi masa lapang dgn aktiviti berfaedah

Norhayati Mohd Isa said...

Pandai syahmi main alat muzik..
Berbaloi..
Dpt RM90 duit raya kira byk tu idzwa..

Semoga idzwa segera sembuh..
Samalah dgn akak ni..
Kena jaga mkan juga..
Semua rasa sikit ajer..

Mazniza Mustapa said...

Ada bakat seni anak ni ya. Kalau dah minat

Inani Hazwani said...

Dik mokkk tu kemain dia posingg! Selagi Raya, kita attend aje lah kan open house tu. Gantung kuali. Heheh. Anyway, semoga cepat sembuh kakk :)

dorsett pink said...

Comel2 classmate sufiya beraya

Khir Khalid said...

Wahhh meriah... raya!! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang