thumbnail

Monday, July 10, 2017

Hujung Minggu Yang Berpeluh !


Hari ni kita orang semua bangun lambat ! Ha..ha..ha..sedar-sedar dah 7.15 pagi hoii .. tanjat gegurl sampai bergegar-gegar jantung . Haishh .. pelik la kenapa alarm tak bunyi sedangkan dah set 5.15 pagi okeh dan diyakini tidak ditutup pagi tadi sebab aku serius langsung tak sedar. Hmmm..hmmm..bangun tengok kat tangan penuh kesan cakar .. hoh .. dah kenapa la pulak tapi bukan nak cerita pasal tu.

Yang aku geram Sufiya dah bangun tapi elok je dia golek-golek atas katil ! Grrr..dia cakap ingat mama nak cuti .. Y___Y urut dada aku dengan dia ni. Haishh .. apa lagi semua pun Charlie Chaplin la .. hahaha..nasib baik semua dah bergosok kalau takkk confirm lewat lagi. Laju-laju wasap cikgu dia orang cakap terlewat then laju-laju masing-masing take turn mandi & bersiap ! Huuuuu .. pagi-pagi dah penat~

Penangan semalam kot ! Ye la semalam lepas ambil dia orang balik tusyen kita orang pegi beriadah kat Taman Layang-Layang Kepong .. wah kauuuu guna perkataan beriadah gitu ! Ha..ha..ha..

Dah lama tak bawa dia orang pegi taman mandi peluh-peluh sikit. Dari bawa main rollerblade sampai ke main layang-layang ! Syakirah la sibuk nak layang-layang Upin Ipin terpaksa abah dia beli juga, jadi yang untung abang dengan kakak dia la! 1st time main layang-layang kauuuu..boleh laaa..

Berjaya la juga naik layang-layang nyer !

Kat taman pun nak dukung .. apa pun tak boleh budak ni!

Sengih lebih perangai pun boleh tahan lebih nyer !

Haishhh rasa nak picit je masing-masing tu !

Geram tau dengan yang sengih lebih tu !

Yang sengih lebih tu perangai pun lebih sangat .. urut dada lebih je dengan dia ! Dari dalam kereta ntah apa ragam turun nampak orang jual belon nak belon nampak orang jual ais krim nak ais krim nampak orang sewa basikal nak basikal nampak orang sewa kereta nak kereta .. pendek kata setiap langkah laaaaaa ade je benda dia nak meragam T_____T

Bukan penat main taman, penat layan ragam dia je .. ha..ha..ha..tapi fun la juga semua pakat-pakat berpeluh semalam. Lepas isyak abis semua dah pengsan senang kerja aku ! Aku je tak boleh nak tidur malam tadi sebab dada sakit & sempit. Duk duduk sandar baring bantal tinggi sampai la dekat pukul 2, mungkin sebab tu aku tak terjaga pagi tadi tapi still pelik kenapa alarm aku tak bunyi .. iskk..iskk..iskk..

Ni 1 hal lagi.

Sekarang tak nak solat dengan abang dah, nak solat dengan kakak jekkk .. pastu telekung nak kakak betulkan, tapi yang geram kalau tak kene gaya dia pulak nak amukan ! Haishhh..macam-macam hal~ Nak amik air wuduk bergaduh, nak solat bergaduh, sejadah nak rebut, telekung nak gaduh .. picit kepala haiii..ha..ha..ha..tapi bila semua dah tidur sunyi giler la pulak!

Dengan Syahmi dah start latihan band dia, so hujung minggu kita orang kalau free pun belah-bleh petang je. Pagi confirm dia kene pegi sekolah berlatih. Ade persembahan raya la lepas ni kat 3 tempat berlainan, so bukan mainlah berlatih nyer. Nah aku letakkan sikit video persembahan dia. Kalau korang boleh buka tengok la kemain heh anak aku .. kekeke~

Kaki tu .. kaki tuuuu~

Alhamdulillah last week ambil report kad dia orang, Syahmi macam biasa prestasi biasa periksa no.1 takde banyak masalah kat sekolah, Sufiya periksa no.2 tapi ulasan cikgu banyak sangat sembang .. kekeke ~ Yang lain okey je ;) Ni je lah hidup aku, busy bab anak-anak dan keluarga kecik aku je. Kalau tak hujung minggu hal anak, nanti kene bawa ibu pulak..kalau tak mereput je dalam rumah sendiri. Pusing-pusing tu je urusan hidup aku but still orang rasa aku ni "agak jahat". SEDIH. 

Apa pun sungguh pun aku salah aku berharap orang datang cakap berdepan dengan aku bukan cakap belakang sebab aku tak mampu nak maafkan orang yang cakap belakang aku. Sorry, tiada maaf bagi kau kau dan kau .. sebab kali aku aku terluka sangat. SANGAT!

20 comments:

Nieyl said...

hihihi..nieyl lagi la..
hari isnin sedar² je 7.05 mmg macam ribut la siap..
sampai opis kol 8...huhuhu...

Husna Rahman said...

seharian mmg penat ler tu...subuh gajah la semuanya ye..

Nurzakiah Hanum said...

wow bestnyaaaaaaaaaaa

tiga lalat said...

gmbr2 atas rumput nmpk kecantikannye., hehe2

Amanda Suria said...

Rajin Idzwa layan diorang..akak ni tunggu weekend jer baru dapat melayan kerenah anak dan anak buah....

wahida said...

errrr..kenapa bangun tido ada cakaran weiiii...cer citer details...huhu...

mrhanafi said...

Berpeluh bagus untuk menyihatkan badan.

dorsett pink said...

Bestnya lepak kat taman layang2, saya sampai skrang tak pernah lagi jejak ke situ. Dah lama nak pergi taman tu, tapi tak ada rezeki lagi. Huhu..

Btw, izwa sabar ye dengan orang macam tu... Biasalah, bila dalam dunia ni ada je orang tak puas hati ngn kita.. Rasulullah saw pun ada orang tak suka, apatah lagi kita ni manusia yang sangat jahil dan jauh beza dari Muhammad saw

Inani Hazwani said...

Syoknyaa main layang layang 😁 Nani dah lama tak pergi situ. Heheh.

shalin shazira said...

Aktifnya anak akak, siap masuk band lagi. Btw, gmbr yg baring kat rumput tu comell je tngok

Fiza Rahman said...

Kenapa tangan ada kesan cakar? Best lah beriadah. Aku ni mereput jer kat umah.

Abaikan jer orang tu.

adianiez AIDA said...

aduhai best nyer izwa.
izzat da lama apply nak gi main layang2.
ntah mana aida nak bwk dia main layang2 tu.
jauh beno nak ke klebang nun.
berasap dgn trafik jem weekend.

nini said...

Seronoknya main layang layang...dah lama tak main layang layang ni...haha

Azura Aziz said...

alahai comeynya masing-masing...

Myluv - Syl said...

huuuu.. terfikir kenapa tangan tu penuh kesan cakar.

Hanis Azla said...

As-salam Izwa..

Allah.. seronoknya tengok keluarga izwa 'beriadah' he..he.. nampak best sangat.. dahlah geram tengok budak comel tu :)

Nak memaafkan memang tak mudah kan. Nak melupakan pun tak mudah. Setiap kali rasa hati disakiti, akak selalu berdoa agar setiap kesakitan tu diganti dengan segala kebaikan untuk anak-anak dan seisi keluarga.. Semoga segala yang baik-baik juga izwa dan keluarga dapat.. in shaa ALLAH. Take care izwa.

Ainim Suju said...

terbangun lmbt sesekali tu lumrah. kadang kalau penat sgt mmg boleh jd mcm tu

HeNRieTTa JoSe said...

naseb baik semua dah siap gosok...kiut je yng sengih lebih tu....

hainom OKje said...

Cantik gambo yg kat rumput tu....
Musim berangin mmg syok main layang layang...

Julia Johari said...

Siapa la insan cakap kakak aku JAHAT tu ekkkk...aku rasa nak cili kan aje mulut tu...bg laaa bukti wehhh...jgn men sedap je ckp akak aku jahat...

Sory ar...geng adik mok mmg cenggini...angin jap...kak izwa lantakkan aje mulut berkata tu...move on sis...share happy2...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang