thumbnail

Tuesday, July 04, 2017

Syawal 2017 - Yang Biasa-Biasa


Selamat Hari Raya korang ! Wah kemain semangat .. ha.. ha..ha.. almaklum baru kerja hari ni. Semalam cuti pegi appointment doktor pakar tapi tak nak cerita bab tu .. frust ! Nak cerita pasal raya kami yang biasa-biasa ni je. 

Tepi rumah arwah opah kat Kg. Cheras Baru

Acah-acah sweet .. kekeke~ padahal menjemah nak lap ape ntah kat muka eady tu.

Separuh lagi ada dalam rumah !

Tema tahun ni ialah caca merba ! Ha..ha..ha..dah cakap aku tak beli apa pun untuk raya kali ni. Baju Sufiya Syakirah tu nenek dia yang beli masa datang KL hari tu. Beli kat Kenanga murah pulak tu sepasang RM35 je. Jadi la baju untuk dia orang. Baju untuk Syahmi takde la sebab baju melayu tu pun kira baru lagi tu. Aku dengan Eady memang tak membeli apa pun lah.

1st raya lepak rumah ibu & rumah arwah opah aku je. Lepak-lepak dengan pakcik makcik & sepupu sepapat aku. Kita orang semua #teamrayaKL .. hehehe..mana lagi nak pegi. Kejra nyer makan je la dari pagi sampai malam. Takde benda lain la nak buat.



2nd day beraya kat Shah Alam pulak, rumah adik ibu. Adik ibu (yang bongsu) sefamily datang dari Penang raya kat rumah pakcik aku (adik ibu no.3) kat Shah Alam nun. Takde beraya sangat lah pun macam biasa lepak-lepak makan raya je la. Tengok baby baru, sepupu aku bersalin sebelum raya haritu.

2nd day pun tema caca merba gak arr .. ha.. ha.. ha.. tahun ni serius lah malas nak mati takde mood nak beraya sakan.

Birthday Boy cari hadiah!

Raya ke-3 (27.06.2017) tu harijadi Syahmi yang ke-10. Takde celebrate apa pun. Just kitaorang keluar makan, belikan kek kecik & tanya dia nak hadiah apa. Macam biasa lah, setiap tahun buku jugak yang dia nak! Huhuuuu..sekarang dia tengah gila baca buku Lawak Kampus, siap abah dia belikan buku kompilasi yang tebal tuh .. so mengadap je la buku setiap hari budak ni, sama macam Sufiya la buku apa ntah setiap minggu minta nak beli buku.

Raya paling biasa la aku rasa tahun ni. Tak berapa best pun .. kesian kat anak-anak je sebenar nyer takde rasa erti raya yang sebenar.

26 comments:

Jueliza Jamani said...

Selamat Hari Raya

Siti Rohaida Yusof said...

selamat hari raya idzwa,takpelah..still beraya lagi..janji semua family ada...

ain.ya.nun. said...

Alhamdulillah, dapat beraya ye Wa. Semoga terus sihat ye, Insha Allah.

Noor Azlan said...

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin..... Meriah kan beraya di kampung...

Aju Mohit said...

Selamat hari raya beb!!! Seronok beraya di kampung halaman

Kakcik Nur said...

Samalah kita. Mak pun tema caca marba dan #teamrayaKL juga...

Yang penting gembira tetap dirasa. :)

- dieyana - said...

selamat hari raya.

cacamarba pun tema namanya tu..kikiiki..

Amanda Suria said...

Raya akak pun sederhana, Rabu dah start keja...

mama tisya said...

selamat hari raya..walaupun carca merba tp gmbr raya sefamily tetap ada

Nieyl said...

Selamat hari raya kakak..
meh jemput mai umah....
happy belated birthday abg syahmi...
bagus abg ni...bagi contoh yg baik dkt adik² dia..

Kamsiah Yusoff said...

raya akak bagaikan kurang serinya sbb takleh makan pulut,rendang..:(

Khir Khalid said...

Selamat hari raya aidilfitri buat Idzwa sekeluarga.. maaf zahir batin. Cepat betul rasa masa berlalu, sedar2 dah habis cuti beraya :)

mrhanafi said...

Masa hari raya.. Masa terbaik untuk bersama keluarga

Ainniah Zulkefli said...

Tak beraya sakan pun, tapi dapat spend masa dengan family pun satu nikmat besar dah tu. Alhamdulillah.

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin. :)

hainom OKje said...

Selamat Hari Raya maaf zahir batin Izwa.
Samalah kita Izwa, hakak pun rasa mcm tak de mood je Raya tahun ni tp sedondon tetap sedondon haha...

Warisan Petani said...

Salam 10 Syawal.

Inani Hazwani said...

Selamat Hari Rayaa Kak Izwa ;)

Norhayati Mohd Isa said...

Selamat hari raya maaf zahir batin Idzwa..

Semoga idzwa segera sembuh..

Betul tu idzwa..
Hari raya utk anak2 agar mrk gembira..

Falsya said...

selamat hari raya kakak gojes..kite pun beraya ala2 gitu je kak..nasib baik la ade jugak kampung ka temerloh tuh walaupun balik hari je kadang..ngeeeee..

Mia Kassim said...

Tema caca marba tak apa izwa .. janji semua hepi
Selamat Hari Raya :)

dorsett pink said...

Janji meriah! Selamat hari raya izwa

HeNRieTTa JoSe said...

selamat hr lahir abg syahmi....tema bg rietta xpenting sgt, yang penting happy...

Julia Johari said...

Selamat hari raya kak izwa sekeluarga...suka cara sederhana kak izwa...lg satu suka cara abg syahmi suka beli buku masa hari jadi...pemimpin yang terbilang ni.

mun said...

selamat hari raya kak...

berseri2 semuanya....

Fiza Rahman said...

Biasa-biasa gak raya. Tak jalan mana pon.

adianiez AIDA said...

nape yg raya biasa2 aje, izwa?
kemon la.
life goes on, dik.
raya setahun sekali aje.
pe masalah, kasik settle seselow ye :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang