thumbnail

Monday, August 28, 2017

Kita yang PILIH cara untuk MERDEKA!


Apa erti keMERDEKAan pada korang? Fikiran terbuka? Tidak lagi dijajah oleh bangsa asing? Atau sudah MERDEKA-kah kelakuan dan adab kita?

"Kita yang PILIH cara untuk MERDEKA"

Saksikan video diatas atau klik disini bagi memahami kita yang PILIH cara untuk MERDEKA!


#Negaraku
#MARA
#KKLW 

FB : Majlis Amanah Rakyat

Monday, August 21, 2017

ENCHANTEUR STUNNING | “Penampilan tidak akan sempurna tanpa wangian"

ENCHANTEUR STUNNING| Serlahkan Aroma Keanggunan Mempesona 


ENCHANTEUR STUNNING | adalah rangkaian wangian dan produk penjagaan badan berasaskan wangian berkualiti, mengikuti peredaran masa yang berinspirasikan keunggulan haruman Perancis. Wangian ENCHANTEUR direka dengan unik untuk menghidupkan detik-detik romantis harian di setiap perjalanan percintaan menakjubkan seorang wanita.

Wangian seorang wanita mempunyai daya tarikan sama seperti tertariknya seekor lebah kepada pati nektar dan kenyataan ini sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi. Kajian menunjukkan wanita yang memakai haruman dilihat lebih sensual dan menarik. Justeru itu, wanita telah mengetahui dengan tepat sejak berabad lalu, bahawa minyak wangi merupakan aksesori yang tidak menonjol, tetapi mampu untuk menyerlahkan si pemakai dan mencipta aura yang tiada tandingan.

“Penampilan tidak akan sempurna tanpa wangian”… Author C.Joybell C

ENCHANTEUR STUNNING | Wangian seorang wanita mempunyai daya tarikan sama seperti tertariknya seekor lebah kepada pati nektar dan kenyataan ini sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi. Kajian menunjukkan wanita yang memakai haruman dilihat lebih sensual dan menarik. Justeru itu, wanita telah mengetahui dengan tepat sejak berabad lalu, bahawa minyak wangi merupakan aksesori yang tidak menonjol, tetapi mampu untuk menyerlahkan si pemakai dan mencipta aura yang tiada tandingan.

ENCHANTEUR Stunning

ENCHANTEUR STUNNING | jenama wangian terkemuka dengan haruman yang diinspirasikan dari Perancis, telah melancarkan semula rangkaian Eau de Toilette dan penjagaan peribadi. Bersempena pelancaran ini, satu haruman baharu yang sangat menarik telah diperkenalkan iaitu, Stunning! Wangian mempesona ini merupakan gabungan Turkish Rose dan Magnolia, telah dipertingkatkan dengan kemanisan dari Blackcurrant Bud dan Raspberry serta dicampur juga dengan  kelembutan Sandalwood. Pemakai Stunning akan tertawan dengan aroma sensual yang dipakainya sendiri, menjadikan dia wanita yang istimewa, seterusnya menyerlahkan penampilan dan personalitinya.

Selain Eau de Toilette, variasi Stunning juga hadir bersama produk pelengkap melalui rangkaian penjagaan peribadi termasuk losyen, deodoran, dan bedak talkum yang membuatkan kulit lebih lembut menawan sehalus satin dan berharum wangian segar sepanjang hari.

Botol berkonsepkan bentuk tubuh wanita memakai gaun lipat.

ENCHANTEUR STUNNING | telah membaharui bentuk botol rangkaian EDT. Botol EDT ini berkonsepkan bentuk tubuh seorang wanita memakai gaun berlipat dengan potongan duyung; manakala variasi warna pada botol adalah berdasarkan wangian flora di dalamnya. Keanggunan botol ini dimahkotakan dengan penutup berbentuk bunga mawar mekar yang menjadi simbolik percintaan yang romantis dan pati bunga yang menjadi esen pelengkap di dalam botol wangian tersebut. Pembungkusan indah ini amat mudah dipegang dan boleh dijadikan hiasan di atas meja rias.


ENCHANTEUR STUNNING | Eau De Toilette boleh di dapati pada harga runcit RM 28.20 (termasuk 6% GST) bagi setiap botol 50 ml. Manakala Losyen Enchanteur juga boleh didapati dalam pelbagai saiz yang berharga dari RM 5.40 hingga RM 17.60. Deodoran Enchanteur pula hadir dalam pelbagai bentuk / format - stik, bebola dan juga semburan yang berharga dari RM 4.90 sehingga RM 8.40 manakala bedak Enchanteur berharga dari RM 4.40 hingga RM 11.80. Pelbagai produk wangian serta produk penjagaan diri Enchanteur boleh didapati di semua rangkaian pasar raya, pasar raya besar dan farmasi. 

Untuk maklumat lanjut mengenai ENCHANTEUR, sila log masuk ke www.enchanteur.com.my atau lawati laman Facebook ENCHANTEUR di www.facebook.com/EnchanteurMY.

Friday, August 11, 2017

Lamanya !


Ya allah lama nyer tak sembang! Lama betul tak update blog. Entry sebelum ni pun duk dalam draft lama dah approve baru publish. Rindu nak berceloteh. Eh korang rindu aku tak? Tak? Tak takpe lahhhhh biar aku sembang sorang-sorang. Hihihi..~

Lama aku senyap sebab macam-macam hal perlu aku fikirkan. Dengan aku sibuk appointment hospital, dengan Syakirah kene chicken pox, dengan hal-hal family..so aku amik keputusan nak diam dulu lah walaupun kat IG & FB kemain aku rancak. Buat masa ni review/event pun banyak aku dah tak accept, melainkan betul-betul berbaloi ye aku terima. Sorry terpaksa memilih dalam keadaan macam ni dah tak boleh accept semua macam sebelum-sebelum ni. Kalau ade offer aku yang aku tak dapat nak terima aku just bagi nama kawan-kawan yang lain kat PR je. Nak slowdown dulu, setelkan banyak benda bertenang baru start balik.

Bercakap pasal sakit & hospital, aku dah tau dah sakit apa tapi biarkanlah dulu pasal tu. Ada beberapa orang je aku cerita, kat ibu abah pun aku tak cerita sebab ntah aku rasa ini bukan waktunya untuk dia orang risaukan pasal aku. Banyak benda lagi dia orang nak fikir, biarlah dia orang relax santai habiskan masa-masa tua dia orang. Hal aku, sakit aku biar aku je fikir dan tanggung.

Haritu 03.08.2017

Percaya tak, aku pegi hospital pun sorang je. Eady hantar amik laaaaaa tapi aku tak nak dia tunggu. Kesian kat dia satu hal, satu lagi bagi aku ini hal aku biar aku je sorang hadap. Aku tak suka orang kesian-kesian ni..ntah macam pelik pun ade! Ha..ha..ha...ke aku yang pelik?? Duduk menunggu 3-4 jam kat hospital tu lah "me time" aku, so takkan aku nak lepaskan peluang untuk keseorangan untuk 3-4 jam? Rugi laaa..

Yang penting doktor pesan "kene banyak rehat & jangan stress..jangan tengok cerita hantu". Ha..ha..ha..betul weh pesanan tu jangan tengok cerita hantu tuhhh! But hellooooo..bila nak rehat cuba bagitau? Bila nyer tak stress bagitau? Kerja okey sangat takde lah penat giler takdelah stress langsung tak stress pun! Kerja aku santai setakat datang kerja buat kerja dan balik! Yang banyak stress aku ni banyak nak kene uruskan orang dalam hidup aku. Macam-macam hal aku lahhhh yang nak kene buat, aku lah yang nak kene cari, aku lah macam-macam lah, aku jugak lah kene fikir macam-macam benda. Haishhh~ Hal rumah, hal anak, hal keluarga .. tu belum kira lagi umah bersepah. Ha..ha..ha..sendiri tak kemas sendiri yang stress! Macam mana tuh?? Cuba bagitau aku bila masa otak aku nak rehat? Bila masa aku nak buang stress? Appointment hospital pun ade banyak lagi nie. Eady? Alah korang ni takkan tak tahu orang lelaki macam mana? Sempoii nanti-nantilah jawapan nyer.

Tapi takpe, kita chill-chill aje ;) selagi bernyawa kita berkhidmat je pada semua okeh! So next, aku terfikir kalau aku susah kalau aku sakit kalau aku "sakit kat dalam" ada lagi orang yang lebih "sakit" dalam kehidupan dia.

Kawan aku, dah kerja jauh tup-tup dapat tahu berpisah dengan suami. Aku like ..hmm.. why..sedih pulak hati aku sebab ye lah orang yang kita pernah kenal orang yang pernah kita kerja bersama rupa nyer bersedih dalam diam. Just why..sedih rasa nak peluk je dia kuat-kuat walaupun aku ni jenis tak suka memeluk orang tak suka dipeluk kecuali Eady je. Ehhh..hehehe..ehh serius korang jangan ar peluk-peluk aku nanti aku jadi kejung & pelik. Aku macam tak suka .. ntah kenapa ntah!

Back to track, aku berwhatsapp dengan dia .. aku cuma mampu bagi semangat & sokongan je lah sebab bagi aku lain orang lain bahagia nyer. Bagi dia, dia rasa hidup aku best sangat bahagia sangat tapi aku cakap kat dia tak semestinya apa yang kau tengok tu betul, percayalah cakap aku. Hidup aku pun ada naik turunnya ade juga pahit manis dan aku pesan kat dia tak semestinya keseorangan tu tak bahagia. Ada orang bahagia dengan pasangan, ada orang bahagia bila seorang, ada orang bahagia tanpa anak, ada orang bahagia makan nasi, ada orang bahagia dapat makan kebab .. tu contoh lah. 

Bahagia ni subjektif kita sendiri tak boleh tentukan bahagia seseorang itu kat mana melainkan orang tu sendiri. Bahagia ni kita yang pilih dan tentukan sendiri.

Apa yang boleh aku buat, aku cuma doakan apa yang terbaik untuk dia. Aku sentiasa ada untuk dia untuk bila-bila masa dia perlukan. Ye aku ni jenis takde kawan baik tapi hidup ni perlu berbuat baik pada semua orang.

Gambar masa raya

Tu pun gambar masa raya. Nak tunjuk lah aku sihat dalam tak sihat tapi pendek kata sihat je as long aku follow je apa doktor cakap & follow je appointment hospital ;) Aku okey je, balik masak macam biasa hari-hari cuma amik anak-anak balik sekolah je dah tak. Just jumpa kat taska je sebab nak kurangkan penat berkejaran. Lain dari tu life ok ok. Ni nanti family mertua nak datang nak kene cuti balik kampung. Harap aku tak berpenat sangatlah time tu.

29-31hb Ogos ni nak bawa anak-anak pegi bercuti di Swiss Garden Kuantan. Aku dah janji lepas setel hal rumah aku nak bawa dia orang bercuti. Ya allah cakap pasal bercuti punyalah lama tak bercuti wehhhhh...geram je aku tengok korang bercuti sana sini! Geram okeh~ Sabar je menunggu masa. Yelah nak bayar lawyer rumah ber-ribu berhabis, selesai baru boleh fikir bab bercuti. So sekarang dah tak sabar nak bercuti! Dekat 8 bulan tauuuuuu tak berehat bercuti. Kesian kat anak-anak sebab cuti sekolah ke cuti raya ke duduk rumah je. :(

Sekarang dah boleh kurang fikir sikit kot, hal rumah setel dah (setel part bayar lawyer). Kalau dulu ikutkan banyak benda remeh aku nak kene fikir dan aku sendiri kot yang suka stresskan diri aku sendiri. Baju sekolah anak macam belacan pun aku boleh stress! Bak kata kakak aku la "kau tu kalau orang tak ikut cakap kau kau marah, nak orang ikut rentak kau je.." ye la tu kot. Hu..hu..hu..

Biasa lah anak no.2 kan agak tegas garang dan suka ikut kepala otak dia je so kalau tak kene dengan rentak dan hati mula la nak bengang & stress tapi dengan orang dalam hidup aku je! Bab kerja bab orang lain elok pulak aku boleh ikut rentak orang..kenapa eh?? Ehhh..anak no.2 special tauuuuuuuuuuu korang jangan main-main tau!  Berani la buat hal dengan anak no.2? HA..HA..HA..HA..HA...

Tapi, sekarang aku dah less stress tauuuu! Betul! Aku pekakkan telinga je bila anak bergaduh ke terjerit-jerit ke aku buat dek jek lantak korang la haiii penat kang diam lah! Tu belum kira rumah bersepah ehhh lantak kau situ kalau aku rajin kang aku buat sampai licin. Ha gitu kauuuu aku punyer stress less. Hidup kene gembira barulah sentiasa muda, tak gitu? :)

Street Churros | National Churros Eating Championship 2017

National Churros Eating Championship

National Churros Eating Championship

JOM CHURROS! Street Churros, rangkaian ‘global no. 1 take out caf√©’, kini menganjurkan pertandingan National Churros Eating Championship 2017 di beberapa cawangan outlet. Aku berpeluang join meramaikan suasana di cawangan IOI City Mall bagi mencari pemenang di cawangan IOI City Mall.

3 team

JOM CHURROS! 3 team berentap dalam 15 minit untuk cubaan menghabiskan 30 batang Churros! Kesemua kumpulan yang bertanding dihidangkan 30 Churros dengan 3 perisa berbeza iaitu 10 perisa Cinnamon, 10 perisa Coklat dan 10 perisa Cheese. Peserta diberikan masa selama 15 minit untuk makan dan kumpulan yang paling banyak menghabiskan Churros akan dipilih sebagai pemenang pertama sekaligus melayakkan diri untuk menyertai pertandingan di Grand Finals. 

Oh yeee kalau berjaya habiskan 30 batang Churros tu sebelum 15 minit, pihak Churros akan tambah sampai tempoh 15 minit itu tamat ! Tengok berapa pulak korang berjaya habiskan dalam tempoh 15 minit tuuuuu ;) GILER FUN!

Team A - Food Lover

Team B - Ayam Mee!

Team C - Chu Chu Tree

15 minit habiskan 30 batang Churros!

Pemenang bagi cawangan IOI City Mall ialah Team Ayam Mee 

Selepas loceng penamat, kiraan rasmi telah dilakukan dan inilah senarai pemenangnya :

Tempat ke-3 : Food Lover
Tempat ke-2 : Chu Chu Tree
Tempat PERTAMA : Ayam Mee dengan kiraan berjaya menghabiskan 18 batang Churros dalam masa 15 minit sekaligus melayakkan Team Ayam Mee ke Grand Finals di Berjaya Times Square nanti ! Tahniah Ayam Mee ;)

Hadiah yang ditawarkan :

Tempat pertama - RM200 Street Churros Cash Voucher + RM100 Softree Cash Voucher
Tempat kedua - RM100 Street Churros Cash Voucher + RM50 Softree Cash Voucher
Tempat ketiga - RM50 Street Churros Cash Voucher + RM30 Softree Cash Voucher

So korang apa lagi?? Sempat lagi nak join ni sebab beberapa lagi lokasi cawangan yang bakal mengadakan pertandingan ini dan jika korang nak join National Churros Eating Championship 2017 ni, boleh memohon dengan menampilkan nombor resit dan tarikh pembelian Street Churros di sini > National Churros Eating Championship Application Form.

Disertakan juga lokasi Preliminary Rounds National Churros Eating Championship 2017:

1) Street Churros @ Berjaya Times Square 
- Jam 3 petang, 15 Julai 2017 
(Sila hantar permohonan sebelum 9 Julai 2017)

2) Street Churros @ 1 Utama 
- Jam 3 petang, 22 Julai 2017 
(Sila hantar permohonan sebelum 16 Julai 2017)

3) Street Churros @ Empire Shopping Gallery, Subang 
- Jam 3 petang, 29 Julai 2017 
(Sila hantar permohonan sebelum 23 Julai 2017)

4) Street Churros @ IOI City Mall, Putrajaya 
- Jam 3 petang, 5 Ogos 2017 
(Sila hantar permohonan sebelum 30 Julai 2017)

5) Street Churros @ MyTOWN Shopping Centre, Cheras 
- Jam 3 petang, 12 Ogos 2017 
(Sila hantar permohonan sebelum 6 Ogos 2017)

6) Street Churros @ Sky Avenue, Genting Highlands 
- Jam 3 petang, 19 Ogos 2017 
(Sila hantar permohonan sebelum 13 Ogos 2017)

GRAND FINALS :

LOKASI: STREET CHURROS @ BERJAYA TIMES SQUARE
TARIKH : 16 SEPTEMBER 2017
MASA : 3 PETANG

Sila hubungi Cik Izzati: 017-4905098 atau Ms Choco: 018-6699290 untuk sebarang pertanyaan.

National Churros Eating Championship 2017 yang dianjurkan oleh Street Churros ini turut ditaja oleh Cornery – the popcon gallery dan Softree. Jom layari website dan follow media sosial Street Churros di bawah;


Facebook: @StreetChurrosMY

Instagram: @StreetChurrosMY

Jom Churros!

Tuesday, August 01, 2017

Tak Jejak Di Tanah!


HALUUUUUUUUUUUUUU...lama nyer tak update blog! Malas pun ye berehat pun ye juga. Syakirah kene chicken pox ni ade juga hikmah nyer! Aku dapat berehat sepenuhnya juga kat rumah sampai langsung tak jejak tanah weh! Hilang juga la sakit-sakit aku ni ha. Hahahaha..dari sabtu aku duduk rumah sampai sabtu balik langsung tak keluar langsung tak turun rumah! Gigih kauuuuuu...macam orang dalam pantang padahal yang chicken pox nyer Syakirah.

Orang sarapan sebelum pegi sekolah dia pun sibuk sarapan sekali!

aktiviti Syakirah kat rumah

budak bayang-bayang aku ni!

Duduk 9 hari kat rumah dengan dia ni penat okeh. Kau nak pegi mandi pun payah kau nak pegi masak pun payah, mengikut jek. Baru je amik tuala dah tanya "mama nak mandi ke?" mama lama lagi ke? mama buat ape tu? mama cepat la mandi pastu ketuk-ketuk pintu! Arghh..dimanakah ketenangan ku nak mandi ni..ha..ha..ha..nasib baik lah waktu solat dia okey diam ikut je apa aku buat. Aku kene baca kuat sikit supaya dia boleh dengar apa aku baca.

Sekarang dia dah okey sikit tinggal kuping-kuping je, doktor bagi kuarantin 14 hari so minggu ni Eady yang cuti. Aku dah minggu lepas. Kene pulak minggu ni aku ade kursus, ade appointment hospital so busy sikitlah. Seminggu tu aku rehat, masak, tengok tv je dengan Syakirah. Layan je lah mulut becok dia tu. Hilang sikit la penat & sakit dada aku ni. Harap-harap khamis ni scan jantung cantik lah graf nyer. Tak boleh nak cerita banyak ni, keje banyak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang