thumbnail

Wednesday, September 13, 2017

TIGAPULUHLIMATAHUN!


Ya allah apa nak jadi lama nyer aku tak update blog! Hihiii..rasa macam nak bersara pun ada tapi tengoklah macam mana. Mood memang ke laut terus heh..tak peduli & tak pikir pun blog ni. Macam rasa zaman blog ni dah sampai disini dah. Job banyak, still ade lagi tapi kebanyakkan nyer aku tolak atas sebab-sebab tertentu.

Ohye 09.09 hari tu hari jadi aku yang ke-25! Ehh..duapuluhlimakatakauuuu..tigapuluhlimaokehhh..tak payah nak malu bab umur lah. Mengaku je tua walaupun muka nampak muda lagi. Ahaks~ Perangai je tak reti nak tua tapi sekali-sekala sedar jugak laa. Senantiasa nak meragam. HAHAHAHA..stress je Eady hidup dengan aku.

Versi matang (read : tua!)

Versi Muda Remaja. Ha..ha..ha..

Ramai yang tanya dapat hadiah bear ni ke?? Laaaaa..dah tentulah TAK! Giler hape nak berbear-bear besar macam tu. Aku dah sedia ade bear besar lahhh..ha..ha..ha...

Life biase je, kerja okey yang tak okey aku je la..jiwa meragam! Semua benda macam malas je lagi-lagi tengok blog lagi malas nak layan sebab tu aku dah tak BW ke blog korang. SORRY KORANGGGG~ Nanti tau aku pegi jenguk sorang-sorang. Bawa bertenang & tunggu mood aku okey. Ehhh! Jangan risau aku rindu juga kat korang walaupun korang tak rindu aku pun.

Setakat ni alhamdulillah sihat, sakit pun dah kurang kadang-kadang dah takde sejak aku on Essential Living Oil yang disuggest oleh Safura (blogger gorjes cantik angat ia tuhhh!). Masalah tidur malam pun dah takde terus masalah sakit di dada pun hilang. Kalau tak setiap malam berhempas pulas nak tidur, kadang-kadang straight 2 hari tak tidur malam. Giler. So nak kata apa melainkan alhamdulillah ;) TQ so much Ra!

Geng S-I

Anak-anak pun alhamdulillah sihat je. Aktiviti membesar macam biasa. Life aku pun rolling sama je. Kerja, balik masak, tidur, kerja dan sama seterusnya. Takde perubahan pun yang ade perubahan perancangan lah kot.

Korang nak tahu rumah kitaorang dijangka siap hujung tahun ni! Huwaaa...takut!! Kata siap tengah tahun depan so sempat la nak menabung setahun..tup tup kata hujung tahun ni mana nak cari duit. Huwaaaa..makna nyer setahun dua ni NO MORE cuti-cuti Malaysia. Huwaa..i is so stress! Giler la weh..nak masuk umah amik kunci bagai semua pakai duit kot! Tu belum lagi grill la langsir la cat la what so ever mak nenek yang disenaraikan boleh buat kau migrain berhari-hari. Seram kot tengok list! Lagi seram dari IT. Bukan tak happy tapi tak jangka secepat ini. Kalau ikut perancangan kitaorang amik kunci tengah tahun depan so hujung tahun masuk sempat la setahun. Gulp~

Hmm..benda-benda macam ni la buat aku away dari blog. Eh banyak benda lagi la buat aku away dari blog sebab tak semua aku boleh bercerita kat sini dah. Ramai sangat stalker nyer pun. Heh..


Tuesday, September 05, 2017

Swiss Garden Resort Residences Kuantan, Pahang


Holaaa..orang sibuk dengan entry Raya Haji aku sibuk dengan hal bercuti. Huhuhuu..punya lama tak bercuti tau korang! Sobs~ last masa balik Labuan bulan Dec 2016 tu je. Almaklum 2017 kene setelkan hal rumah, lawyer rumah bagai banyak giler guna duit. Memang bercuti tak termasuk dalam list tahun ni, tapi dah janji dengan 3 ketul SI ni if mama dah setel hal rumah kita pergi bercuti okey. Alhamdulillah walaupun lambat, masih lagi ada peluang untuk ke Swiss Garden Resort Kuantan, Pahang pada 29hb Ogos haritu dan balik masa Hari Merdeka. Nasib book rumah/hotel murah, almaklum orang gomen kan so 1 malam RM50 je kita amik terus 3H2M baru kene RM100. Jimat bab bayar hotel ;)

Last time kami ke sini bulan Oktober 2015, boleh check gambar yang maha banyak pada entry lepas. Entry kali ni memang tak banyak gambar sebab tujuan utama nyer ialah BEREHAT sepenuhnya. Busy macam-macam hal, kerja banyak, hal anak-anak, rumah, sakit so aku decide bercuti kali ni memang nak rest betul-betul. Alhamdulillah cuti 3 hari tu langsung tak sakit pun aku. Tidur pun lena je.

3 section pool. Dalam gambar ni tak nampak pool budak-budak.

Ni pool kanak-kanak.

Ada tarikan timba limpah

Tarikan utama nak pergi sini dah tentulah sebab pool Swiss Garden Resort Kuantan ni yang terbaik! Ada 3 section pool. Untuk kanak-kanak pool tak dalam tahap buku lali/betis orang dewasa je. 2nd pool yang ada gelongsor besar tu, kanak-kanak dewasa semua boleh main dan last sekali pool dewasa lah. Pool dewasa dalam juga, paras-paras dada Eady yang tinggi tu kalau aku masuk paras tengkuk aku lah. Ha..ha..ha..orang pendek perlu pandai berenang dalam pool dewasa ye.

View dari beranda hotel

Pool dewasa

Selain dari tarikan pool di Swiss Garden Resort Kuantan Pahang ni, pantai dia pun boleh tahan bersih dan landai. Serius bersih giler nak jumpa 1 sampah pun susah. Air jernih giler. Masa kami ke sana cuaca pun sangat baik. Tak mendung tak panas, just nice je walaupun dah pukul 11 pagi masih lagi tak terik.





Cuaca sangat nice tak kira pagi atau petang, lama juga la kami lepak kat pantai dan mandi laut. Last time kami tak berpeluang ke pantai, tak tahu kenapa time tu tak turun ke pantai. Sibuk dengan pool maybe? Lupa dah tapi kali ni memang lepak pantai pun lama dan banyak kali so puas hatilah dengan percutian kali nie. Memang tercapai niat untuk berehat sepnuhnya sebab masak makan pun tak kalo ni!

Kalau korang nak tahu kat hotel ni takde dapur untuk masak tapi ada microwave, peti ais & air coway tu. Aku ade la bawa meggi biskut roti almaklum anak ramai ni mandi pantai pool pulak confirm cepat lapar! Tapi tak payah risau sebab depan hotel ade kedai makan yang jual makanan bapak lah murahhhhhh! Sarapan pagi makan tengahari makan malam beli kat kedai depan jerrr..ade jual nasi bajet cukup lengkap nasi belacan ayam goreng/ikan keli sayur ikan masin dan air teh o ais baru RM5. Bapak arrr murah..nasi goreng kampung pun RM5 ehh terus malas nak masak. Ha..ha..ha..

Bawa rice cooker dan beras last-last bawa balik rumah semula sebab tak terusik! Betul punya bercuti berehat sepnuhnya kali nie. Dah tu bawa hotela de 7 Eeleven, ade kedai roti so tak payah risau bab makan lah kat Kuantan nie, cuma kali ni kita orang tak ke Sara Thai Kitchen yang femes amos tu sebab memang takde niat nak berjalan merata ke tempat lain.

Untuk pengetahuan korang, bilik hotel berkonsep apartment ade 2 bilik lengkap dengan meja makan ruang tamu pinggan mangkuk. Nak tengok boleh tengok entry lama aku okey. 

Pegi dengan family makcik aku.

BTW, entry ni autopublish sebab hari ni aku ade appoinment kat hospital untuk CT Scan. Kalua sempat aku blogwalking okey, dah la masa terhad kat office internet pun kene sekat. Apa pun tak blehhhh~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang