Body Lotion saat ini merupakan salah satu jenis produk perawatan wajib bagi perempuan. tidak hanya untuk melembabkan kulit, aroma wewangian yang ada pada lotion juga menjadi alasan untuk menggunakannya. Ada banyak lotion yang ditawarkan di pasaran, salah satunya dengan jenis perfumed lotion yang memiliki keharuman yang memikat. Bermacam produk dengan merek berbeda-beda pun dengan mudah ditemukan. Satu di antaranya adalah Enchanteur.
Enchanteur Moisture Silk Perfumed Body Lotion adalah produk lotion yang mengandung parfum. Terdapat 3 varian produk, Romantic dengan keharuman Sweet Bulgarian Roses and White Jasmine, Charming dengan keharuman Rose, Muguet and soft Cedarwood dan Allluring dengan wangi Rose and Iris with Vanilla.
ENCHANTEUR 24H Moist Body Lotion Perfume
Fakta lazim yang sememangnya diketahui umum bahawa pengambilan 8 hingga 10 gelas air sehari dapat memastikan badan kita mempunyai bekalan air yang mencukupi untuk berfungsi. Tetapi ramai yang tidak menyedari bahawa hanya dengan meminum air tidak mencukupi untuk meningkatkan penghidratan pada kulit. Kulit yang mengalami dehidrasi akan menjadi kusam dan boleh membawa kepada masalah kulit yang lain seperti kegatalan dan alahan.
Ramai wanita termasuklah suri rumah yang perlu berhadapan dengan kerja-kerja mencuci atau atau yang terdedah pada persekitaran yang berhawa dingin, akan cenderung mengalami kulit kering. Penggunaan losyen tangan dan badan boleh mengekalkan hidrasi kulit, namun memerlukan pengaplikasian semula beberapa kali sehari agar kelembapan sepanjang hari.
Losyen baharu ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan yang dirumus khas dengan air mawar, ekstrak lily putih, dan minyak zaitun menawarkan losyen untuk wanita yang sibuk dengan tugasan, agar kulit mereka kekal lembap, muda dan berseri sepanjang hari hanya dengan penggunaan sekali dalam sehari. Air Mawar merupakan bahan semula jadi yang menyubur dan menghidratkan kulit. Ekstrak Lily Putih pula kaya dengan asid amino dan mineral manakala Minyak Zaitun pula sememangnya terbukti dengan manfaatnya dalam mengekalkan kecantikan kulit. Gabungan ketiga-tiga bahan semula jadi yang istimewa ini bekerja untuk meresap jauh ke dalam kulit agar dapat memelihara, melembap, dan menyuburkan kulit agar tangan dan badan kekal lembut, licin dan awet muda!
ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan
ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan
Telah terbukti secara klinikal bahawa hanya dengan sekali penggunaan ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan, kulit dapat menikmati pelembapan segera dan penghidratan sehingga 24 jam. Ia membekalkan kelembapan serta tekstur yang selesa pada kulit ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan adalah berasaskan air dan tidak meninggalkan rasa berminyak dan melekit pada tangan mahupun badan.
Sebagai pakar dalam produk penjagaan peribadi dengan wangian, ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan ini turut disulami dengan wangian inspirasi Perancis ENCHANTEUR yang mampu menyemarakkan dan menghidupkan semula detik romantis. ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan mengekalkan kulit tangan dan badan anda sihat dan sehalus sutera manakala wangian ENCHANTEUR yang tahan lama meningkatkan daya penarik anda.
ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan menawarkan 3 variasi : Charming, Romantic, dan Alluring; memastikan kulit anda sentiasa lembut dan halus dengan kelembapan sehingga 24 jam serta wangian yang tahan sepanjang hari.
ENCHANTEUR Charming (direka untuk wanita yang sensual, elegan dan sofistikated)
• Wangian yang sepadan dengan personaliti sofistikated, kewanitaan yang bergaya melalui gabungan eksotik Rose dan Muguet (Lily) yang diserlahkan dengan Citrus dan Aldehydes. Ia kemudian disuami dengan bauan halus nota Musk dan Cedarwood yang pasti melengkapkan gaya dalaman anda dengan sempurna.
ENCHANTEUR Romantic (dicipta untuk membangkitkan keceriaan dan aura kewanitaan)
• Aroma keceriaan yang terhasil dari aroma Mandarin yang menyegarkan, bunga Violet dan Galbanum yang menjadi simbolik permulaan sebuah cinta yang indah. Sama seperti cinta sejati yang tumbuh mewangi, haruman ROMANTIC ini berkembang mekar dengan Bulgarian Roses dan White Jasmine yang dicampur dengan wangian Mimosa dan Orange Flower. Tarikan aroma Sandalwood dan Vanilla yang berkekalan ini bagai menghimpun kesemua aroma ini di dalam sebuah simpulan ikatan cinta yang penuh dengan keajaiban.
ENCHANTEUR Alluring (dicipta untuk gadis mempersona, penuh semangat & misteri)
• Haruman eksotik menggoda yang memberikan aura si gadis manis yang penuh misteri. Ia menggabungkan nota Bergamot dan Passion Fruit, meresap jauh kedalam haruman Mawar dan Iris yang memukau, dihangatkan oleh aroma Vanila, Musk dan Vetiver- mencipta wangian tersendiri yang penuh dengan keberanian.
Kini, wanita sibuk di rumah mahupun di
pejabat boleh menjaga kecantikan dan memanjakan diri sendiri dengan harga yang
berpatutan. Rangkaian baharu ENCHANTEUR
24H Moist Losyen Haruman Badan dijual pada harga RM 11.90
(termasuk 6% GST) setiap botol besaiz 220 ml dan boleh didapati di semua
pasaraya utama, pasaraya hyper, dan farmasi. Untuk maklumat lanjut tentang ENCHANTEUR,
sila layari laman sesawang www.enchanteur.com.my atau
laman Facebook ENCHANTEUR di www.facebook.com/EnchanteurMY.
17 comments:
bedaknya dh pernh try..lotion blum try lg
Best lotion ni. Wangi ☺
wangi.. ai suka bau dia.. charming the best..
Wiwitt da la wangi melembapkan lagi...
wahhhhh...wangi kan...
walaupun x sampai sini dah tahu dah wangi..
sbb mak nieyl pengguna yg tegar...
Sukaa lah bau dia. Wangi 😍
wangikan enchanteur ni..ada jugak koleksi enchanteur ni,tapi bukan yang terbaru ni lah kan
Brand ni dah legend skrg. Instead of code 10, follow me & etc. Masih bertahan sampai skrg. Wangi & long lasting. Aku pakai ubat tiak dia sampai skrg.
Brand ni dah legend skrg. Instead of code 10, follow me & etc. Masih bertahan sampai skrg. Wangi & long lasting. Aku pakai ubat tiak dia sampai skrg.
Singgah sini
Mesti mewangi selalu..
enchanteur memang wangi....jenama yang dah dipercayai
sori lama tak singgah sini
Brand lama ni...wangikan bau dia! Teringat roomate dulu suka pakai bedak brand ni
echanteur tak pernah mengecewakan! dulu zaman sekolah selalu pakai.
memang confirm mewangi seharian ni. enchanteur dari dulu memang tak pernah tak wangi
wangi sangat..produk enchanteur banyak haishh..ehhee
Post a Comment