thumbnail

Thursday, December 14, 2017

Dari M ke S Dalam Tempoh 2 Bulan!


Wow hebat nyer sebulan aku tinggalkan blog! Huhuhuuu..penyakit malas teruk melanda disetiap hujung tahun! Kalau ikutkan banyakkkkkkkk sangat nak cerita tapi malasss sangat nak cerita. Acanne tuh? Nak buka mulut pun malas sekarang nie..he..he..he..semua pun jadi malas sejak dua menjak tak sihat. Setiap hari kerja aku, pergi balik kerja tidur je. Masak pun jarang dah sekarang nie. Nasib baik dah cuti sekolah jadi kuranglah sikit part gosok baju bagai. Ade juga 2-3 orang tanya bila nak update blog! Huwaaa..terharu okeh~ Ade juga yang sudi baca dan follow blog aku yang tak seberapa ni. TQ awakkkkk~

(Nov 2017) Tengah malam ke emergency buat kali ke-3 tahun ni

Bercakap pasal tak sihat ni, belum sampai masa nak diceritakan. Tunggulah. Bukan berahsia tapi aku tak suka orang kesian-kesian kat aku ni, dah la aku ni sejenis tak suka orang concern giler kat aku so baik dendiam saje. Mana yang dah tahu tu tahulah mana yang tak tahu tu nanti-nantilah aku share, okey? Dengan ibu abah pun aku tak share lagi, menunggu masa sesuai nak cerita (yang entah bila nyer!)

Kalau tengok fizikal sihat je tapi dalaman kurang sihat, lagipun aku ni pandai je tunjuk sihat dari tak sihat jadi takdelah orang tanya-tanya cuma ketara tang kurus je lah kot! Aku cuma cakap diet! Hihihii...padahal kalau korang nak tahu makan apa pun tak boleh~ Jenuh try & error lah orang kata, kalau boleh makan pun 2-3 suap je kalau paksa memang terkeluar abis semua. Bayangkan dari 56 kg drop ke 50 kg dalam tempoh 2 bulan. Suka la juga jadi kurus tapi yang tak suka nyer tak boleh makan apa. Sedih~

Event Air Asia bersama Kidzania 
(Bulan bila lupa dah..malas nak check!)

Majlis Graduasi taska, Syakirah buat persembahan.
(Pun sama..malas nak check bulan bila! Ha..ha..ha..)

Yang boleh aku bagitahu, segala program atau event yang melibatkan anak-anak je aku akan usaha sedaya upaya pergi, cuma ralat masa Syahmi & Sufiya naik pentas aku tak dapat pegi tengok sebab ade appointment di hospital. Syahmi dapat no.1 (sek keb & sek agama), Sufiya dapat no.3 (sek keb). Tahun depan Syahmi bakal jadi pengawas biru dari pengawas library.

Job blog pun aku dah tak amik buat masa ni kecuali review produk yang melibatkan IG & FB je. Senang, amik-amik gambar share kat IG & FB tanpa perlu buat entry. Tak daya lah weh nak buat-buat entry buat masa ni, nak cari ayat pun tak kuasa. Buat masa ni aku BANYAK REHATKAN BADAN & OTAK, masak-masak pun kadang Eady take over, cuma part anak-anak je aku tak nak lepaskan lagi selagi berdaya.

Bercakap rehatkan otak tetap juga tak rehat. Mana nak fikir pasal nak balik Labuan, mana nak fikir pasal nak kene beli baju-baju sekolah. Baju Sufiya memang total lost! Giler sungguh la budak ni..ha..ha..ha..baju macam belacan sampai tak larat dah aku nak bela baju tu. Ade lagi 2 baju berlubang, tu kerja abah dia & Syahmi! Nak marah pun tak boleh sebab aku yang minta tolong dia orang sterika baju sekolah alih-alih sorang satu lubangkan baju sekolah Sufiya Y______Y ..ha..ha..ha..sorang lubangkan kat lengan sorang lubangkan kat badan. Jawab nyer kene humban je lah baju Sufiya tu. Malas nak fikir.

Baju Syahmi kene beli baru sebab tahun lepas tak beli baju sekolah agama yang baru so tahun ni kene berganti, baju sekolah kebangsaan memang kene tukar sebab dari warna hijau ke biru! Blazer semua kene tukar. Yuran lagi, buku lagi, kasut sekolah lagi. Oh Syakirah pulak masuk tadika. Korang tau tak yuran tadika lagi mahal dari sekolah?? Pening kalau kira yuran tadika dengan baju dia sekali. Bila ntah nak mula buat semua nie, pembalut buku pun tak beli lagi. Bila ntah nak start balut? Bila ntah nak start beli barang sekolah. Huwaaa..malas nyer nak pikir tapi tetap kene pikir!

Balik Labuan 21-30 hb ni ngam-ngam hujung hari weh..mana de kedai buku sekolah buka time ni, tak dan lah nak beli buku aktiviti tu semua. Nak kene amik cuti lagi 2hb tu. Balik sini hari Sabtu, takkan ahad aku nak beli semua benda takkan ahad tu juga aku nak kene cari semua barang dalam keadaan aku tak boleh penat ni?? Huwaaa..malas nyer nak fikir! Ape barang pun takde lagi, masa dah suntuk. Heh..nantilah fikir~

Dalam tak sihat pun join Hari Sukan Negara. Huhuu..

Familyday Office di Bentong (30 Nov-02 Dec)

Join familyday office sebab aku ajk badan, so nak tak nak kene pegi dan terlibat juga. Cuma 3H2M tu (ajk pegi awal sehari) Eady je yang handle & jaga anak-anak. Aku banyak berehat tidur je bila ada masa terluang. Sekarang tengah usaha untuk jadi lebih sihat sebab kalau tak tak lepas nak fly balik Labuan! Giler weh tiket dah ade niiii..kang tak boleh fly kene tinggallah aku jawab nyer. Huwaa....aku nak balik sana, nak rehat nak tengok laut wey! Korang doakan aku sihat-sihat please~

Oh ye, aku dah boleh pakai baju saiz S dari M tau..he..he..he..yang ni ye buat aku happy giler~ Berapa punya lama wehhhhh tak merasa saiz S sejak ade anak ni. Bayangkan dekat 10 tahun kot! Sejak bersalin dulu-dulu berat maintain je 55-56kg (dari 48kg) mana bleh pakai S, boleh laaaaa juga tapi ketat kot! Giler nak pakai baju sarung nangka buat mende, so statik je la pakai M tapi sekarang S pun longgar. Serius lah longgar korangggg~ Tinggal tak berkebaya je lagi (sebab kebaya semua dah kene humban sejak tak boleh pakai S tu) ha..ha..ha...

30 comments:

Falsya said...

Rinduuuuu!!!!!..get well soon kakak ku..jangan paksa2 badan buat mende2 yg active tau..nanti kang lagi sakit..semoga akak terus sihat senantiasa..amin3..

Afizah Abd Rahman said...

Hujung tahun ni memang banyak pakai duit. Take care babe. Semoga cepat sembuh. Tak mau stress2 & happy holiday.

mama tisya said...

bila tk sihat tu bole nmpk la penurunan berat bdn tp kalo tk bole mkn tu sedih juga...smoga cpt baik sepenuhnya...kita kalo demam lama skit rs la kurus kejap tp tkde la bertukar size tu hehe sbb mkn mcm2 nk bg berselera walau hakikatnya tekak xbrp nk rasa kn

el said...

ok seriusly
aku jeles S to M
56 to 50 ok..jeles
tapi aku doakan kau sihat selalu and happy2 selalu ok
tc baby hahahaha

Warisan Petani said...

Semoga cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan.

Julia Johari said...

Jaga diri kak...nanti one day citer eh sakit apa tu...sesuatu sgt2 turun mendadak ni sis.

Lynda Che Lah said...

Take care kak. Jaga kesihatan. Rehat puas-puas. Nanti dah sihat boleh tulis balik.. Boleh jalan-jalan. Balik Labuan tengok langit cantik lama-lama..Rinduuuuuu..

Juls Julie80 said...

salam ziarah & semoga cpt sembuh yer sis.. hope share sakit ape bila dah sihat nnt supaya kite pembaca blh alert tanda2 or nak berjaga2... semoga Allah permudahkan semua urusan sis..

nak follow x jumpa button follow sis.. maybe kat opis ni kene sekat kot ape mende tah byk x bleh bukak..huhu

Nieyla Nadia said...

Get well soon akk...
InsyaÁllah setiap sakit itu Allah berikan pada kita,mengikut kemampuan kita..semoga akk sabar,tabah dan cekal berdoa moga Allah mudahkan segala urusan akk...Amin...cepat sihat okay...

Nora Karim said...

Moga tak de apa yang serius kesihatan Izwa tu... just take a good rest... moga cepat sembuh yea...

dorsett pink said...

Tahniah , akhirnya update jugak blog idzwa. hehe.. saya faham perasaan 'malas' tu. hihi. kadang, nak bukak laptop pun malas, padahal banyak je mende nak tulis. hihi..

btw, jaga diri elok2 izwa.. take a good rest.. semoga izwa cepat sembuh

Azura Aziz said...

GWS dear..

Kakcik Nur said...

Semoga kesihatan Izwa segera pulih sepenuhnya dan dipemudahkan Allah segala urusan. Aamiin...

farhanna jafri said...

sama lah kita banyak nak cerita tapi malas nak update. Semoga cepat sembuh ye sis izwa! Singgah sini & Follow :D

fiza linolie said...

Semoga Izwa sihat sentiasa hendaknya. Think positive ye Izwa. Then, part brg sekolah tu. Huhu... Fiza tak prepare lagi barang sekolah Alia 😊

Ezna Ahmad Khalili said...

Cepat sembuh Izwa....

Jueliza Jamani said...

Allah serohnya hang wehh.. jaga makan minum yer dan rehat sama..

Sally Samsaiman said...

Allah akak..hmm...semoga cecepat sihat ye..nnt sally nak cerita pasal makanan dekat sape? :(

hainom OKje said...

Moga cepat sembuh Idzwa....
Biasalah kita ni hambaNya, mmg layak selayak nya diuji. Redho ye...Walaupun katanya dah bertukar saiz baju, yg penting tak nampak kurus sakit....

Tahniah buat abg dan kakak...moga terus cemerlang ye..

Khir Khalid said...

Salam berblogging.. semoga cepat sembuh dan dilancarkan segala urusan.. aamiin :)

Raihanah Ahmad said...

wah banyak gak turun tu. get well soon

Hanis Azla said...

As-salam Izwa..

Seronok baca celoteh izwa.. Doa akak semoga izwa terus sihat dan diberikan kesembuhan. Semoga segala urusan izwa dan keluarga selalu dipermudahkan. Tahniah untuk anak-anak izwa yang cemerlang.. semoga terus cemerlang hendaknya. Selamat balik Labuan dan selamat berehat ya. Fi Amanillah.

Hazmin Hamudin said...

Memang sampai satu masa, malas nak update blog ni. Kalau tak gagahkan jugak, tersadai terus la jawabnya

Norhayati Mohd Isa said...

Syafakillah..
Semoga segera sembuh ye izwa..
Samalah dgn akak..
Kurus sbb sakit..
Dari size L dah M lepas tu ke S..
Jauh sgt susutnya..
Kita redha dgn ujian ini..
Akak fikir ada lagi yg lebih teruk sakitnya kan..

Tahniah buat anak2..
Semoga terus cemerlang dunia akhirat.

Etuza Etuza said...

Asalam..semoga cepat sembuh ya

adarnadzmie said...

semoga nurul kembali sihat seperti dulu2..

Khamsi Abdullah said...

sekali sekala singgah blog2 dalam reading list. Sekadar kepochi. :D

Inani Hazwani said...

Take careee kak! Syoknyaa saiz dah bertukar. Hehehe :)

almthalia said...


شركة المثالية للتنظيف تسعد بتقديم خدماتها لعملائها بالمنطقة الشرقية خدمات تنظيف خدمات مكافحة حشرات خدمات تسليك مجاري المياه للمطابخ والحمامات جميع الخدمات المنزلية تجدونها مع شركة المثالية للتنظيف بافضل جودة وارخص الاسعار بالاعتماد علي كافة الادوات الحديثة والعمالة الماهرة

شركة المثالية للتنظيف
شركة المثالية للتنظيف بالدمام
شركة المثالية للتنظيف بالخبر

Azian Elias said...

take care ye dear..
get well soon.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang