thumbnail

Monday, January 30, 2017

Kau Ingat Senang Jadi Mak Bapa?

Kau ingat senang jadi mak bapak?



0-12 bulan : Kalau kau rasa jaga baby tu susah kau silap. Jaga baby paling senang (kot?), cukup makan cukup susu tidurlah dia cuma susah part kembong, manja (melekap macam anak panda) atau waktu main dia ikut zone US. 😎

Saat paling mencabar bila dia dah pandai berjalan, memunggah, menyepah dah 1 hal nak kene selesaikan semua benda dari pagi sampai malam. Ini part yang kau sentiasa kene monitor dia 24/7 ! Kalau tak ade je benda pelik dia buat termasuk tabur bedak 1 rumah atau gunting rambut kau masa kau tertidur. 😏

2-3 tahun : saat paling menduga sebab inilah saat keemasan tantrum dia! Berguling depan kedai, meraung tak nak jalan, melalak dalam mall. Menjerit-jerit tak dapat naik kereta mainan.. eh macam-macam hal lah time-time ni 😂

4-5 tahun : saat buat perangai! Buat perangai tak nak mandi tak nak makan tak nak pakai baju tak nak jalan tak nak segala benda semata tak nak pegi skool (taska). Ulang setiap pagi selama setahun sambil ulang no.1 untuk adik dia.


5-6 tahun : saat kecemerlangan. Okey tahap ni boleh tarik nafas lega sikit sebab dia dah ade kawan boleh nyanyi-nyanyi balik sekolah (tadika) tapi kau jangan lupa ulangan dari atas untuk part adik dia pulak..kah..kah..kah.. 😜

7 tahun : ini nasib..dapat yang pergi sekolah balik sekolah okey alhamdulillah tapi dapat yang pergi wangi balik belacan padahal baru hari isnin kau urut je lah dada kau laki bini. Ha..ha..ha.. 😂😂

8-12 tahun : tak banyak masalah di sekolah kecuali part susah nya nak suruh buat kerja sekolah! Rasa macam menyanyi hari-hari duk ulang suara 😭 kalau yang no.1 perangai cemerlang dari darjah 1 tapi yang no.2 kau kene sabar tahap langit ke-7 dengan perangai #ikutsukaakulahnakbuatketak 😭😅 Tu belum masuk part hari-hari hilang pensil, hari-hari hilang pemadam, hari-hari hilang buku! 💆

Ohye sambil "menyanyi" sambil ulang dari part baby sampai ke bawah untuk adik-adik dia. Kah..kah..kah..

Kau ingat senang jadi mak bapak?

13-17 tahun : cabaran remaja kita sambung lain kali okey ✌

Sebenarnya jadi mak ayah ni best tau, so korang yang belum jadi mak ayah tu aku doakan 1 hari nanti jika diizinkan Allah SWT korang akan dapat rasa macam ni juga, cepat & lambat hanya Allah je yang tahu. Pada yang tak tahu erti kekuasaan Allah SWT tu baik kau diam jangan tanya-tanya orang bila nak ade anak.

Ohye..ini patut jadi entry blog tapi malas pulak nak post ke sana so selamat pagi good morning korangggg 😘😘

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Nah sebelum orang lain claim ini post dia meh sini aku share..kekeke..nampak tak tarikh 21 Jan jam 7.44 a.m tu? Haaaa tu tengah duduk pagi hari kat hall umah tengah memikir ape nak buat start dari nak sediakan sarapan. Tak sangka pulak post merepek ni pun ramai orang copy paste kat wall masing-masing T__T

Biase la aku kan suka mengomel. Ha..ha..ha..banyak sangat nak pikir nyer pun. Kene pulak sekarang memang fasa Syakirah tengah tantrum dan Sufiya hari-hari hilang pensel! Pening okey tu belum kira ulang suara suruh buat kerja sekolah. Sekali cakap sekali jalan selagi tak ulang 80 kali selagi tu kerja sekolah tak siap. Sabar je lah aku kan anak-anak ni tapi takde dia orang sunyi tauuuuuuu...pening jugak bila rumah sunyi. Kekekekee~

Tu ha kat rumah tu budak Syakirah dah demam dari hari khamis (aku EL khamis jumaat) ntah kenapa tetibe pulak demam. Dah tu start jumaat malam dia batuk sampai muntah pulak dah. Membawa sampai ke malam tadi. Asal batuk teruk je muntah. Batuk macam gatal tekak tu. Dah bawa ke klinik doktor cakap demam biasa, just bagi ubat batuk selsema yang mengantuk sikit nak bagi dia rest. Demam dah takde dah. Harap hari ni dah baik. Esok nak kerja wey..dah 2 hari EL, kene pulak aku punyer teammate dedua cuti. Bising pulak bos aku nanti.


Demam nak besar lagi kot! Mulut pun bijak sangat ni macam-macam benda dia cerita setiap hari bila balik dari taska. Orang dah masuk kelas baru kan, dah start belajar baca buku so lagi lah becok nyer ;) malam-malam je ajak sembang sampai tertidur. Masalah nyer penat nak tunggu dia penat! Ha..ha..ha..

Tu ha semalam melepet je satu hari kat umah, tidur je. Sian pulak tengok. Dah jadi satu masalah nak kene duduk je sebelah dia letak tangan kat badan T_____T kalau tak dia tersedar terus mengamuk. Sabar je lah aku masak pun lari-lari! Nasib baik abang kakak tusyen so sunyi sikit rumah dapat la dia tidur rehat lama sikit. Nasib baik jugak ade pes kari aku beli dari kakak kat office ni. Dapat jugak masak laju-laju untuk Eady, Syahmi, Sufiya sambil tu tenggek periuk masak bubur pulak untuk Syakirah. Kene jadi supermak dua tiga hari nie.

Manja lah sangat!

Tu tengok la tu, nak duduk tengok tv pun nak macam tu..grrr..manja sangat nih! Tu demam on off tu. Harap cepat la baik dik, sunyi pulak rumah takde kawan gaduh. Kekekeke..kalau tak bergaduh cakap je dengan dia. Biase dia pun jerit-jerit gaduh dengan abang kakak tapi ni dah tak sihat sunyi la jugak rumah. Tu la jadi mak bapa ni kan 1001 benda nak kene fikir nak bagi semua sempurna pada anak-anak. Harap-harap anak-anak semua membesar sihat dan soleh solehah je. 

Demam pun solat jangan tinggal

Baru la elok benar pakai telekung! Kalau tak hari-hari solat pakai kopiah. Sabar je lah aku dengan yang sorang ni. Asyik claim dia sama abang Syahmi. Ha..ha..ha..punyer tak nak geng dengan kakak so tak nak jadi girl. Macam-macam hal! Tu ha yang imam nyer pun kemain nak berlengan pendek. Grrr...anak-anak! ;)


Tuesday, January 24, 2017

IMPIAN RM 2017


IMPIAN 2017 ? Hmm...takde impian lain melainkan membahagiakan orang lain untuk kegembiraan sendiri. Yup, dah besar dah tua ni takde benda lain nak sangat cuma nak cari jalan kegembiraan dan kebahagiaan sahaja. Jadi menjadi impian aku untuk menggembirakan kesayangan aku ni. Eady, suami aku yang banyak berkorban jiwa dan rasa. Susah nak terangkan betapa susahnya dia nak survive dengan aku dan dengan yang lain. Betapa terseksanya dia nak survive di sepanjang perjalanan nak dapatkan rasa tenang ketika ini. Hmm..hmm..

Haloh haloh haloh..musim perayaan adalah musim kegembiraan buat semua, jadi kalaulah IMPIAN RM 2017 ini dapat memberi sedikit kegembiraan buat dia, aku sanggup berikan melebihi keinginan aku sendiri. Ye lah orang perempuan kan, kalau diberi peluang bershopping secara percuma memang panjang list yang ade dalam kepala tapi biarlah aku bagi laluan pada dia yang dah lama TAK PERNAH TERIMA apa-apa dari aku :( sobs!~ Berikan aku peluang untuk sedekahkan sedikit rasa gembira dan bahagia pada dia.

Ha..ha..ha..nah tetibe jadi cerita sedih pulak dah, tapi ye..aku ni kalau betul-betul diberi peluang untuk ber-shopping percuma aku takkan beli untuk aku (eheks..tipulah takkan takde! Mesti ade sekurang-kurangnya 1 untuk kenangan aku sendiri~) kebiasaannya aku memang akan pilih (beli) untuk Eady atau anak-anak. Biase la dah jadi mak-mak ni mesti akan lebihkan orang lain dari diri sendiri..ye dak? Ehhhh...nak senang nak adil aku pilih macam ni lah..pilih barangan yang boleh diguna sama dan akan meninggalkan kenangan terbaik buat kami.

http://www.lazada.com.my/cny-red-hot-sale/
Lazada CNY Red Hot Sale

LAZADA CNY RED HOT SALE | Okey lah okey lahhhh...kalau ikutkan hati ni boleh je aku pilih Handbeg Furla, Jam Fossil, Perfume Estee Lauder tapi apa orang kata kalau ikut hati nanti mati! Jadi, ramai dah tahu (kot!) Insya Allah tahun 2018 if rumah kami siap (aamin~) semua barang rumah aku nak kene beli! Huwaaa..takut nyer nak fikirkan betapa banyak nyer nak guna duit untuk beli barang rumahhh nanti *seram* jadi mungkin ini peluang aku boleh jadikan LAZADA IMPIAN RM 2017 ni sebagai hadiah impian 2017 untuk kami sendiri!

Ye lah 2018 tak lama mana weh, ini pun dah nak habis Januari pastu tetibe dah raya dah tengah tahun tup tup habis tahun 2017. Huwaa..berdebar nyer bila fikir bab duit nie, apa pun nahhhhh inilah antara (nya) 5 barangan utama yang sentiasa ada dalam bucket list aku! Korang boleh panggil ia sebagai IMPIAN RM 2017 aku~ (sebenarnya kalau ikutkan list aku panjang lagi...kekekekee~) :

http://www.lazada.com.my/casa-nice-beige-white-queen-bed-frame-with-goodnite-spinahealth-8inch-queen-posture-i-spring-mattress-10957325.html

http://www.lazada.com.my/casa-nice-beige-white-queen-bed-frame-with-goodnite-spinahealth-8inch-queen-posture-i-spring-mattress-10957325.html

Barangan pertama (1) dalam fikiran aku sentiasa dah tentu lah : KATIL! Yaww..selama ni hari-hari tidur bawah tau korang, sakit-sakit badan hakak..ha..ha..ha..so dah tentulah KATIL menjadi impian utama kami. Memang katil tilam adalah target utama kami nak dapatkan bila masuk rumah tu nanti. Tidur nyenyak itu nikmat okehhhh ;) Aku nak set katil ni (satu) sebab tengah offer bapak lah murah, (2) sebab ade free tilam so dah super jimat disitu! (tiga) aku pilih sebab warna dia putih. Kalau korang nak tahu warna putih adalah tema pilihan kami bagi bilik tidur utama nanti, memang dah kene sangat offer [link] LAZADA CNY RED HOT SALE nih~

http://www.lazada.com.my/vivo-bed-white-5-ft-18034019.html

http://www.lazada.com.my/vivo-bed-white-5-ft-18034019.html
2. VIVO BED - WHITE - 5 FT - RM 399 x 2 item : RM 798 - normal price RM 699

Barangan kedua (2) tetap juga KATIL! Hahha ini untuk Sufiya Syakirah. Kata semua nak kene beli baru so untuk anak-anak terus pilih katil besar sikit dari single. Almaklum tak lama lagi masing-masing pun dah besar, dan alang-alang beli (pilih) kita pilih yang terbaik dan pilihan untuk jangka masa panjang penggunaannya. Untuk pilihan kedua ni aku nak pilih 2 katil yang sama terus, untuk 2 bilik tengah. Masih lagi memilih putih sebagai warna utama untuk dedua anak dara.


3. MF DESIGN LOUIS FABRIC QUEEN DIVAN BED (GREY) - RM 299 - normal price RM 499

Barangan yang ketiga (3) dah tentulah : KATIL jugak! Ha..ha..ha..yang ni untuk anak bujang nan sorang tu lah~ Dia kan sorang, so warna aku pilih Grey sebagai tema warna untuk Syahmi sebab nampak sikit kelakian dia. Warna hitam macam common sangat, yang penting warna Grey ni nampak mahal dan senang nak dimatchkan dengan warna lain. Reason pilih katil Queen juga adalah sama seperti aku pilihkan untuk Sufiya Syakirah, pemilihan untuk penggunaan jangka masa yang panjang. Ingat mampu sangat ke nak tukar katil setiap 5-6 tahun? Kekekeke..memang tak la..pakai la sampai reput atau pun patah kerr.. ;)


4. ESPRIT Men's ES104031001 Calibre Chronograph Watch  - RM 342 - normal price RM 581

Yawwww..ini tetibe TERmasuk dalam bucket list sebab memang dah niat aku kalau ade rezeki lebih aku nak hadiahkan Eady jam. Birthday dia bulan February ni, dan aku memang ade niat nak gantikan jam dia yang hilang kat tandas surau masa dia solat! Huhuu..dia amik wuduk pastu tertinggal, abis solat tengok jam pun dah ghaib! SEDIHHHHH tauuu tapi nak kata ape..takde rezeki, jam tu pun aku hadiahkan pada dia 6 tahun lepas :(

Ehhh kenapa ade bucket list nie?? Haaaa..meh nak cerita, sempena perayaan Chinese New Year ni [link] LAZADA CNY RED HOT SALE bermurah hati nak hadiahkan 5 barangan pilihan hati kepada yang bertuah, yang mana kesemua barangan mestilah bernilai hanya RM 2017 sahaja. Harap ade tuah aku untuk tahun 2017 ni! Nak katil .. nak katil.. nak katil~ 

Grand total : RM 578 + RM 399 + RM399 + RM 299 + RM 342 : RM 2017 ~ yesss...boleh menang nie..kekekekeke~ [harga semua barangan sentiasa berubah-ubah tau]. Korang doakan aku bertuah dipilih oleh LAZADA tau. #muahciked korang~

Reason paling kuat yang aku rasa melayakkan aku menang adelah kerana :

1. Aku nak masuk rumah baru bersama barang baru yang dihadiahkan oleh LAZADA supaya sepanjang hayat aku boleh bercerita pada anak-anak dan cucu.

2. Aku nak jimatkan duit suami supaya kami takdelah bergaduh pasal duit, pasal tak cukup duit nak beli barang (pindah & masuk rumah baru kene guna banyak duit woih~)

3. Aku nak ade kenangan manis bersama LAZADA apabila masuk rumah baru tu.

4. Last sebab aku sayang LAZADA walaupun orang komplen barang rosak barang tak sampai tapi setakat ni tak pernah lagi LAZADA memberi persepsi buruk pada aku! Aku memang suka dan sayang LAZADA~



Friday, January 20, 2017

Seminggu Sekali.


Buka-buka entry sama..buka-buka entry sama ye dak? Macam la korang kisah heh..mood berblog tak datang-datang lagi kot. Kadang rasa macam dah tak perlu share ape-ape dah kat sini, even kat FB pun sama..menyampah semua pun nak kene control semua pun nak kene tegur. Ade je stalker tak bergaji sampai bad mood aku di buat nyer seminggu nie. Huh..ABC kah..tetibe nak bad mood sangat. He..he..he..

Sebenar nyer takde ape pun nak diceritakan melainkan hidup yang sama dan busy je. Yang lain sama je. Bercakap pasal hidup ni kan kadang-kadang aku pelik dengan manusia tau..kita tak kenal tiba-tiba boleh tak suka dengan kita? Okey lagi tapi yang dulu baik tiba-tiba jadi musuh tanpa sebab ni dah kenapa? Duk tunding salahkan orang sedangkan terlupa 4 jari lagi menghala ke diri tu sendiri..huh..kalau bercakap pasal sorang manusia ni aku rase berkajang-kajang muntah darah muntah hijau dibuat nyer tapi aku pun manusia jugak takde lah baik mana tapi takdelah sejahat apa yang dia buat. Tak gamak kot. Harap-harap ALLAH SWT bagi sedikit teguran pada dia. Aku berharap sangat dia dapat "teguran" yang buat dia buka mata bahawa se-nya ALLAH SWT itu Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa. Malas nak cakap pasal manusia nan sorang ni, aku setiap hari berdoa janganlah ternampak muka dia sebab boleh spoil mood. Hmm..aku pun tak sebaik mana :(

Penghibur hati juga pemening kepala

Anak-anak dah start sekolah ni macam tak cukup masa dibuatnya. Dari pukul 5 pagi sampai 10 malam pusingan nyer macam nak terbalik. Penat tak payah cakap lah sampai aku pun meragam sama. Ha..ha..ha..pening kepala Eady tu! Tak cukup anak manja dia meragam bini pun nak meragam sama. Biase la orang perempuan kan kalau penat lapar mulut tu perangai tu lagi laju dari otak! Ha..ha..ha..

Sebab tu ALLAH SWT tu jodohkan aku dengan Eady kot kalau tak hari-hari berperang je. Ini tak dia diam je malas layan aku nanti aku dah sejuk elok je tengok tv sama-sama. Ha..ha..ha..aku pun tak paham aku~ Rasa macam nak bercuti je tapi cuti nak pegi mana dengan musim budak sekolah ni mane boleh ponteng. Heh la kau Izwa baru 3 minggu keje tapi kenapa rasa macam dah 3 bulan tak rehat niiii..

Blog job pun banyak aku tolak..1 sebab event buat hari kerja, 1 lagi memang sebab busy. Aku ni kalau busy memang takde idea nak suruh karang ke nak suruh post kat ig ke fb ke memang ke laut lah so dari jadi tak best baik aku tolak siap-siap cakap aku tak boleh commit. Tak nak nanti tamak amik job tapi buat kerja ntah hape hape ntah end up nama sendiri juga yang busuk. Harap lepas ni waktu aku dah bertenang, blog job datang dengan lebat dan hebat nyer. Aamin~

Sapa-sapa nak offer blog job|review|event (weekend) boleh e-mail : idzwa@yahoo.com okey~ arios.

Monday, January 16, 2017

Pati Ibu Jamu, Persis Puteri by JannaLawwa

Pati Ibu Jamu by JannaLawwa

Muka cantik flowless kemain tapi bawah berair..hiuhhh ape ni buka cerita terus mencarut?? Kekekee...takdelah korang aku ni ha saje nak sembang pasal hal-hal perempuan nie! Almaklum orang perempuan ni serba serbi nak kene jaga dari kecik sampai lah mati. Amikkauuu..susah ke jadi orang perempuan? Depends uolls~ LOL!

Korang pun mesti ade masalah macam aku kot? Dulu-dulu aku ni kerap kene keputihan, sekarang pun ade jugak cuma tak seteruk dulu. Masa mula-mula kene rajin la cuba itu ini makan itu ini minum itu ini, masa rajin try & error tu okey la masalah aku tu..tapi bila stop jadi balik. Yang aku perasan lah kan, lagi kerap aku minum ais lagi teruk keputihan aku. Hoh..sejak tu memang aku control la air ais or air sejuk nie. Takut okey. Korang kalau ade suami jaga makan minum tau sian berbecak bila nak servis. Errr..

Ni aku nak share dengan korang, setakat ni aku consume Pati Ibu Jamu ni keputihan aku memang takde! Serius, kalau sebelum-sebelum ni cuma kurang tapi dengan Pati Ibu Jamu ni terus takde..1st makan memang seram la tengok keluar kemain banyak keputihan tu sampai aku baca testimoni rupanya ia adalah keputihan yang duduk didalam yang tak keluar secara sempurna. Now dah seminggu alhamdulillah panties aku bersih tau. 

Pati Ibu Jamu by JannaLawwa

✔ Merapat , mempersempit, mengencang,membersih,
memperbaiki, memantap serta menguatkan otot otot vagina lantas mengemaskan kemutan dan denyutan dinding vagina.(Super Virgin)

✔Mengetatkan pangkal rahim sendat dan padat selepas 6 jam pengambilan.

✔Mengaktifkan dan Melenturkan kembali selaput vagina.

✔Sangat sesuai bagi wanita yang kehilangan Dara.

✔Mengatasi masaalah Kegatalan, keputihan,lendir berlebihan serta bau busuk lantas mencegah jangkitan Kulat dan Fungus.Keputihan hilang serta merta.

✔Merawat wanita yang dalam pantang lepas bersalin, yang lepas berpantang dan selepas haid.

✔Menerbitkan bau yang wangi ruang Vagina yang sangat selesa.

✔Menjadikan ruang dinding vagina yang sejuk hambar kepada panas yang sihat. ( sedap)

✔Memudakan bibir dan ruang vagina yang Kendor, becak,koyak, parut hitam keras dan kurang comel kepada montok penuh gebu bergetah.

✔Mengawal atur Kitaran Haid serta Melegakan Senggugut.

✔Membersihkan kerak dan kotoran di selaput vagina dan anti bacteria.

✔Menghentikan Pendarahan Penyakit dan Mengecutkan Buwasir serta senak perut atau bawah perut.

✔Mengecut dan merawat peranakkan serta urat yang kembang dan batu merian yg jatuh.

✔Memberi dan menambahkan Ghairah serta Mengembalikan Keinginan serta keupayaan Seks yang kuat.

✔Melambatkan proses monopause dan Melegakan Sindrom monopause.

✔Menegangkan dan mencantikkan bentuk payudara.

✔Menaikkan dan memontokkan bentuk punggung lantas merampingkan pinggang.

✔Mengempiskan perut dan membentuk pinggul yang menarik

Pati Ibu Jamu by JannaLawwa | tu baca semua kebaikan yang tertulis tu. Aku tak perasan lah yang lain sebab aku sibuk fokus pada keputihan melampau aku nie. Malu okey, tak tau la korang kalau tak malu dengan suami..ehhh..aku sebenar nyer jarang sangat share benda-benda dalaman ni lah kalau korang perasan! Sebab bagi aku benda ni adelah terlalu sensitif untuk dikongsi! Tapi alang-alang untuk kebaikan lagi pun aku sendiri dah try so bagi aku tak salah kot nak share jugak dengan korang.

RM85 - 100 biji

Pati Ibu Jamu by JannaLawwa | amalan makan 2 biji pagi 2 biji malam aku dah buat seminggu ni, pastu memang kene PANTANG air sejuk dan ais terus! Alhamdulillah seawal 7 hari terus nampak perubahan dan hilangnya keputihan teruk aku. Wuwuwuwuwu...dan paling best sakit pinggang nak senggugut pun hilang sekali! Best..best..best..

Aku dulu mane pernah rase sakit senggugut ni, orang duk kata kontraksion tu macam senggugut la hape la masalah nyer dari aku sekolah tak pernah rase nak cakap hape? Duk kire kalender je la haaaa...tapi sejak bersalinkan Syakirah ni yang start rase sakit pinggang teruk setiap kali nak datang ABC. Sakit pinggang yang tahap aku kene makan ubat tahan sakit 2 hari tauuuuuuuuuuu. Sakit ya hamat! Tapi bulan ni alhamdulillah tau tau datang je ABC tanpa ade sakit dan drama sakit pinggang! Alhamdulillah..

Jamu Persis Puteri

Pati Ibu Jamu by JannaLawwa | mase bersalin Syakirah aku memang takde amik ape-ape jamu kecuali minum air akay kayu keluaran ape ntah lupa dah aku pastu just jaga makan & pantang sendiri sambil lepak tengok tv jek, mengurut pun tak okeyyy..ha..ha..ha..almaklum orang berdaya tak mampu so terpaksa buat daya tak mampu.

Sekarang aku jadikan Pati Ibu Jamu ni untuk aku betul-betulkan ape dalaman yang tak betul yang aku sendiri tak nampak! Macam mengurut tu aku dah pegi tahun lepas, amikkauuu tahun lepas pegi tau selepas 3 tahun bersalin! Mungkin belum terlambat untuk aku jaga badan balik ye dak? Aku suka makan pil ni sebab dia senang nak makan dan tak berbau! Ha..ha..ha..nak suruh aku teguk air jamu memang tak la weh..so pilihan hati aku tetap pada yang pil~

Whatsapp : 019-577 8884

Thursday, January 12, 2017

Manis 2017


Baru ada nafas nak sembang! Phiewwwww walaupun kerja still lagi banyak tapi dah boleh bawak bertenang sebab kerja urgent dah setel tinggal kerja hakiki je lah, yang tu boleh buat time to time sampai habis.

Jangan tanya sape amik gambar nie! Kehkehkeh~

Nampak tak yang menimbum sampai kat belakang tu? Ala sampai kat kotak biru tu? Ha tu la semua kerja aku! Tapi takpe aku kan gagah perkasa..phuiii..so buat man man je..relax sudah~ Kerja sampai mati pun tak setel ye dak? Okey tu mukhadimah je, jom kita sembang. Tengok tajuk kemain manis heh padahal baru je 12.01.2017 ha..ha..ha..satu per satu benda baik datang harap-harap biarlah kekal sampai ke Dec 2017 (aamin~).

Suprise makanan dari dik Juju blogger top top meletop!

Padahal dari pagi tu sembang dalam whatsapp, biaselah tak sembang ape pun kecuali pasal Ehpyra & pasal kehidupan je..chewahhh..alih-alih dah nak dekat tengahari tengah on call dengan peminjam ade orang kaunter panggil cakap ade delivery makanan..Ehh..apesal pulakkk. Tengok-tengok wahhhhh..banyak nyer!! Nak makan tak boleh kene tunggu dik mok sebab kek gebu gebu HOKKAIDO CAKE tu telah dipesan adik mok je yang punyer!! Huwaaa..rase terharu okey sebab kadang-kadang benda-benda kecik macam ni yang buat kiter rase dekat sangat dengan seseorang walaupun bukan setiap hari kita jumpa.

Sobsss lagi terharu kek tu sedap nak mati tapi dapat sesudu je rase ! Ha..ha..ha..kek sedap anak-anak la makan dulu. Yang lain semua sedap tapi tak boleh lawan HOKKAIDO CAKE tu..ehh apesal telan air liur nie??? TQ Dik Julia Johari, moga awak dimurahkan rezeki lagi. #muahciked ;)

2nd things~

Cantik tak? Walaupun tak semahal ribu-ribu tapi cukuplah dengan lafaz alhamdulillah. Kumpul sikit-sikit balik mana yang dah takde. Ini pun lama jugak nak dapat. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit ye tak? Simple but nice, aku anggap ini hadiah anniversary kawin kami yang ke-10 bulan Jun tahun lepas cuma lambat nyer 6 bulan! Ha..ha..ha..ye lah nak dapat benda yang puas hati bukan senang ye dak lagi pun bukan boleh dibeli selalu.

3rd things

Muka tak tau nak reaksi macam mana

Tak tahu nak reaksi macam mana bila pegang bunga! Ha..ha..ha..almaklum orang jarang dapat bunga dan memang bukan kaki minat bunga so bile dapat bunga rase pelik pulak. Tu bunga aku menang dari Giveaway dari blogger top top meletop jugak Illyariffin ! Contest yang aku masuk last-last minit masa awal tahun haritu. Tak sangka pulak terpilih..he..he..he..best jugak dapat fresh flower ni! Dah letak elok je kat atas meja kat office nie.

Yang lain semua smooth je, harap-harap semua nyer bertenang sampai akhir tahun. Malas okey nak serabut kepala terlibat dengan perkara negatif! No no no..aku tak nak ye. Aku nak hidup tenang aman, damai, bahagia tanpa terlibat dengan mana-mana masalah. Blog job alhamdulillah tak banyak tapi ade, cukup lah sikit-sikit nak buat belanje anak-anak, cukup juga nak buat bayaran pada Jabatan Penilaian Tanah, sikit lagi nak cukup untuk buat bayar lawyer. Payment pun alhamdulillah makin meningkat walaupun perlahan. Harap berterusan dan harap semua PR nampak effort aku.

Wednesday, January 11, 2017

Peranan Yang Mana Dimainkan Oleh Anda Hari Ini?



Pengalaman menjadi seorang mama adalah satu pengalaman yang berharga buat setiap insan yang bergelar ibu. Sejak anak berada dalam perut lagi kita dah mula memainkan peranan menjadi seorang ibu, betul bukan? Peranan ibu juga sering kali berubah malah sentiasa berubah setiap hari tak kira masa mengikut kesesuaian anak yang sedang membesar.

Ada masa kita sebagai mak-mak boleh menjadi seorang doktor apabila anak tercedera! Kita juga boleh menjadi guru besar semasa mereka buat kerja sekolah (ha..ha..ha..kemain garang!) yang penting aku sentiasa jadikan diri ini ialah rakan mereka supaya mereka lebih selesa bercerita, lebih suka meluahkan rasa pada aku berbanding orang lain. Kita adalah supermom supermak jadi tak mustahil kita boleh memainkan hampir 23 peranan dalam setiap hari! Penyanyi, pelakon, chef, jurulatih, jururawat, doktor dan sebagainya! WOW~ What ever is kita boleh jadi semua untuk anak-anak termasuk menjadi watak kartun! Haha..haha..haha..

Sebagai rakan meyepahkan rumah! Ha..ha..ha..


Boleh juga menjadi seorang penyanyi dalam konsert anak-anak ;)


Menjadi rakan dalam mendengar cerita mereka


Juga menjadi jurulatih (juruletih juga) dalam melatih mereka menjadi kanak-kanak sihat


Menjadi chef dalam menyediakan makanan sihat untuk anak-anak


Akhir sekali, peranan aku setiap hari ialah seorang BIBIK juga. Ha..ha..ha..ini realiti~

Berperanan seorang mama ni, aku sering meletakkan diri sebagai rakan dan guru kepada anak-anak kerana bagi aku setiap hari adalah hari pembelajaran buat mereka terutama sekali Syakirah yang berusia 3 tahun. Tempoh usia 3 tahun ini ialah tempoh permulaan pembelajaran, tempoh EXPLORE dia di alam kanak-kanak, tempoh dia mengenal semua benda termasuk abc, bunyi-bunyian, warna dan lain-lain. 

Dari Syakirah baby kami biasekan bawa dia berjalan ke taman-taman untuk dia lebih mengenali keadaan diluar. Belajar apa itu burung, apa itu bunga, benda apakah yang bergerak itu. Yup, aku sentiasa bawak Syakirah mengEXPLORE keadaan sekeliling sekaligus dia boleh belajar secara tak langsung.

Bagi Sufiya & Syahmi pula, yang masing-masing berusia 7 & 9 tahun sedang mengalami tempoh belajar (LEARN). Mereka sedang berada dalam keadaan pembelajaran di sekolah, belajar mengenal alam baru, rakan baru pendek kata belajar pelbagai benda. Jadi disini aku sentiasa menjadi guru kepada setiap soalan mencabar mereka! Kalau korang nak tahu makin anak membesar makin susah soalan mereka nak dijawab! Sekaligus aku sendiri terpaksa memperbanyakkan membaca & mengulangkaji demi nak menjawab soalan aras tinggi mereka! Ha..ha..ha..dan aku juga menjadi guru setiap malam untuk membantu mereka menyiapkan kerja sekolah masing-masing. Korang bayangkan betapa dalam sekelip mata aku sentiasa boleh berubah peranan~ ;)

Kalau korang nak tahu, aku jadi mama dalam usia yang muda iaitu ketika umur aku 25 tahun (bagi aku, aku masih muda nak jadi mama!). Pada mulanya aku sendiri tak tahu macam mana nak mainkan peranan seorang ibu yang baik. Aku cepat marah, cepat stress, mudah emosi dan mudah tercedera hati..

Tapi dari hari ke hari aku cuba berubah, cuba mencari maklumat macam mana aku nak hadapi semua ini, macam mana aku nak memainkan peranan seorang ibu yang baik dan yang terbaik buat anak-anak. Disini Dutch Lady 4 Tahap Nutri Plan™ juga banyak membantu aku dalam penyediaan membentuk anak-anak aku menjadi seorang yang aktif dan kuat sekaligus menjadi kan aku mama yang bijak dalam membuat pilihan makanan/minuman terbaik untuk anak-anak setiap hari. Anak kurang jatuh sakit, anak kurang meragam maka kuranglah aku menjadi mama yang cepat stress. Semua pun related, tak kisah lah dari segi apa pun yang penting pusingannya adalah nak yang terbaik untuk anak-anak.

Menjadi "rakan karip" aku sepanjang 9 tahun bergelar mama!

Dutch Lady 4 Tahap Nutri Plan™ dengan 5X DHA*,, jenama susu rumusan untuk kanak-kanak sebagai rakan yang memahami perjalanan seorang ibu itu adalah satu proses yang susah & satu proses pembelajaran yang panjang sentiasa menyokong aku dan sentiasa memahami keperluan aku dalam memainkan pelbagai peranan setiap hari.

Dutch Lady 4 Tahap Nutri Plan™ bersama ibu pada setiap tahap kebijaksanaan anak-anak


Dutch Lady Nutri Plan™ EXPLORE adalah untuk Syakirah yang dalam tempoh usia ini dia mengexplore semua benda termasuk sepahkan rumah. Ha..ha..ha..jangan tak tahu menyepahkan rumah juga adalah salah satu cara anak-anak mengexplore benda menjadikan dia bijak berfikir pantas bertindak!

Untuk Sufiya & Syahmi aku bagi dia orang Dutch Lady Nutri Plan™ LEARN sesuai dengan usia mereka yang berada dalam tempoh belajar. Pengambilan nutrisi yang baik untuk anak-anak boleh menjadikan mereka bijak, aktif dan sihat sentiasa, sebagai seorang mama adalah penting aku menekankan nutrisi yang lengkap buat anak-anak. Pemberian nutrisi yang baik dapat menzahirkan anak yang sihat setiap hari. Anak yang sihat akan menjadi seorang yang aktif & bijak berfikir. Nah disini Dutch Lady 4 Tahap Nutri Plan™ sangat penting buat aku & anak-anak.

Dutch Lady 4 Tahap Nutri Plan™ menyokong keperluan nutrisi anak setiap tahap dari usia 1 hingga 6+ mengikut tahap yang tertentu : CURIOUS (umur 1-2 tahun), EXPLORE (umur 2-4), CREATE (umur 4-6) dan LEARN (umur 6+) dengan 5X DHA ia menyokong perkembangan keseluruhan otak anak-anak sebab tu walaupun umur Syahmi dah 9 tahun aku tetap bagi dia susu setiap pagi & malam!

Dutch Lady dengan kelebihan kepakaran lebih 50 tahun membuatkan aku lebih yakin & lebih percaya untuk jadikan ia sebagai "rakan karib" yang mengiringi aku menjadi seorang mama disepanjang 9 tahun ini! Bukankah seorang ibu itu memerlukan kawan baik dalam menjadi seorang mama yang terbaik? Kawan baik yang sentiasa menyokong tanpa jemu :) Dutch Lady 4 Tahap Nutri Plan™ dengan 5X DHA* adalah pilihan tepat aku!

ˇ 4 Tahap Nutri Plan™™ merangkumi susu tepung rumusan untuk kanak-kanak Dutch Lady ® Curious, Explore, Create dan Learn.
* Berbanding susu tepung rumusan untuk kanak-kanak terdahulu (Tahun 2009). 

Thursday, January 05, 2017

BABY LOVE PLAYPANTS NANO POWER PLUS


Lambat pulak aku nak share dengan korang pasal pampers tersedap abad ini! Ehh..bagi aku la tersedap tersenang nak pakai abad ini, sambil berdiri dalam kereta pun boleh tukar dan sarung yang baru! Phieeeww senang hidup aku dengan ada nyer Baby Love PlayPants ni.

Ehh..ape ni mukhadimah takde terus cerita best-best..apa yang best pasal Baby Love Playpants ni? Korang kenal tak pampers Baby Love Playpants ni? Aku mula-mula tak kenal sangat tapi sejak-sejak Lazada asyik buat offer murah je macam tertarik la pulak aku! Paling tertarik bagi aku sebab dia pants! Ala-ala seluar senang keje sarung jek takde dah pakai tape-tape tepi tu, senang dik mok nak buka pakai balik lepas buang air besar.  Jimat sungguh! Actually Syakirah dah menghampiri free diapers sebab tu pampers Baby Love Playpants ni sangat menjadi pilihan hati aku!

Incredibly thin, great absorbency


Baby Love Playpants diformulasikan dengan Nano Power Plus iaitu penyerapan basahan dengan cepat dan pengeringan yang pantas. Ia diperbuat dengan Nano Gel Bead dan mempunyai 2 lapis penyerapan menjadikan kulit anak sentiasa kering.




Baby Love Playpants mempunyai lapik getah elastik. Bagus sangat bagi anak-anak berperut buncit macam adik mok..kekeke..lagi pun Air Flow dia pun mantop! Ade ruang-ruang udara so takde lagilah nak melecet sana sini sebab dah tak terkepam kat dalam pampers tu. 

elastik & memeri

Baby Love Playpants Nano Power Plus

Ha ni terpaling suka! Corak & design dia menarik jiwa sungguh! Comel okey bila kartun nganga tu melekat kat bontot anak. Ha..ha..ha..ye lah korang ape saja pasal anak comfirm comel kan :) nak post gambar Syakirah berpampers rase tak gamak pulak nak tunjuk paha montok dia tu..euuww..malu anak mama dah anak dara la~ ;)

model tak berbayar..kekeke~

Ade 5 saiz yang berlainan mengikut berat anak. Dari S hingga ke XXL. Macam Syakirah masih lagi pakai L. Sekarang Lazada rajin sangat buat offer siap ade offer by one free one! Fuhh order klik klik je then akan di pos sampai depan pintu. Wallahh..harga pun murah RM 25.90 saja..Jimat & murah dengan Lazada.


Wednesday, January 04, 2017

Syakirah Irneena 1st Day di Tadika


Cerita pasal budak ni lagi la..nak cerita pasal ape lagi kalau buka sekolah! Yang lain pun mesti sama super busy super mak super penat super supir .. ha..ha..ha..macam mak-mak lain 1st day nak hantar anak kat tempat baru mesti risau la susah hati la pikir macam-macam takut anak nangis la meragam la..


Macam ni nak meragam??

Isnin masa cuti tu beribu kali aku pesan "esok adik kene bangun pagi mandi tau, kene gosok gigi adik tak boleh meragam tak boleh nangis tau" siap janji pakai jari kelingking okeh! Ye la risau la aku sebab Syakirah ni dah la tak nak bangun pagi tak nak mandi pagi, korang bayangkan setiap pagi Eady akan dukung dia tengah tidur, bawak turun rumah bawak masuk dalam kereta then sambung tidur dalam kereta so tak ke hati ni kerisauan macam mana nak kejut??

Macam magic! Selasa pagi aku kat dapur tengah buat sarapan dia orang dia tegur aku "mama..adek dah bangun!" Wahhh tanjat kauuuu..dia siap sengih pukul 6 pagi tu! Tak terkejut kau?? Elok je mandi gosok gigi, masuk kelas baru, jumpa ibu baru elok je dia sengih-sengih macam takde ape. Ha..ha..ha..mak kau yang risau lebeyyy..almaklum mak korang ni kan kalut kemain.

Lega. Masuk office pun hati senang! Abang kakak dah besar dah boleh urus diri sendiri. Baju sekolah je lain dari orang lain, baju orang lain baju rasmi taska dia je baju boboiboy! Ha..ha..ha..kes mama dia tak bayar duit yuran & baju lagi. Esok la kot pakai baju taska ;)

Monday, January 02, 2017

Perlu Ke Azam Tahun Baru??


2 haribulan dah, kejap je hari ni berlalu. Cuti tak cuti tetap jugak penat macam hari kerja. Duduk rumah pun lagi banyak benda nak kene buat! Oh ye selamat tahun baru korang! Apa azam korang?? Aku? Macam biase tak pernah ade azam tahun baru tapi aku azam setiap hari. Setiap pagi bangun je aku dah niat, aku dah azam nak buat ape..ntah tu di panggil azam ke atau to do list? Ha..ha..ha..

Yang penting setiap hari aku berazam nak jalani hari tu dengan tenang, dengan gembira dan dengan bahagia! Tu jerrr setiap hari setiap kali bangun pagi, tapi tahun ni aku rase macam nak letak azam sepanjang tahun lah! Julung-julung kali nyer aku nak berazam..WOW sangat nie~

Gambar ni amik dari FB.

Tu ha gambar tu tengah viral kat FB, ramai pulak yang share! Dan kerap pulak lalu-lalu kat wall aku, aku macam tertarik sangat dengan benda nie. Jujur lah kate, aku sebenar nyer hari-hari runsing pasal rumah. Yup, sekarang tengah tunggu panggilan dari Jabatan Penilaian Tanah je, then proceed loan dengan office aku..lulus je loan tak lama lepas tu tahun 2018 rumah dijangka siap..hohohoo..korang tahu tak setahun tu tak lama??? Scary nyerrr...aku risau memikirkan nak masuk umah pakai duit, nak kichen kabinet bagai nak kene beli semua barang semua pakai duit .. huwaa..seram nyerr..

Aku ni barang ape pun takde wey..memang zero. Pindah masuk kuarters sekarang ni barang ape pun takde! Tido pun takde katil..so korang bayangkan kalau nak masuk umah tu nanti semua nak kene beli T___T aku tak nak buat loan mane-mane sebab nak potong pinjaman rumah pun dah macam nak tercekik kita orang mengira.

Jadi, yang tengah viral ni macam menarik semangat aku pulak nak menyimpan untuk rumah tu nanti! Aku rase macam nak kene buat, dah macam wajib buat pun ade! Sebab tu julung-julung kali nyer aku rase nak ber-azam untuk tahun 2017. Mungkin kemampuan aku bermula dengan RM2 atau RM5 la kot. Aku dah ber-azam nak puasa isnin khamis so duit makan isnin khamis boleh extra masuk tabung simpanan rumah. Wahhh tiba-tiba tabung dah ade nama kau! Tabung nyer takde lagi..ha..ha..ha..

Duit blog pun aku dah ber-azam, separuh masuk tabung rumah separuh belanja anak-anak ni macam biasa. So kire setahun dua ni mungkin takde percutian la kot! Huwaa...sebab biase simpan duit untuk bercuti so sekarang kene tukar. Ntah lah, kalau aku tak buat sape nak tolong aku nanti?? Ibu abah adik beradik bukan orang senang, so diri sendiri juga kene berubah, diri sendiri jugak kene usaha. Korang doakan aku tau moga azam dan impian aku ni berjaya! Aku buat ni bukan untuk aku tapi untuk 3 amanah dari Allah SWT tu.

Tidakkah mereka layak untuk dibahagiakan?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang