thumbnail

Tuesday, June 12, 2018

Sahur Kekal Kenyang Sepanjang Hari Bersama QUAKER OATS


Salam ramadan.

Heh..dah nak habis puasa baru gigih nak share tips kekal kenyang sepanjang hari sepanjang puasa. He..he..he..takpe kita praktik masa puasa enam nanti. Ye dak? Puasa sunat pun boleh juga dipraktikkan.

Seriuslah cakap bulan puasa ni aku memang takde selera langsung! Baik masa sahur baik masa berbuka. Bayangkan sahur seteguk air & ubat, berbuka pun sama seteguk air & ubat. Sekali sekala je aku makan, itu pun yang orang bagi or belikan. Masak macam biasa hari-hari pagi petang masak tapi nak makan sendiri memang tak lalu sangat. Bulan puasa ni aku turun 8 kg! Percayalah aku pernah tak makan 4 hari sepanjang bulan puasa ni, hanya air seteguk & ubat je yeeee bukan segelas air okey! Baju kebaya yang dah berkurun tak boleh pakai pun dah muat elok tersarung.

Jadi nak kekal bertenaga sepanjang hari, kekal kenyang sepanjang hari aku cuma ambil QUAKER OATS!

QUAKER OATS since 1877

QUAKER OATS since 1877

Kalau dulu aku paling benci oat! Setiap kali tengok oat confirm aku rasa mual sebab macam makan munt*h. Sorriii...Eady selalu marah kalau aku cakap macam tu..ha..ha..ha..almaklum orang kampung macam aku mana reti makan benda-benda macam ni tapi sejak diperkenalkan, sejak-sejak dah pandai rasa sikit-sikit barulah tekak boleh mula terima. Rupanya SEDAPPPPPPPPPPPPP oat ni! Ha..ha..ha...ketinggalan zaman aku weh~

Quaker Otas dah keluarkan yang instant!

QUAKER OATS since 1877 - instant

Sejak QUAKER OATS dah keluarkan yang jenis instant lagi murah dan pantas aku nak bersiap waktu sahur. Just koyakkan MATCHA GREEN TEA tuang dalam cawan dan tambah air panas je. Nak lebih sedap dan mengenyangkan aku top up epal hijau & epal merah. Insya allah setakat hari ni takde pulak rasa lapar-lapar masa waktu siang. Tak makan nasi pun steady je.

Ohhh...tahu kah anda, Quaker Oats mengandungi bijirin oat yang tinggi serat dan protein, dapat membantu mengurangkan rasa lapar. Oat  adalah  sajian  yang  mengenyangkan  kerana  mengandungi  9.4g serat dalam  setiap  100g dan protein yang lebih tinggi daripada beras perang, barli dan tepung gandum2. Kandungan khasiatnya  yang  tinggi  menjadikan  ia  lambat  dicerna  serta  dapat  membekalkan  tenaga melalui pembebasan glukosa ke dalam salur darah.

Selain dari buah-buahan, korang juga boleh top up kurma, kismis atau madu tau nak bagi ada rasa manis-manis buah tu almaklum green tea kan so rasa teh dia extra sikit. Korang jangan risau, MATCHA GREEN TEA ni rasa dia tak sepelik green tea kat luar sana tu. Macam aku memang out teruslah air-air green tea ni, lantak lah orang kata sedap pun bagi aku tak sedap pun..hahahaha..tapi QUAKER OATS punyer green tea ni tak sepelik green tea lain. Masih boleh diterima pakai oleh tekak dan rasa dia lemak-lemak sedap.

QUAKER OATS yang lain pun dah mudah giler nak buat! Just add on air panas je uolls~ takde nyer nak kene bancuh teruk-teruk dah dan sekarang QUAKER OATS dah keluarkan macam-macam perasa. Try lah korang...sedap rupa nyer oats niiii..ha..ha..ha...


Peraduan Resipi Oatsome Bersama Quaker

Ni nak bagi tau korang, sekarang QUAKER ada buat peraduan yang boleh memenangi pas untuk sesi istimewa bersama Chef Selebriti Anis Nabilah. 

Cara nak menyertai ‘Peraduan Resipi Oatsome bersama Quaker’! Just beli satu pek Quaker Multigrain Cereal 400g, ‘LIKE’ laman Facebook Quaker Malaysia. Tuliskan komen  mengapa  Quaker  Multigrain  Cereal  adalah  bahan  paling  serasi  dalam  resipi  biskut? Ohye, korang kene buat 1 resepi biskut menggunakan Quaker Oats tau~

15 orang pemenang bertuah akan dipilih untuk menyertai bengkel masakan eksklusif & Majlis  Jamuan  Teh  bersama Chef  Selebriti Anis  Nabilah dan seramai 150  pemenang  sagu  hati  pula  akan menerima produk Quaker Oats bernilai RM 50! Untuk maklumat lanjut tentang kebaikan oat serta promosi, acara dan resipi Ramadan/Rayaterkini, layari :

Monday, June 04, 2018

Hanya 2 minit diperlukan dengan EPHYRA - MATTE GLOW FOUNDATION!


Wearing : Ephyra - Matte Glow Foundation & Ephyra Lips

Wah kauuuuu Izwa sebulan sekali buat kemunculan yeah? Hehehehe..sorry korang! Sebelum tu nak ucapkan SELAMAT BERPUASA walaupun dah hari ke-18 masih belum terlambat aku nak ucapkan kan? Aku ade je cuma kekurangan masa nak update blog. Nanti tauuu ade masa aku update pasal hal lain. Buat masa ni jom kita fokuskan apa aku nak share kat sini ;)

Ehemmm..benda best benda bagus haruslah dikongsi bersama. Macam yang korang tahu (ke tak tahu? hihihii...) aku kan pengguna setia produk Ephyra dari dulu kini dan selama nyer..boleh klik sini kalau nak tengok review aku pasal kebanyakkan produk Ephyra ni. Serius okey tak tipuuu memang skin jadi cantik smooth je yang penting kene pakai secara istiqomah sabar dan tawaduk..hahahaha..ayat tak boleh blah! Yelaaa..nak pakai satu produk tu takkan sekali pakai terus elok ye dak?

Okey kita serius sikit.. ;) 

Baby baru Ephyra & juga Ephyra Lips dengan warna baru.

Ephyra - MATTE GLOW FOUNDATION 

Ephyra - MATTE GLOW FOUNDATION 

Nak bagitau korang ni EPHYRA dah keluarkan foundation jenis matte tau! Ingat lipstik je ke yang matte ni foundation pun matte tau. Canggih tak canggih la! Ephyra - MATTE GLOW FOUNDATION nama diberi gituh~ Aku dah seminggu lebih try so far aku sukaaaaaa sangat-sangat! Walaupun foundation ni jenis water based tapi bila diblend kat muka terus dia jadi ala-ala macam bedak terletak elok je kat muka. Kalau korang tak tambah bedak pun still okey lagi muka. Just touch up pakai jari je bagi rata.


Kelebihan Ephyra Matte Glow Foundation
============

1. Tesktur yg tidak berminyak & bila dipakai tidak rasa melekit pada muka
2. Ringan (lightweight & comfortable feel) 
3. Tidak membuat liang pori tersumbat 
4. Memberi kesan glowing pada solekan
5. SPF 30 - Melindungi kulit dari sinaran UVA & UVB
6. Full coverage - menutup parut dan cela di muka (Beri efek kulit licin / smooth)
7. 12hrs oil control - mengawal pengeluaran minyak berlebihan di muka
8. Tahan sehingga 12 jam 
9. Mudah disapu pada seluruh muka - senang di blend hanya dgn guna jari (tak bercapuk) 
10. Mencerahkan kulit wajah & pudarkan parut & jeragat 
11. Membantu melembapkan kulit wajah sepanjang hari
12. 1 tona warna saja - berubah mengikut tona kulit masing2 & buatkan ia blend secara natural. 

======

❤ Kaya dgn VITAMIN E - melembapkan & melembutkan kulit. Mencerahkan kulit dan pudarkan bintik2 hitam / jeragat & parut degil.
❤ SPF 30 - melindungi kulit dari sinar bahaya UVA & UVB.
❤ Memberikan kilauan sinar semulajadi ( glowing ) pada kulit wajah 
❤ Menjaga & Merawat kulit - kuasa mencerahkan kulit secara natural (Whitening, Anti Aging , Brightens Skin Tone) 
❤ 12 HOURS OIL CONTROL - x buatkan muka berminyak berkilat2 bila pakai lama.
❤ 1 TONE SUITS ALL - satu tona warna saja tp berubah mengikut kulit masing2 dan buatkan blend secara natural. X bercapuk malah lebih berseri n glowing...
❤ FULL COVERAGE - mmg bleh cover seluruh muka. Segala parut2 bukan setakat dia bleh cover, malah bleh rawat dan pudarkan terus insyallah. 😘👍😉
❤ JIMAT - pakai sket jer dah cukup utk bg effect makeup yg sgt wow. Satu tube ( 15 ml ) bleh tahan 1-3 bulan. Seriouss!! 👏🏼

Ni bukan video tutorial tau ni video nak tunjuk muka sebelum dan selepas.
Tak sampai 2 minit dah bersiap muka bermake-up tau ;)

sebelum dan selepas

PENDAPAT AKU SETELAH HAMPIR SEMINGGU GUNA EPHYRA - MATTE GLOW FOUNDATION

Cara pemakaian foundation ni tersangat mudah! Just letak sikit-sikit kat muka pastu sapu je rata keseluruh muka terus siap. Pendek kata kalau korang pegi jalan-jalan takkan korang nak bawak 1 beg make-up tuh? Ni lagi raya nak dekat takkan nak ke hulu ke hilir pergi rumah orang dengan beg make-up? Ephyra - MATTE GLOW FOUNDATION ni dikeluarkan dalam bentuk tiub yang comel kalau letak dalam handbeg tak menambah pun berat handbeg korang tuh! Paling senang tak sampai 2 minit dah siap. Alaaa kalau korang berjalan sana sini pastu berenti solat takkan nak make-up lama-lama, takkan nak make-up berat-berat ye dak? Just pakai EPHYRA FOUNDATION NI DENGAN EPHYRA LIPS JE DAH SIAPP ;)

Pastu, kalau pakai seharian muka tak berminyak pun. Ade rasa macam licin-licin tapi takde keluarkan efek muka berminyak la. Pakai pun muka ala-ala glow sikit. Kalau nak efek lagi cun meletop korang pakai la skin care Ephyra. Licin je rasa muka. Best la aku sukaaaaa ;) sebelum-sebelum ni aku pernah pakai banyak foundation, yang paling mahal pernah aku pakai harga 200 lebih tapi tak sampai tengahari muka aku berminyak okeyyy! Mulalah nak gatal tangan lap sana lap sini..abis tepi-tepi tudung kene minyak dan kene foundation tu..bila nak basuh kene berus pakai tangan tudung tu..pulak dah! Bertambah kerja.

Selain dari tu Ephyra - MATTE GLOW FOUNDATION ni jenis dia blend dengan semua warna kulit. Kira kalau korang nak share dengan adik beradik ke kawan-kawan yang kulit warna lain pun boleh. Macam aku, aku tak share sebab aku kedekut! Ha..ha..ha..sayang oiiii foundation ni memang la tak mahal tapi aku sayang foundation ni ;)

Hah cakap pasal harga! Harga EPHYRA - MATTE GLOW FOUNDATION ni : RM 58 ( sm ) / RM 64 ( ss) je. Tahan 1-3 bulan la tengok penggunaan korang, takkan seharian korang sapu 80 kali kot?

Ephyra Lips - Liquid Lipstick

Code Ruby Chic & Katy Perry
Ehpyra Lips new colour!

Okey jujur nyer ini kali pertama aku pakai Ephyra Lips walaupun sebelum ni memang Ephyra dah keluarkan liquid lipstick. Aku tak beli dan tak pakai sebab aku ni jenis tak suka pakai lipstik ala-ala lip gloss! Aku tak suka bibir macam basah-basah melekit pastu mula la nak melekat kat tangan, melekat kat cawan la..

Tapi kali ni aku berjaya kuatkan hati untuk cuba..ha..ha..ha...rupanya nyer Ephyra lipstik ni memang nampak macam basah melekit tapi bila dah sapu kat bibir dia terus jadi matte melekat tak tanggal dari bibir! Wallahhhh...ni aku suka! Tak sememeh dan jimat oiii..kalau tak lipstik manjang nak hilang je. Kalau nak cuci just pakai tisu basah je ;) best best best~

Tuh tuh..warna baru dari Ephyra sempena nak raya ni, warna pun limited edition tau. Ruby Chic & Katy Perry. Omey omey warna dia. Warna kesukaan aku. Aku tak suka warna tanah macam pucat je kalau pakai. Yang ni just nice. Ehpyra Lips RM 30 jerr..pakai dengan sekali sapuan je dah penuh 1 bibir. Jimat oii ;)

So korang cepat lah dapatkan 2 produk baru keluaran EPHYRA ni. Dedua super jimat dan super cantik. Entah lah susah aku nak cakap kenapa aku suka sangat produk EPHYRA. Bukan 1 tapi semua. Salah satu nyer terpaling aku suka sebab semua produk EPHYRA tiada bahan kimia sebab tu kadang-kadang efek dia lambat nak nampak tapi berkesan uolls~ Satu sebab lain ialah EPHYRA ni keluaran bumiputera tau so aku yakin sangat untuk pakai. Almaklum semua benda pun kita nak kene tahu halal haram bukan takat makanan je produk yang mekelat kat kulit pun kene amik tahu juga.

BABY BARU dari Ephyra.

Lebih lanjut korang boleh terjah :



Tuesday, May 01, 2018

Alhamdulillah .. Ehh .. ?


Holaaa...genap sebulan baru ber-update lagi! Ha..ha..ha..hazabedah sungguh kemalasan aku nak update blog. Tepat sebulan okeyyyy~ Dah la tu tajuk pun sama. Nampak sangat aku ketandusan idea nak mengarut sampaikan tajuk entry pun tak jumpa. Kofkofkof..sapa yang tak baca lagi tu nak link tapi cerita dah sebulan la. Kali ni nak kene rangkum semua, sebulan punya cerita la sebab nanti lagi sebulan aku muncul balik. 

Askar comel sangat!

Di mulakan dengan sukan taska Syakirah. Aku dah sihat sikit boleh la join turun padang ber-panama kemain kauuuu tak sedar diri! Anak pun tepuk dahi! Padahal kalau ikutkan 2 bulan lepas nak bangun dari tilam pun takde daya. Dah sihat terus lupa diri. Ha..ha..ha..sukan ni bila ntah..jap nak kene tengok to-do-list. Hah 14.04.2018 kau sikit punya lama baru nak share cerita. Takat masuk 1 acara je pun, menang la jugak acara bawa air tu. No.1 dapat la biskut-biskut & botol air sebiji.

Pastu sibuk dengan Syahmi nak buat recording untuk band dia. Serius weh hari minggu aku untuk anak-anak jerrr..aku dengan Eady ni dah hilang aktiviti bersama. Asyik mengisahkan anak je..yelah yelah sementara dia orang nak membesar kan. Sudah nyer kalau ade urusan kene amik cuti hari biase keluar berdua. Setel hal rumah je lah pun, urusan ape lagi. Ade saki baki lagi tak setel tapi tu nanti buat pelan-pelan.

Weekend be likeeee...

Lama tak update gambar budak-budak nie.

Syahmi Irsyad - macam biasa..busy dengan band, dengan tusyen, dengan kawan-kawan dia. Almaklum orang dah besar dah darjah 5. Tengoklah berdiri pun dah nak sama tinggi. Mama dia orang kan "tinggi" sangat..kofkofkof..terbatuk pulak! Hahahaha..

Setiap rabu dia akan datang ke office aku lepas koko. Dah pandai makan kat mekdi sendiri, pegi merayap area office aku dengan geng-geng dia tapi semua dalam pemantauan aku la. Giler nak lepaskan anak macam tu jerr..memang tak la. Dah la aku ni sejenis mama yang over protected sampai Eady pun pening dengan aku. Setakat ni Syahmi pandai urus diri sendiri, dia juga la banyak tolong aku kat rumah. Belajar pun boleh buat sendiri semua. Takde risau sangat kat dia sebab Syahmi ni jenis ape-ape akan cari aku dulu termasuklah nak minta izin buka tv *tepuk dahi* annoying pun ade kadang-kadang tapi nak buat macam mana dah ade anak yang attach giler macam ni kau kene terima je..hihihiii...

Sufiya Irdina - errrmmmmm..hahaha..belum ape-ape errmmm aku dah panjang giler! Anak no.2 ni susah wehh nak cerita tapi part paling sedih bila waktu aku sakit haritu terabai jugak la pembelajaran dia, kerja sekolah pun tak sempat nak semak. Hmmmm...ujian bulan Mac haritu menurun semua markah peperiksaan dia. Ermmm...rasa bersalah sangat sebab takde pemantauan, tusyen pun kejap on off sebab sabtu ahad je la waktu nak rehat aku tak larat nak bangun pagi nak siapkan semua.

Bukan Eady tak boleh buat tapi paham je la kan orang lelaki punya urusan mengurus ni kan tak sama dengan mak-mak cerewet macam aku ni, lagi pun dia pun aku banyak uruskan..hihihii...last-last stress sendiri. Gilo~ tapi sejak sakit & dah sihat ni lantak arr semua aku pejam-pejam mata je sebab tak nak stress dah.

Ohye satu lagi weekend aku busy dengan urusan bawa ibu kemana-mana dia nak pegi, takde la selalu tapi kebiasaan nyer lah. Anak bukan pilihan tapi terpilih untuk menguruskan dia. Okey la kan. Kadang-kadang ibu whatsapp cakap "bawang ibu dah habis.." ha tau dah tuuuu sabtu kene bawak pegi Tesco atau JJ Aeon tapi nanti berkesudahan bawang pun tak nampak rupa! Kita faham dia boring duduk rumah sebenar nyer so guna la alasan gula dah habis, bawang dah tinggal sebiji. Huhuhu..~

Kadang-kadang lepas hantar Syahmi ke rumah Sir dia, kene patah balik ke Cheras untuk habiskan masa dengan ibu pulak. Malam baru jejak rumah balik padahal pagi tu seawal 8 pagi dah keluar rumah. Ehhhh..bukan mengeluh okeyyyy ni cerita jerrr nak bagitau betapa busy nyer weekend aku. Kadang-kadang sabtu ahad takde rehat pun sebab sibuk habiskan masa menguruskan orang lain. Takpe, selagi mampu berkhidmat kita berkhidmat sehingga ke nafas terakhir. Ye dak? Hidup pun tak lama mana pun.

Lampu aku. Lampu pilihan aku.

Okey nak bagitahu, aku dah pindah sabtu (28.04.2018) lepas. Penat separuh mati sebab last-last minit kemas rumah. Serius lahhhhhhh memang giler-giler last minit kemas barang! Sampai 3 pagi berkemas sebab 1 hape pun tak kemas! Dalam 1 malam je habiskan mengemas. Giler~ tak sedar diri tu tak berapa nak ade tenaga tak berapa nak kuat tak berapa nak ade kederat. Dah la balik hari jumaat tu dah malam giler sebab terkena jalan jem melekat tak bergerak dari office. 

Pukul 10.30 mlm start kemas rumah, esok pagi-pagi nyer keluar rumah sebab hantar Sufiya & Syakirah kat rumah ibu aku, amik adik aku sekali sebab nak tolong pindah barang pastu terus pegi Kajang sebab hantar Syahmi ke rumah Sir dia untuk recording pastu patah balik rumah sebab lori datang pukul 9 pagi. Ha..ha..ha..aku dengan Eady macam orang giler sangat. Keramat-Cheras-Kajang-Keramat-Kepong letih badan tak terkata. Walaupun aku tak angkat barang sangat tapi mengemas & unpack balik tu macam nak terpengsan rasa nyer. Eady la paling kesian, banyak kene cover buat kerja..yelahhh one man power dah kecundang..kekekeke~

ni la one man power kecundang tu..hihihii..

Sekarang aku dah banyak relax. Bukan relax ape, aku dah buat keputusan nak utamakan diri aku dulu. Yelah sihat tak sihat aku juga yang tanggung sendiri, so sekarang aku dah pandai umah tak kemas pun aku pejam-pejam mata je. Paling tidak kuis-kuis dengan kaki ketepikan barang..hehehehe...dulu aku orang yang cepat stress bila ada benda tak kene kat mata aku, lagi-lagi rumah bersepah tu..eeeee..cepat je aku nak bengang. Sakit mata tak terbendung. 

Kain baju untuk dilipat pun kadang aku biar je lantak la ko kat situ, nanti-nanti (nanti-nanti tuuuuuu memang nanti arr..ha..ha..ha..) sampai kadang budak-budak ni nak cari baju pun aku suruh cari kat longgok kain yang belum dilipat. Muahahaha..punya teruk wehhh tapi yelah aku larat aku buat, aku tak larat lantak ko situ. Kelmarin aku melipat kain 3 plastik hitam saiz XL okey sampai 3 pagi sebab tetibe datang mood kerajinan tak terbendung, so dah setel bab lipat kain pastu biar je sebab kain dilipat ikut masing-masing punya nak angkat korang angkat tak nak korang cari je la kain baju korang kat situ. Simple. Takde stress dah.

Masak pun sama, larat buat tak larat kita makan luar tapi aku tak boleh tahan kalau anak-anak minta aku masak. Semudah sambal telur pun gigih buat juga! Anak-anak dah biasa makan kat rumah so baru 2-3 hari makan kat luar dah minta mama masak. How to do..? Buat je laaa sebab kalau masak memang licin dia orang makan bertambah nasi, kita pun seronok walaupun penat & malas. Ha..ha..ha..masak pun malas weeehhh punya teruk jadi mak. Aku bab masak ni kurang sikit stress sebab aku suka masak tapi yang mudah-mudah je laaa..yang susah tu semua part Eady.

Life pun okey okey je, still set up rumah. Baru nak adjust timing keluar rumah pagi-pagi, nak set up balik anak-anak punya aktiviti. Aku pun dah banyak okey walaupun bila aku penat giler aku akan sakit balik. Tahan je la nak buat macam mana, nak pegi hospital dah tak gigih dah. Next appointment bulan 8 nanti so buat masa ni kita bertahan je kalau sakit. ;)


Friday, March 30, 2018

ALHAMDULILLAH


Kita bersua kembali. Fuh..susah nyer nak dapatkan "feel" menulis macam dulu-dulu. Banyak benda nak kene buat lately ni, more important nak sihatkan badan dulu fokus aku buat masa ni. Nak sihat untuk anak-anak sebab macam terabai giler dia orang tu bila aku tak sihat.

29.03.2018 alhamdulillah dah makin sihat sangat.

Setakat ni alhamdulillah aku dah lebih sihat dan cergas balik sejak makan ubat mahal yang doktor pakar bagi. Dah tak melepet teruk macam haritu, dah takde episod keluar masuk wad tengah-tengah malam! Takde dah episod tak boleh makan, habis dah episod kalau makan akan keluar balik sampai kurus cengkung giler. Berat drop teruk tu yang buat badan aku letih teruk dan takde tenaga langsung sejak setahun lepas. Lebih tepat bermula pada 26.05.2017 aku start sakit teruk yang ke Red Zone Hospital Ampang tu. Sebelum tu muncul simptom keletihan teruk, tak boleh makan apa-apa, takde tenaga, tak boleh jalan walaupun 3 tapak last-last muncul edema yang buat aku terpaksa ke Emergency Hospital Ampang tuh. Tepat setahun aku tak sihat sampai ade orang cakap aku ni kene buatan orang lah, ade orang "hantar" lah..

So SYUKUR ALHAMDULILLAH aku dah menghampiri ke keadaan yang sihat. Aku dah boleh buat macam-macam kerja, aku dah boleh handle anak-anak balik. Aku dah boleh masak dah, aku dah boleh makan. Ehhh..macam-macam la dah boleh balik semula. He..he..he..

The Brs Band (IG : the_brs_band) follow tau IG dia orang ;)

Ohhh..bercakap pasal anak-anak ni, aku sekarang tengah busy ikut Syahmi ke mana-mana lokasi untuk rakaman Hadith Open Mic Jr. untuk saluran Astro Oasis. Band Syahmi diambil sebagai icon Hadith Open Mic Jr. so minggu ni minggu ke-2 rakaman tu kat Masjid di Ampang. Last week kat Bangi. Nasib baik keadaan aku dah okey sangat, kalau tak semua event semua majlis semua aktiviti aku tak terlibat..tak keluar rumah pun! Hari sukan Sufiya haritu pun aku tak pergi, meeting PIBG pun aku tak pegi, mana-mana kenduri pun aku tak pegi sebab aku takde tenaga langsung.

Sufiya & Syakirah macam biasa la ade hari baik main sama-sama, ade hari berperang siap tarik rambut. Ha..tukang tarik dan mendebik sapa lagi kalau tak si Syakirah tuh! Sufiya tak berani buat adik..hihihi..anak-anak sihat alhamdulillah takde masalah cuma terabai sikit masa aku sakit tu.

Sekarang supermama dah kembali beraksi. *tunjuk lengan sado* ha..ha..ha...


Perkara ke-3 untuk aku bersyukur ALHAMDULILLAH sangat, rumah kami dah siap awal dari jangkaan yang diberikan sampai kita orang tak sempat nak kumpul duit..huwaaaa..ha..ha..ha.. 

Semalam 29.03.2018 aku pegi amik kunci dan dah tengok rumah. Rasa macam kembang hati walaupun orang kata lewat untuk memiliki seketul rumah untuk berteduh. Alhamdulillah, bagi aku ini je lah yang mampu aku sediakan untuk anak-anak atleast kalau jadi apa-apa kat aku dia orang ade tempat berteduh. Biarlah orang kata jem teruk la, jauh la, rumah politik la, rumah tinggi la..lantak aku tak peduli sebab kalau dengar cakap orang jer tak jadi benda. Stress lagi ade lah!

Gambar rumah takde lagi sebab semalam dah malam, tengoklah esok-esok nak pegi tengok lagi. Almaklum orang tengah excited (bukan aku..hihihii...) tengok rumah pun boleh sengih sorang-sorang (bukan aku jugak..hihihihiii..) berangan kemain..sapa lagi kalau bukan Eady. Aku biase-biase je nak kata excited sangat pun tak sebab sakit jiwa nak pikir duit, nak pikir pindah, nak pikir cari kotak, cari box, nak pikir packing barang, nak pikir benda-benda remeh lagi. Jadi perempuan kan 1001 benda nak kene fikir. Ha..ha..ha..overthinking okeh aku ni!

Apa pun di hari jumaat mulia ni aku nak bersyukur sangat sebab aku dah dapat "hidup" aku semula. Aku dah sihat walaupun kene makan ubat hari-hari aku tak kisah, aku tetap bersyukur. Rupanya dalam diam ramai juga yang amik berat pasal aku. Yang dalam diam pun tiba-tiba boleh tegur tanya aku dah okey ke tidak. Terharu okey sebab selama ni aku rasa aku ni tak ramai kawan, aku ni tak ramai orang peduli sebab aku sibuk dengan dunia aku je. Aku jenis tak kisahkan orang. Aku selalu buat hal aku je..hu..hu..hu..tapi bila macam ni aku rasa macam dihargai sangat. TERHARU~ Terima kasih korang.

Wednesday, March 14, 2018

Pengalaman Angioplasty


Warded 6-8hb Mac lepas di Hosp Serdang.

Haiiii..timbul tenggelam timbul tenggelam aku ni. Hihihihi~ ampunkanlah aku korang sebab lately ni aku fokus pada diri dan kesihatan aku je. Macam yang korang tahu sebelum-sebelum ni kan aku banyak pegi appointment hospitallah keluar masuk wadlah sekarang alhamdulillah hampir selesai semua benda walaupun ade lagi appointment susulan lain tapi sekurang-kurangnya aku dah diconfirmkan sakit ape dan dah on ubat nyer pun :) (sementara nak confirm tu la banyak sangat ujian).

Ohye, sekarang aku continue appointment kat Hospital Serdang dah tak pegi Hospital Ampang, sebab kat sini ada pakar kardio berbanding kat ampang. Lepas-lepas ni aku akan ke sini, sobs..jauh okey perjalanan ke Serdang berbanding ke Ampang.

gambar ihsan google

So, pada 06hb Mac lepas aku warded untuk buat Prosedur Angioplasty untuk Right Heart Study (korang kalau rajin sila google/youtube sendiri je, aku tak nak terangkan..malas). Masuk wad 6hb, prosedur dibuat pada 7hb. Jadi pada 6hb malam aku dah start puasa, tunggu punya tunggu hampir 20 jam aku puasa sebab turn aku last sekali. Terseksa kehausan kering tekak giler-giler tapi apa boleh buat tahan je la. Tidur bangun tidur bangun pukul 7.00 malam 7hb baru aku dapat masuk lab buat Angioplasty tu. Fuuuhhh~

Tapi..hah ade tapi lagi tu cabaran nak buat Angioplasty adalah sangat mencabar kat aku! Aku tak tahulah dugaan apa Allah SWT nak bagi lagi waktu tu tapi aku hanya boleh bersabar je. Okey kita start dengan dugaan :
  1. Puasa hampir 24 jam
  2. Dah sampai turn, dah masuk lab tepat pukul 7 malam doktor cari line kat pangkal paha tak jumpa sebab aku ade urat terlalu halus. Dekat 30 minit doktor menggodek mencari cucuk sana sini (ade 7 lubang kalau aku kira) akhirnya pada azan maghrib baru line dapat masuk.
  3. Bila wire dah masuk, doktor dah start prosedur darah pula mula jadi cloud (berjeli-jeli) dan tak boleh digunakan untuk ujian. Berkali-kali jadi cloud.
  4. Nak jadi cerita sambungan aku tak tahulah apa istilah dia tapi macam batang rod masuk wayar tu asyiklah patah sampai berkali-kali doktor terpaksa tukar batang tu.
  5. Keluar masuk wayar ambil darah dari jantung kanan berkali-kali juga terjadi darah cloud tak boleh diguna pakai membuatkan prosedur jadi lama dari biasa.
  6. Bila dah ada darah yang elok, mesin darah dalam lab pulak rosak!! Masya Allah dugaan apakah ini?
  7. Nurse terpaksa call vendor, masa ni doktor & nurse lain dah takde sebab pegi solat kejar maghrib dan aku terlentang sorang-sorang atas katil dengan ada mesin atas muka aku.
  8. Tunggu punya tunggu dah pukul 9 lebih, vendor pun tak dapat datang last-last doktor cakap darah yang ada kita hantar lab biasa. If darah okey alhamdulillah if tak okey kene buat prosedur ni sekali lagi lain kali. Kau ghase? Hihihihiiii....
  9. Masuk wad semula (10 malam) nurse tak nak bancuhkan milo padahal aku dah puasa hampir 24 jam just nak air manis je, dengan aku langsung takde air kecuali air masak tekak nak air manis lapar lagi. Rezeki aku pukul 11 malam ade staff lelaki belikan milo tin, agaknya dia terdengar aku minta. Aku still hutang dengan dia sebab masa aku check out dia dah habis shift.
gambar ihsan google

Kebiasaannya prosedur ni mudah dan ringkas tak sampai sejam tapi entah apa dugaan aku sampai 2 jam lebih. Bertabah je lah aku dengan tekak kering macam padang pasir.  Korang jangan takut pulak kalau lepas-lepas ni sapa-sapa nak kene buat, ni dugaan aku je. Tak sakit pun sebab ada bius, buat dalam keadaan sedar & kita boleh tengok skrin tu sekali sekala je boleh rasa ade benda dalam jantung kita buat jantung berdegup laju-laju dalam 2-3 saat. Cuma lepas bius hilang rasa sengal lebih kat kaki almaklum kene tebukkan.

Selesai dia orang bersihkan aku, aku diletakkan kat wad pemulihan diluar lab & diberitahu kene baring dan tak boleh bergerak selama 6 jam! Urat kat pangkal paha tu urat besar (arteri) so nak elakkan berlakunya pendarahan semula memang tak dibenarkan bergerak. 

Masa di wad pemulihan ni lah Doktor Pakar datang terangkan satu per satu. Sobs~ time ni rasa alone sangat-sangat. Memang alone pun sebab takde siapa teman, aku tak bagi Eady datang sebab dia sibuk uruskan anak sekolah lagi pun aku tak nak dia terkejar-kejar kang apa-apa jadi lagi susah.

Doktor terangkan kes aku ni unik, rare & kronik (unik & rare sebab kebiasaannya "sakit" ni dapat dari genetik / masa kelahiran / excident  tapi aku ni dalam kategori unknown macam mana aku boleh dapat(!) sebab tu terpaksa buat Right Heart Study). Doktor cakap tak boleh baik tapi boleh dikawal dengan makan ubat ikut waktu, tukar life stail, kurangkan stress dan jangan berpenat sangat. Tu je.

Lepas doktor dah terangkan, nurse datang hulur tisu sambil sengih-sengih terspontan aku cakap "nak buat apa??" Dia cakap "lap air mata.." sambil senyum dan berlalu pergi. Aku apa lagi terus pecah empangan air mata teresak-esak sorang-sorang. Lama juga aku nak ambil masa untuk terima dan hadam, tapi aku okey dah sekarang :)

Alhamdulillah setakat ni dah hampir seminggu on ubat nampak banyak dah perubahan pada diri aku. Kesan ubat mahal kau! Doktor juga cakap dia bukan tuhan nak sahkan tak boleh baik langsung atleast kita usaha dan doa. Semua penyakit ada ubatnya kecuali mati. Sekarang duduk rumah, doktor bagi MC sampai 19hb ni, so keje aku kat rumah tido bangun tido bangun tak buat ape. Nak makan pun malas.

Tuesday, February 27, 2018

Kurus Tanpa Berlapar Dengan C-Trimax


Gigih buat banyak-banyak untuk sehari punya.

Kurus Tanpa Berlapar Dengan C-Trimax | Ha mesti ramai teruja kan? Sapa yang tak nak kurus ye dak. Impian sesetengah orang nak kurus dan sihat! Yes yang penting ialah sihat. Janganlah kurus cara extreme pastu sakit pulak yang dapat. Sejak susah makan ni tekak tak nak terima makanan, aku minum C-Trimax untuk cover lapar aku. Alhamdulillah perut bertahan, tak lapar dari pagi sampai ke petang. Aku bukanlah nak kurus sangat-sangat pun tapi aku nak kurus sikit tapi secara sihat. Nak fit.

Portion aku makan setiap hari.

Keunikan C-Trimax | tak lengkap pulak kalau bercerita tapi tak bagitau kebaikan dan keunikan C-Trimax ni kan..macam tak kene je! Nah aku senaraikan :

1. Mengurang dan mengawal selera makan
2. Mengawal berat badan
3. Mengurangkan kolestrol
4. Menambah tenaga
5. Melancar dan membaik pulih peredaran darah
6. Membuang toksin dari dalam badan
7. Menghalang pembentukan lemak.

Hah nampak..ciri-ciri C-Trimax yang ada dapat buat kita kurus tanpa berlapar. Sapa-sapa yang ada masalah lemak berlebihan boleh la try. Ehh..jangan kata orang gemuk je ade lemak orang kurus pun ade tau! 


Cara pengambilan C-Trimax | Sekotak C-Trimax ni ade 15 sachet, bagi mereka yang mempunyai berat badan yang berlebihan boleh mengamalkan dengan pengambilan 3 kali sehari. Bagi yang berat badan biassa-biasa tapi masih ingin kurus secara sihat digalakkan untuk mengambil 2 kali sehari sehinggam endapat berat badan yang ideal.

> bancuh C-Trimax dengan 150 mlm air suam (air panas tak boleh ye)
> kacau atau shake sehingga sebati dan terus minum
> haruslah diambil selepas sarapan
> ingin kesan yang cepat dan lebih baik digalakkan mengambil atau minum air kosong sekurang-kurangnya 5-6 liter sehari bagi memaksimumkan pembakaran lemak dan membuangan toksin dari dalam badan.

FB : C-Trimax Malaysia
IG : ctrimaxhq

** C-Trimax ADA KELULUSAN KKM **

Thursday, February 01, 2018

01.02.2018 - Lamanya Tak Update!


Hola!

01.02.2018 - wahhhhh kemain sebulan sekali update sekarang ni~ ha..ha..ha..bukan malas wakkkk tapi takde daya okey. Bila ada daya perlu buat kerja lain yang penting dulu. Bukanlah kata blog tak penting tapi tak daya nak perah-perah otak sekarang nie. Nak release stress & nak tenang-tenang ajer. Bila berfikir ni otak jadi penat badan pun cepat letih so blog ni kira terabai sikit la. Kalau kat IG & FB tu cepat je mengarut nyer takde nak fikir banyak so kat sana aku banyak update.

Lagi pun job kat blog pun dah kurang banyak aku amik sebab faktor kat atas tadi tu la, nak kurang berfikir perah otak je wak. Saja letak gambar tu sebab nak tunjuk kita dah kurus sangat. Uhuks~ bukan bangga tapi tu kurus tak sihat tau. Kerja aku sekarang ni berkawan dengan hospital jek..tak daya dah rasa tapi kene bertabah juga untuk baik. 

Demi anak-anak & suami dan keluarga la. Khidmat aku masih lagi diperlukan jadi nak tak nak aku kene kuat juga untuk bertabah dan bersabar, cuma ade sekali 1 malam tu aku down teruk nangis teruk-teruk sampai tak boleh bernafas dan bercakap. Tu sekali je la paling teruk setelah hampir setengah tahun aku sakit. Selama ni akulah orang paling susah nak down & nangis tapi malam tu aku rasa dah sehabis daya dah untuk bertabah dan sabar. Lama baru nak okey & back to normal. Giler, bila fikir-fikir balik.

Ni je la aktiviti bulanan aku..hehehe..

3 hari sebelum fly ke Labuan (Dec 2017)

Labuan 2017

Dec 2017 - Cerita pasal balik Labuan pun takde kan? Erm..kali ni balik pendek je hari. 9 hari je tolak perjalanan ade la 7 hari je kot! Dah la tu 5 hari tersadai tidur je aku kat sana. Jadi menantu hantu aku haritu. Hu..hu..hu..ye lah 3 hari sebelum fly warded sehari setengah then MC 2 hari terus fly, dengan takde tenaga nyer dengan jalan takde daya rasa nak nangis je time tu tapi demi anak-anak & Eady kene gagahkan juga diri. 5 hari melepet tidur, 4 hari baru ade tenaga sikit-sikit jalan ronda le kejap-kejap bawa anak-anak. Kali ni memang paling teruklah aku, dengan makan minum keluar balik berhari-hari sampai kene drip masuk air lah. Bayangkan berminggu-minggu boleh makan buah & air masam-masam jek. Buah pun pear & epal jek yang lain pun tak boleh. Giler! Dengan malam-malam susah nak tidur..nak tidur pun berhempas pulas berjam-jam. Kadang 2-3 pagi baru dapat tidur, pukul 5.30 pagi dah bangun. Erm...

Ehhh..jangan ingat aku pregnant! TAK & TAK BOLEH! Doktor dah warning cannot dengan keadaan sekarang. Don't worry doktor, iolls dah ikat kot. Kot celah mana pulak nak lalu bagi ngandung..ha..ha..ha...sebab tu la berat aku drop giler-giler-giler. Bayangkan selama ni aku pakai baju saiz M, sekarang pakai saiz S selambe je still longgar lagi tapi takdelah aku bedal baju saiz XS..ha..ha..ha..dah tua malu lah nak pakai baju ketat melekat sendat mendat tu so sekarang pakai baju M macam baju pinjam dah..uhuks~

Ermm..makan minum sekarang ni pun banyak try & error. Salah makan salah minum memang keluar abis semua dan berhari-harilah macam tu, nak selamat aku makan je lah buah dan air yang aku boleh makan..sedih kan? Sakit ape? Ermm..sakit yang melibatkan organ paling penting dalam badan. :(

Nak cerita pun macam berat je, nanti orang ingat aku minta simpati tapi entahlah..selagi tak betul-betul dapat keputusan selagi tu berat aku nak bagitau. Ibu abah langsung tak tahu ape-ape. Aku pun dah jarang jumpa diaorang sebab aku tak nak dia orang sedar aku sakit, cuma demam kerap tu aku tak boleh nak kontrol. Bila-bila masa aku boleh demam. Datang kerja pagi elok sihat je, petang tetibe aku boleh seram sejuk dan terus demam! Boleh jadi bersin teruk dan melepet jek. Kene pulak sekarang ni musim hujan tak menentu lagi la aku senang nak demam. Penat, stress semua cukup sebab menganggu rutin aku sebagai mama & isteri :( sedih~

Asyik nak sedih je sekarang ni walaupun muka sentiasa senyum. Cuba juga compare dengan orang lain yang terlantar, yang koma, yang strok teruk tu tapi tak bolehlah. Hati tetap susah nak terima kenyataan. Yelah selama ni aku sihat cergas aktif tiba-tiba berjalan 3-4 tapak pun aku boleh jadi penat giler. Tak ke korang akan rasa stress dengan diri sendiri?? Cannot brain this tapi nak tak nak aku kene terima. Cuma selama mana aku akan ambil masa untuk terima tu aku tak sure. Ade masa aku okey sangat, ade masa aku teruk sangat untuk terima kenyataan ni.

Ermm..entahlah~ 

Korang doakan yang baik-baik untuk aku okey? Mana tahu ada doa korang yang didengari oleh DIA & diangkat darjat nyer, aku nak sihat aje~ Bila sihat aku boleh selalu mengarut kat sini! Ha..ha..ha..korang tak rindu ke keMENGARUTan aku?? Alaaaaaa...nyampahhhh..tak rindu la tuwwww~

Friday, January 12, 2018

BANGLO PERKAHWINAN DAN PAKEJ LENGKAP MAJLIS | THE WEDDING HERITAGE

BANGLO PERKAHWINAN DAN PAKEJ LENGKAP MAJLIS | THE WEDDING HERITAGE

The Wedding Heritage iaitu "Banglo Kahwin No.1" Hai korang, lama tak sembangkan? Muncul-muncul terus nak cerita pasal kawin. Wahhhh gitu..aku suka tengok orang zaman sekarang kawin! Best nyer korangggg...pelamin cantik fotografer cantik makan sedap..pendek kata macam-macam pakej hebat dan murah la ade sekarang sampai rasa nak kawin lagi je..hehehe..

Nak lagi senang hire wedding planner je! Perghh..aku dulu semua kene buat sendiri, penat dan stress okey~ Takut ditipu wedding planner?? Ye juga ye tak..zaman sekarang semua nyer nak tipu sana sini. Ade yang kene tipu katering tak datang masa hari majlis perkahwinan la, sudah nyer sekeluarga pengantin rugi dan malu tauuuu..seram! Ingatkan kes viral baru-baru ni? Sedih bila baca.

Baru-baru ni aku ada tertengok siaran langsung temubual di TV AlHijrah, top wedding planner "The Wedding Heritage" ada menyarankan supaya bakal pengantin berfikir secara realistik pasal hire wedding planner ni. Ade yang nampak gah sangat tapi murah giler mesti macam ada yang tak kene kan? Apa pun kene berfikir secara bijak! Buat kajian, tengok review sana sini untuk setiap wedding planner tu takut-takut kene tipu, nanti nak salahkan siapa? Tak caya boleh tengok link ni Wedding Planner Penipu! Salah Siapa? :



Masa siaran langsung temubual top wedding planner "The Wedding Heritage" di TV Al-Hijrah tu aku tertarik sangat dengan interview tu tentang Banglo Kahwin atau "Bungalow Wedding" yang berkonsep kan cuci tangan! Wow sangat niiiiii...sekarang ni banglo dah dijadikan sebagai pakej perkahwinan serba lengkap. Lokasi, tempat, makanan, pakaian, pelamin & macam-macam lagi semua disatu tempat je..wow lagi ni! Senang tak payah fikir ape dah kalau macam ni. Hebat! 

Kalau korang nak tahu, dekat kawasan Ampang, Damansara dan terkini di Putrajaya ada 1 team wedding planner Banglo Mewah yang cukup femes sekarang ni namanya 'The Wedding Heritage' korang boleh cepat-cepat google pasal wedding planner ni kalau nak tengok feedback event yang diorang dah buat. 

FB : The Wedding Heritage Bungalow





The Wedding Heritage iaitu "Banglo Kahwin No.1" | di Malaysia berkonsep Banglo Perkahwinan & Pakej Kahwin Cuci Tangan menawarkan pakej lengkap 2018/2019 yang sangat berbaloi-baloi! Pakej ni boleh dibuat dirumah sendiri atau didewan. The best part The Wedding Heritage ada 3 cawangan banglo yang korang boleh gunakan kalau tak nak rumah kecah! Pendek akta korang satu family cuci tangan je takyah buat ape-ape. Perrrgghh..hebat~ Ada di Ampang, Kota Damansara & Putrajaya. Senang & sempoi takyah la berpenat-penat nak uruskan semua tinggal datang melawa je dan family pun boleh bergembira dihari perkahwinan korang ;) takdelah ade makcik-pakcik yang takde dalam gambar sebab sibuk nak setelkan apa yang tak cukup dalam majlis. Gituh~

Pakej "The Wedding Planner" ni termasuk semuaaaaaa..semua tu maksud aku 1 banglo tu korang boleh guna! Ada bilik pengantin nak bersiap, ada tea corner, ada semua la termasuk emcee. Hah dah pendek list mana nak cari emcee kan? Ingat senang ke nak cari emcee orang kawin sekarang ni? Susah tau. Oh ye paling best "The Wedding Planner" ada sediakan photographer yang sentiasa ready berphotoshoot okeh~ Wahhhhhhh kenapa best giler niiii..jeles nyer aku!! Tinggal tangkap gambar dan album pun disiapkan..arghh..jeles lagi~ Kenapa masa aku dulu takde semua ni..sobs~







The Wedding Heritage iaitu "Banglo Kahwin No.1" | cantikkannnnnnn gambar-gambar dari photographer TWH? Cantik nyer koranggggggg~ setangding photographer international tau. Korang akan dapat FREE Album & Unlimited Photo Pendrive sekali lepas majlis. Erghhh...semua cukup lengkaplah orang kata dan kalau ikutkan banyak lagi item free yang ditawarkan. Pasal bajet jangan dirisaukan kerana semua bergantung pada bajet korang sendiri! Dan boleh request quotation tau. Kalau tak caya tengok pakej dari "The Wedding Planner" 2018/2019 ni :




Banyakkkkkkkkkan? Berbaloi-baloilah orang kata! Pendek kata tak payah sakit kepala stress-stress nak cari pakej hebat tapi dalam bajet sendiri! Nak kawinkan kene la kurangkan stress kang tak berseri pulak muka tu..hehehehe...

The Wedding Heritage iaitu "Banglo Kahwin No.1" | team TWH amat dikenali dengan sangat membantu setiap pasangan, kreadibiliti wedding planner dijaga elok takyah nak pertikai lagi dah dan team TWH akan membantu merancang perkahwinan korang dari mula sampai selesai majlis! Orang-orang macam kita ni..ehh kita..kekekeke..yelah zaman-zaman busy ni kan mana ade banyak masa nak uruskan majlis besar ye dak? So serahkan je pada yang pakar! 

Best Wedding Moments..Thanks #twhteam








Ramai sangat customer berpuas hati dengan TWH ni, dan boleh dikatakan TWH ni adalah trusted wedding planner! So korang yang mana tengah cari wedding venue dan pakej lengkap perkahwinan 2018/2019 boleh book cepat-cepat The Wedding Heritage "No.1 Bungalow Wedding Venue in Malaysia" nih~ Haishhhh..geram pulak aku tengok..kenapa lahhhhhhhhhhhh aku tak merasa ni..best nyer korannnnnggggg..ha..ha..ha...jeles weh~

FB : The Wedding Heritage Bungalow


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang