thumbnail

Wednesday, March 14, 2018

Pengalaman Angioplasty


Warded 6-8hb Mac lepas di Hosp Serdang.

Haiiii..timbul tenggelam timbul tenggelam aku ni. Hihihihi~ ampunkanlah aku korang sebab lately ni aku fokus pada diri dan kesihatan aku je. Macam yang korang tahu sebelum-sebelum ni kan aku banyak pegi appointment hospitallah keluar masuk wadlah sekarang alhamdulillah hampir selesai semua benda walaupun ade lagi appointment susulan lain tapi sekurang-kurangnya aku dah diconfirmkan sakit ape dan dah on ubat nyer pun :) (sementara nak confirm tu la banyak sangat ujian).

Ohye, sekarang aku continue appointment kat Hospital Serdang dah tak pegi Hospital Ampang, sebab kat sini ada pakar kardio berbanding kat ampang. Lepas-lepas ni aku akan ke sini, sobs..jauh okey perjalanan ke Serdang berbanding ke Ampang.

gambar ihsan google

So, pada 06hb Mac lepas aku warded untuk buat Prosedur Angioplasty untuk Right Heart Study (korang kalau rajin sila google/youtube sendiri je, aku tak nak terangkan..malas). Masuk wad 6hb, prosedur dibuat pada 7hb. Jadi pada 6hb malam aku dah start puasa, tunggu punya tunggu hampir 20 jam aku puasa sebab turn aku last sekali. Terseksa kehausan kering tekak giler-giler tapi apa boleh buat tahan je la. Tidur bangun tidur bangun pukul 7.00 malam 7hb baru aku dapat masuk lab buat Angioplasty tu. Fuuuhhh~

Tapi..hah ade tapi lagi tu cabaran nak buat Angioplasty adalah sangat mencabar kat aku! Aku tak tahulah dugaan apa Allah SWT nak bagi lagi waktu tu tapi aku hanya boleh bersabar je. Okey kita start dengan dugaan :
  1. Puasa hampir 24 jam
  2. Dah sampai turn, dah masuk lab tepat pukul 7 malam doktor cari line kat pangkal paha tak jumpa sebab aku ade urat terlalu halus. Dekat 30 minit doktor menggodek mencari cucuk sana sini (ade 7 lubang kalau aku kira) akhirnya pada azan maghrib baru line dapat masuk.
  3. Bila wire dah masuk, doktor dah start prosedur darah pula mula jadi cloud (berjeli-jeli) dan tak boleh digunakan untuk ujian. Berkali-kali jadi cloud.
  4. Nak jadi cerita sambungan aku tak tahulah apa istilah dia tapi macam batang rod masuk wayar tu asyiklah patah sampai berkali-kali doktor terpaksa tukar batang tu.
  5. Keluar masuk wayar ambil darah dari jantung kanan berkali-kali juga terjadi darah cloud tak boleh diguna pakai membuatkan prosedur jadi lama dari biasa.
  6. Bila dah ada darah yang elok, mesin darah dalam lab pulak rosak!! Masya Allah dugaan apakah ini?
  7. Nurse terpaksa call vendor, masa ni doktor & nurse lain dah takde sebab pegi solat kejar maghrib dan aku terlentang sorang-sorang atas katil dengan ada mesin atas muka aku.
  8. Tunggu punya tunggu dah pukul 9 lebih, vendor pun tak dapat datang last-last doktor cakap darah yang ada kita hantar lab biasa. If darah okey alhamdulillah if tak okey kene buat prosedur ni sekali lagi lain kali. Kau ghase? Hihihihiiii....
  9. Masuk wad semula (10 malam) nurse tak nak bancuhkan milo padahal aku dah puasa hampir 24 jam just nak air manis je, dengan aku langsung takde air kecuali air masak tekak nak air manis lapar lagi. Rezeki aku pukul 11 malam ade staff lelaki belikan milo tin, agaknya dia terdengar aku minta. Aku still hutang dengan dia sebab masa aku check out dia dah habis shift.
gambar ihsan google

Kebiasaannya prosedur ni mudah dan ringkas tak sampai sejam tapi entah apa dugaan aku sampai 2 jam lebih. Bertabah je lah aku dengan tekak kering macam padang pasir.  Korang jangan takut pulak kalau lepas-lepas ni sapa-sapa nak kene buat, ni dugaan aku je. Tak sakit pun sebab ada bius, buat dalam keadaan sedar & kita boleh tengok skrin tu sekali sekala je boleh rasa ade benda dalam jantung kita buat jantung berdegup laju-laju dalam 2-3 saat. Cuma lepas bius hilang rasa sengal lebih kat kaki almaklum kene tebukkan.

Selesai dia orang bersihkan aku, aku diletakkan kat wad pemulihan diluar lab & diberitahu kene baring dan tak boleh bergerak selama 6 jam! Urat kat pangkal paha tu urat besar (arteri) so nak elakkan berlakunya pendarahan semula memang tak dibenarkan bergerak. 

Masa di wad pemulihan ni lah Doktor Pakar datang terangkan satu per satu. Sobs~ time ni rasa alone sangat-sangat. Memang alone pun sebab takde siapa teman, aku tak bagi Eady datang sebab dia sibuk uruskan anak sekolah lagi pun aku tak nak dia terkejar-kejar kang apa-apa jadi lagi susah.

Doktor terangkan kes aku ni unik, rare & kronik (unik & rare sebab kebiasaannya "sakit" ni dapat dari genetik / masa kelahiran / excident  tapi aku ni dalam kategori unknown macam mana aku boleh dapat(!) sebab tu terpaksa buat Right Heart Study). Doktor cakap tak boleh baik tapi boleh dikawal dengan makan ubat ikut waktu, tukar life stail, kurangkan stress dan jangan berpenat sangat. Tu je.

Lepas doktor dah terangkan, nurse datang hulur tisu sambil sengih-sengih terspontan aku cakap "nak buat apa??" Dia cakap "lap air mata.." sambil senyum dan berlalu pergi. Aku apa lagi terus pecah empangan air mata teresak-esak sorang-sorang. Lama juga aku nak ambil masa untuk terima dan hadam, tapi aku okey dah sekarang :)

Alhamdulillah setakat ni dah hampir seminggu on ubat nampak banyak dah perubahan pada diri aku. Kesan ubat mahal kau! Doktor juga cakap dia bukan tuhan nak sahkan tak boleh baik langsung atleast kita usaha dan doa. Semua penyakit ada ubatnya kecuali mati. Sekarang duduk rumah, doktor bagi MC sampai 19hb ni, so keje aku kat rumah tido bangun tido bangun tak buat ape. Nak makan pun malas.

23 comments:

Afizah Abd Rahman said...

Ngeri gak procedure nya yer. Speedy recovery babe. Take care & jangan stress-stress.

Innanie Ariffin said...

Allahuakbar seriau kita baca entry akak. Sebab dapat bayangkan sakitnya macam mana. Takpe kak, jangan risau k, Allah berikan sakit pada mereka yang kuat dan mampu untuk tempuhinya. Kita doakan akak dipermudahkan segala urusan

HeNRieTTa JoSe said...

mcm mcm prosedur kan...demi kesembuhan....moga semuanya baik baik aje...

Nora Karim said...

Sebak baca entri ni...

Untung Izwa, Allah pilih untuk terima ujian dariNya. Tanda Allah sayang...

Jangan fikir bukan-bukan. Just makan ubat, buat rawatan dan dapatkan rehat yang cukup. Saya doakan, moga Allah berikan kesembuhan pada Izwa. Take care Izwa. *hugs*

Julia Johari said...

Allauakbar akak!
Betul jaga diri ye kak...jom la sama2 jaga. Pengalaman mencabar 2 jam lbh tu prosedur mmg ujian terhebat. Juju doakan akak rajin mkn ubat ikut masa tau. Jgn penat2 ingat ye. Happy always

Chekgu Azrine said...

cpt sembuh dan semoga dipermudahkan

Mimi Azirah said...

Allahuakbar..Semoga yg baik baik saja untuk.akak.i know u r strong women.semoga cepat sebuh kak.makan ubat on time okey.ygpenting senyum selalu

Kakcik Nur said...

Semoga Allah SWT pulihkan kembali kesihatan Izwa sepenuhnya. Aamiin...

Juls Julie80 said...

Allahu..ngerinyer dengar..kite pun ade mcm2 pengalaman masuk hosp sblm ni..ade yg sakit jrg kene kat org Msia ni jugak.. tp tu laa kan..Allah nak bg kita ujian..nak tgk kita sabar dan redha ke tak or salahkan takdir..

ni azam nak jaga kesihatan..jaga makan..semoga berjaja didik dan disiplinkan diri sendiri..fikirkan umo dah makin berusia ni..mcm2 penyakit nak datang dan dah ada..huhu

take care yer...semoga ada kesembuhan dan dipermudahkan semua urusan..amin2 <3

Jueliza Jamani said...

Allahuakbar Izwa.. take care weh. ini bukan sakit skit2 aku baca.. pls makan minum dan makan ubat on time. Rehat jangan stress jangan buat kerja berat.

zai zamree said...

Bahagian masing2 yg kita akan terima ms hidup. Izwa memang kuat. Klau Zai la...xtau la nk jd apa...huhuhu...take care ye

Hanis Azla said...

As-salam Izwa

ALLAH.. Alhamdulillah.. prosedur dah selesai. Kuatnya Izwa dan semoga izwa terus kuat.
Akak doakan semoga kesihatan Izwa terus baik dan segala urusan Izwa dan kelurga dipermudahkan.. in shaa ALLAH. Fi Amanillah.

ain.ya.nun. said...

Allahu Wa,

Patutlah lama menghilang.
Semoga terus diberi kekuatan untuk menghadap semua ujianNya ya.

Mrs Puex said...

tekke iwa.. semoga diberi kesembuhan untuk iwa dalam menjalanai kehidupan seharian bersama anak tersayang.. in sya allah ada hikmah semua ni..

sabar ya.. enjoy selagi mampu tauu..

xoxo,
ayang a.k.a mrspuex

Nazayiena Ayiena said...

Semoga cpt sembuh Izwa....

Nieyla Nadia said...

Allahuakbar..walaupun besar dugaan akk...
tapi yakin dan percayalah setiap yg Allah beri itu..
adalah mengikut ketabahan dan kekuatan akk... Nieyl doakan semoga akan cepat sihat, cepat sembuh dan yang paling penting kena kuat semangat untuk family dan anak-anak akk...:)

Love,
Nieyl

Mar Mansor said...

semoga izwa terus tabah. saya mengikuti perkembangan izwa.

Nurhidayu Abd Majid said...

Salam Izwa, lama tak singgah sini..

Izwa, terkejut ayu baca post ni..Allahuakhbar, moga Izwa tabah dan kuat hadapi dugaan ni.. Rest dulu & jgn penat2 sgt ya..

Take care

Salam dari Bumi Di bawah Bayu ❤️

el said...

Allahuakbar..take care awak
awak tabah..walaupun dalam hati awak hanya Allah saja yang tahu
Daku mendoakan kesejahteraan kesihatan awak sihat dan dipermudahkan urusan kehidupan amin. love of love here

Akak Kembang said...

Ya Allah Iwa ... sedihnya akak baca. Awak boelh sneyum lagi kan. Akak doakan awak sihat seperti biasa. Jangan fikir-fikir sangat. Gambateii

Hani Fadhlina Abdul Rahman said...

Semoga cepat sembuh seperti sediakala... Jangan stress... Relax relax aje...

hainom OKje said...

Sedihnya Izwa....hakak tak dapat bayangkan macam mana hakak nak menghadapi ujian mcm tu. Tapi tak pe, percayalah Allah akan bagi ganjaran yg besar utk Izwa...Sabar dan redho ye

Cho Zila said...

semoga tabah dengan ujian dariNya... akak mendoakan agar izwa akan diberikan kesihatan berterusan... kadang kita rasa sihat sangat tapi hakikatnya kita tidak tahukan...
ps lupa nak ucapkan tahniah dapat rumah sendiri... tak kisah apa kata orang yang penting kita sahaja yang tau..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang