thumbnail

Thursday, June 21, 2018

Borak Santai.


Ermm..rasa macam dah lama giler blog ni tak ber-update dengan betul. Cerita pun banyak nak share tapi tak berpeluang je untuk dikongsikan kat sini. Entah..

12 tahun.

Anniversary.

02.06.2018 haritu anniversary kami yang ke-12 (dah nak habis bulan baru nak cerita ..ha..ha..ha..) ehh..ehh..ngam pulak nombor tu! Yee..rumah kita orang tingkat 26 uolls~ Macam Eady cakap masa cabut undi dulu, anggap tingkat 26 tu tarikh anniversary rumah kita ;) yolah yolah. Pejam celik pejam celik 12 tahun dah kawin, pejam celik pejam celik juga anak-anak dah besar aku pun dah berusia. Ha..ha..ha..

Alhamdulillah aku dah dekat 2 bulan duduk kat rumah sendiri. Barang pun tak habis unpack lagi. Ermm..nak kata barang apa barang pun takde..hihihi..ada kain baju tilam katil je. Ohh..meja makan, yang lain nan hado lagi! Bila nak beli nyer entah! Eady sibuk survey kitchen kabinet untuk rumah tu. Konon hadiah anniversary la konon hadiah masuk rumah la..entah..aku tak kisah sangat pun, dapat table top pun aku okey je asalkan boleh masak. Yang aku pulak sibuk la survey rak tv & sofa. Haaa..rumah aku kerusi sofa pun takde..hahahah..kalau datang sila duduk bawah ye korang. :)

Takde niat pun nak penuhkan rumah tu serentak, aku lebih suka beli sikit-sikit. Alahhhh..nak duduk lama kan jadi nak kejar ape nak beli semua sekali harung. Aku malas nak berat-berat pikir benda yang tak penting. Asal ada, asal boleh aku okey je. Tak cerewet aku ni. 

Masa pipi ade isi lagi. (gambar 2 bulan lepas)

Anak-anak

Alhamdulillah, anak-anak sihat je semua. 

Syahmi, busy dengan recording muzik video band dia untuk first single. Lepas syawal akan release muzik video tu, korang boleh follow IG/FB/Youtube : The BRS BAND kalau nak tengok 1st single tu nanti. Sekarang pun boleh tengok teaser 1st single tu. Syahmi dah darjah 5 sekarang ni, bulan puasa ni sibuk dia mengaji untuk kejar khatam quran. Mudah sikit hidup aku sejak dia dah banyak membantu. Setakat minta hidang makan, kemas meja makan & basuh pinggan mangkuk dia dah boleh buat dah. Kadang-kadang dia vacuum atau menyapu rumah so kurang la kerja rumah aku sekaligus kurang sikit penat aku.

Sufiya, memang payah disuruh. Kalau kau minta tolong atau bagi arahan kau perlu beri arahan bersama pujukan..hihihii..dia ni lain machiam sikitttt perangai! Anak no.2 kan so selalu nyer kalau aku bagi arahan tu rasa macam bagi arahan kat diri sendiri jerr..sebab duluuuuuuuuuuuuu aku pun macam ni la! Ha...ha..ha.. ingat lagi kalau waktu tu ibu suruh kemas bilik memang aku takkan buat. Entah hape la punya perangai lagi kau suruh buat lagi la aku tak buat. Sekarang amik kauuuuuu menurun sebijik sejibik kat anak sendiri. Last-last aku ehhh lantak lah haiii..kalau aku rajin aku buat kalau tak aku biar je..hahahah..mak anak 2 kali 5!

Syakirah? Ermm..sejak dah pandai cakap dah sekolah ni kerja asyik bergaduh dengan Sufiya je, dengan Syahmi kurang sikit sebab Syahmi ni sabar dia tinggi dengan adik-adik. 

Bila kita marah dia laju je dia buat muka ala-ala comel tak nak bagi kita jerkah dia. Suka benar conteng badan & kaki! Aku pun pelik apesal lahhhh perangai suka conteng badan. Syakirah ada masalah mata sikit, mata kanan dia macam lari nak jadi juling air..buat masa ni dia kene pakai spek mata & kene buat latihan untuk kuatkan otot mata bagi masuk balik ke lorong mata yang betul. Spek tu pakai la hari-hari tapi latihan tu payah sangat nak buat. Risau aku lahh...

#teamrayaKL

Raya 2018

Raya kami macam setiap tahun yang sama je laaaa... #teamrayaKL uolss!~ Salam-salam raya, makan-makan, dah setel raya orang KL. Soooooo boring~ 2nd day raya aku dah pegi IKEA beli barang rumah sikit-sikit. Ahad duduk rumah jerr..serius la wehhhh boring giler kot raya kat KL ni..harap beli baju lawa-lawa pastu tidur je..muahahaha..

Aku dengan seluar jeans feveret...hahaha..ade 2 helai okey~

Aku

Apa pun alhamdulillah sejak last buat angioplasty tu & sejak on ubat yang doktor bagi aku rasa 10 kali dah elok keadaan aku ni cuma sekali sekala je datang letih teramat. Sekali sekala ade juga terasa sakit dan dalam tempoh tu hanya sekali je aku ke wad berbanding sebelum ni boleh dikatakan sebulan dua sekali confirm aku ke wad. 

Sihat-sihat cara aku je la. Bulan puasa teruk jugak la keadaan aku. Penat oiiii bangun pukul 4 pagi tidur pukul 12 malam. Tingtong habis sepanjang bulan puasa sampai aku takde selera langsung nak makan! Berbuka sahur minum air jer..giler sadis takde selera sampai berat aku turun 8kg okeh. Bukan diet tapi memang tak larat sungguh nak makan. Penat kerja penat puasa penat masak semua triple penat lahhhh..kadang ade masa rasa nak nangis tak tentu pasal pun ade. Ha..ha..ha..stress gamak nyer.

Nasib baik Eady rajin tolong aku. Kadang kita orang take turn. Dia masak aku cuci pinggan mangkuk kuali periuk semua, macam tu jugak kalau aku masak dia tolong berkemas. Kadang sahur dia yang panaskan nasi lauk semua, bahan nak masak pun dia sediakan siap-siap untuk aku. Yelah dah duduk Kepong ni jalan pergi balik kerja maha jem tak hujan jem teruk kalau hujan lagi bapak teruk..penat oiii. Kalau ikut kira dia lagi triple penat dari aku tapi yelah dengan keadaan aku yang kene makan ubat ni, yang kene banyak berehat terpaksa juga la aku buat juga sikit-sikit gagahkan diri sebab kalau terbaring je penat juga.

Setakat ni life okey-okey je takde masalah besar sangat pun. Dah duduk rumah sendiri senang sikit nak buat sepah sama anak-anak! Ha..ha..ha..lantak rasa nak kemas rumah aku kemas rasa tak nak lipat kain aku biar je..ha gitu je life. Pergi balik kerja anak-anak semua biase-biase je. Takde best mana pun. :)


Tuesday, June 12, 2018

Sahur Kekal Kenyang Sepanjang Hari Bersama QUAKER OATS


Salam ramadan.

Heh..dah nak habis puasa baru gigih nak share tips kekal kenyang sepanjang hari sepanjang puasa. He..he..he..takpe kita praktik masa puasa enam nanti. Ye dak? Puasa sunat pun boleh juga dipraktikkan.

Seriuslah cakap bulan puasa ni aku memang takde selera langsung! Baik masa sahur baik masa berbuka. Bayangkan sahur seteguk air & ubat, berbuka pun sama seteguk air & ubat. Sekali sekala je aku makan, itu pun yang orang bagi or belikan. Masak macam biasa hari-hari pagi petang masak tapi nak makan sendiri memang tak lalu sangat. Bulan puasa ni aku turun 8 kg! Percayalah aku pernah tak makan 4 hari sepanjang bulan puasa ni, hanya air seteguk & ubat je yeeee bukan segelas air okey! Baju kebaya yang dah berkurun tak boleh pakai pun dah muat elok tersarung.

Jadi nak kekal bertenaga sepanjang hari, kekal kenyang sepanjang hari aku cuma ambil QUAKER OATS!

QUAKER OATS since 1877

QUAKER OATS since 1877

Kalau dulu aku paling benci oat! Setiap kali tengok oat confirm aku rasa mual sebab macam makan munt*h. Sorriii...Eady selalu marah kalau aku cakap macam tu..ha..ha..ha..almaklum orang kampung macam aku mana reti makan benda-benda macam ni tapi sejak diperkenalkan, sejak-sejak dah pandai rasa sikit-sikit barulah tekak boleh mula terima. Rupanya SEDAPPPPPPPPPPPPP oat ni! Ha..ha..ha...ketinggalan zaman aku weh~

Quaker Otas dah keluarkan yang instant!

QUAKER OATS since 1877 - instant

Sejak QUAKER OATS dah keluarkan yang jenis instant lagi murah dan pantas aku nak bersiap waktu sahur. Just koyakkan MATCHA GREEN TEA tuang dalam cawan dan tambah air panas je. Nak lebih sedap dan mengenyangkan aku top up epal hijau & epal merah. Insya allah setakat hari ni takde pulak rasa lapar-lapar masa waktu siang. Tak makan nasi pun steady je.

Ohhh...tahu kah anda, Quaker Oats mengandungi bijirin oat yang tinggi serat dan protein, dapat membantu mengurangkan rasa lapar. Oat  adalah  sajian  yang  mengenyangkan  kerana  mengandungi  9.4g serat dalam  setiap  100g dan protein yang lebih tinggi daripada beras perang, barli dan tepung gandum2. Kandungan khasiatnya  yang  tinggi  menjadikan  ia  lambat  dicerna  serta  dapat  membekalkan  tenaga melalui pembebasan glukosa ke dalam salur darah.

Selain dari buah-buahan, korang juga boleh top up kurma, kismis atau madu tau nak bagi ada rasa manis-manis buah tu almaklum green tea kan so rasa teh dia extra sikit. Korang jangan risau, MATCHA GREEN TEA ni rasa dia tak sepelik green tea kat luar sana tu. Macam aku memang out teruslah air-air green tea ni, lantak lah orang kata sedap pun bagi aku tak sedap pun..hahahaha..tapi QUAKER OATS punyer green tea ni tak sepelik green tea lain. Masih boleh diterima pakai oleh tekak dan rasa dia lemak-lemak sedap.

QUAKER OATS yang lain pun dah mudah giler nak buat! Just add on air panas je uolls~ takde nyer nak kene bancuh teruk-teruk dah dan sekarang QUAKER OATS dah keluarkan macam-macam perasa. Try lah korang...sedap rupa nyer oats niiii..ha..ha..ha...


Untuk maklumat lanjut tentang kebaikan oat serta promosi, acara dan resipi Ramadan/Raya terkini, layari :


Monday, June 04, 2018

Hanya 2 minit diperlukan dengan EPHYRA - MATTE GLOW FOUNDATION!


Wearing : Ephyra - Matte Glow Foundation & Ephyra Lips

Wah kauuuuu Izwa sebulan sekali buat kemunculan yeah? Hehehehe..sorry korang! Sebelum tu nak ucapkan SELAMAT BERPUASA walaupun dah hari ke-18 masih belum terlambat aku nak ucapkan kan? Aku ade je cuma kekurangan masa nak update blog. Nanti tauuu ade masa aku update pasal hal lain. Buat masa ni jom kita fokuskan apa aku nak share kat sini ;)

Ehemmm..benda best benda bagus haruslah dikongsi bersama. Macam yang korang tahu (ke tak tahu? hihihii...) aku kan pengguna setia produk Ephyra dari dulu kini dan selama nyer..boleh klik sini kalau nak tengok review aku pasal kebanyakkan produk Ephyra ni. Serius okey tak tipuuu memang skin jadi cantik smooth je yang penting kene pakai secara istiqomah sabar dan tawaduk..hahahaha..ayat tak boleh blah! Yelaaa..nak pakai satu produk tu takkan sekali pakai terus elok ye dak?

Okey kita serius sikit.. ;) 

Baby baru Ephyra & juga Ephyra Lips dengan warna baru.

Ephyra - MATTE GLOW FOUNDATION 

Ephyra - MATTE GLOW FOUNDATION 

Nak bagitau korang ni EPHYRA dah keluarkan foundation jenis matte tau! Ingat lipstik je ke yang matte ni foundation pun matte tau. Canggih tak canggih la! Ephyra - MATTE GLOW FOUNDATION nama diberi gituh~ Aku dah seminggu lebih try so far aku sukaaaaaa sangat-sangat! Walaupun foundation ni jenis water based tapi bila diblend kat muka terus dia jadi ala-ala macam bedak terletak elok je kat muka. Kalau korang tak tambah bedak pun still okey lagi muka. Just touch up pakai jari je bagi rata.


Kelebihan Ephyra Matte Glow Foundation
============

1. Tesktur yg tidak berminyak & bila dipakai tidak rasa melekit pada muka
2. Ringan (lightweight & comfortable feel) 
3. Tidak membuat liang pori tersumbat 
4. Memberi kesan glowing pada solekan
5. SPF 30 - Melindungi kulit dari sinaran UVA & UVB
6. Full coverage - menutup parut dan cela di muka (Beri efek kulit licin / smooth)
7. 12hrs oil control - mengawal pengeluaran minyak berlebihan di muka
8. Tahan sehingga 12 jam 
9. Mudah disapu pada seluruh muka - senang di blend hanya dgn guna jari (tak bercapuk) 
10. Mencerahkan kulit wajah & pudarkan parut & jeragat 
11. Membantu melembapkan kulit wajah sepanjang hari
12. 1 tona warna saja - berubah mengikut tona kulit masing2 & buatkan ia blend secara natural. 

======

❤ Kaya dgn VITAMIN E - melembapkan & melembutkan kulit. Mencerahkan kulit dan pudarkan bintik2 hitam / jeragat & parut degil.
❤ SPF 30 - melindungi kulit dari sinar bahaya UVA & UVB.
❤ Memberikan kilauan sinar semulajadi ( glowing ) pada kulit wajah 
❤ Menjaga & Merawat kulit - kuasa mencerahkan kulit secara natural (Whitening, Anti Aging , Brightens Skin Tone) 
❤ 12 HOURS OIL CONTROL - x buatkan muka berminyak berkilat2 bila pakai lama.
❤ 1 TONE SUITS ALL - satu tona warna saja tp berubah mengikut kulit masing2 dan buatkan blend secara natural. X bercapuk malah lebih berseri n glowing...
❤ FULL COVERAGE - mmg bleh cover seluruh muka. Segala parut2 bukan setakat dia bleh cover, malah bleh rawat dan pudarkan terus insyallah. ๐Ÿ˜˜๐Ÿ‘๐Ÿ˜‰
❤ JIMAT - pakai sket jer dah cukup utk bg effect makeup yg sgt wow. Satu tube ( 15 ml ) bleh tahan 1-3 bulan. Seriouss!! ๐Ÿ‘๐Ÿผ

Ni bukan video tutorial tau ni video nak tunjuk muka sebelum dan selepas.
Tak sampai 2 minit dah bersiap muka bermake-up tau ;)

sebelum dan selepas

PENDAPAT AKU SETELAH HAMPIR SEMINGGU GUNA EPHYRA - MATTE GLOW FOUNDATION

Cara pemakaian foundation ni tersangat mudah! Just letak sikit-sikit kat muka pastu sapu je rata keseluruh muka terus siap. Pendek kata kalau korang pegi jalan-jalan takkan korang nak bawak 1 beg make-up tuh? Ni lagi raya nak dekat takkan nak ke hulu ke hilir pergi rumah orang dengan beg make-up? Ephyra - MATTE GLOW FOUNDATION ni dikeluarkan dalam bentuk tiub yang comel kalau letak dalam handbeg tak menambah pun berat handbeg korang tuh! Paling senang tak sampai 2 minit dah siap. Alaaa kalau korang berjalan sana sini pastu berenti solat takkan nak make-up lama-lama, takkan nak make-up berat-berat ye dak? Just pakai EPHYRA FOUNDATION NI DENGAN EPHYRA LIPS JE DAH SIAPP ;)

Pastu, kalau pakai seharian muka tak berminyak pun. Ade rasa macam licin-licin tapi takde keluarkan efek muka berminyak la. Pakai pun muka ala-ala glow sikit. Kalau nak efek lagi cun meletop korang pakai la skin care Ephyra. Licin je rasa muka. Best la aku sukaaaaa ;) sebelum-sebelum ni aku pernah pakai banyak foundation, yang paling mahal pernah aku pakai harga 200 lebih tapi tak sampai tengahari muka aku berminyak okeyyy! Mulalah nak gatal tangan lap sana lap sini..abis tepi-tepi tudung kene minyak dan kene foundation tu..bila nak basuh kene berus pakai tangan tudung tu..pulak dah! Bertambah kerja.

Selain dari tu Ephyra - MATTE GLOW FOUNDATION ni jenis dia blend dengan semua warna kulit. Kira kalau korang nak share dengan adik beradik ke kawan-kawan yang kulit warna lain pun boleh. Macam aku, aku tak share sebab aku kedekut! Ha..ha..ha..sayang oiiii foundation ni memang la tak mahal tapi aku sayang foundation ni ;)

Hah cakap pasal harga! Harga EPHYRA - MATTE GLOW FOUNDATION ni : RM 58 ( sm ) / RM 64 ( ss) je. Tahan 1-3 bulan la tengok penggunaan korang, takkan seharian korang sapu 80 kali kot?

Ephyra Lips - Liquid Lipstick

Code Ruby Chic & Katy Perry
Ehpyra Lips new colour!

Okey jujur nyer ini kali pertama aku pakai Ephyra Lips walaupun sebelum ni memang Ephyra dah keluarkan liquid lipstick. Aku tak beli dan tak pakai sebab aku ni jenis tak suka pakai lipstik ala-ala lip gloss! Aku tak suka bibir macam basah-basah melekit pastu mula la nak melekat kat tangan, melekat kat cawan la..

Tapi kali ni aku berjaya kuatkan hati untuk cuba..ha..ha..ha...rupanya nyer Ephyra lipstik ni memang nampak macam basah melekit tapi bila dah sapu kat bibir dia terus jadi matte melekat tak tanggal dari bibir! Wallahhhh...ni aku suka! Tak sememeh dan jimat oiii..kalau tak lipstik manjang nak hilang je. Kalau nak cuci just pakai tisu basah je ;) best best best~

Tuh tuh..warna baru dari Ephyra sempena nak raya ni, warna pun limited edition tau. Ruby Chic & Katy Perry. Omey omey warna dia. Warna kesukaan aku. Aku tak suka warna tanah macam pucat je kalau pakai. Yang ni just nice. Ehpyra Lips RM 30 jerr..pakai dengan sekali sapuan je dah penuh 1 bibir. Jimat oii ;)

So korang cepat lah dapatkan 2 produk baru keluaran EPHYRA ni. Dedua super jimat dan super cantik. Entah lah susah aku nak cakap kenapa aku suka sangat produk EPHYRA. Bukan 1 tapi semua. Salah satu nyer terpaling aku suka sebab semua produk EPHYRA tiada bahan kimia sebab tu kadang-kadang efek dia lambat nak nampak tapi berkesan uolls~ Satu sebab lain ialah EPHYRA ni keluaran bumiputera tau so aku yakin sangat untuk pakai. Almaklum semua benda pun kita nak kene tahu halal haram bukan takat makanan je produk yang mekelat kat kulit pun kene amik tahu juga.

BABY BARU dari Ephyra.

Lebih lanjut korang boleh terjah :



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang