thumbnail

Thursday, June 21, 2018

Borak Santai.


Ermm..rasa macam dah lama giler blog ni tak ber-update dengan betul. Cerita pun banyak nak share tapi tak berpeluang je untuk dikongsikan kat sini. Entah..

12 tahun.

Anniversary.

02.06.2018 haritu anniversary kami yang ke-12 (dah nak habis bulan baru nak cerita ..ha..ha..ha..) ehh..ehh..ngam pulak nombor tu! Yee..rumah kita orang tingkat 26 uolls~ Macam Eady cakap masa cabut undi dulu, anggap tingkat 26 tu tarikh anniversary rumah kita ;) yolah yolah. Pejam celik pejam celik 12 tahun dah kawin, pejam celik pejam celik juga anak-anak dah besar aku pun dah berusia. Ha..ha..ha..

Alhamdulillah aku dah dekat 2 bulan duduk kat rumah sendiri. Barang pun tak habis unpack lagi. Ermm..nak kata barang apa barang pun takde..hihihi..ada kain baju tilam katil je. Ohh..meja makan, yang lain nan hado lagi! Bila nak beli nyer entah! Eady sibuk survey kitchen kabinet untuk rumah tu. Konon hadiah anniversary la konon hadiah masuk rumah la..entah..aku tak kisah sangat pun, dapat table top pun aku okey je asalkan boleh masak. Yang aku pulak sibuk la survey rak tv & sofa. Haaa..rumah aku kerusi sofa pun takde..hahahah..kalau datang sila duduk bawah ye korang. :)

Takde niat pun nak penuhkan rumah tu serentak, aku lebih suka beli sikit-sikit. Alahhhh..nak duduk lama kan jadi nak kejar ape nak beli semua sekali harung. Aku malas nak berat-berat pikir benda yang tak penting. Asal ada, asal boleh aku okey je. Tak cerewet aku ni. 

Masa pipi ade isi lagi. (gambar 2 bulan lepas)

Anak-anak

Alhamdulillah, anak-anak sihat je semua. 

Syahmi, busy dengan recording muzik video band dia untuk first single. Lepas syawal akan release muzik video tu, korang boleh follow IG/FB/Youtube : The BRS BAND kalau nak tengok 1st single tu nanti. Sekarang pun boleh tengok teaser 1st single tu. Syahmi dah darjah 5 sekarang ni, bulan puasa ni sibuk dia mengaji untuk kejar khatam quran. Mudah sikit hidup aku sejak dia dah banyak membantu. Setakat minta hidang makan, kemas meja makan & basuh pinggan mangkuk dia dah boleh buat dah. Kadang-kadang dia vacuum atau menyapu rumah so kurang la kerja rumah aku sekaligus kurang sikit penat aku.

Sufiya, memang payah disuruh. Kalau kau minta tolong atau bagi arahan kau perlu beri arahan bersama pujukan..hihihii..dia ni lain machiam sikitttt perangai! Anak no.2 kan so selalu nyer kalau aku bagi arahan tu rasa macam bagi arahan kat diri sendiri jerr..sebab duluuuuuuuuuuuuu aku pun macam ni la! Ha...ha..ha.. ingat lagi kalau waktu tu ibu suruh kemas bilik memang aku takkan buat. Entah hape la punya perangai lagi kau suruh buat lagi la aku tak buat. Sekarang amik kauuuuuu menurun sebijik sejibik kat anak sendiri. Last-last aku ehhh lantak lah haiii..kalau aku rajin aku buat kalau tak aku biar je..hahahah..mak anak 2 kali 5!

Syakirah? Ermm..sejak dah pandai cakap dah sekolah ni kerja asyik bergaduh dengan Sufiya je, dengan Syahmi kurang sikit sebab Syahmi ni sabar dia tinggi dengan adik-adik. 

Bila kita marah dia laju je dia buat muka ala-ala comel tak nak bagi kita jerkah dia. Suka benar conteng badan & kaki! Aku pun pelik apesal lahhhh perangai suka conteng badan. Syakirah ada masalah mata sikit, mata kanan dia macam lari nak jadi juling air..buat masa ni dia kene pakai spek mata & kene buat latihan untuk kuatkan otot mata bagi masuk balik ke lorong mata yang betul. Spek tu pakai la hari-hari tapi latihan tu payah sangat nak buat. Risau aku lahh...

#teamrayaKL

Raya 2018

Raya kami macam setiap tahun yang sama je laaaa... #teamrayaKL uolss!~ Salam-salam raya, makan-makan, dah setel raya orang KL. Soooooo boring~ 2nd day raya aku dah pegi IKEA beli barang rumah sikit-sikit. Ahad duduk rumah jerr..serius la wehhhh boring giler kot raya kat KL ni..harap beli baju lawa-lawa pastu tidur je..muahahaha..

Aku dengan seluar jeans feveret...hahaha..ade 2 helai okey~

Aku

Apa pun alhamdulillah sejak last buat angioplasty tu & sejak on ubat yang doktor bagi aku rasa 10 kali dah elok keadaan aku ni cuma sekali sekala je datang letih teramat. Sekali sekala ade juga terasa sakit dan dalam tempoh tu hanya sekali je aku ke wad berbanding sebelum ni boleh dikatakan sebulan dua sekali confirm aku ke wad. 

Sihat-sihat cara aku je la. Bulan puasa teruk jugak la keadaan aku. Penat oiiii bangun pukul 4 pagi tidur pukul 12 malam. Tingtong habis sepanjang bulan puasa sampai aku takde selera langsung nak makan! Berbuka sahur minum air jer..giler sadis takde selera sampai berat aku turun 8kg okeh. Bukan diet tapi memang tak larat sungguh nak makan. Penat kerja penat puasa penat masak semua triple penat lahhhh..kadang ade masa rasa nak nangis tak tentu pasal pun ade. Ha..ha..ha..stress gamak nyer.

Nasib baik Eady rajin tolong aku. Kadang kita orang take turn. Dia masak aku cuci pinggan mangkuk kuali periuk semua, macam tu jugak kalau aku masak dia tolong berkemas. Kadang sahur dia yang panaskan nasi lauk semua, bahan nak masak pun dia sediakan siap-siap untuk aku. Yelah dah duduk Kepong ni jalan pergi balik kerja maha jem tak hujan jem teruk kalau hujan lagi bapak teruk..penat oiii. Kalau ikut kira dia lagi triple penat dari aku tapi yelah dengan keadaan aku yang kene makan ubat ni, yang kene banyak berehat terpaksa juga la aku buat juga sikit-sikit gagahkan diri sebab kalau terbaring je penat juga.

Setakat ni life okey-okey je takde masalah besar sangat pun. Dah duduk rumah sendiri senang sikit nak buat sepah sama anak-anak! Ha..ha..ha..lantak rasa nak kemas rumah aku kemas rasa tak nak lipat kain aku biar je..ha gitu je life. Pergi balik kerja anak-anak semua biase-biase je. Takde best mana pun. :)


15 comments:

Cik Tie said...

Raya kat KL camtu je kan huhu pernah sekali raya kat sana. Tak tau nak buat apa last-last tidur jelah hehe. Btw selamat hari raya

HeNRieTTa JoSe said...

sronok kan duduk umah sendiri, xpe, plan plan isi, kalau sekali harung isi, nnti dah xde apa nak survey nak beli nak isi.tngkat 26? uiks, tinggi naw....moga cepat sembuh yea...

Aisya Ismail said...

Selamat hari raya sis..

- dieyana - said...

selamat hari raya...

Hanis Azla said...

As-salam Izwa..

Semoga segalanya terus baik-baik untuk Izwa dan keluarga.. Semoga kesihatan Izwa terus baik dan dipermudahkan segala urusan.. in shaa ALLAH.

Khir Khalid said...

Happy anniversary dan salam Aidilfitri buat Izwa sekeluarga. Maaf zahir batin dan salam ceria selalu :)

aRzMoHa said...

Alhamdulillah seronok tengok. Moga terus bahagia sampai ke Syurga.

Dalam perkahwinan tak semua datang sekaligus semuanya sikit-sikit asalkan yang penting kita selalu bersyukur...

شركة المثالية said...


شركة المثالية للتنظيف
شركة المثالية للتنظيف بالدمام
شركة المثالية للتنظيف بالخبر

wahida said...

makin kurus ko nok...
aku doakan ko sentiasa sihat2 je okeh...takmo stress2 tau..
just enjoy our life...hugs...


Julia Johari said...

Akak sihat?

Aju Mohit said...

semoga izwa sentiasa diberikan kesihatan yang baik, ko nampak cantik setiap hari dik

التميز المثالي said...


شركة التميز المثالي للخدمات المنزلية وتنظيف المنازل والشقق والفلل بالدمام والخبر والقطيف والجبيل
قسم خاص لتسليك المجاري بالضغط ومكافحة الحشرات وتنظيف للمجالس والسجاد والموكيت وتنظيف الخزانات
نقدم افضل الخدمات المنزلية بالمنطق الشرقية 0551844053

شركة تسليك مجاري بالدمام
شركة تنظيف منازل بالدمام
شركة مكافحة حشرات بالدمام
شركة تنظيف منازل بالجبيل
شركة مكافحة حشرات بالجبيل
شركة تنظيف سجاد بالجبيل
شركة تسليك مجاري بالخبر
شركة تنظيف منازل بالخبر
شركة تركيب وصيانة الكهرباء بالدمام والخبر
شركة المثالية للتنظيف بالجبيل

التميز المثالي said...



شركة المثالية لمكافحة الحشرات بالدمام
شركة المثالية للتنظيف بالقطيف
شركة مكافحة حشرات بالخبر
شركة تسليك مجاري بالقطيف
شركة تنظيف منازل بالقطيف
شركة مكافحة حشرات بالاحساء
شركة مكافحة حشرات براس تنوره


التميز المثالي said...


خدمات شركة ركن الامثل بالمنطقة الشرقيه 0502644550 وتقديم كافة الخدمات المنزلية

شركة كشف تسربات المياه بالاحساء
شركة المثالية للتنظيف بالدمام
شركة تسليك مجارى بالخبر
شركة مكافحة حشرات بالخبر
شركة تسليك مجارى بالدمام
شركة مكافحة حشرات بالدمام
شركة تسليك مجارى بالقطيف
شركة مكافحة حشرات بالقطيف
شركة تنظيف بالدمام
شركة الصفرات للتنظيف بالرياض

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

Jom dating kat Taman Chest ...hehhehe take care

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang