thumbnail

Friday, May 24, 2019

Selamat Berpuasa!


Selamat Berpuasa korang! Walaupun dah hari yang ke-19 aku tetap nak ucapkan jugak. Huhuhuhu..tetibe rasa macam nak bercerita pulak harini.

Well..sekarang aku dah bekerja kat bahagian baru! Alhamdulillah syukur sebab memang aku yang minta tukar bahagian. 1st puasa hari tu aku lapor diri. Masih lagi kat bangunan yang sama tapi di tingkat lain. Entah..saja nak cari angin baru, diri baru, semangat baru. Bahagian lama tu dah 4 tahun aku rasa macam dah tepu, ye memang baru 4 tahun tapi kalau ikut kira betul aku duduk kat bahagian tu dah 8 tahun! Keluar masuk balik kerja yang sama juga. 


Tempat baru, kerja memang totally baru jauh beza dari kerja aku yang lama. Kira aku budak baru belajar start from zero ilmu kerja baru ni. Kawan pun ramai yang baru walaupun ade sorang dua memang aku dah kenal lama. Entahlah, sejak sakit dulu then masuk tahun baru aku ade azam baru. 

Aku bukan orang yang buat azam ye tapi entah tahun ni aku kene ade satu azam untuk diri aku. Aku berazam nak sihat dan nak selalu berada diserounding yang positif sahaja. Aku nak sihat demi diri, demi keluarga sebab aku tahu ramai yang bergantung dengan diri aku nih jadi kalau aku tak sihat macam mana aku nak jaga orang lain. 

Tak kisah la orang nak kata aku mengikut "kakak aku a.k.a bos lama aku" ke..aku tak peduli! Yang aku tahu aku nak sihat. Aku tak nak berada dalam keadaan sedih murung tertekan selalu. Kalau kerja dulu melibatkan kutip hutang korang faham-fahamlah macam mana berurusan dengan orang luar nie..memang dah lali tapi sekali sekala terkesan juga kat hati dan diri.

Alhamdulillah, penerimaan kat tempat baru ni tak buat aku rasa macam orang baru. Aku rasa diwelcome sangat kat sini. Entah tapi aku happy la dengan perubahan ni walaupun susah aku nak belajar benda baru. Aku tahu aku boleh buat.

NEXT,

Harta

Anak-anak alhamdulillah sihat semua. Membesar sihat bergaduh sesama diaorang macam anak korang jugak la..ha..ha..ha..

Syahmi dah darjah 6, tahun ni fokus UPSR & UPSRA. Sufiya darjah 4 macam biaselah dengan perangai anak nombor dua so sabar memang kene lebih dengan dia nihhh. Syakirah dah 6 tahun. Kejap je kan? Tahun depan dah darjah 1. Manja kemain ni tapi kadang kene juga debik dengan aku sebab dia la punca bergaduh biasa nyer. Almaklum bongsu kan..dia buat orang boleh tapi orang tak boleh buat dia. Canne? Pening tapi ni lah penyeri hidup. Ni lah tempat aku membebel. Huhuhu..

CIKO

Anak Bulu,

Anak bulu pun sihat! Manja ni oii..hihihi..mengekor je aku siang malam. Kadang tidur dengan aku kadang tidur merata. Perangai bersepah boleh tahan jugak la sama je macam 3 beradik dia tu jugak lahhhh..

Gemukkan? Tu baru 6 bulan tau..sekejap je gemuk dan besar. Aku selalu susah hati pasal budak ni. Asyik terfikir macam mana aku nak balik Labuan lama-lama!? Huwaa..i cannot arr..nanti rindu nanti pikir macam-macam macam manaaaaaa..? Huhuhu..mak-mak sangat okehhh padahal nak balik bulan 12 nanti. I cannot arrrr... T_____T

Aku?

Aku makin sihat .. kot? Wahahaha..aku pun tak tahu! Nak kata sihat sakit aku ni masih ada lagi nak kata tak sihat aku okey je. Cuma aku bersyukur setelah sekian lama aku sakit dah hampir 2 tahun akhirnya doktor dah dapat detect apa punca nyer! Aku akan sekali lagi buat angio, dan akan ke next treatment untuk baiki apa yang sakit tu. Aku pulak tetibe tak sabar nak buat angio sekali lagi tak sabar nak masuk wad. Aku tak sabar nak sihat sebanyak nyer! 

Harap lepas Jun/July nanti, lepas dah buat treatment tu aku akan okey banyak walaupun aku kene makan ubat ni seumur hidup.

Ramai yang tegur aku makin kurus. Ye..sekarang bulan puasa lagi teruk berat aku turun. Mendadak. Sahur memang tak makan ar..seteguk air itu pun sebab nak telan ubat. Berbuka tahanlah lagi makan walaupun selalu tak kene kat tekak. Ye sakit ni buat aku hilang selera makan teruk. 

Tapi mungkin itu hikmah nyer kot! Wehhh langsing tanpa bersenam kau mampu? Padahal memang dah tak boleh bersenam dah. Boleh la lite-lite tapi macam biasa aku kan malas! Ha..ha..ha..

Aku harap lepas ni aku terus sihat-sihat aje. Banyak lagi aku nak buat, banyak lagi aku nak kene tanggung, tanggungjawab tak habis lagi nih!


Sunday, March 24, 2019

Review Tak Berbayar : Tiada Lagi Masalah Keguguran Rambut!

Tiada Lagi Masalah Keguguran Rambut!


Lama tak update blog, entah apa angin nak share pasal keguguran rambut yang teruk. Ohhh..ni bukan review berbayar tau! Ni memang review aku sendiri setelah sebulan lebih aku pakai produk ni.


Sebelum tu aku mulakan dengan start setahun lepas aku disahkan mengidap Pulmonary Hypertension (PL). Jangan tanya sakit apa, kalau rajin google sendiri okey kalau tak pun korek je entry lama aku pernah update.


Since disahkan sakit tu aku kene makan sejenis ubat yang agak kuat yang hanya boleh diluluskan oleh doktor pakar sahaja, kat farmasi biasa pun takde jual ubat tu. Then aku juga diarahkan dipesan diberi amaran hanya boleh minum air kurang dari 1L je sehari termasuk buah dan kuah ye..

Bayangkan sehari tu 24 jam, dengan keadaan cuaca yang sekarang ni panas giler tak ke merempan rasa nak minum banyak-banyak? Erm...kalau makan berkuah banyak kene kurangkan air minum, kalau makan buah yang berair banyak kene kurangkan air minum..

So, bila air kurang dalam badan korang tau jelah masalah apa yang bakal menimpa. Dengan kulit kering teruk, macam tak cukup zat dalam badan mulalah semuanya. Sejak tahun lepas rambut aku termasuk bulu mata gugur macam orang kene kimo. Luruh macam takde perasaan jek..

Aku yang hadap ni down giler, sedih, malu, marah semua ade tapi apa nak buat? Sabar..? Bertabah? Kadang bila mandi rasa tak nak syampoo rambut, tak nak sikat rambut..semua tak nak. Gugur giler-giler ar teruk nyer..dah hampir nak botak kepala. Buka tudung rasa macam down giler..malu kat semua yang ada dalam rumah. Dalam masa yang sama ade juga aku google sana sini, tengok review kat ig & twitter..macam-macam jenis syampoo lah aku try tapi tak nampak pun kurangnya gugur rambut tu. Ermm..


Sampai lah satu haritu aku terbaca review kat google pasal shampoo & treatment Diane termasuk sekali dengan review Schwarzkopf Seborin Hair Tonic. Dengan gigih pegi cari kat Watson yang kebetulan ada buat sale. Seingat aku syampoo  & treatment Diane ni  RM 55 (harga masa sale tau...) dan Schwarzkopf Seborin Hair Tonic ni RM 40 lebih je..

Diane Shampoo & Diane Treatment


Diane Shampoo & Treatment - free paraben, free sulfate, free silicone. Diperbuat dari Organic Argan Oil & Vitalizing Keratin. Produk dari Jepun.

Setakat ni serasi benar dengan aku. Aku start pakai hujung bulan Feb, lepas seminggu nampak kuranglah rambut gugur. Kalau biasa lepas mandi mesti tengok kat lubang air shower confirm penuh dengan rambut, banyak nyer macam bergumpal tuh tapi sejak pakai shampoo Diane ni memang kurang giler arr rambut gugur masa mandi or sikat rambut. Memang terasa lah rambut kurang gugur sebab dah tak banyak rambut kat lantai. Kalau tak jenuh vacuum rumah setiap hari.

Pakai macam biasa, just shampoo macam biasa bilas then apply treatment tu selama 10 minit kat kepala pastu bilas bagi bersih kepala. Alah macam kita shampoo kepala biasa la, takkan itu pun aku nak kene ajar.. Bau wangi sangat, rambut jadi lembut dan tak kusut langsung. Aku bagi Sufiya pakai shampoo ni jugak sebab rambut dia jenis kusut teruk. Sejak pakai Diane shampoo & treatment rambut dia elok mengurai tak kusut. Lembut dan sentiasa wangi je walaupun selalu pakai tudung pergi sekolah pagi petang.

Korang yang anak yang nak masuk remaja tu elok la pakai shampoo ni, almaklum kat luar sana mana ada shampoo untuk remaja. Yang ada untuk kanak-kanak dan dewasa sahaja. Kesian banyak yang tak sesuai untuk budak usia dia, so dengan Diane shampoo ni memang elok la cuba pakai.

BTW, Diane Shampoo & Treatment ni ada banyak jenis tapi pilih yang ni sebab yang pink ni jenis untuk rambut kering, kusut dan juga gugur.

Schwarzkopf Seborin Hair Tonic


Schwarzkopf Seborin Hair Tonic ni biasa salon-salon pakai. Aku pun baru tau pasal Seborin nih. Macam mana nak tahu nak sebut pun tak pandai. Ha..ha..ha..mahal sikit tapi elok arr..

Botol besar tu, aku transfer ke dalam botol spray kecik supaya lagi senang nak spray ke kulit kepala. Kalau tuang dari botol jenuh meleleh kat satu kepala kat tengkuk bagai.. Spray lebih mudah dan lebih tepat kene kat kulit kepala. Lepas spray tenyeh-tenyeh sikit kat kulit kepala tuh. Aku pakai pagi & malam. Pagi masa bersiap nak pakai tudung dan malam sebelum tido. Bau dia wangi so tak payah risau bab bau kepam dalam tudung. Buka tudung dan anak tudung untuk solat pun still wangi je rambut. Suka sangat~

Dan, aku biasa spray selepas shampoo rambut. Masa rambut ala-ala dah nak kering-kering lembab tu hah spray..wangi & licin je rambut. Best arr..dah boleh nampak banyak anak rambut tumbuh tau. Seronok sangat! Tapi jangan arrr pakai kat bulu mata plak..buta mata kang. Schwarzkopf Seborin Hair Tonic ni membantu untuk pertumbuhan rambut dan menguatkan akar rambut.

Losyen Badan - Avon EVE Du/ET Sensual


Losyen Badan Avon - hah yang ni aku dapat free! Kan kulit aku kering teruk so aku apply losyen kat satu badan setiap kali lepas mandi ye..ha..ha..ha..yeee setiap kali lepas mandi ye.

Serius arr..losyen ni bau dia tahan lama & wangi teruk! Kalau pagi lepas mandi nak bersiap pegi keje, sapu kat seluruh badan wangi dia sampai ke petang. Tak tipu nih..wangiiiii jek..Harga tak tau sebab ni orang bagi so aku pakai jek selang seli dengan losyen badan Enchantuer. Losyen Enchantuer aku pakai macam sabun badan. Ha..ha..ha..yelah dapat review punya 3 botol besar bila nyer nak habis so pakai la banyak-banyak setiap kali nyer punnn..

Ohhhh ye...Syampoo & Treatment Diane termasuk Seborin Hair Tonic ni kalau nak beli dengan harga yang lebih murah korang boleh beli kat Shopee tapi kene rajin baca review takut terkena yang tak ori. Aku bukan duta shopee okehhh..ni semua review tak berbayar!

Try je lah..mana tahu serasi juga dengan korang. Macam aku dah jumpa lah apa yang serasi dengan aku cuma yang penting kene istiqomah pakai dan sabar! Yeee..ISTIQOMAH & SABAR. Haaa..aku capslock kan, bukan ape kang ade yang baru pakai 2 minggu tak jadi ape terus komplen tak jadi pun macam review.

Then, korang janganlah tanya bab makan vitamen ke hape, aku memang tak amik ape-ape supplement dan tolong jangan suggest apa-apa! Aku tak minat. Ye lah since kene kurangkan air minum nih takkan aku nak bedal makan supplement pastu tak bilas dengan air masak banyak-banyak. Memang tak la.. aku just follow arahan doktor pakar je sekarang nih termasuk tak boleh makan apa-apa jenis pain killer pun. Kalau sakit kepala aku hanya mampu mandi, basahkan kepala & tido.

Ehhh..jadi panjang pulak entry nih. Padahal nak share benda sikit je. Aku seronok sangat nak share sebab aku dah try! Sharing is loving right? Kecuali share laki la...yang tu tak love. Ha..ha..ha..joking~

Saturday, February 09, 2019

Mental Torture Budak?





Got this semalam. Mula-mula macam nak marah pun ade, kelakar giler pun ade, lama-lama jadi sedih sebab ade juga manusia macam ni dalam dunia.

Bukan sedih kat anak aku tapi sedih kat anak orang tu macam manalah dia dibesarkan dididik dengan low mentaliti macam ni? Harta jadi ukuran ke? Entah..bagi aku takde ape pun takpe. Aku okey je hidup simple macam ni. Pelik.

Kawan Sufiya whatsapp aku cakap yang ade sorang kawan dia orang yang lain cakap macam tu.

"Aunty..xxxx cakap umah Sufiya macam sarang burung.."

Aku senyum je..

Then

"Cuba kau tanya kawan kau tu pakai baju tudung semalam ke..manalah tahu tidur kat office kan..ayah aku kata..kalau tak mampu buat cara tak mampu.."

"Kalau kau nak bagitau mak kau bagitau la..tak payah berlagak..dah la duduk rumah sarang burung je.."

Aku like..haaa..hahahaa..wehh umah sarang burung aku ni cantik okey! Ade guard 24 jam, ade court badminton futsal bola keranjang, ade dobi 24 jam, ade kedai makan, ade kedai runcit. Parking pun dapat 2 lot sarang burung mende..hahahaa..aduhaiii...

Ya allah manusia macam ni pun ade? Didik anak dengan semua negatif ni? Huwaa..kesian nyer anak dia! Bayangkan bila dah besar dididik dengan harta benda? Oheemgee..

Okey kita cut off ye. Bab dia nak didik anak dia cara mana kesah pulak aku tapi sebab hidup bermasyarakat jadi aku kene sentuh jugak la bab tu. Masa mula-mula baca macam sedih juga..

Biase la mak-mak khennn..duk ala sian anak aku sian nyer anak aku.. :( sekali aku balik tanya Sufiya dia selambe badak je. Macam takde ape.

Sufiya cakap alah mama.."dari tahun lepas la dia cakap macam-macam asyik nak marah-marah tapi kakak ok je, kakak biar je, biar lah dia mama" pastu nyanyi-nyanyi dalam umah.

Aku like whatttttt.."kakak..mama ni susah hati takut kakak sedih ke?!" Dia cakap "tak lah nak sedih ape kawan kakak yang lain lagi ramai. Kawan kakak hari-hari rehat dengan kakak makan bekal mama" Hahahaa..anak aku lahhhhhhhh..urut dada okey!

View biase disarang kami :)

So far alhamdulillah..walaupun umah aku sarang burung ni lah tempat berteduh kami. Tempat kami masak bersama, makan bersama-sama, solat berjemaah, lepak santai tengok movie malam minggu. 

Aku tak kisah pun orang nak cakap aku takde harta sebab memang ye pun, harta aku cuma anak-anak, suami, ibu abah & adik beradik aku. Selebihnya aku tak kisah pun ade takde takde effect pun dalam hidup aku.

Kalau sekadar nak tunjuk umah besar, kereta mewah, barang kemas handbeg berkoyan untuk ape? Kepuasan diri je then boleh pegi mana je pun? Situ juga. Setakat nak menghina aku anak beranak bagi aku tak berkudis pun dihati sebab aku lebih kepada kesian orang macam ni. Hidup dihabiskan dengan fikir hal orang, fikirkan macam mana nak sakitkan hati orang, fikir macam mana nak rendahkan orang. 
Kesian tau sebab takde life langsung.

Boleh pegi mana je pun dengan menghina orang? Dapat apa dengan menghina orang? Tak faham..

So dah boleh close case la kot bila dah luahkan dalam ni. Hahahahaa..biase la mak mak emo padahal anak relax menyanyi melalak bergaduh kat umah. Haishh la anak!

Korang jangan tanya aku siapa sebab aku takkan bagitahu sebab aku tahu korang pun dah tahu siapa sebab ramai dah kot terkena dengan dia orang ni. Oppss~


Friday, January 18, 2019

Selamat Tahun Baru 2019


TAHUN 2019

Belum terlambat kot nak ucapkan selamat tahun baru kat korang walaupun dah nak masuk Thaipusam dah! Ha..ha..ha..

Ampunkanlah aku korang weh..i is so malas semenjak dua menjak tiga menjak nih, nak mengarut kat dalam ni pun malas. Nak citer ape je balik-balik tak sihat je tapi takpe sekarang aku dah sihat (alhamdulillah!) walaupun sihat sikit kene on ubat hari-hari kene tambah dose lagi kene tambah ubat lain tapi aku sihat. Boleh merayap boleh makan sedap boleh gelak ketawa boleh mengarut merepek kerepek kira aku sihat la kan. Apa pun kene bersyukur sebab boleh buat semua tu lagi. 

Ewah kauuu..tetiba maksum dihari jumaat. Hari lain sikit lagi nak sama macam hantu perangi nyer pun. Okey nak cerita santai je pun. Apa lagi pasal anak-anak je lah dunia aku. Pergi balik kerja masak masak masak takdelah benda lain hidup aku nih. Menteri dalam rumah la katakan. Semua kene buat kalau tak anak-anak tak jadi ape.

Anak-anak

Alhamudlillah anak-anak sihat je, Syahmi dah jadi Ketua Penolong Pengawas. Kemain suka dia sebab dia tak nak jadi Ketua Pengawas! Merayu-rayu kat aku tak nak jadi Ketua Pengawas. Cehhh bukan kerja aku la pulak lantik jadi ape tu semua urusan sekolah. Bila dia tahu dia jadi Penolong Ketua Pengawas terus balik dengan happy nyer. Macam ni punya orang pun ade okeh~ 

Syakirah dah masuk tadika 6 tahun, umur dah nak bertukar perangai tak tukar lagi! Ini orang setiap pagi tak nak mandi tak nak bangun tidur tak nak pakai baju tak nak jalan ehhh semua tak nak lahhhh..nak mama tunggu depan bilik air la nak mama pakaikan baju la..apoooo semua mama nih penat okeh penat tapi layankan aje kalau tak tak jadi kerja tak sempat nak ke kereta kejar masa. Pening dengan ini orang. Manja kemain.

Sufiya Irdina

Sufiya dapat juga hadiah yang dia ingin kan! Last year dia periksa no.3 ke no.1 ehh lupa dah..bila tanya kakak nak hadiah ape? Kakak nak jadi pengawas! Ya Allah nak itu hadiah yang mama tak boleh bagi nak! Kalau mama bodek cikgu sekolah bagi beg Smiggle pun belum tentu kau dapat nak..ehh smiggle?? hahahahah...

Tapi nak jadi cerita, dah nak cuti sekolah dah pun cikgu wasap bagitahu. Sufiya dilantik jadi pengawas biru. Aku simpan je berita tu tunggu sampai petang balik kerja baru aku bagitahu. Muka dia bercahaya berseri macam tak percaya. Huhuhu..anak oh anak kadang-kadang suci sangat permintaan nyer. 

Dengan Sufiya ni lagi banyak urut dada, anak no.2 kan dia punya peel serupa macam aku masa kecik! Kadang-kadang rasa nak meraung-raung tumbuk dada depan dia nak tunjuk betapa aku penat aku marah aku bengang dengan perangai dia, tapi dia budak ape dia tahu. Kalau aku buat drama sekali pun esok-esok dia buat lagi perangai no.2 dia tuh. *tepukdahi!*

Kucing pun tak nak kalah!

Actually kucing ni aku dapat dari blogger Ida Baharum tu sebelum balik Labuan. Umur kucing tu dalam 2-3 minggu macam tu. Kene bagi pakai susu botol, almaklum anak kucing takde mak ni susah sikit penjagaan dia.

Mula-mula aku tak nak tau, tapi anak-anak & Eady pakat-pakat nak aku terpaksa la berserah minta kat Ida. Bagi aku remeh kot nak jaga anak kucing takde mak, kene bersih kan lah bagi susu lah..arghh..aku banyak keje kot! Mana dengan 3 ketul tu nak tambah lagi seketul. Aduhaiii...mak is so stress u know. Mak tak boleh stress nanti mak sakit. Ha..ha..ha..tapi aku layankan je kehendak anak-anak. Asalkan happy cukup dah bagi aku.



Mula-mula macam-macam nama kucing ni dia orang 3 beradik bagi. Ciko Miko Mimo entah ape-ape lagik lahhh..tapi yang melekat Ciko. Asal panggil je pandang asal panggil ke mengiau so Ciko lah nama dia.

Manja abang dia tuh, pantang nampak Syahmi akan dia lari tinggal semua orang atau tinggal apa dia buat! Mana tak manja dari baby tu la Syahmi rajin bagi susu pakai botol. Gigih je bagi, sekarang Ciko dah 2 bulan tapi punya pemalas nak minum jilat dalam bekas dia sanggup mengiau panggil Syahmi tau. Geram je aku. Takde Syahmi elok pulak perangai makan & minum dia. Abang buat kerja sekolah pun teman je duduk atas buku teks, duduk  tidur atas belakang Syahmi.

Pagi-pagi 4.30 pagi kalau aku masak dia lah teman main-main kat kaki. Langsung tak mengiau just main-main kaki aku. Peneman aku membebel pagi-pagi..

Syahmi alhamdulillah masih lagi dalam landasan yang baik, moga terus berada dilandasan yang elok ye nak. Peperiksaan okey, UPKK 8A. Aku target nak masukkan dia MRSM Ulul Albab tapi tengoklah macam mana. Kang paksa-paksa anak tak jadi ape, kene tanya juga kehendak dia kita dorong-dorong je ke laluan yang betul. Dia target nak masuk MRSM Bentong, aku tak berapa suka sebab itu MRSM teknikal dan aku tahu dia teknikal memang kureng sikit. Bab agama cemerlang la, hafazan mengaji cakap bahasa arab tu helok je dia macam makan biskut jek. Aku pun melopong dengar. Tengoklah nanti, fokus UPSR je dulu.

Aku pun baru balik dari perjumpaan Ibu Bapa & Guru bagi calon UPSR 2019. Ade banyak pesanan dari cikgu untuk anak-anak, yang tu nanti aku share okey. Praktikkan supaya anak kita berada dilandasan yang betul. Kita jadi ibu bapa tak boleh nak paksa anak sangat nanti anak lari, kita just dorong dan tolak-tolak je jalan yang elok je selebihnya bagi dia berdikari. Itu cara aku la.

Tuesday, January 15, 2019

Kisah Percutian Yang Singkat 2018


Kisah Percutian 2018 : Labuan - Kinarut - Kundasang - Kota Kinabalu


Fuhhhh..lama giler tak update blog! Macam malas tapi teringin nak membebel tu tetap ade. Huahuahua..teringin nak membebel pasal percutian ke Kundasang bulan December 2018 haritu. Percutian last minit kawwww..main redah je kaedah nyer. Yelah nak bercuti jauh ni ingat bajet tak kene kira ke dengan anak nak masuk sekolah nak kene beli barang sekolah. Baju bajan sekolah lagi, kene pulak tahun ni Sufiya dah jadi pengawas biru lagilah bertambah bajet nak kene tukar semua.

Syahmi pulak memang kene tukar ganti baju sekolah agama yang baru, almaklum orang dah tinggi kasut pun tak muat dah. Yuran tadika Syakirah lagi dekat 400. Memang petak jugak la kepala tapi redah jugak laaaa pegi bercuti almaklum bukan senang nak ke sana! Pejam mata anggap ada je nanti rezeki anak-anak ;) Hah kauuuu..pembuka kata je dah membebel! Amik..lama sangat simpan dalam mulut kan..ha..ha..haa..

Sebenar nyer, sebulan sebelum balik ke Labuan abah mertua ade bagitau nak ke Kinarut Sabah. Nak ke rumah adik Eady yang baru seminggu dua pindah ke situ. Aku apa lagi ligat la otak nak ke Kundasang. Almaklum bukan selalu dapat ke Sabah tu. Laju jugak la tengok waze & google map dari Kinarut ke Kundasang tu berapa jam. Selajunya aku buka Agoda tengok hotel/resort yang kosong. Huahuahuaa..bab bercuti aku memang campion, kene pulak dah berkurun aku tak bercuti! Asyik sakit jek, asyik kerja jek macam takde life. Mula-mula Eady risau juga tak cukup bajet ke hape ke, tapi biasa la kita ni kan orang perempuan ade je poket doreamon ade je duit terselit so aku cakap kita redah jek, duit boleh cari tapi kegembiraan anak-anak tu tak boleh beli.

LABUAN

Rumah mertua di Kg. Lajau, W.P. Labuan.

Aku balik ke Labuan 15hb Dec so aku lepak Labuan dalam 4 hari setengah macam tu, sebab tiket feri ke Menumbok Sabah tu 21hb. Naik feri dalam 2 jam, pastu drive ke Kinarut dalam 2 jam lebih. Kita orang (2 kereta) sampai ke rumah adik Eady pukul 1 pagi macam tu. Ohh..feri malam sebab tu sampai sana dah tengah malam.

Esok pagi-pagi tu kita orang gerak naik ke Kundasang. Aku 1 family je. Mak abah semua tak ikut sebab dia orang nak berehat kat umah adik Eady tu je. Aku memang dah lama berzikir dengan Eady nak ke Kundasang tu, last time pegi tahun 2015 okehhhh..lama giler dah~

Dari Kinarut entah Eady lalu highway mana ntah..highway baru ikut belakang gunung kinabalu tu perjalanan jadi lama giler..hahaha..jauh nak matik rasa nak sampai ke kaki gunung kinabalu tuh. Dah la laluan baru tu tak nampak puncak gunung..i is so frust okehhhh tapi still happy sebab hati berbunga nak ke Kundasang tuh. Entah kenapa aku suka sangat pun aku tak tahu tapi yang aku tahu aku suka pergi bercuti jauh macam tu. Entah susah nak faham aku ni. Ha..ha..ha..

PORING HOT SPRING, RANAU.

Dari Kinarut tu kami terus ke Hot Spring Poring Ranau sebelum check-in kat hotel. Aku sebenar nyer tak suka pegi Poring ni. Huhuhu...sebab tu gambar pun tak banyak kot. Ha..ha..ha..nampak sangat bias! Aku tak suka sebab tempat ni tak best (bagi aku la!!) entah laaa mandi campur-campur dengan orang ni memang bukan aku la. Satu lagi aku tak suka pegi situ sebab banyak giler anjing! Serius la weh..lalu-lalu kat tepi kaki, duduk-duduk kat tangga kat kerusi..arghhh..aku jadi was-was sentiasa okehhhh..memang bersepah giler arrr anjing! Macam share tempat tu dengan anjing okehhh. Aku tak suka dalam keadaan sentiasa kene berjaga-jaga, was-was..ermm..entah kalau bagi korang okey okey la tapi aku memang tak nak arrr pegi situ.





Ade la sekeping dua gambar kat Poring ni, ini pun kat tempat yang okey sikit yang kawasan pool dia besar dan air bersih. Gambar kat kolam air panas tu takde ye, aku memang takde hati nak amik gambar kat situ. Kalau korang nak tahu keadaan kolam air panas tu macam mana sila google sendiri ye. Takde sekeping gambar pun aku amik kat situ.

Kolam ni air dia sejuk nak mati! SEJUK MACAM AIS tapi aku tengok budak-budak ni mandi sampai kecut macam asam baru nak naik. Ade 3 jenis kolam air sejuk kat sini, yang cetek dalam sikit dan kolam dewasa. Budak-budak ni mandi kat kolam dalam sikit, almaklum masing-masing dah pandai berenang tapi masih lagi dalam pemantauan penuh aku & Eady ar. Mata memang tak lepas langsung tengok dia orang. Beralih ke kolam air panas sekejap je tak sampai setengah jam kita orang dah tak nak lepak situ, sebab kat situ yang ramai anjing. Hah aku tak pakai perkataan banyak dah sebab ramai nyer sama macam orang pulekkk..nyampah~

Duk terbayang air liur anjing-anjing tu, kencing dia ntah kene kat mana..eeee..cannot brain lah kalau nak kene duduk pun duk was-was sentiasa. Tu belum kira anjing-anjing tu duk bergaduh berebut makanan, helok je kat laluan tangga gaduh nyer..eee..cannot brain! Lama-lama aku ajak Eady gerak ke hotel. Mandi kat pool air sejuk tu je agak lama dalam dua jam lebih kot. Nasib baik bilik salin, bilik air, bilik mandi bersih. Kalau kotor gak memang aku ban ar tempat nie. Sorry korang yang suka pergi sini, aku memang tak suka. Ehh..diva ke haku ni?

PEKAN RANAU - KUNDASANG.

Dah petang dalam pukul 3 baru kita orang gerak ke hotel untuk check-in. Aku book agoda je, ape ek nama hotel tu? Ermm...

Ni gambar keesokan pagi ye..kaki pun takmo kalah!

Hah.. Skyville Zen Resort! Book last minit. Hotel ni so-so je la bagi aku. Cukup untuk tidur satu malam je pun. Nak suggest rasa macam tak kot tapi kalau takat nak tidur semalam je okey la. Hotel bersih, harga just nice tak mahal tak murah, view out la tapi bab ni aku tak kisah sangat sebab aku check-in pun dah petang sangat lagi pun malam nak nampak ape ye dak. Pagi-pagi nak gerak dah ke Dairy Farm tu so aku okey je. Ade 2 katil cukup la kita orang berlima. Cuaca pun sejuk-sejuk nyaman, malam tak perlu kipas aircond ape lagi ko nak.

Staff okey, siap payungkan kau sebab waktu aku sampai tu hujan renyai-renyai. Kawasan luar dalam bersih, ade washing machine & air panas depan bilik hotel. Kawasan sunyi sejuk nyaman sebab Skyville Zen Resort ni nak kene mendaki bukit untuk sampai, macam dalam kawasan hutan walaupun tak. Aku ni bab hotel jarang komplen sebab aku terima seadanya kecuali staff biadap dan hotel kotor. Tu je. Kalau nak hotel/resort yang berview cantik korang boleh book Dreamworld Hotel or Kinabalu Pine Resort.

Lepas campak semua beg & barang, kitaorang keluar balik untuk cari makan! Hah..nasib baik anak-anak jenis tak buat hal sangat bila berjalan so lagi seronok la aku cuma jangan lapar je la masing-masing perangai macam aku! Bila lapar otak tak boleh berfikir! Ha..ha..ha..

RINDU ALAM CAFE - Ni gambar amik dari dalam cafe tu. 
Kalau takde kabus tu nampak puncak gunung kinabalu okeh!

Ohhh..aku nak suggestkan korang! Kalau pegi Pekan Ranau sila makan kat sini! Rindu Alam Cafe, betul-betul tepi jalan je kat roundabout Pekan Ranau tu. Aah..kalau pusing-pusing korang confirm akan nampak arrr..dua tiga kali kita orang pegi makan kat sini. Tomyam sedap, daging masak pedas sedap, sotong goreng tepung sedap..arghh..semua la sedap! Petang, malam, tengahari kita orang duk ulang makan kat sini je. Harga pun biase-biase je tak mahal.

Taken by Syahmi

Lepas makan hati dah senang baru boleh ronda-ronda amik angin sejuk kat Pekan Ranau tu, amik gambar pun tak nampak puncak gunung kinabalu sebab kabus tebal! Sejuk nyaman best je petang tu. Masa berhenti bergambar ni Syakirah & Sufiya tak nak keluar kereta. Almaklum dah penat mandi kolam dan makan dah keluar rumah dari pagi confirm la penat. Aku okey je faham, petang tu just habiskan masa ronda-ronda pekan ranau dari dalam kereta je. Dah nak maghrib baru balik ke hotel semula. Malam takde aktiviti pun, just lepak tidur sebab kat sana malam je dah macam mati semua. Sunyi! Ha..ha..ha..tv pun takde so apa kau nak buat? Tidur je laaaaa...

Desa Dairy Farm, Kundasang.

Pagi-pagi (takdela pagi sangat pun!) kita orang sarapan dulu kat pekan ranau tu then terus ke Dairy Farm Kundasang yang terletak kat Kg. Mesilou. Ohh..kalau nak best korang duduk kat Kg.Mesilou tu lagi dekat dengan Dairy Farm ni, tapi aku dah pernah duduk Kg.Mesilou dulu so aku takde la perancangan nak duduk situ lagi. Saja cari angin lain.

Ni gambar sempat amik masa kat Pekan Ranau

Naik ke atas tu puncak gunung Kinabalu pun dah macam nak tertutup! Arghh..petua dia kalau nak bergambar cantik helok nampak puncak gunung kinabalu tuh sila la datang seawal jam 7-8 pagi! Desa Dairy Farm buka pukul 8 pagi hah helok korang tolong buka sekali pagar kaunter bayaran tuh lagi cantekkk~ Aku sampai dah nak pukul 9 okeh, dengan orang ramai macam nak pergi merusuh dengan kereta bersusun jem cari parking. Ha..ha..ha..almaklum cuti sekolah kot!




Love sangat gambar ni!




Yang berkabus kat belakang tu la puncak gunung nyer ye tapi harammm hape pun tak nampak! Ha..ha..ha..sape suruh datang lambat memang padan la muka kauuu...tapi kesah pulak aku. Kat sini la bergambar banyak-banyak walau tak nampak belakang tu. Maafkan lah aku sebab letak banyak giler gambar. Aku malas nak edit malas nak collage malas semua nyer so aku tepek je terus senang. Ha..ha..ha..sejenis malas punya orang so korang hadap je la perangai aku nih.

Sebelum masuk ke dalam ladang lembu tu kemain lama kita orang kat luar ni sibuk benar lah nak bergambar. Nasib baik semua memberi kerjasama yang terbaik so takde la terjadinya gambar tak semenggah! Ha..ha..ha..mood semua helok je pagi tu, senang sikit mak jemah nak uruskan diri. Kalau nak mendatangkan stress jugak la nak ikut perangai sorang-sorang.

Okey tiket dah beli jom masuk!






Masuk Desa Dairy Farm ni takde la buat ape pun kecuali kau tengok lembu je la pun pastu beli aiskrim & air susu segar dia yang femes tuh. Apa lagi kau harapkan kalau pegi ladang lembu? BTW, berbaloi la beli aiskrim & susu segar dia walaupun kau beratur panjang macam nak beli tiket konsert BlackPink. Ha..ha..ha..pegi time cuti sekolah memang mendapatlah kauuuu orang ramai lagi dari lembu yang ade!

Kita orang lepak kat sini pun tak lama manalahhhh..setakat nak pegi buat syarat je orang kata. Ehh tak..pegi nak bergambar je pun, saje buat semak lagi bila time cuti sekolah. Lepak kat cafe dia makan pizza Desa Dairy Farm yang sedap tu gu kan dengan ais krim & susu segar layan gak! Susu segar perasa coffee tu is the best kat tekak aku! Sejuk coffee pizza panas..perghh.. terus lupa kau kat ladang lembu! Ha..ha..ha...

Sejam lebih sikit kot kita orang kat Desa Dairy Farm ni, turun dari Kg. Mesilou kami terus ke Fish Spa kat mana ntahhh..hahaha..aku hilang ingatan!

FISH SPA KG.LUANTI BARU, RANAU

Fish Spa Kg. Luanti

Hah aku dah ingat sebab ade gambar tuh..hahahaha..gigih pegi sini sebab anak-anak yang sibuk nak pegi! Masuk 15 minit je tapi layan arrr..pesanan buat korang kalau masuk sini beli la makanan ikan banyak-banyak! Maksud aku banyak-banyak tu ialah banyak okeh! Macam aku beli 2 hengget je ade 5 ke 6 bungkus tapi tak sampai 5 minit habis okehhh..dah la kat dalam tu takde jual lagi makanan ikan! Dah rugiii..so sila beli banyak-banyak ye. Kalau tak korang buang masa je dalam tu main dengan ikan tapi makanan dia takde. Rugi.

Syahmi memang suka ikan ni. Dia la yang berzikir nak ke sini.

Sufiya yang penggeli & penakut!

Ni Sufiya acah je. Ha..ha..ha...

Syakirah jangan cakaplah..kalau aku jadi ikan aku takut dengan dia!

Aku? Acah bergambar je lebih!

Aku memang tak la nak singsing seluar tunjuk betis kat ikan! Kang ikan tengok gebu sangat ikan tak nak lepas! Ha..ha..ha...

Takdelah..aku tak minat la benda-benda macam ni. Nak tunjuk kaki kat orang..err..tak la. Lagipun aku penggeli macam Sufiya jugekk..aku tunggu dia orang kat tepi, tukang ambil gambar je. Oh yeee..cakap pasal bergambar bawa masuk kamera dan hp pun kene bayar yee..aku tengok ade je orang tak bayar tapi kat dalam senyap-senyap bawa keluar kamera & hp then amik gambar. Erm..aku pun tak faham kenapa hp pun nak kene bayar, amik gambar pakai hp pun kene bayar tapi takpelah aku bayar je untuk 1 hp je pastu jujur la dengan diri sendiri amik gambar banyak-banyak pakai 1 hp jer.

Eady cakap takpe anggap je sedekah untuk ikan-ikan tu, orang lain kita jangan peduli. okey? Lagi pun tak mahal mane pun dalam RM3 kalau tak silap aku kene bayar tu. Hidup nak berkat kan? ;)

Setel kat Fish Spa Kg. Luanti ni ingat nak ke Rabbit Farm tapi rabbit pun ntah kemana hala tak jumpa! Kesudahan nyer patah balik ke pekan ranau makan kat Rimba Alam Cafe tu lagi baru turun ke Kota Kinabalu. Kali ni kitaorang jalan ke Kundasang just santai-santai takde tujuan tertentu pun. Just naik nak feel rasa sejuk nyaman tu, nak bawa anak-anak makan aiskrim Desa Dairy Farm, nak bawa Syahmi ke Fish Spa tu. Bercuti kat Kundasang ni more to hadiah anak-anak je sebab keputusan exam akhir tahun sangat bagus. 

Baik Syahmi Sufiya & Syakirah. Alhamdulillah anak-anak berada di peringkat yang terbaik (bagi aku laaaa...) & alhamdulillah kira bercuti ni belanja Syahmi sebab UPKK dia dapat 8A. Tak lebih tak kurang, just bercuti nak bagi anak-anak happy je. ;) turun ke KK dah petang ehh dah nak malam pun terus cari lokan bakar! Macam biasa la untuk isi perut aku yang selalu sangat cepat kosong then balik ke Kinarut pun dah malam sangat. Takde buat ape pun. Berehat tidur kat rumah adik Eady tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang