thumbnail

Saturday, February 09, 2019

Mental Torture Budak?





Got this semalam. Mula-mula macam nak marah pun ade, kelakar giler pun ade, lama-lama jadi sedih sebab ade juga manusia macam ni dalam dunia.

Bukan sedih kat anak aku tapi sedih kat anak orang tu macam manalah dia dibesarkan dididik dengan low mentaliti macam ni? Harta jadi ukuran ke? Entah..bagi aku takde ape pun takpe. Aku okey je hidup simple macam ni. Pelik.

Kawan Sufiya whatsapp aku cakap yang ade sorang kawan dia orang yang lain cakap macam tu.

"Aunty..xxxx cakap umah Sufiya macam sarang burung.."

Aku senyum je..

Then

"Cuba kau tanya kawan kau tu pakai baju tudung semalam ke..manalah tahu tidur kat office kan..ayah aku kata..kalau tak mampu buat cara tak mampu.."

"Kalau kau nak bagitau mak kau bagitau la..tak payah berlagak..dah la duduk rumah sarang burung je.."

Aku like..haaa..hahahaa..wehh umah sarang burung aku ni cantik okey! Ade guard 24 jam, ade court badminton futsal bola keranjang, ade dobi 24 jam, ade kedai makan, ade kedai runcit. Parking pun dapat 2 lot sarang burung mende..hahahaa..aduhaiii...

Ya allah manusia macam ni pun ade? Didik anak dengan semua negatif ni? Huwaa..kesian nyer anak dia! Bayangkan bila dah besar dididik dengan harta benda? Oheemgee..

Okey kita cut off ye. Bab dia nak didik anak dia cara mana kesah pulak aku tapi sebab hidup bermasyarakat jadi aku kene sentuh jugak la bab tu. Masa mula-mula baca macam sedih juga..

Biase la mak-mak khennn..duk ala sian anak aku sian nyer anak aku.. :( sekali aku balik tanya Sufiya dia selambe badak je. Macam takde ape.

Sufiya cakap alah mama.."dari tahun lepas la dia cakap macam-macam asyik nak marah-marah tapi kakak ok je, kakak biar je, biar lah dia mama" pastu nyanyi-nyanyi dalam umah.

Aku like whatttttt.."kakak..mama ni susah hati takut kakak sedih ke?!" Dia cakap "tak lah nak sedih ape kawan kakak yang lain lagi ramai. Kawan kakak hari-hari rehat dengan kakak makan bekal mama" Hahahaa..anak aku lahhhhhhhh..urut dada okey!

View biase disarang kami :)

So far alhamdulillah..walaupun umah aku sarang burung ni lah tempat berteduh kami. Tempat kami masak bersama, makan bersama-sama, solat berjemaah, lepak santai tengok movie malam minggu. 

Aku tak kisah pun orang nak cakap aku takde harta sebab memang ye pun, harta aku cuma anak-anak, suami, ibu abah & adik beradik aku. Selebihnya aku tak kisah pun ade takde takde effect pun dalam hidup aku.

Kalau sekadar nak tunjuk umah besar, kereta mewah, barang kemas handbeg berkoyan untuk ape? Kepuasan diri je then boleh pegi mana je pun? Situ juga. Setakat nak menghina aku anak beranak bagi aku tak berkudis pun dihati sebab aku lebih kepada kesian orang macam ni. Hidup dihabiskan dengan fikir hal orang, fikirkan macam mana nak sakitkan hati orang, fikir macam mana nak rendahkan orang. 
Kesian tau sebab takde life langsung.

Boleh pegi mana je pun dengan menghina orang? Dapat apa dengan menghina orang? Tak faham..

So dah boleh close case la kot bila dah luahkan dalam ni. Hahahahaa..biase la mak mak emo padahal anak relax menyanyi melalak bergaduh kat umah. Haishh la anak!

Korang jangan tanya aku siapa sebab aku takkan bagitahu sebab aku tahu korang pun dah tahu siapa sebab ramai dah kot terkena dengan dia orang ni. Oppss~


10 comments:

Shahida Dzulkafli said...

Bagusnya Sufiya.. Semoga Sufiya sentiasa dalam rahmat Allah.. Tahniah sis.. Didikan sis, membentuk siapa Sufiya..

Mrs Puex said...

Good job kakak.. Anak no 2 memang kental Okey.. Sep sikit dgn auntie.. Heheheee..

Aju Mohit said...

allahuakbar, yelah duk fikir kenapa ada mak ayah ajar anak cakap macam tu, syukur sufiya sabar dan relax je.

Unknown said...

irdina ko kan kuat wa

blasahje said...

Teringat dulu pernah sembang dgn sorang senior ni. Muda2 dah beli rumah. So,kita ni kagum gila la sebab bila dah berumur nk pencen, rumah dh habis bayar. Bila kita puji, dia just ckap... Ah... Rumah merpati je pon. . Tak besar mana... Asalkan ada je... Merendah diri je senior tu. Dia ckp rumah merpati sebab rumah flat. Ape de hal... Asalkan ada rumah kan... Rumah kita, syurga kita... Apa pon, sufiya hebat. Dia xlut pon kena kecam macam tu... Kuat semangat dia.

Mrs Razif Hamzah said...

Kakak strong girl. Dia dengan dunia dia. Teringin nak tau dan kenal siapakah gerangan mak pak sebegitu. So sad... Huhuhu

Illya LeYa said...

Sufiya kakak yang baik dan kuat. Btw, cantik je rumah kak wa... Alaa... Biar je manusia macam tu.. Lama-lama dia malu sendiri nanti..hehe..

Amanda Suria said...

pelik nau org duk mengata macam ni...macam hidup dia bagus sangat..kenapa nak mental torture budak2..x puas hati kalu depan2 la..

awanungu said...

Ini dikira sebagai buli secara mental. Tapi nasib baik anak awak sangat kuat. Saya pernah dibuli macam anak awak masa sekolah rendah dulu dan macam anak awak juga saya juga dikelilingi kawan2 lain yang masih nak berkawan dengan saya. Semoga anak awak sentiasa kuat dan saya doakan awak dan keluarga awak sentiasa dilindungi Allah s.w.t

ain.ya.nun. said...

Biar rumah macam sarang burung, tapi kasih sayang sebesar dinosur eh lagi besar dari binatang yang ada =)

Yang penting, rumah sarang burung dapat solah berjemaah bersama-sama kan Sufiya kan kan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang