thumbnail

Sunday, March 24, 2019

Review Tak Berbayar : Tiada Lagi Masalah Keguguran Rambut!

Tiada Lagi Masalah Keguguran Rambut!


Lama tak update blog, entah apa angin nak share pasal keguguran rambut yang teruk. Ohhh..ni bukan review berbayar tau! Ni memang review aku sendiri setelah sebulan lebih aku pakai produk ni.


Sebelum tu aku mulakan dengan start setahun lepas aku disahkan mengidap Pulmonary Hypertension (PL). Jangan tanya sakit apa, kalau rajin google sendiri okey kalau tak pun korek je entry lama aku pernah update.


Since disahkan sakit tu aku kene makan sejenis ubat yang agak kuat yang hanya boleh diluluskan oleh doktor pakar sahaja, kat farmasi biasa pun takde jual ubat tu. Then aku juga diarahkan dipesan diberi amaran hanya boleh minum air kurang dari 1L je sehari termasuk buah dan kuah ye..

Bayangkan sehari tu 24 jam, dengan keadaan cuaca yang sekarang ni panas giler tak ke merempan rasa nak minum banyak-banyak? Erm...kalau makan berkuah banyak kene kurangkan air minum, kalau makan buah yang berair banyak kene kurangkan air minum..

So, bila air kurang dalam badan korang tau jelah masalah apa yang bakal menimpa. Dengan kulit kering teruk, macam tak cukup zat dalam badan mulalah semuanya. Sejak tahun lepas rambut aku termasuk bulu mata gugur macam orang kene kimo. Luruh macam takde perasaan jek..

Aku yang hadap ni down giler, sedih, malu, marah semua ade tapi apa nak buat? Sabar..? Bertabah? Kadang bila mandi rasa tak nak syampoo rambut, tak nak sikat rambut..semua tak nak. Gugur giler-giler ar teruk nyer..dah hampir nak botak kepala. Buka tudung rasa macam down giler..malu kat semua yang ada dalam rumah. Dalam masa yang sama ade juga aku google sana sini, tengok review kat ig & twitter..macam-macam jenis syampoo lah aku try tapi tak nampak pun kurangnya gugur rambut tu. Ermm..


Sampai lah satu haritu aku terbaca review kat google pasal shampoo & treatment Diane termasuk sekali dengan review Schwarzkopf Seborin Hair Tonic. Dengan gigih pegi cari kat Watson yang kebetulan ada buat sale. Seingat aku syampoo  & treatment Diane ni  RM 55 (harga masa sale tau...) dan Schwarzkopf Seborin Hair Tonic ni RM 40 lebih je..

Diane Shampoo & Diane Treatment


Diane Shampoo & Treatment - free paraben, free sulfate, free silicone. Diperbuat dari Organic Argan Oil & Vitalizing Keratin. Produk dari Jepun.

Setakat ni serasi benar dengan aku. Aku start pakai hujung bulan Feb, lepas seminggu nampak kuranglah rambut gugur. Kalau biasa lepas mandi mesti tengok kat lubang air shower confirm penuh dengan rambut, banyak nyer macam bergumpal tuh tapi sejak pakai shampoo Diane ni memang kurang giler arr rambut gugur masa mandi or sikat rambut. Memang terasa lah rambut kurang gugur sebab dah tak banyak rambut kat lantai. Kalau tak jenuh vacuum rumah setiap hari.

Pakai macam biasa, just shampoo macam biasa bilas then apply treatment tu selama 10 minit kat kepala pastu bilas bagi bersih kepala. Alah macam kita shampoo kepala biasa la, takkan itu pun aku nak kene ajar.. Bau wangi sangat, rambut jadi lembut dan tak kusut langsung. Aku bagi Sufiya pakai shampoo ni jugak sebab rambut dia jenis kusut teruk. Sejak pakai Diane shampoo & treatment rambut dia elok mengurai tak kusut. Lembut dan sentiasa wangi je walaupun selalu pakai tudung pergi sekolah pagi petang.

Korang yang anak yang nak masuk remaja tu elok la pakai shampoo ni, almaklum kat luar sana mana ada shampoo untuk remaja. Yang ada untuk kanak-kanak dan dewasa sahaja. Kesian banyak yang tak sesuai untuk budak usia dia, so dengan Diane shampoo ni memang elok la cuba pakai.

BTW, Diane Shampoo & Treatment ni ada banyak jenis tapi pilih yang ni sebab yang pink ni jenis untuk rambut kering, kusut dan juga gugur.

Schwarzkopf Seborin Hair Tonic


Schwarzkopf Seborin Hair Tonic ni biasa salon-salon pakai. Aku pun baru tau pasal Seborin nih. Macam mana nak tahu nak sebut pun tak pandai. Ha..ha..ha..mahal sikit tapi elok arr..

Botol besar tu, aku transfer ke dalam botol spray kecik supaya lagi senang nak spray ke kulit kepala. Kalau tuang dari botol jenuh meleleh kat satu kepala kat tengkuk bagai.. Spray lebih mudah dan lebih tepat kene kat kulit kepala. Lepas spray tenyeh-tenyeh sikit kat kulit kepala tuh. Aku pakai pagi & malam. Pagi masa bersiap nak pakai tudung dan malam sebelum tido. Bau dia wangi so tak payah risau bab bau kepam dalam tudung. Buka tudung dan anak tudung untuk solat pun still wangi je rambut. Suka sangat~

Dan, aku biasa spray selepas shampoo rambut. Masa rambut ala-ala dah nak kering-kering lembab tu hah spray..wangi & licin je rambut. Best arr..dah boleh nampak banyak anak rambut tumbuh tau. Seronok sangat! Tapi jangan arrr pakai kat bulu mata plak..buta mata kang. Schwarzkopf Seborin Hair Tonic ni membantu untuk pertumbuhan rambut dan menguatkan akar rambut.

Losyen Badan - Avon EVE Du/ET Sensual


Losyen Badan Avon - hah yang ni aku dapat free! Kan kulit aku kering teruk so aku apply losyen kat satu badan setiap kali lepas mandi ye..ha..ha..ha..yeee setiap kali lepas mandi ye.

Serius arr..losyen ni bau dia tahan lama & wangi teruk! Kalau pagi lepas mandi nak bersiap pegi keje, sapu kat seluruh badan wangi dia sampai ke petang. Tak tipu nih..wangiiiii jek..Harga tak tau sebab ni orang bagi so aku pakai jek selang seli dengan losyen badan Enchantuer. Losyen Enchantuer aku pakai macam sabun badan. Ha..ha..ha..yelah dapat review punya 3 botol besar bila nyer nak habis so pakai la banyak-banyak setiap kali nyer punnn..

Ohhhh ye...Syampoo & Treatment Diane termasuk Seborin Hair Tonic ni kalau nak beli dengan harga yang lebih murah korang boleh beli kat Shopee tapi kene rajin baca review takut terkena yang tak ori. Aku bukan duta shopee okehhh..ni semua review tak berbayar!

Try je lah..mana tahu serasi juga dengan korang. Macam aku dah jumpa lah apa yang serasi dengan aku cuma yang penting kene istiqomah pakai dan sabar! Yeee..ISTIQOMAH & SABAR. Haaa..aku capslock kan, bukan ape kang ade yang baru pakai 2 minggu tak jadi ape terus komplen tak jadi pun macam review.

Then, korang janganlah tanya bab makan vitamen ke hape, aku memang tak amik ape-ape supplement dan tolong jangan suggest apa-apa! Aku tak minat. Ye lah since kene kurangkan air minum nih takkan aku nak bedal makan supplement pastu tak bilas dengan air masak banyak-banyak. Memang tak la.. aku just follow arahan doktor pakar je sekarang nih termasuk tak boleh makan apa-apa jenis pain killer pun. Kalau sakit kepala aku hanya mampu mandi, basahkan kepala & tido.

Ehhh..jadi panjang pulak entry nih. Padahal nak share benda sikit je. Aku seronok sangat nak share sebab aku dah try! Sharing is loving right? Kecuali share laki la...yang tu tak love. Ha..ha..ha..joking~

10 comments:

Ss Urban said...

Gigihnye aku baca..

-wanteng-

farhanna jafri said...

saya guna yang warna merah, memang lembut rambut lepas pakai. Jimat pulak tu walaupun mahal sebab dia pekat

Nieyla Nadia said...

wah...cantik botol dia kak...
tapi bagus la..sbb nieyl mmg ada masalah rambut gugur ni..

Afizah Abd Rahman said...

Ok.. Nanti nak try. Masalah rambut gugur juga ni.

maszull said...

Assalamualailum.izwa...boleh try ni...pd mereka yg ada masalah rambut mmg patut try...

GD SLOT K said...

Gclub-online คาสิโน ชั้นนำ
gclub online
จีคลับ
gclub

sara zuliana said...

saya pun pakai seborin & memang best

Azian Elias said...

hair tonic yg susah nak sebut tu anak akak pakai shampoo dia.. kemain kan.. mahai tu.

Nurulatika Yunus said...

susah mencari hair tonic tu.. sy pun ada masalah keguguran rambut

Mama3D said...

boleh mencuba ni..sebab saya pun alami masalah yang sama...^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang