thumbnail

Monday, June 24, 2019

Sesuatu Di Hati


Selamat Hari Raya korang!

Ya Allah muncul di bulan puasa pastu hilanggggg timbul pulak di bulan raya. Huhuhu..mood kelaut dalam sungguh la haaaaaiiiii~

Saja la terjah sini sebab entah tetibe rasa macam nak meluahkan sesuatu yang terbuku dihati. Ermm..nak kata susah hati tu tak la jugak tapi nak kata macam ade benda terbuku kat hati tu ye la jugak..entah lah haiii..dah tua sangat gamak nyer sebab banyak benda nak terasa banyak benda nak cepat touching tapi diamkan aje pendam sensorang sebab takde guna pun cerita kat orang lain sebab bukan semua akan faham apa isi hati aku.

Akhir bulan puasa haritu aku rasa macam sibuk sangat dengan hal duniawi. Ohhh..untuk pengetahuan korang, seminggu sebelum raya ibu aku masuk hospital. Melepet teruk! Batuk dah 3 bulan lebih, macam biasa la orang tua mana nak ke klinik gigih la beli macam-macam jenis ubat batuk dari farmasi jek. 


Tapi bila dah sampai satu tahap berdiri pun tak boleh baru nak serah diri kat hospital.  Itu pun jenuh abang & kakak aku yang pujuk ke hospital. Lama jugak lah dari selasa malam sampai hari ahad baru keluar. Sempatlah aku jaga kat hospital 3 hari 2 malam. Puasa tapi entah dari mana aku dapat tenaga..tak penat tak mengantuk walaupun tak sahur tak berbuka..ubat aku sendiri pun ke laut berhari-hari tak makan ubat! Tau dek doktor aku mampus kene bebel. Mungkin itu hikmah nyer jaga orang tua sendiri kot, alhamdulillah lah sepanjang puasa aku tak pernah lagi jatuh sakit walaupun aku culas makan ubat.

Nasib baik Eady pun faham keadaan, pagi aku naik lrt ke hospital lepas setelkan anak-anak ke sekolah petang aku balik rumah masak untuk berbuka sementara aku balik samada kakak aku adik or abg aku take turn tunggu malam, setel hal kat rumah pukul 11-12 malam Eady hantar aku ke hospital semula. Ibu terkena jangkitan kuman dalam paru-paru, kahak pekat terus selera makan hilang dan berat drop teruk sebab tu terus takde tenaga.

Alhamdulillah sekarang dah makin okey, ibu duduk rumah aku sekarang ni. Lega, aku lega sebab ibu ada depan muka aku bila dia duduk dirumah aku. Senang aku nak pantau makan minum dia.

Cuma aku sebenar nyer segan dengan bos baru aku. Aku kan baru tukar department so team baru, bos baru. Baru lapor diri dah kerap cuti sebab urusan hospital, hal hospital syakirah la, hal sakit ibu la, appointment hospital aku la... Entah..kalau ikutkan sebelum ni aku bukan orang yang selalu cuti, aku orang yang jarang mc atau el tapi nak terkena nasib kat tempat baru ni pulak aku asyik cuti. Ermm...segan okeyyy...ni this week appointment aku pulak. Aku tak nak amik 4 jam .. aku amik cuti terus. Segan lah. Entah..runsing pulak fikir.

So korang punya raya macam mana?


Raya aku kat rumah je sebab ibu terus duduk rumah aku lepas keluar wad tu. Rumah aku jadi tumpuan makcik pakcik aku sebab datang melawat ibu. Penat masak tapi syok jugak sebab ni 1st time semua orang datang rumah aku. Kesian kat anak-anak je sebab kita orang tak boleh kemana pun.

Yang benar nyer aku rindu abah. Entah macam-macam terbuku dihati ni. Macam bila-bila masa je boleh sedih. Entah lah..susah nak cakap. Kalau dipendam rasa macam terbuku tapi bila luahkan takde siapa yang faham pun. So nak tak nak pendam je lah.

Ohhh..pasal appointment hospital aku minggu ni, aku akan ke pakar lain direfer oleh pakar aku yang sekarang ni untuk dapatkan 2nd pandangan macam mana nak treatment punca sakit aku. Harap dapat solution yang mudah sebab biasa kalau buat angio aku akan diberi mc selama 2 minggu. Aku banyak benda lagi nak kene fikir nie. Bulan July is trial for UPSR, Sept is bulan UPSR for real then UPSRA pulak.

Haishh..banyak benda nak kene fikir tapi banyak benda juga terbuku kat hati. Betul ke orang yang banyak gelak sebenar nyer adalah orang yang banyak memendam rasa dan terluka?

6 comments:

mrspuex said...

sakitkan rindu??

lagi sakit rindu pada yang tiada..

emm.. rindu abah +mak jugak..ttsskkk...

cari masa untuk deting dgn abah ok iwa..

take care tau!

den.dyen said...

semoga mak cepat sihat..

Kakcik Seroja said...

Salam Syawal Izwa...semoga mak Izwa makin sihat. Begitu juga dengan Izwa sendiri...

Blog AzlindaAlin Bicara Mummy said...

Allahu penat juga baca tgk WA punya aktiviti. Sabar ye, ada hikmah insyaallah

iyaseo.id said...

Assalamualaikum..
Salam ukwah dari saya untuk anda..

Jom follow blog https://www.iyaseo.id/

Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
Komen yang baik2 sahaja ye..
Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..

Terima kasih sekali lagi..ya

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

dah besar semua diorang ni ...mama dia maintain slim jeles argh..tapi apa pun semoga izwa diberikan kesiahtan yang baik selepas ni ye .. take care

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang