thumbnail

Thursday, August 08, 2019

Pulmonary Hypertension - Sakit Apa Tuh?

Pulmonary Hypertension - Sakit Apa Tuh?

Ramai tanya aku, sebenar nyer aku sakit ape? Tengok okey jek macam takde apa pun tapi kenapa update selalu pegi hospital. Ha tu la..kadang kita ni sakit takde la tunjuk kat orang, kau ingat kalau kau merintih meratip sakit-sakit-sakit orang akan kesian ke kat kau? Kalau awal-awal ye la orang kesian lepas tu lama-lama orang pun anoyying kat kau kalau keje asyik nak meratip merintih sakit.

Aku pulak memang jenis kalau sakit aku nampak okey je tak reti la pulak nak buat muka sakit sebab tu aku susah nak dapat MC, sebab jenis muka sihat je walaupun time tu kau rasa macam nak terlantar dah sangat..ha..ha..ha..

Kecuali muka la tak boleh nak cover bab muka masam mencuka tu. Muka aku memang jenis ketat je sepanjang masa. Ha..ha..ha..

Ohhh..pada yang selalu tanya aku ni sakit apa nahhhh sila baca! Setelah 2 tahun aku buat macam-macam ujian keluar masuk wad :

1. Stress Test - entah yang tiup-tiup tuh..ape mende ntah.
2. 6 minit walking - yang selalu fail! Ha..ha..ha..
3. Ct Scan
4. X-ray
5. Echocardioagram - singkatan nyer Echo (yang ni paling kerap)
6. Buat X-ray salur darah koronari - satu tiub kecil dimasukkan melalui salur darah arteri di tangan atau di peha ke jantung. Melalui tiub ini, cecair pewarna (dye) akan di suntik ke dalam salur darah koronari. Salur darah yang sempit akan kelihatan dengan jelas melalui imej yang diambil melalui sinar Xray.
7. Angiogram (warded 3h2m) - masuk tiub kecil melalui urat besar di celah paha (tepi side miss v)
8. Ambik darah ni tak payah la cakap .. dalam tempoh 2 tahun ni berpuluh kali la darah diambil bertiub-tiub botol setiap kali check-up.

Aku disahkan ada Pulmonary Hypertension 




Susah nak faham kan? Macam tu jugak la aku susah nak terangkan kat korang. Nak kata sakit jantung tu tak la kot, sebab sakit ni kat satu saluran ke jantung. Ke salah satu cabang sakit jantung? Ha..ha..ha..ye kot!

Cakap melayu nyer, di satu saluran jantung aku (belah kanan) ada tekanan darah tinggi. Nak bagi faham lagi, macam ni la..Jantung tu kepala paip, saluran tu macam batang paip air la, salah satu saluran tu yang terjejas. Ada tekanan darah tinggi. Normal bacaan dia 25 tapi lepas aku buat Angiogram haritu doktor kata bacaan aku 55 so memang tak normal lah..kira kalau darah masuk dia akan ada pressure so kacau la perjalanan darah tu.

Dan, terbaru aku buat check-up bacaan tu makin naik dah cecah 93. Kira ubat yang dah setahun aku makan ni tak membawa apa impak pun. Padahal ubat yang aku makan tu dikira ubat kuat juga la. Bukan ubat kuat tu laaaa...isk isk isk...ubat yang aku makan ni ala-ala macam mild kimo. Kesan teruk bila start makan ubat ni serupa macam orang tengah on kimo. Paham?

Start bulan 4 tahun lepas aku makan Sildenafil, Pottasium dengan ubat ape ntah nama dia yang keluarkan air dari bertakung kat sekeliling jantung aku. Lupa dah nama dia. Ni mampos kalau doktor tanya nama ubat pastu kau lupa..hahahaha..

Kesan teruk macam : rambut aku gugur teruk, termasuk bulu mata, kening .. loya, hilang selera makan, kuku rapuh, kulit kering giler.

Sebab kurang air pun mungkin boleh jadi menyebabkan sintom aku seteruk ini. Pesakit Pulmonary Hypertension tak boleh minum lebih dari 1 liter air ye sehari. 1L ni termasuk kuah dan buah yeeee..giler mula-mula dulu merempan jugak la aku pasal kene kontrol air yang diminum sehari. Sehari yeee dari pagi sampai tengah malam ye.

Bab rambut ni aku dah tak tahu nak buat macam mana..huhuhu...loya dan hilang selera makan ni buat berat aku drop 10kg, if paksa makan aku akan muntah teruk. Aku boleh muntah seharian okey kalau paksa makan, sampai tahap ade beberapa kali berhari-hari aku hidup dengan minum air je. Kulit tu takpe la sebab aku memang rajin sapu lotion. Aku memang rajin sapu satu badan..ha..ha..ha..kene pulak dulu review lotion Enchantuer ade 3 botol besar.

Jadi bila ramai tegur aku "ehh..kurus nyer...diet ke?" "ehh..kurus nyer..sakit ke?" Aku pun tak tahu nak jawab ape! Nak kata aku sakit..aku okey je pegi balik kerja cuma aku cepat letih je la sebab tu aku tak rajin ke mana-mana, even nak pegi beli makan pun kadang aku malas. Punya la pemalas. Nak kata aku tak sakit, doktor cakap sakit aku ni dalam kategori kronik. Entah..bagi aku selagi aku boleh berjalan, merayap, makan, gelak, solat, meraban tu kira aku okey je.

Sebab tu tiap kali orang tanya aku "okey ke?" aku laju je jawab.."okey jeee..!" Walaupun kadang bila sakit aku datang, aku akan - sesak nafas - dada berat - terbatuk cari nafas - muntah - keletihan melampau - tak tido 2-3 malam - aku tetap cakap aku okey je. 

Serius aku tak reti cakap aku tak okey sebab aku sendiri rasa aku okey jekkk..

Bab makan, aku selalu je masak kat rumah tapi aku tak makan yang aku masak. Entah jenis yang macam mana ntah tapi aku suka makan yang ex-bos yang dah jadi bos aku balik masak! Dia selalu la rajin bagi aku lauk, ajak aku makan sama sebab dia tahu aku susah nak makan! Kalau tak kene tekak memang aku akan muntah kaw-kaw sampai takde tenaga, sampai sakit satu badan so dari aku salah makan aku selalu la tak makan. Boleh macam tu?


Apa punca sakit ni? 

Sebab doktor pakar pun cakap "unknown". Tak tahu dari mana punca aku dapat sakit ni. Doktor pakar cakap aku la pesakit dia yang paling rare. Muda, sakit - yang sepatutnya terjadi disebabkan dari : kecacatan dari lahir / kemalangan / jantung berlubang / family history ada sakit ni tapi aku takde semua tu. Kes aku ni di pegang oleh Ketua Doktor Pakar Kardiology di Hospital Serdang sebab rare sangat. Kes aku ni tak ditolak ke sana ke mari ke doktor lain-lain. Aku ade sorang doktor pakar je yang pegang kes aku.

Dan, mungkin aku akan di angiogram lagi selepas check-up bulan Sept nanti, untuk dapatkan bacaan pressure aku yang terbaru disebabkan last check-up bacaan tak berapa cantik dan semakin tinggi. Mungkin doktor aku nak consume ubat lain yang lebih kuat dari sekarang. Aku tak terimagine macam mana keadaan aku nanti bila start makan ubat yang lebih kuat dari sekarang!

Mungkinkah aku akan botak licin? Ha..ha..ha..mampos la wehhh tak terimagine otak nie..kurus tu extra mark laaaa sebab aku tak payah nak susah-susah diet or bersenam aku dah kurus sendiri. Huhuhu..entah tengok la nanti apa doktor aku decide bulan Sept nanti.

Janganlah cakap punca dari aku stress! Aku tak stress apa pun, cuma aku stress susah tido malam, takde selera makan sebab aku ni pemakan orang nyer! Bila tak dapat makan apa aku nak aku jadi sedih. Sedih la weyy..kau lapar kau nak makan macam-macam tapi tekak kau tak nak layan selera kau!


Boleh baik tak Pulmonary Hypertension ni?

Setakat yang doktor pakar aku ni cakap "tak boleh baik" dan aku perlu makan ubat ni selagi hayat ada. Haaa...gitu cara dia terangkan kat aku, sambil gelak-gelak je dia bagitahu. Aku suka doktor pakar aku nih, sebab dia layan aku macam kawan tak macam patient so aku takdelah nak rasa sedih sangat, takdelah rasa nak tertekan sangat..entah rasa biasa-biasa je. Even bila dia terangkan kat aku pun aku boleh sembang gelak-gelak dengan dia!

Aku suka sebab aku boleh tanya soalan merepek kat dia! Contoh macam : doktor kalau saya tak makan ubat sehari dua boleh? Dia akan jawab "kau jangan macam-macam kang jantung kau berenti kanggggg!" Haaaa...gituuuu punya sempoi! So aku takdelah rasa tertekan. Doktor aku selalu cakap "kau ni kan..sakit kronik, tapi relax je..datang check-up sorg, check-in hosp sorang..pelik la kau ni.." Aku cuma cakap "doktor..umah saya jauh la..saya lebih pentingkan anak-anak dari diri sendiri so saya memang tak bagi suami saya datang sebab dia kene uruskan anak-anak" 

Yelah korang..Kepong ke Serdang bapak arrr jauh nak berulang dengan anak-anak sekolah kat tengah KL tu. Korang ingat aku tak risau ke kalau Eady tu berkejaran bawa kereta? Minta simpang la, dari aku susah hati baik aku tak bagi dia datang sebab aku confirm tahu dia kat rumah dengan anak-anak. Anak-anak lebih terurus & selamat..lagi lega hati aku, lagi bersenang lenang aku duduk kat wad sorang. Dah la duduk wad aku sorang je paling muda yang lain semua atuk-atuk nenek-nenek! Ha..ha..ha..haruuuu wehhh..


Ni waktu lepas geram balik dari check-up bacaan pressure tak cantik!

Gambar ni masa balik dari Hospital Serdang - check-up Jun haritu, lepas geram pegi cari makan sebab otak dah krem. Dah boleh terbayang nanti kepala aku botak canne? Huduh? Anak-anak malu ke  tak nanti bila aku botak? Kenapa makin worst? Kenapa taknak baik? Patut ubat yang aku makan tu dia akan maintainkan pressure aku tapi kenapa makin naik? Seribu satu otak aku berfikir so terus krem dan jem otak. Apa lagi cari makan lah yang terbaik untuk merawat hati duka lara (konon nyerr...! ha..ha..ha..)

Korang, AKU OKEY je~ ;)

11 comments:

Mia Kassim said...

Moga dipermudahkan segalanya izwa.

Nora Karim said...

Allah sayang Izwa... moga segera sembuh yea. Take care ๐Ÿ’ž

Syadiya Khairul said...

semoga semuanya dipermudahkan <3

saya singgah follow sini #1397

Fiza Rahman said...

Allahu.. Semoga dipermudahkan urusan olehNya. Take care.

Nurul Izzah said...

Sentiasa ingat Allah ya kembar..inn shaa Allah ada hikmah ke atas semuanya..saya doakan semoga segala yg awak lalui dipermudahkan dan moga Allah sentiasa beri keceriaan dlm hidupmu ya kembar...cayukk������ sentiasa kuatkan semangatmu��

Delimasari said...

semoga dipermudahakan rawatan dan segera sembuh

yanamib said...

berat mata memandang kak..berat lg bahu memikul..semoga dipermudahkn sume urusan harian akk and Allah sembuhkn penyakit akk..kun fayakun..aminn! hugss kak!

nieda said...

Moga dipermudahkan dan diberi kesembuhan. Amin

Kak Sue said...

Allahu.. kuatnya awak nie.. semoga terus tabah dan dimudahkan semua urusan untuk awak ya.. aamiin ya rabb.. Jaga diri baik-baik.. ❤

Lynda Che Lah said...

Keep fighting kak. Insha allah.. semoga dipermudahkan dan diberi kesembuhan...

Rozita Ceritaita said...

jaga diri dik.. satu je jangan putus asa.. eh ko duduk kepong rupanya eh?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang