thumbnail

About Me


Aku orang biasa

Aku orang yang simple je, aku tak suka cerewet sangat..belasah aje janji jalan sudah, senang takyah nak fikir banyak kalau cerewet sangat nie.

Aku kaki jalan (ehem..calling for mane-mane hotel), kaki makan (meh ajak aku buat food review meh..ha..ha..ha..) tapi tak kaki shopping jadi korang jangan ar ajak aku shopping, aku jenis buat list capai bayar then balik takde nyer nak kelebek itu ini. Tak rajin okey nak cuci mata kat shopping kompleks  tu. Baik aku cuci mata kat laut, sedap sikit mata.

Suka berkawan dengan semua jenis orang, tak kisah tua ke muda ke separa ke..aku okey jek! Tapi aku pemalu tahap dewa okeh..hahaha..mula-mula la, lepas dah kenal lepas dah tau perangai boleh tahan la kot perangai giler aku nie. Hanya orang tentu je tau aku ni macam mana. Aku paling tak suka orang yang kasar, suka mencarut atau cakap blue-blue ni..oh noooo...ai dun like! Memang tak la.. Aku takde kawan rapat sebab aku jenis suka sendirian aje tapi aku boleh je berkawan rapat dengan orang lain..paham? Tak paham? Takpe...no prob..

Kami

Life aku takde la like rollercoaster biase-biase je, sederhana orang kata. Aku ade..seorang suami yang penyabar giler dan kontra dengan aku yang macam ribut taufan je sentiasa tapi ribut dengan dia je la, dengan orang lain aku cool jek..ha..ha..ha..

Dah nak buat macam mane dia je kawan gaduh aku siang malam dan yang untung nyer kalo gaduh selalu dengan dia, dia tetap depan mata aku :) syok ape gaduh ni!

Ni la kawan gaduh yang paling aku sayang..

Hensem kan..?Ala aku puji laki sendiri ar takkan nak nyampah kot! Kalo tak aku yang puji takkan korang plak nak puji kan.

Suhaidi Azami nama dia, seorang penyabar tahap dewa dan seorang super abah yang terbaik untuk anak-anak kami. Aku pun pelik macam mana aku boleh terkawin dengan dia, jodoh la kot eh..he..he..he..

Ehhh terkawin?Ye la, orang pun pelik tengok kita orang sebab macam langit dan bumi. 
Jauh beza, ketara giler kelainan perangai dan kesukaan kita orang..
Mungkin inilah dinamakan ketidaksempurnaan dalam sempurna..got it?
Menyempurnakan antara satu sama lain yang tak sempurna..Allah kan Maha Adil dan Maha Mengetahui kan :)

Ohhh...kami ada 3 orang anak-anak yang sihat, ceria & bijak (alhamdulillah, syukur semua tu datang dariNYA juga..) Semoga anak-anak kami membesar sihat-sihat aje.

Cahaya cinta kami

No. 1 : Syahmi Irsyad Suhaidi yang lahir pada 27.06.2007 (Syahmi : mulia, bijak, berani | Irsyad : panduan)
No. 2 : Sufiya Irdina Suhaidi yang lahir pada 11.10.2009 (Sufi (ya) : ahli tasawuf | Irdina : kehormatan kami)
No. 3 : Syakirah Irneena Suhaidi yang lahir pada 20.07.2013 ( Syakirah : yang mensyukuri, syukur | Irneena : pemimpin)

Cukup la 3 orang ni dan kami decide nak besarkan mereka secara berkualiti..insya Allah..

Aku..kerja biase-biase je..
Aku..simple je..
Aku ade anak ke-2 dari 3 beradik. Aku ade kakak & adik lelaki.
Aku..ntah aku pun tak tahu sebenar nyer aku ni macam mane..ha..ha..ha...aku boleh je jadi yang macam mana pun, ikut keadaan la senang citer!

4 comments:

Julia Johari said...

So touching la about sis izwa ni....comel je cerita about your family...seronok kenal dengan sis, pelbagai kisah leh kongsi kan...sis keep blogging always ya

Khairun Aqilah said...

salam kak. sy nak tanya pasal dianz vit. akak still consume ke? okay tak makan?

CintaHati Lina said...

Alhamdulillah... semoga terus happy2 family till jannah.. suka baca about u .. nice je gambar anak2 tu.. pandai bergaya memasing...

keep sharing kak... salam perkenalan dari mommylina

Adam said...

Kalau setiap orang tulis profile v macam ni kan bagus. Tunjuk gambar suami sekali.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang