Kau ingat senang jadi mak bapak?
0-12 bulan : Kalau kau rasa jaga baby tu susah kau silap. Jaga baby paling senang (kot?), cukup makan cukup susu tidurlah dia cuma susah part kembong, manja (melekap macam anak panda) atau waktu main dia ikut zone US. 😎
Saat paling mencabar bila dia dah pandai berjalan, memunggah, menyepah dah 1 hal nak kene selesaikan semua benda dari pagi sampai malam. Ini part yang kau sentiasa kene monitor dia 24/7 ! Kalau tak ade je benda pelik dia buat termasuk tabur bedak 1 rumah atau gunting rambut kau masa kau tertidur. 😏
2-3 tahun : saat paling menduga sebab inilah saat keemasan tantrum dia! Berguling depan kedai, meraung tak nak jalan, melalak dalam mall. Menjerit-jerit tak dapat naik kereta mainan.. eh macam-macam hal lah time-time ni 😂
4-5 tahun : saat buat perangai! Buat perangai tak nak mandi tak nak makan tak nak pakai baju tak nak jalan tak nak segala benda semata tak nak pegi skool (taska). Ulang setiap pagi selama setahun sambil ulang no.1 untuk adik dia.
5-6 tahun : saat kecemerlangan. Okey tahap ni boleh tarik nafas lega sikit sebab dia dah ade kawan boleh nyanyi-nyanyi balik sekolah (tadika) tapi kau jangan lupa ulangan dari atas untuk part adik dia pulak..kah..kah..kah.. 😜
7 tahun : ini nasib..dapat yang pergi sekolah balik sekolah okey alhamdulillah tapi dapat yang pergi wangi balik belacan padahal baru hari isnin kau urut je lah dada kau laki bini. Ha..ha..ha.. 😂😂
8-12 tahun : tak banyak masalah di sekolah kecuali part susah nya nak suruh buat kerja sekolah! Rasa macam menyanyi hari-hari duk ulang suara 😭 kalau yang no.1 perangai cemerlang dari darjah 1 tapi yang no.2 kau kene sabar tahap langit ke-7 dengan perangai #ikutsukaakulahnakbuatketak 😭😅 Tu belum masuk part hari-hari hilang pensil, hari-hari hilang pemadam, hari-hari hilang buku! 💆
Ohye sambil "menyanyi" sambil ulang dari part baby sampai ke bawah untuk adik-adik dia. Kah..kah..kah..
Kau ingat senang jadi mak bapak?
13-17 tahun : cabaran remaja kita sambung lain kali okey ✌
Sebenarnya jadi mak ayah ni best tau, so korang yang belum jadi mak ayah tu aku doakan 1 hari nanti jika diizinkan Allah SWT korang akan dapat rasa macam ni juga, cepat & lambat hanya Allah je yang tahu. Pada yang tak tahu erti kekuasaan Allah SWT tu baik kau diam jangan tanya-tanya orang bila nak ade anak.
Ohye..ini patut jadi entry blog tapi malas pulak nak post ke sana so selamat pagi good morning korangggg 😘😘
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Nah sebelum orang lain claim ini post dia meh sini aku share..kekeke..nampak tak tarikh 21 Jan jam 7.44 a.m tu? Haaaa tu tengah duduk pagi hari kat hall umah tengah memikir ape nak buat start dari nak sediakan sarapan. Tak sangka pulak post merepek ni pun ramai orang copy paste kat wall masing-masing T__T
Biase la aku kan suka mengomel. Ha..ha..ha..banyak sangat nak pikir nyer pun. Kene pulak sekarang memang fasa Syakirah tengah tantrum dan Sufiya hari-hari hilang pensel! Pening okey tu belum kira ulang suara suruh buat kerja sekolah. Sekali cakap sekali jalan selagi tak ulang 80 kali selagi tu kerja sekolah tak siap. Sabar je lah aku kan anak-anak ni tapi takde dia orang sunyi tauuuuuuu...pening jugak bila rumah sunyi. Kekekekee~
Tu ha kat rumah tu budak Syakirah dah demam dari hari khamis (aku EL khamis jumaat) ntah kenapa tetibe pulak demam. Dah tu start jumaat malam dia batuk sampai muntah pulak dah. Membawa sampai ke malam tadi. Asal batuk teruk je muntah. Batuk macam gatal tekak tu. Dah bawa ke klinik doktor cakap demam biasa, just bagi ubat batuk selsema yang mengantuk sikit nak bagi dia rest. Demam dah takde dah. Harap hari ni dah baik. Esok nak kerja wey..dah 2 hari EL, kene pulak aku punyer teammate dedua cuti. Bising pulak bos aku nanti.
Demam nak besar lagi kot! Mulut pun bijak sangat ni macam-macam benda dia cerita setiap hari bila balik dari taska. Orang dah masuk kelas baru kan, dah start belajar baca buku so lagi lah becok nyer ;) malam-malam je ajak sembang sampai tertidur. Masalah nyer penat nak tunggu dia penat! Ha..ha..ha..
Tu ha semalam melepet je satu hari kat umah, tidur je. Sian pulak tengok. Dah jadi satu masalah nak kene duduk je sebelah dia letak tangan kat badan T_____T kalau tak dia tersedar terus mengamuk. Sabar je lah aku masak pun lari-lari! Nasib baik abang kakak tusyen so sunyi sikit rumah dapat la dia tidur rehat lama sikit. Nasib baik jugak ade pes kari aku beli dari kakak kat office ni. Dapat jugak masak laju-laju untuk Eady, Syahmi, Sufiya sambil tu tenggek periuk masak bubur pulak untuk Syakirah. Kene jadi supermak dua tiga hari nie.
Manja lah sangat!
Tu tengok la tu, nak duduk tengok tv pun nak macam tu..grrr..manja sangat nih! Tu demam on off tu. Harap cepat la baik dik, sunyi pulak rumah takde kawan gaduh. Kekekeke..kalau tak bergaduh cakap je dengan dia. Biase dia pun jerit-jerit gaduh dengan abang kakak tapi ni dah tak sihat sunyi la jugak rumah. Tu la jadi mak bapa ni kan 1001 benda nak kene fikir nak bagi semua sempurna pada anak-anak. Harap-harap anak-anak semua membesar sihat dan soleh solehah je.
Demam pun solat jangan tinggal
Baru la elok benar pakai telekung! Kalau tak hari-hari solat pakai kopiah. Sabar je lah aku dengan yang sorang ni. Asyik claim dia sama abang Syahmi. Ha..ha..ha..punyer tak nak geng dengan kakak so tak nak jadi girl. Macam-macam hal! Tu ha yang imam nyer pun kemain nak berlengan pendek. Grrr...anak-anak! ;)