thumbnail

Wednesday, January 11, 2017

Peranan Yang Mana Dimainkan Oleh Anda Hari Ini?



Pengalaman menjadi seorang mama adalah satu pengalaman yang berharga buat setiap insan yang bergelar ibu. Sejak anak berada dalam perut lagi kita dah mula memainkan peranan menjadi seorang ibu, betul bukan? Peranan ibu juga sering kali berubah malah sentiasa berubah setiap hari tak kira masa mengikut kesesuaian anak yang sedang membesar.

Ada masa kita sebagai mak-mak boleh menjadi seorang doktor apabila anak tercedera! Kita juga boleh menjadi guru besar semasa mereka buat kerja sekolah (ha..ha..ha..kemain garang!) yang penting aku sentiasa jadikan diri ini ialah rakan mereka supaya mereka lebih selesa bercerita, lebih suka meluahkan rasa pada aku berbanding orang lain. Kita adalah supermom supermak jadi tak mustahil kita boleh memainkan hampir 23 peranan dalam setiap hari! Penyanyi, pelakon, chef, jurulatih, jururawat, doktor dan sebagainya! WOW~ What ever is kita boleh jadi semua untuk anak-anak termasuk menjadi watak kartun! Haha..haha..haha..

Sebagai rakan meyepahkan rumah! Ha..ha..ha..


Boleh juga menjadi seorang penyanyi dalam konsert anak-anak ;)


Menjadi rakan dalam mendengar cerita mereka


Juga menjadi jurulatih (juruletih juga) dalam melatih mereka menjadi kanak-kanak sihat


Menjadi chef dalam menyediakan makanan sihat untuk anak-anak


Akhir sekali, peranan aku setiap hari ialah seorang BIBIK juga. Ha..ha..ha..ini realiti~

Berperanan seorang mama ni, aku sering meletakkan diri sebagai rakan dan guru kepada anak-anak kerana bagi aku setiap hari adalah hari pembelajaran buat mereka terutama sekali Syakirah yang berusia 3 tahun. Tempoh usia 3 tahun ini ialah tempoh permulaan pembelajaran, tempoh EXPLORE dia di alam kanak-kanak, tempoh dia mengenal semua benda termasuk abc, bunyi-bunyian, warna dan lain-lain. 

Dari Syakirah baby kami biasekan bawa dia berjalan ke taman-taman untuk dia lebih mengenali keadaan diluar. Belajar apa itu burung, apa itu bunga, benda apakah yang bergerak itu. Yup, aku sentiasa bawak Syakirah mengEXPLORE keadaan sekeliling sekaligus dia boleh belajar secara tak langsung.

Bagi Sufiya & Syahmi pula, yang masing-masing berusia 7 & 9 tahun sedang mengalami tempoh belajar (LEARN). Mereka sedang berada dalam keadaan pembelajaran di sekolah, belajar mengenal alam baru, rakan baru pendek kata belajar pelbagai benda. Jadi disini aku sentiasa menjadi guru kepada setiap soalan mencabar mereka! Kalau korang nak tahu makin anak membesar makin susah soalan mereka nak dijawab! Sekaligus aku sendiri terpaksa memperbanyakkan membaca & mengulangkaji demi nak menjawab soalan aras tinggi mereka! Ha..ha..ha..dan aku juga menjadi guru setiap malam untuk membantu mereka menyiapkan kerja sekolah masing-masing. Korang bayangkan betapa dalam sekelip mata aku sentiasa boleh berubah peranan~ ;)

Kalau korang nak tahu, aku jadi mama dalam usia yang muda iaitu ketika umur aku 25 tahun (bagi aku, aku masih muda nak jadi mama!). Pada mulanya aku sendiri tak tahu macam mana nak mainkan peranan seorang ibu yang baik. Aku cepat marah, cepat stress, mudah emosi dan mudah tercedera hati..

Tapi dari hari ke hari aku cuba berubah, cuba mencari maklumat macam mana aku nak hadapi semua ini, macam mana aku nak memainkan peranan seorang ibu yang baik dan yang terbaik buat anak-anak. Disini Dutch Lady 4 Tahap Nutri Plan™ juga banyak membantu aku dalam penyediaan membentuk anak-anak aku menjadi seorang yang aktif dan kuat sekaligus menjadi kan aku mama yang bijak dalam membuat pilihan makanan/minuman terbaik untuk anak-anak setiap hari. Anak kurang jatuh sakit, anak kurang meragam maka kuranglah aku menjadi mama yang cepat stress. Semua pun related, tak kisah lah dari segi apa pun yang penting pusingannya adalah nak yang terbaik untuk anak-anak.

Menjadi "rakan karip" aku sepanjang 9 tahun bergelar mama!

Dutch Lady 4 Tahap Nutri Plan™ dengan 5X DHA*,, jenama susu rumusan untuk kanak-kanak sebagai rakan yang memahami perjalanan seorang ibu itu adalah satu proses yang susah & satu proses pembelajaran yang panjang sentiasa menyokong aku dan sentiasa memahami keperluan aku dalam memainkan pelbagai peranan setiap hari.

Dutch Lady 4 Tahap Nutri Plan™ bersama ibu pada setiap tahap kebijaksanaan anak-anak


Dutch Lady Nutri Plan™ EXPLORE adalah untuk Syakirah yang dalam tempoh usia ini dia mengexplore semua benda termasuk sepahkan rumah. Ha..ha..ha..jangan tak tahu menyepahkan rumah juga adalah salah satu cara anak-anak mengexplore benda menjadikan dia bijak berfikir pantas bertindak!

Untuk Sufiya & Syahmi aku bagi dia orang Dutch Lady Nutri Plan™ LEARN sesuai dengan usia mereka yang berada dalam tempoh belajar. Pengambilan nutrisi yang baik untuk anak-anak boleh menjadikan mereka bijak, aktif dan sihat sentiasa, sebagai seorang mama adalah penting aku menekankan nutrisi yang lengkap buat anak-anak. Pemberian nutrisi yang baik dapat menzahirkan anak yang sihat setiap hari. Anak yang sihat akan menjadi seorang yang aktif & bijak berfikir. Nah disini Dutch Lady 4 Tahap Nutri Plan™ sangat penting buat aku & anak-anak.

Dutch Lady 4 Tahap Nutri Plan™ menyokong keperluan nutrisi anak setiap tahap dari usia 1 hingga 6+ mengikut tahap yang tertentu : CURIOUS (umur 1-2 tahun), EXPLORE (umur 2-4), CREATE (umur 4-6) dan LEARN (umur 6+) dengan 5X DHA ia menyokong perkembangan keseluruhan otak anak-anak sebab tu walaupun umur Syahmi dah 9 tahun aku tetap bagi dia susu setiap pagi & malam!

Dutch Lady dengan kelebihan kepakaran lebih 50 tahun membuatkan aku lebih yakin & lebih percaya untuk jadikan ia sebagai "rakan karib" yang mengiringi aku menjadi seorang mama disepanjang 9 tahun ini! Bukankah seorang ibu itu memerlukan kawan baik dalam menjadi seorang mama yang terbaik? Kawan baik yang sentiasa menyokong tanpa jemu :) Dutch Lady 4 Tahap Nutri Plan™ dengan 5X DHA* adalah pilihan tepat aku!

Λ‡ 4 Tahap Nutri Plan™™ merangkumi susu tepung rumusan untuk kanak-kanak Dutch Lady ® Curious, Explore, Create dan Learn.
* Berbanding susu tepung rumusan untuk kanak-kanak terdahulu (Tahun 2009). 

20 comments:

Kakzakie Purvit said...

Bila seorg mama mampu memikul semua tanggungjawab dengan baik itulah dia supermama! SO inilah salah satu supermama terbaik buat 3S.

Moga baik-baiklah semuanya.

Inani Hazwani said...

Supermom sangat ni, macam macam boleh buat. Hehe. Setiap ibu pun mesti nak yang terbaik untuk anak anak dan keluarga kan. Hopefully one day diberi peluang nak lalui macam ni. Eh πŸ˜‚

Nurzakiah Hanum said...

terbaik kak

Falsya said...

sangat supermama..tergelak2 kite tgk gambar2..geram betul tgk gambar dik mok main gitar tuh...gaya mmg win..nagn feeling segala..hahahaha..

Norhayati Mohd Isa said...

Good job for supermom ni..
Celik mata terus bekerja ye Idzwa..
Dari anak2 hingga ke bapa nya kan..
Mahu tak supermom..

Good luck..

Fiza Rahman said...

Kemahen lagi dik mok dengan gitar tu. Good luck.

el said...

terbaikkk tabik spring mama2 yg superwoman ni..

Salmiah Mz said...

supermom ni... segala-galanya boleh dilakukan...

Emarieys said...

Tabik spring kat supermama.

emalin mohd said...

Kadangkala jadi Tarzan, Superwoman, semua adalah kalau sudah bergelar ibu

Raihanah Ahmad said...

mama super ni

Radhiah Izzati said...

Yeahh.. supermom

Elih Japahar said...

Supermom..terbaiklah memang tak ternilai pengorbanan seorang ibu

Julia Johari said...

So proud with u sis...mmg dutch lady the best ever product!...sejak dari baby until now my son 5 years pun still consume ducth lady...thanks a lot!

Hanis Azla said...

As-salam Izwa..

Alhamdulillah.. Awak memang ibu yang hebat.. semoga anak-anak izwa terdidik dengan cemerlang dunia akhirat.. in shaa ALLAH

Khir Khalid said...

Seronok jadi kartun dgn anak2... jiwa pun ceria je hehee :D

hainom OKje said...

Mama mmg seorang yg hebatkan...

dorsett pink said...

good job mama!. saya suka peranan jadi bibik tu. hahahhaa

dorsett pink said...

in addition, seorang mak pun berperanan menjadi cikgu, menjadi ustazah or menjadi ayah bila ayah tak ada kat umah. hahhaha

adianiez AIDA said...

idzwa ibu yg terbaik. itu yg pasti.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang