thumbnail

Friday, March 30, 2018

ALHAMDULILLAH


Kita bersua kembali. Fuh..susah nyer nak dapatkan "feel" menulis macam dulu-dulu. Banyak benda nak kene buat lately ni, more important nak sihatkan badan dulu fokus aku buat masa ni. Nak sihat untuk anak-anak sebab macam terabai giler dia orang tu bila aku tak sihat.

29.03.2018 alhamdulillah dah makin sihat sangat.

Setakat ni alhamdulillah aku dah lebih sihat dan cergas balik sejak makan ubat mahal yang doktor pakar bagi. Dah tak melepet teruk macam haritu, dah takde episod keluar masuk wad tengah-tengah malam! Takde dah episod tak boleh makan, habis dah episod kalau makan akan keluar balik sampai kurus cengkung giler. Berat drop teruk tu yang buat badan aku letih teruk dan takde tenaga langsung sejak setahun lepas. Lebih tepat bermula pada 26.05.2017 aku start sakit teruk yang ke Red Zone Hospital Ampang tu. Sebelum tu muncul simptom keletihan teruk, tak boleh makan apa-apa, takde tenaga, tak boleh jalan walaupun 3 tapak last-last muncul edema yang buat aku terpaksa ke Emergency Hospital Ampang tuh. Tepat setahun aku tak sihat sampai ade orang cakap aku ni kene buatan orang lah, ade orang "hantar" lah..

So SYUKUR ALHAMDULILLAH aku dah menghampiri ke keadaan yang sihat. Aku dah boleh buat macam-macam kerja, aku dah boleh handle anak-anak balik. Aku dah boleh masak dah, aku dah boleh makan. Ehhh..macam-macam la dah boleh balik semula. He..he..he..

The Brs Band (IG : the_brs_band) follow tau IG dia orang ;)

Ohhh..bercakap pasal anak-anak ni, aku sekarang tengah busy ikut Syahmi ke mana-mana lokasi untuk rakaman Hadith Open Mic Jr. untuk saluran Astro Oasis. Band Syahmi diambil sebagai icon Hadith Open Mic Jr. so minggu ni minggu ke-2 rakaman tu kat Masjid di Ampang. Last week kat Bangi. Nasib baik keadaan aku dah okey sangat, kalau tak semua event semua majlis semua aktiviti aku tak terlibat..tak keluar rumah pun! Hari sukan Sufiya haritu pun aku tak pergi, meeting PIBG pun aku tak pegi, mana-mana kenduri pun aku tak pegi sebab aku takde tenaga langsung.

Sufiya & Syakirah macam biasa la ade hari baik main sama-sama, ade hari berperang siap tarik rambut. Ha..tukang tarik dan mendebik sapa lagi kalau tak si Syakirah tuh! Sufiya tak berani buat adik..hihihi..anak-anak sihat alhamdulillah takde masalah cuma terabai sikit masa aku sakit tu.

Sekarang supermama dah kembali beraksi. *tunjuk lengan sado* ha..ha..ha...


Perkara ke-3 untuk aku bersyukur ALHAMDULILLAH sangat, rumah kami dah siap awal dari jangkaan yang diberikan sampai kita orang tak sempat nak kumpul duit..huwaaaa..ha..ha..ha.. 

Semalam 29.03.2018 aku pegi amik kunci dan dah tengok rumah. Rasa macam kembang hati walaupun orang kata lewat untuk memiliki seketul rumah untuk berteduh. Alhamdulillah, bagi aku ini je lah yang mampu aku sediakan untuk anak-anak atleast kalau jadi apa-apa kat aku dia orang ade tempat berteduh. Biarlah orang kata jem teruk la, jauh la, rumah politik la, rumah tinggi la..lantak aku tak peduli sebab kalau dengar cakap orang jer tak jadi benda. Stress lagi ade lah!

Gambar rumah takde lagi sebab semalam dah malam, tengoklah esok-esok nak pegi tengok lagi. Almaklum orang tengah excited (bukan aku..hihihii...) tengok rumah pun boleh sengih sorang-sorang (bukan aku jugak..hihihihiii..) berangan kemain..sapa lagi kalau bukan Eady. Aku biase-biase je nak kata excited sangat pun tak sebab sakit jiwa nak pikir duit, nak pikir pindah, nak pikir cari kotak, cari box, nak pikir packing barang, nak pikir benda-benda remeh lagi. Jadi perempuan kan 1001 benda nak kene fikir. Ha..ha..ha..overthinking okeh aku ni!

Apa pun di hari jumaat mulia ni aku nak bersyukur sangat sebab aku dah dapat "hidup" aku semula. Aku dah sihat walaupun kene makan ubat hari-hari aku tak kisah, aku tetap bersyukur. Rupanya dalam diam ramai juga yang amik berat pasal aku. Yang dalam diam pun tiba-tiba boleh tegur tanya aku dah okey ke tidak. Terharu okey sebab selama ni aku rasa aku ni tak ramai kawan, aku ni tak ramai orang peduli sebab aku sibuk dengan dunia aku je. Aku jenis tak kisahkan orang. Aku selalu buat hal aku je..hu..hu..hu..tapi bila macam ni aku rasa macam dihargai sangat. TERHARU~ Terima kasih korang.

15 comments:

Norhayati Mohd Isa said...

Alhamdulillah ..
Syukur atas kurnia Ilahi..
Dengan kesihatan kembali sihat kan..
Tu doktor kata..
Kesakitan utk kesembuhan penyakit..
Semua yg kita lalui utk menuju kesembuhan.

fiza linolie said...

Alhamdulillah... Syukur sangat2 izwa dah kembali sihat. Jaga diri baik2 ok 😊

Afizah Abd Rahman said...

ALhamdulillah... Dah semakin sihat. Tahniah... Dah dapat kunci rumah. Boleh lah deco sikit-sikit dulu.

Kakcik Nur said...

Alhamdulillah. Semoga kesihatan Izwa kembali pulih sepenuhnya.

Jadi ibu dan isteri kita memang macam ada kuasa luar biasa dalam tak sihat pun, otak ligat berfikir juga...

Seronok dah ada rumah sendiri. Boleh kita corakkan ikut corak yang kita suka.

hainom OKje said...

Moga terus sihat Izwa....
Wah, dah jadi mak artislah nampaknya sekarang ye hihihi....

HeNRieTTa JoSe said...

moga akan terus shat seperti sediakala dan tahniah atas pemilikan rumah sendiri....

Cho Zila said...

lamanya akak tak kesini.. tak sihat yer... ya Allah moga Allah ampunkan dosa kita dan diberikan kita keberkatan hidup... Alhamdulillah nampak dah berseri tu...
oh tahniah untuk anak.. berbakat besar rupanya...

Mila Ahmad said...

semoga akak makin sihat ye.Bestnya dapat duduk rumah sendiri

Cik Tie said...

Alhamdulillah, semoga kesihatan bertambah baik ye. Abaikan cakap-cakap orang tu. Kalau dengar memang kesudah tiada penghujungnya. Btw tahniah dah dapat rumah sendiri

Akak Kembang said...

Alhamdulillah ... disebalik kesakitan Allah bagi kenikmatan lain. Mesti tak sabar nak deko2 kan

Inani Hazwani said...

Alhamdulillah. Take care kak Izwa!

honey bedazzled said...

tahniah. saya jiran serumah

MisDiarios said...

alhamdulillah akak dh makin sihat :D wahh tak sabarnya nak tengok rumah baru.. bestnya kak :D alaa tkpe kak jnji ade rumah tmpat kite bertduh dgn kuarge kita.. xpyh dgr ckp org..yg pnting kita tau apa yg terbaik utk kita. :D
follow sni #1403

riena said...

kita sama blok la tp lain tingkat.. selamat berjiran kita nt yerk.... saya pun x sabar nk deco rumah sndr.. tp slow2 la...

el said...

alhamdulilah..ku disini sentiasa mendoakan yang terbaik untuk dirimu..mmmuaahhh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang