thumbnail

Tuesday, May 01, 2018

Alhamdulillah .. Ehh .. ?


Holaaa...genap sebulan baru ber-update lagi! Ha..ha..ha..hazabedah sungguh kemalasan aku nak update blog. Tepat sebulan okeyyyy~ Dah la tu tajuk pun sama. Nampak sangat aku ketandusan idea nak mengarut sampaikan tajuk entry pun tak jumpa. Kofkofkof..sapa yang tak baca lagi tu nak link tapi cerita dah sebulan la. Kali ni nak kene rangkum semua, sebulan punya cerita la sebab nanti lagi sebulan aku muncul balik. 

Askar comel sangat!

Di mulakan dengan sukan taska Syakirah. Aku dah sihat sikit boleh la join turun padang ber-panama kemain kauuuu tak sedar diri! Anak pun tepuk dahi! Padahal kalau ikutkan 2 bulan lepas nak bangun dari tilam pun takde daya. Dah sihat terus lupa diri. Ha..ha..ha..sukan ni bila ntah..jap nak kene tengok to-do-list. Hah 14.04.2018 kau sikit punya lama baru nak share cerita. Takat masuk 1 acara je pun, menang la jugak acara bawa air tu. No.1 dapat la biskut-biskut & botol air sebiji.

Pastu sibuk dengan Syahmi nak buat recording untuk band dia. Serius weh hari minggu aku untuk anak-anak jerrr..aku dengan Eady ni dah hilang aktiviti bersama. Asyik mengisahkan anak je..yelah yelah sementara dia orang nak membesar kan. Sudah nyer kalau ade urusan kene amik cuti hari biase keluar berdua. Setel hal rumah je lah pun, urusan ape lagi. Ade saki baki lagi tak setel tapi tu nanti buat pelan-pelan.

Weekend be likeeee...

Lama tak update gambar budak-budak nie.

Syahmi Irsyad - macam biasa..busy dengan band, dengan tusyen, dengan kawan-kawan dia. Almaklum orang dah besar dah darjah 5. Tengoklah berdiri pun dah nak sama tinggi. Mama dia orang kan "tinggi" sangat..kofkofkof..terbatuk pulak! Hahahaha..

Setiap rabu dia akan datang ke office aku lepas koko. Dah pandai makan kat mekdi sendiri, pegi merayap area office aku dengan geng-geng dia tapi semua dalam pemantauan aku la. Giler nak lepaskan anak macam tu jerr..memang tak la. Dah la aku ni sejenis mama yang over protected sampai Eady pun pening dengan aku. Setakat ni Syahmi pandai urus diri sendiri, dia juga la banyak tolong aku kat rumah. Belajar pun boleh buat sendiri semua. Takde risau sangat kat dia sebab Syahmi ni jenis ape-ape akan cari aku dulu termasuklah nak minta izin buka tv *tepuk dahi* annoying pun ade kadang-kadang tapi nak buat macam mana dah ade anak yang attach giler macam ni kau kene terima je..hihihiii...

Sufiya Irdina - errrmmmmm..hahaha..belum ape-ape errmmm aku dah panjang giler! Anak no.2 ni susah wehh nak cerita tapi part paling sedih bila waktu aku sakit haritu terabai jugak la pembelajaran dia, kerja sekolah pun tak sempat nak semak. Hmmmm...ujian bulan Mac haritu menurun semua markah peperiksaan dia. Ermmm...rasa bersalah sangat sebab takde pemantauan, tusyen pun kejap on off sebab sabtu ahad je la waktu nak rehat aku tak larat nak bangun pagi nak siapkan semua.

Bukan Eady tak boleh buat tapi paham je la kan orang lelaki punya urusan mengurus ni kan tak sama dengan mak-mak cerewet macam aku ni, lagi pun dia pun aku banyak uruskan..hihihii...last-last stress sendiri. Gilo~ tapi sejak sakit & dah sihat ni lantak arr semua aku pejam-pejam mata je sebab tak nak stress dah.

Ohye satu lagi weekend aku busy dengan urusan bawa ibu kemana-mana dia nak pegi, takde la selalu tapi kebiasaan nyer lah. Anak bukan pilihan tapi terpilih untuk menguruskan dia. Okey la kan. Kadang-kadang ibu whatsapp cakap "bawang ibu dah habis.." ha tau dah tuuuu sabtu kene bawak pegi Tesco atau JJ Aeon tapi nanti berkesudahan bawang pun tak nampak rupa! Kita faham dia boring duduk rumah sebenar nyer so guna la alasan gula dah habis, bawang dah tinggal sebiji. Huhuhu..~

Kadang-kadang lepas hantar Syahmi ke rumah Sir dia, kene patah balik ke Cheras untuk habiskan masa dengan ibu pulak. Malam baru jejak rumah balik padahal pagi tu seawal 8 pagi dah keluar rumah. Ehhhh..bukan mengeluh okeyyyy ni cerita jerrr nak bagitau betapa busy nyer weekend aku. Kadang-kadang sabtu ahad takde rehat pun sebab sibuk habiskan masa menguruskan orang lain. Takpe, selagi mampu berkhidmat kita berkhidmat sehingga ke nafas terakhir. Ye dak? Hidup pun tak lama mana pun.

Lampu aku. Lampu pilihan aku.

Okey nak bagitahu, aku dah pindah sabtu (28.04.2018) lepas. Penat separuh mati sebab last-last minit kemas rumah. Serius lahhhhhhh memang giler-giler last minit kemas barang! Sampai 3 pagi berkemas sebab 1 hape pun tak kemas! Dalam 1 malam je habiskan mengemas. Giler~ tak sedar diri tu tak berapa nak ade tenaga tak berapa nak kuat tak berapa nak ade kederat. Dah la balik hari jumaat tu dah malam giler sebab terkena jalan jem melekat tak bergerak dari office. 

Pukul 10.30 mlm start kemas rumah, esok pagi-pagi nyer keluar rumah sebab hantar Sufiya & Syakirah kat rumah ibu aku, amik adik aku sekali sebab nak tolong pindah barang pastu terus pegi Kajang sebab hantar Syahmi ke rumah Sir dia untuk recording pastu patah balik rumah sebab lori datang pukul 9 pagi. Ha..ha..ha..aku dengan Eady macam orang giler sangat. Keramat-Cheras-Kajang-Keramat-Kepong letih badan tak terkata. Walaupun aku tak angkat barang sangat tapi mengemas & unpack balik tu macam nak terpengsan rasa nyer. Eady la paling kesian, banyak kene cover buat kerja..yelahhh one man power dah kecundang..kekekeke~

ni la one man power kecundang tu..hihihii..

Sekarang aku dah banyak relax. Bukan relax ape, aku dah buat keputusan nak utamakan diri aku dulu. Yelah sihat tak sihat aku juga yang tanggung sendiri, so sekarang aku dah pandai umah tak kemas pun aku pejam-pejam mata je. Paling tidak kuis-kuis dengan kaki ketepikan barang..hehehehe...dulu aku orang yang cepat stress bila ada benda tak kene kat mata aku, lagi-lagi rumah bersepah tu..eeeee..cepat je aku nak bengang. Sakit mata tak terbendung. 

Kain baju untuk dilipat pun kadang aku biar je lantak la ko kat situ, nanti-nanti (nanti-nanti tuuuuuu memang nanti arr..ha..ha..ha..) sampai kadang budak-budak ni nak cari baju pun aku suruh cari kat longgok kain yang belum dilipat. Muahahaha..punya teruk wehhh tapi yelah aku larat aku buat, aku tak larat lantak ko situ. Kelmarin aku melipat kain 3 plastik hitam saiz XL okey sampai 3 pagi sebab tetibe datang mood kerajinan tak terbendung, so dah setel bab lipat kain pastu biar je sebab kain dilipat ikut masing-masing punya nak angkat korang angkat tak nak korang cari je la kain baju korang kat situ. Simple. Takde stress dah.

Masak pun sama, larat buat tak larat kita makan luar tapi aku tak boleh tahan kalau anak-anak minta aku masak. Semudah sambal telur pun gigih buat juga! Anak-anak dah biasa makan kat rumah so baru 2-3 hari makan kat luar dah minta mama masak. How to do..? Buat je laaa sebab kalau masak memang licin dia orang makan bertambah nasi, kita pun seronok walaupun penat & malas. Ha..ha..ha..masak pun malas weeehhh punya teruk jadi mak. Aku bab masak ni kurang sikit stress sebab aku suka masak tapi yang mudah-mudah je laaa..yang susah tu semua part Eady.

Life pun okey okey je, still set up rumah. Baru nak adjust timing keluar rumah pagi-pagi, nak set up balik anak-anak punya aktiviti. Aku pun dah banyak okey walaupun bila aku penat giler aku akan sakit balik. Tahan je la nak buat macam mana, nak pegi hospital dah tak gigih dah. Next appointment bulan 8 nanti so buat masa ni kita bertahan je kalau sakit. ;)


10 comments:

Khir Khalid said...

Salam berblogging dan salam Nisfu Syaaban... sesekali berehat sebulan tak menulis mcm ni syok juga. Berehat seketika tambah inspirasi :)

Mia Kassim said...

Akak pun dah lama tak update .. bukan nak off terus tp malas hehe

HeNRieTTa JoSe said...

comeinye abg shami tu....cantik umah....

Aisyah Hani said...

Wah.. dah pindah rumah ye.. Semoga dipermudahkan semua urusan ko

Nieyla Nadia said...

Sedihla baca entry akak...
Ya Allah..permudahkanlah segala urusan kakakku ini...
Engkau sembuhkanlah segala sakitnya Ya Allah...
Engkau berikanlah segala kekuatan dan ketabahan untuknya..
bagi melaksanakan segala tanggungjawabnya pada-Mu dan keluarganya Ya Allah..
Amin..Amin...

Happy said...

Thank you for helping me improve.

เกมที่เล่นแล้วได้เงิน

Mrs Puex said...

apa apa pun, take care tau.. kalau larat buat, kalau tak larat, lantakkan je iwa..hahahaha..

semoga dipermudahkan segala urusan iwa..aminnnn..

Tania Trinita said...

SAHABATQQ AGEN DOMINO QQ AGEN DOMINO 99 DAN POKER ONLINE AMAN DAN TERPERCAYA
* Minimal DEPOSIT Rp 20.000,-
* Tersedia 8 game dalam 1 USER ID
*Bonus TO 0,3% Setiap 5 hari
*Bonus Refferal 15%
- Contact Us -
Website : SahabatQQ
Pin BB : 2BCD6D81
LINE : SAHABATQQ
WA : +85581734021
FB : SahabatQQ
TWITTER : SahabatQQ

kayzie said...

lama tak kesini..semenjak dah tak aktif menulis ni..huhu..hai akak comel

ayunie ramli said...

mek pun sama. rase nk kemas, baru kemas kalau tak ikut kau la habuk. berdamai lah kat mana mana kau suka. hukhuk

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang