thumbnail

Monday, June 04, 2018

Hanya 2 minit diperlukan dengan EPHYRA - MATTE GLOW FOUNDATION!


Wearing : Ephyra - Matte Glow Foundation & Ephyra Lips

Wah kauuuuu Izwa sebulan sekali buat kemunculan yeah? Hehehehe..sorry korang! Sebelum tu nak ucapkan SELAMAT BERPUASA walaupun dah hari ke-18 masih belum terlambat aku nak ucapkan kan? Aku ade je cuma kekurangan masa nak update blog. Nanti tauuu ade masa aku update pasal hal lain. Buat masa ni jom kita fokuskan apa aku nak share kat sini ;)

Ehemmm..benda best benda bagus haruslah dikongsi bersama. Macam yang korang tahu (ke tak tahu? hihihii...) aku kan pengguna setia produk Ephyra dari dulu kini dan selama nyer..boleh klik sini kalau nak tengok review aku pasal kebanyakkan produk Ephyra ni. Serius okey tak tipuuu memang skin jadi cantik smooth je yang penting kene pakai secara istiqomah sabar dan tawaduk..hahahaha..ayat tak boleh blah! Yelaaa..nak pakai satu produk tu takkan sekali pakai terus elok ye dak?

Okey kita serius sikit.. ;) 

Baby baru Ephyra & juga Ephyra Lips dengan warna baru.

Ephyra - MATTE GLOW FOUNDATION 

Ephyra - MATTE GLOW FOUNDATION 

Nak bagitau korang ni EPHYRA dah keluarkan foundation jenis matte tau! Ingat lipstik je ke yang matte ni foundation pun matte tau. Canggih tak canggih la! Ephyra - MATTE GLOW FOUNDATION nama diberi gituh~ Aku dah seminggu lebih try so far aku sukaaaaaa sangat-sangat! Walaupun foundation ni jenis water based tapi bila diblend kat muka terus dia jadi ala-ala macam bedak terletak elok je kat muka. Kalau korang tak tambah bedak pun still okey lagi muka. Just touch up pakai jari je bagi rata.


Kelebihan Ephyra Matte Glow Foundation
============

1. Tesktur yg tidak berminyak & bila dipakai tidak rasa melekit pada muka
2. Ringan (lightweight & comfortable feel) 
3. Tidak membuat liang pori tersumbat 
4. Memberi kesan glowing pada solekan
5. SPF 30 - Melindungi kulit dari sinaran UVA & UVB
6. Full coverage - menutup parut dan cela di muka (Beri efek kulit licin / smooth)
7. 12hrs oil control - mengawal pengeluaran minyak berlebihan di muka
8. Tahan sehingga 12 jam 
9. Mudah disapu pada seluruh muka - senang di blend hanya dgn guna jari (tak bercapuk) 
10. Mencerahkan kulit wajah & pudarkan parut & jeragat 
11. Membantu melembapkan kulit wajah sepanjang hari
12. 1 tona warna saja - berubah mengikut tona kulit masing2 & buatkan ia blend secara natural. 

======

❤ Kaya dgn VITAMIN E - melembapkan & melembutkan kulit. Mencerahkan kulit dan pudarkan bintik2 hitam / jeragat & parut degil.
❤ SPF 30 - melindungi kulit dari sinar bahaya UVA & UVB.
❤ Memberikan kilauan sinar semulajadi ( glowing ) pada kulit wajah 
❤ Menjaga & Merawat kulit - kuasa mencerahkan kulit secara natural (Whitening, Anti Aging , Brightens Skin Tone) 
❤ 12 HOURS OIL CONTROL - x buatkan muka berminyak berkilat2 bila pakai lama.
❤ 1 TONE SUITS ALL - satu tona warna saja tp berubah mengikut kulit masing2 dan buatkan blend secara natural. X bercapuk malah lebih berseri n glowing...
❤ FULL COVERAGE - mmg bleh cover seluruh muka. Segala parut2 bukan setakat dia bleh cover, malah bleh rawat dan pudarkan terus insyallah. 😘👍😉
❤ JIMAT - pakai sket jer dah cukup utk bg effect makeup yg sgt wow. Satu tube ( 15 ml ) bleh tahan 1-3 bulan. Seriouss!! 👏🏼

Ni bukan video tutorial tau ni video nak tunjuk muka sebelum dan selepas.
Tak sampai 2 minit dah bersiap muka bermake-up tau ;)

sebelum dan selepas

PENDAPAT AKU SETELAH HAMPIR SEMINGGU GUNA EPHYRA - MATTE GLOW FOUNDATION

Cara pemakaian foundation ni tersangat mudah! Just letak sikit-sikit kat muka pastu sapu je rata keseluruh muka terus siap. Pendek kata kalau korang pegi jalan-jalan takkan korang nak bawak 1 beg make-up tuh? Ni lagi raya nak dekat takkan nak ke hulu ke hilir pergi rumah orang dengan beg make-up? Ephyra - MATTE GLOW FOUNDATION ni dikeluarkan dalam bentuk tiub yang comel kalau letak dalam handbeg tak menambah pun berat handbeg korang tuh! Paling senang tak sampai 2 minit dah siap. Alaaa kalau korang berjalan sana sini pastu berenti solat takkan nak make-up lama-lama, takkan nak make-up berat-berat ye dak? Just pakai EPHYRA FOUNDATION NI DENGAN EPHYRA LIPS JE DAH SIAPP ;)

Pastu, kalau pakai seharian muka tak berminyak pun. Ade rasa macam licin-licin tapi takde keluarkan efek muka berminyak la. Pakai pun muka ala-ala glow sikit. Kalau nak efek lagi cun meletop korang pakai la skin care Ephyra. Licin je rasa muka. Best la aku sukaaaaa ;) sebelum-sebelum ni aku pernah pakai banyak foundation, yang paling mahal pernah aku pakai harga 200 lebih tapi tak sampai tengahari muka aku berminyak okeyyy! Mulalah nak gatal tangan lap sana lap sini..abis tepi-tepi tudung kene minyak dan kene foundation tu..bila nak basuh kene berus pakai tangan tudung tu..pulak dah! Bertambah kerja.

Selain dari tu Ephyra - MATTE GLOW FOUNDATION ni jenis dia blend dengan semua warna kulit. Kira kalau korang nak share dengan adik beradik ke kawan-kawan yang kulit warna lain pun boleh. Macam aku, aku tak share sebab aku kedekut! Ha..ha..ha..sayang oiiii foundation ni memang la tak mahal tapi aku sayang foundation ni ;)

Hah cakap pasal harga! Harga EPHYRA - MATTE GLOW FOUNDATION ni : RM 58 ( sm ) / RM 64 ( ss) je. Tahan 1-3 bulan la tengok penggunaan korang, takkan seharian korang sapu 80 kali kot?

Ephyra Lips - Liquid Lipstick

Code Ruby Chic & Katy Perry
Ehpyra Lips new colour!

Okey jujur nyer ini kali pertama aku pakai Ephyra Lips walaupun sebelum ni memang Ephyra dah keluarkan liquid lipstick. Aku tak beli dan tak pakai sebab aku ni jenis tak suka pakai lipstik ala-ala lip gloss! Aku tak suka bibir macam basah-basah melekit pastu mula la nak melekat kat tangan, melekat kat cawan la..

Tapi kali ni aku berjaya kuatkan hati untuk cuba..ha..ha..ha...rupanya nyer Ephyra lipstik ni memang nampak macam basah melekit tapi bila dah sapu kat bibir dia terus jadi matte melekat tak tanggal dari bibir! Wallahhhh...ni aku suka! Tak sememeh dan jimat oiii..kalau tak lipstik manjang nak hilang je. Kalau nak cuci just pakai tisu basah je ;) best best best~

Tuh tuh..warna baru dari Ephyra sempena nak raya ni, warna pun limited edition tau. Ruby Chic & Katy Perry. Omey omey warna dia. Warna kesukaan aku. Aku tak suka warna tanah macam pucat je kalau pakai. Yang ni just nice. Ehpyra Lips RM 30 jerr..pakai dengan sekali sapuan je dah penuh 1 bibir. Jimat oii ;)

So korang cepat lah dapatkan 2 produk baru keluaran EPHYRA ni. Dedua super jimat dan super cantik. Entah lah susah aku nak cakap kenapa aku suka sangat produk EPHYRA. Bukan 1 tapi semua. Salah satu nyer terpaling aku suka sebab semua produk EPHYRA tiada bahan kimia sebab tu kadang-kadang efek dia lambat nak nampak tapi berkesan uolls~ Satu sebab lain ialah EPHYRA ni keluaran bumiputera tau so aku yakin sangat untuk pakai. Almaklum semua benda pun kita nak kene tahu halal haram bukan takat makanan je produk yang mekelat kat kulit pun kene amik tahu juga.

BABY BARU dari Ephyra.

Lebih lanjut korang boleh terjah :



8 comments:

Nurzakiah Hanum said...

wow

السيد محمود said...
This comment has been removed by a blog administrator.
السيد محمود said...
This comment has been removed by a blog administrator.
السيد محمود said...
This comment has been removed by a blog administrator.
السيد محمود said...
This comment has been removed by a blog administrator.
السيد محمود said...
This comment has been removed by a blog administrator.
HeNRieTTa JoSe said...

dah makin banyak product ephyra...mmg semua menarik kan...

Julia Johari said...

Suka tgk kak izwa pakai, nampak soft look je tak nampak sgt mcm makeup tebal tapi so shantikkkk! Ephyra mmg mengkagumkan...senang nak makeup dgn foundation mudah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang